Panduan Tugasan – STU242 Psikologi Sosial Semester II Sidang 2008/2009 Dr Intan Hashimah Mohd Hashim Psikologi Sosial Dalam Kehidupan Anda 1. Ini adalah tugasan individu. 2. Tugasan terbahagi kepada dua bahagian penting 3. Bahagian Pertama – deskripsi individu yang penting dalam kehidupan anda pada masa ini. Terangkan juga dari segi apa dan kenapa mereka penting kepada anda. 4. Bahagian kedua- deskripsi bagaimana anda mengunakan teori/konsep psikologi sosial semasa berinteraksi dengan mana-mana mereka yang disebut di atas. Tugasan ini mestilah mengandungi sekurang-kurangnya dua deskripsi aplikasi. 5. Guna buku teks dan nota kuliah sebagai bahan rujukan utama. 6. Contoh:
i)
Bahagian pertama- Deskripsi rangkaian sosial Orang yang paling penting dalam kehidupan saya ialah ibu saya. Beliau penting kerana sentiasa membantu saya dari segala segi dan membuatkan saya disayangi. Tidak kurang pentingnya ialah bapa saya. Beliau sentiasa memberi galakan dan dorongan. Kawan baik saya juga amat penting.
ii)
Bahagian kedua- Aplikasi Psikologi Sosial (1) Saya ingin memujuk kawan baik saya agar pergi bersama saya ke Kompleks Bukit Jambul. Saya telah mengunakan teknik kaki-dipintu. Pada mulanya saya meminta beliau pergi bersama saya ke kantin Tekun. Apabila beliau bersetuju, saya seterusnya memujuk beliau untuk pergi ke Kompleks Bukit Jambul. Ini merupakan teknik memohon persetujuan kaki-dipintu di mana kita memulakan permintaan dengan permintaan yang kecil sebelum meneruskan dengan permintaan yang besar. 7. Kriteria permarkahan i. Kebolehan melihat kaitan antara kehidupan dengan teori-teori Psikologi yang dipelajari di dalam kelas ii. Kepahaman yang jelas tentang teori-teori Psikologi yang dibincangkan iii. Menulis dalam bentuk yang original iv. Ide-ide kreatif dalam mempersembahkan tugasan v. Menyampaikan maklumat dalam bentuk yang menarik dan mudah di pahami vi. Perbincangan adalah jelas dan tersusun dan tidak merangkumi isi isi yang tidak relevan
8. Tarikh penghantaran tugasan ialah pada Jumaat, minggu ke 15 (3 APRIL 2009). Sila hantar tugasan ke pejabat Am PPSK 9. Panjang tugasan 1000-1200 perkataan. 10. Tugasan perlu dihantar bersama muka surat depan yang mengandungi maklumat berikut: i. Nama ii. No Matrik iii. Tahun, Pusat Pengajian dan Minor iv. Nama kursus (STU 231- Asas-asas Psikologi) v. Nama Pensyarah (Dr Intan Hashimah Mohd Hashim) 10. Tugasan perlu ditaip mengunakan font Times New Roman (12), 1.5 Spacing dan tidak boleh melebihi 4 mukasurat (tidak termasuk mukasurat depan).