STU 242 PSIKOLOGI SOSIAL TAJUK 10 Dinamik dan Konflik antara Kumpulan DR INTAN HASHIMAH MOHD HASHIM PP SAINS KEMASYARAKATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Pengenalan
Kumpulan memainkan peranan penting dlm kehidupan sosial Dinamik kumpulan ialah satu bidang ilmu yg mengkaji tentang kumpulan dan proses kumpulan Kumpulan merujuk kpd dua @ lebih orang yg saling berinteraksi & mempengaruhi sesama lain
Prestasi & tingkahlaku individu dlm kumpulan; Fasilitasi Sosial
Merujuk kpd kesan pengaruh kehadiran orang lain terhadap prestasi seseorang Meningkatkan tindakbalas dominan Meningkatkan prestasi tugas mudah Menurunkan prestasi tugas sukar Kehadiran orang lain meningkatkan ransangan fiziologi & menghadkan perhatian seterusnya membantu tugas mudah
Prestasi & tingkahlaku individu dlm kumpulan; Pelepakan sosial
Merujuk kpd usaha yg diturunkan oleh mereka yg berkerja dlm kumpulan di mana sumbangan individu tidak dpt dikenalpasti Eksperimen Latane Pelepakan sosial meningkat: Kumpulan yg lebih besar Kumpulan tidak bermakna Kumpulan tidak bersatu Kumpulan tidak menarik
Berlaku secara disedari dan tidak Lelaki dan barat lebih cenderung
Prestasi & tingkahlaku individu dlm kumpulan; Deindividuasi
Merujuk kpd keadaan psikologikal di mana seseorang kehilangan identiti personal & rasa tenggelam dlm kumpulan Deindividuasi mendorong kpd tingkahlaku negatif Deinviduasi menurunkan sekatan kpd tingkahlaku melanggar norma (eskperimen “Halloween”,Zimbardo) Deindividuasi meningkatkan tindakbalas kpd isyarat luar (Eksperimen Ku Klux Klan) Deindividuasi meningkatkan kepatuhan kpd norma baru yg muncul (Tingkahlaku di internet)
Prestasi Individu Vs. Produktiviti Kumpulan
Bergantung kpd tugas Tugas aditif- aktiviti dimana output kumpulan = keseluruhan output ahli (bunga telur) Produktiviti kumpulan lebih banyak tetapi mungkin ada pelepakan sosial Tugas konjuntif- aktiviti dimana prestasi kumpulan bergantung kpd ahli paling lemah (band sumbang) Jika ada ahli lemah, prestasi kumpulan turun Tugas disjunktif- aktiviti dimana prestasi bergantung kpd ahli paling kuat (matematik)ahli kuat meningkatkan prestasi kumpulan
Membuat keputusan dalam kumpulan
Fikirankumpulan- satu cara berfikir di mana tekanan utk bersetuju mendorong kpd penilaian kurang teliti dan keputusan yg salah Terjadi paling tinggi dlm kumpulan kohesif dan mempunyai ketua direktif
Simptom fikirankumpulan
Ilusi kuat Merasionalisasi amaran Tidak mempersoalkan moral kumpulan Pandangan streotaip ketua musuh Tekanan kpd pembangkang Ahli kumpulan menahan diri dr bertanya dan membangkang Ilusi bahawa semua bersetuju Pembentukan pembela pemikir
Polarisasi Kumpulan
Kecederungan perbincangan kumpulan menjurus kpd pilihan awal majoriti ahli kumpulan Terjadi kerana adanya pandangan sendiri yg sama dgn majoriti dan dorongan utk kelihatan bijak Pengaruh minoriti terjadi sekiranya penyampai tegas, logikal dan bersetuju dgn aspek lain
Kepimpinan
Ketua ialah individu yg memegang posisi otoriti formal (perdana memteri) dikenalpasti sebagai ketua oleh majoriti ahlinya mempunyai pengaruh besar dlm mengubah ahlinya
Ketua memainkan fungsi utama mencapai tugas dan mengekalkan kumpulan Ketua tugas (fokus produktiviti vs ketua sosioemosional fokus moral)
Konflik Kumpulan
Konflik mungkin bermula dari: keinginan
melihat ahli kumpulan
lebih baik kemunculan stereotaip negatif kecederungan melihat kumpulan lain sebagai homogenous persaingan antara kumpulan
Konflik meningkat sekiranya
Adanya pengunaan ancaman Gol untuk kelihatan kuat Dehumanisasi- proses melihat ahli kumpulan tertentu sebagai bukan manusia dan inferior
Mengurangkan konflik kumpulan
Komunikasi- adanya pertukaran maklumat Adanya kepercayaan Inisiatif konsilitari uniliteral – tindakan yg diambil utk menurunkan konflik tanpa permintaan dari pihak satu lagi
Soalan tutorial
Apakah fikirankumpulan ? Apakah simptom fikiran kumpulan? Anda AJK satu kelab yang sedang dalam proses merancang satu projek mega di kampus. Bagaimana anda boleh meminimakan simptom fikirankumpulan dalam komite anda?