Pai Tamadun Fizik

  • Uploaded by: Nurul Syazana binti Wahab
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pai Tamadun Fizik as PDF for free.

More details

  • Words: 3,638
  • Pages: 19
ISI KANDUNGAN BIL 1

SUBTOPIK Sekapur sirih, seulas pinang

M / SURAT 1

2

Pengenalan

2

3

Salinan daripada modul  Tamadun Islam Dalam Bidang Fizik

3

4

Peta minda  Ringkasan daripada modul

5

5

Soalan  Soalan daripada apa yang dipelajari daripada modul

7

6

Maklumat tambahan daripada sumber lain  Dalil  Ilmu fizik  Teori-teori saintis fizik islam  Biografi ringkas saintis fizik islam

9 11 12 14

7

Kesimpulan

17

8

Rujukan

18

Tamadun Islam Dalam Bidang Fizik

SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG

Bersyukur ke hadrat Tuhan semesta alam, Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah s.a.w, ahli keluarga, para sahabat, tabi’in dan insan-insan mulia yang berkorban untuk agama. Alhamdulillah… bersyukur kami sekali lagi dengan izinNya kami akhirnya dapat menunaikan tangungjawab yang diamanahkan ini dengan sempurna. Kami secara berpasangan telah diberi amanah untuk menyiapkan tugasan bertajuk “TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG FIZIK”. Setelah bertungkus-lumus, tugasan ini dapat disiapkan dengan lengkap. Jutaan terima kasih diucapkan kepada En Shamsul Kamal Bin Abdullah selaku pensyarah MODUL A3007, TAMADUN ISLAM kami. Dengan tunjuk ajar dan bimbingan yang telah diberikan oleh beliau proses penyiapan tugasan ini dapat dijalankan dengan lancar. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah memberi kerjasama untuk menyiapkan tugasan ini. Jua terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung. Tugasan ini akan digunakan sebagai garis panduan dan rujukan untuk melincinkan proses pembelajaran kami. Sekian hasil kerja kami. Sesungguhnya yang serba kekurangan itu dari pihak kami dan segala kebaikan hanyalah dari ALLAH yang Maha Esa. Kami berdua akui bahawa tiada satu pun yang sempurna sebagaimana sempurnanya ciptaan ALLAH s.w.t. Kepada Allah s.w.t dipohon restu dan doa semoga semuanya mendapat keampunan dan rahmat daripada Ilahi. Dan kepadaNya jua dipohon taufik dan hidayah. Semoga usaha ini akan diberkati oleh Allah.

2

04DKA07F071 04DKA07F059

Tamadun Islam Dalam Bidang Fizik

PENGENALAN Dalam mengharungi era globalisasi ini yang semakin mencabar, antara sedar dan tidak kita telah berhadapan dengan pelbagai jenis kemodenan sains dan teknologi. Dari hari ke hari, tahun berganti tahun, umur dan usia manusia juga semakin meningkat. Begitu jua lah keadaan dan hakikat yang tidak dapat disangkal lagi mengenai kemajuan dalam bidang fizik pada masa kini. Sejak berkurun lamanya, ilmi fizik telah bertapak di bumi ALLAH ini. Tanpa dahulu, tiadalah sekarang. Dalam serba kekurangan tokoh-tokoh ilmuan terdahulu berusaha dan terus berusaha mencari ilmu ALLAH yang tersembunyi di sekeliling ini. Akhirnya, pelbagai penemuan yang baru telah mereka kaji dan berjuta permasalah mereka dapat rungkaikan.. ALLAHU AKBAR!!! Betapa luasnya ilmu ALLAH pencipta sekalian alam. Begitu banyak yang tersembunyi di dalam nya. Masih banyak yang tidak dapat dirungkaikan. Sejarah telah membuktikan bahawa kelahiran tamadun islam telah membawa perubahan dan pembaharuan dalam kehidupan manusia sejagat. Menurut perspektif islam, manusia diciptakan oleh ALLAH dengan potensipotensi semulajadi yang memang bertujuan membawa kepada kelahiran tamadun. Ini bermakna kelahiran tamadun hanya bermula apabila manusia berupaya mengembangkan potensinya dan seterusnya memainkan peranannya sebagai khalifah yang memakmurkan bumi ini. Oleh itu, bersesuaian dengan penyataan di atas umat islam mulai sedar dan berusaha mencari sesuatu yang baru bagi memakmurkan bumi TUHAN ini. Tokoh-tokoh islam terdahulu telah bertungkus lumus mengkaji dan mendapatkan pelbagai penemuan yang baru. Sehingga kini setelah berkurun lamanya, penemuan-penemuan terdahulu masih tetap digunakan untuk kesejahteraan hidup bersama. Ia mendatangkan banyak manfaat kepada generasi baru dan menjadi pencetus idea bagi penciptaan yang baru. Maka lahirlah, para sainstis muda yang meneruskan pencarian ilmu TUHAN dalam pelbagai bidang ini. 3

04DKA07F071 04DKA07F059

Tamadun Islam Dalam Bidang Fizik

SALINAN DARIPADA MODUL TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG FIZIK PENGENALAN Menurut khalijah mohd Salleh (1984), ilmu fizik merupakan satu cabang ilmu berkenaan dengan jasmani (alam fizik), sifat-sifat benda alam itu dan tindakan bersaing antara benda itu. Perkataan fizik adalah daripada urutan perkataan ‘physis’ yang bererti tabii. Fizik juga adalah sejenis ilmu daripada cabang sains yang mengkaji dan membahaskan berkenaan kajian fanomena alamiah dan proses melaksanakan kajian tersebut.

