Refleks1 Sdpdocx.docx

  • Uploaded by: Nur Atillah
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Refleks1 Sdpdocx.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 754
  • Pages: 2
TUGASAN 3: LAPORAN REFLEKTIF Pada semester kedua di Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, saya telah mengambil satu subjek iaitu Seni Dalam Pendidikan (SCE3052). Dalam subjek ini, saya telah diberikan Tugasan 1 dan 2 di mana dalam tugasan 1, saya ditugaskan untuk membuat satu kit persembahan dan dalam tugasan 2, saya perlu mempersembahkan kit persembahan tersebut di dalam kelas. Kit persembahan adalah satu kit yang direka untuk membantu dan menarik minat pelajar terhadap sesuatu subjek atau perkara yang dipelajari sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung. Dalam menghasilkan satu kit persembahan, elemen-elemen yang dipelajari dalam SDP diterapkan. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Elemen-elemen yang terdapat dalam SDP ini akan menjadikan proses PdP

menjadi semakin seronok dan

membuatkan murid-murid mempunyai minat yang tinggi untuk belajar. Sepanjang menyiapkan tugasan yang diberikan, pelbagai pengalaman dan cabaran telah saya perolehi Antaranya pengalaman yang telah saya perolehi ialah tugasan ini memberikan saya banyak ilmu pengetahuan berkaitan Seni dalam Pendidikan. Sepanjang menyiapkan tugasan yang diberikan, saya telah banyak mempelajari tentang elemen-elemen yang terdapat dalam seni. Sebagai contoh, saya dapat mengetahui bahawa seni visual lebih melibatkan lukisan, seni pergerakan lebih melibatkan ruang dan seni muzik melibatkan bagaimana pelajar mengipretasi muzik yang dipelajari. Dalam melakukan Tugasan 1, saya banyak menggunakan elemen-elemen ini untuk membina satu kit persembahan di mana saya menggunakan elemen seni visual dalam menghasilkan alat bantu mengajar (ABM) dan topeng haiwan. Saya turut menggunakan seni pergerakan di mana pelajar diperlukan untuk melakukan pergerakan iaitu menari mengikut

irama yang

dipasang.

Saya juga

menggunakan seni muzik di mana kanak-kanak menyanyi mengikut lirik lagu yang dipasang. Oleh itu, saya dapati bahawa elemen-elemen ini banyak membantu saya dalam proses PdP. Pengalaman yang kedua adalah di mana saya telah Berjaya menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH) buat kali pertama. Pertama sekali, saya tidak pernah menyangkakan saya akan mampu untuk menulis RPH saya milik saya sendiri kerana saya memiliki kurang ilmu pengetahuan dan tidak arif tentang cara penulisan RPH yang betul. Namun, saya telah mendapatkan tunjuk ajar daripada guru yang berpengalaman semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sk Manir. Di sana, saya telah mendapatkan tunjuk ajar saya daripada mentor saya semasa PBS iaitu Puan Norma dan dia menunjukkan RPH yang beliau gunakan dan mengajar saya cara untuk membina satu RPH yang lengkap

Manakala, antara cabaran yang saya hadapi ialah kekangan masa dalam menyiapkan tugasan. Ini adalah kerana saya juga perlu menyiapkan tugasan-tugasan lain yang perlu dibuat. Selain itu, saya juga terlibat dalam pelbagai program lain dan menyebabkan tugasan untuk menyiapkan kit persembahan adalah sedikit tergendala. Namun, saya telah mengambil jalan penyelesaian iaitu dengan membuat satu jadual yang sistematik untuk memastikan kit persembahan saya ini siap pada masa yang ditetapkan. Dalam jadual ini, saya banyak mengambil masa pada lewat malam dan melakukan banyak pergorbanan dalam aspek masa iaitu pada masa tidur dan beriadah. Walaupun pengorbanan ini dibuat, saya merasakan bahawa tanggungjawab sebagai seorang pelajar telah dipikul sebaiknya oleh saya dan saya dapat menerimanya sebagai satu cabaran yang positif kepada diri sendiri. Hal ini kerana apabila kita bergelar seorang pelajar, tugas kita adalah untuk menuntut ilmu dan tidak lari dari menyiapkan tugasan. Jadi, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. Cabaran kedua yang dihadapi ialah memilih tajuk yang sesuai dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) untuk disesuaikan dengan kit persembahan yang akan dibuat. Pada peringkat awal menyiapkan tugasan ini, saya dapati bahawa saya mengalami kesukaran dalam memilih tajuk dalam DSKP. Ini adalah kerana terdapat begitu banyak tajuk dalam DSKP dan ini membuatkan saya buntu untuk memilihnya. Tambahan lagi, apabila saya telah memutuskan untuk mengambi tajuk tesebut, saya dapati bahawa rakan saya yang lain telah mengambilnya untuk membuat kit persembahan. Oleh itu, saya terpaksa memilih tajuk lain untuk melakukan kit persembahan. Untuk mengelakkan daripada memilih tajuk yang sama untuk melakukan tugasan 1, saya memutuskan untuk mengadakan satu perbincangan bersama rakan yang lain dan membuat keputusan untuk membuat satu senarai semak tajuk dalam group whatsapp. Jadi, ini sedikit sebanyak membantu saya menyelesaikan masalah berkenaan pemilihan tajuk dalam DSKP. Kesimpulanya, sepanjang menyiapkan Tugasan 1 dan Tugasan 2 yang diberikan, ia telah memberikan saya begitu banyak pengalaman baharu dan cabaran kepada diri saya kerana saya tidak pernah membuat satu kit persembahan dan RPH yang lengkap sebelum ini. Selain itu, saya turut berpendapat bahawa penghasilan kit persembahan ini telah melatih saya untuk menjadi lebih kreatif dan berfikiran terbuka dalam menjadi seorang pendidik. Tambahan lagi, penghasilan kit persembahan dan RPH ini adalah merupakan salah satu platform yang dapat saya gunakan untuk menghadapi praktikum pada semester 5 yang memerlukan penulisan RPH yang rapid an kit pembelajaran yang menarik untuk menarik minat pelajar.

Related Documents

Refleks1 Sdpdocx.docx
December 2019 14

More Documents from "Nur Atillah"

Refleks1 Sdpdocx.docx
December 2019 14
Amali 2(bulan).docx
December 2019 26
Tugas Indri.pptx
December 2019 16
Lp Secctio Caesaria
October 2019 75