Parti Melayu Perlu Senada

  • Uploaded by: pejuangbangsa
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Parti Melayu Perlu Senada as PDF for free.

More details

  • Words: 426
  • Pages: 2
PARTI MELAYU PERLU SENADA, BERSATU SAYA sebagai rakyat dan anak jati Kedah ingin menyatakan sokongan penuh kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dalam isu kuota perumahan 50 peratus Bumiputera, bukan atas dasar politik, tetapi dasar hak dan masalah ketidakseimbangan. Sejak kecil lagi saya perhatikan sawah padi di sekitar Alor Setar sehinggalah ke berpuluh kilometer radius sekelilingnya dilenyapkan secara pantas dengan pembinaan rumah-rumah berkos tinggi dan projek-projek hartanah yang langsung tidak mampu dimiliki oleh Melayu. Mengapa? Saya berasa hairan mengapa kerajaan sebelum ini tidak pernah mengkaji dasar perumahan di Kedah sehingga menyebabkan ramai orang Melayu terpinggir serta memiliki rumah tidak sempurna, sedangkan tanah sawah milik Melayu dikorbankan saban tahun atas nama pembangunan. Dalam isu melibatkan hak dan kebajikan bangsa pribumi Melayu dan Islam ini tidak harus disempadankan oleh faktor dendam politik sempit. Pihak pembangkang di Kedah seharusnya senada dengan kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam isu membela Islam, kemiskinan, ketinggalan serta kedaifan rakyat Kedah ini terutama kaum Melayu. Kita lihat bagaimana kaum Cina boleh senada dengan tidak kira parti MCA, DAP atau Gerakan dalam isu membela 'kekayaan' kaum mereka. Mereka bukan menuntut hak asasi, tetapi menggoncangkan hak kaum lain untuk kekayaan dan kepuasan perniagaan mereka. Tetapi langsung pihak atasan tidak anggap itu sebagai perkauman secara halus. Malah kaum kita sendiri menghentam tindakan kerajaan negeri Kedah ini dalam isu rakyat demi untuk meraih sokongan 'kosong' daripada kaum lain. Seharusnya kita patut menyatakan sokongan padu terhadap keberanian dan ketegasan Menteri Besar Kedah, dalam memperbetulkan ketidakseimbangan ini setelah sekian lama dibiarkan. Beliau juga berjaya menyelamatkan kampungkampung, tanah-tanah sawah, surau, masjid yang dimiliki oleh kaum Melayu daripada terkorban melalui projek petroleum di Yan, dengan memindahkannya ke laut. Satu tindakan bijak untuk mengelakkan rosaknya sosio-budaya masyarakat Melayu di kawasan tersebut apabila berubahnya landskap pertanian kepada industri berat. Hal ini akan mencambahkan lagi kehadiran orang luar yang akan membeli tanah-tanah Melayu dengan nilai tinggi, akhirnya tiada keuntungan jangka panjang pun kepada orang Melayu. Ini, tiidak lagi dikaji tentang kemusnahan sosial yang akan berlaku apabila suatu kawasan perkampungan itu dimajukan dengan industri berat. Seharusnya, kita kena buka mata dan pelajari sikap orang Cina memperjuangkan isu tuntutan mereka merentasi sempadan fahaman politik. Di pihak manapun mereka tetap mendapat keuntungan berbanding kita yang suka menanggguk di air yang keruh. Saya mencadangkan supaya permainan politik 'jahil' yang diamalkan sebelum ini ditukar kepada politik bijak yang menguntungkan rakyat, khususnya menjamin kedaulatan Islam dan ketuanan hak Melayu di Malaysia ini. Saya ucapkan syabas kepada Menteri Besar Kedah yang membela kedaifan rakyat Kedah. PUTRA KEDAH 2008

Alor Star Utusan Malaysia, 19/11/2008

Related Documents

Parti Melayu Perlu Senada
November 2019 21
Parti
November 2019 30
Parti
October 2019 30
Parti Ci
November 2019 26

More Documents from "api-3836215"