SUMBANGAN AHLI FIZIK ISLAM Ia bermula pada abad ke 7M dan berkembang mencapai kematangann ilmu fizik pada abad ke 12M. ilmu fizik Islam bersumberkan daripada Al-Quran telah mendahului sains fizik dan gunaan sejak ilmu itu belum ditemui lagi. Tujuan kajian fizik islam ialah untuk: i. Mengkaji dan memahami segala sifat makhluk dan saling tindakan antaranya ii. Mengetahui hukum yang dipatuhi mereka iii. Mengenali makhluk sebagai khalifah serta dapat menggunakan sumber alam iv. Mengkaji sifat dan tingkah laku jirim serta saling tindakan antaranya dengan tenaga v. Mengetahui hukum-hukum yang dipatuhi jirim agar dapat ditentukan hubungan antara kuantiti-kuantiti terlibat. vi. Mengenal dan menginsafi tentang kewujudan satu pencipta yang Maha Agung dan menginsafi kedudukan insan di sisi penciptanya.

4

04DKA07F071 04DKA07F059

a n t a r a n y a n

t i n d a k

Tamadun Islam Dalam Bidang Fizik

vii. Meningkatkan daya pemikiran logic dan rasional viii.Meningkatkan kemampuan dan kemahiran teknik .

s a l i n g

TOKOH-TOKOH AHLI FIZIK

d a n

i.

Al-Biruni Beliau merupakan pengkritik teori fizik Aristotle. Beliau membuat kajian terhadap gravity, jirim, ruang dan gerakan bumi, mekanik dan hidrostatik.

s i f a t m a k h l u k

ii. Suhrahwadi Beliau adalah pengasas teori cahaya termasuk gerakan dan kepantasan cahaya. Beliau berpendapat bumi dan planet lain mematuhi hukum yang sama. iii. Al-Haitham Beliau merupakan pengasas dalam optic, menulis bukunya kitab al-Manazir. Beliau orang pertama yang menyatakan cahaya bergerak dari objek ke mata.

m e m a h a m i s e g a l a

iv. Ibnu Musa Beliau membuat kajian terhadap mekanik serta binaan geometric dalam fizik. Karya beliau yang unggul ialah ‘hiyal banu musa’

5

04DKA07F071 04DKA07F059

a n y a K a j i d a n

04DKA07F071 04DKA07F059

Men M ingk en atka ge n nal kem i amp ma uan khl dan uk kem se ahira ba n gai tekni kh k ali fah ser ta da pat me ng gu na ka n su mb er Mengetahui alahukum-hukum m yang dipatuhi jirim agar dapat ditentukan hubungan antara kuantiti-kuantiti terlibat.

6

Mengenal dan menginsafi tentang kewujudan satu pencipta yang Maha Agung dan menginsafi kedudukan insan di sisi penciptanya.

TUJUA N KAJIAN FIZIK ISLAM Meni ngkat kan daya pemi kiran logic dan rasio nal

M en ge ta hu i hu ku m ya ng di pa tu hi m er ek a

j i d a n Mengkaji sifat dan m tingkah e laku jirim m serta a saling h tindakan a antaranya m dengan i tenaga s e g a l a s i f a t m a k h l u k d a n s a l i n g t i n d a k a n

PETA MINDA a n t

Tamadun Islam Dalam Bidang Fizik

K a n t a r a n y a

Tamadun Islam Dalam Bidang Fizik

Ibnu Musa membuat kajian terhadap mekanik serta binaan geometric dalam fizik AlHaitham merupakan pengasas dalam optic

t i n d a k a n Al-Biruni Beliau merupakan pengkritik teori fizik Aristotle

Suhrahwadi Beliau adalah pengasas teori cahaya

s a l i n g d a n

TOKO HTOKO H AHLI FIZIK

s i f a t m a k h l u k m a h a m i s e g a l a

SOALAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT: 7

04DKA07F071 04DKA07F059

m K a j i d a n

Tamadun Islam Dalam Bidang Fizik

1. Berikut adalah tokoh-tokoh ahli fizik ialam, KECUALI… A. Al-Biruni B. Al-Haitham C. Al-Jahiz D. Suhrahwadi 2. Apakah maksud fizik menurut Khalijah Mohd Salleh? A. Satu cabang ilmu berkenaan dengan jasmani (alam fizik), siifat-sifat benda alam itu dan tindakan bersaing antara benda itu. B. Hakikat atau kebenaran semua perkara C. Ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya D. Ilmu mengenai agihan, pergerakan dan cirri-ciri cakerawala dan bintang 3. fizik berasal dari perkataan…. A. astro B. ‘alima C. Physis D. alchemy 4. Apakah tujuan kajian fizik islam? A. Mengkaji sifat dan tingkah laku jirim serta saling tindakan B. Mengetahui cara perubatan moden dan tradisional C. Menghasilkan formula-formula baru dalam penghasilan tanaman D. Menyelesaikan masalah pengendalian takaful 5. Bilakah perkembangan ilmu fizik mencapai kematangan? A. Abad ke-8M B. Abad ke-7M C. Abad ke-5M D. Abad ke-6M

6. Daripada manakah sumber ilmu fizik islam diperolehi? A. Ekslopedia B. Malaysian’s Book of Record C. Buletin Utama 8

04DKA07F071 04DKA07F059

Tamadun Islam Dalam Bidang Fizik

D. Al-Quran 7. Siapakah tokoh fizik islam yang mengkritik teori fizik Aristotle? A. Al-Haitham B. Al-Biruni C. Muhammad Ad-Damin D. Ibn Sina Avicenna 8. Siapakah yang menghasilkan kitab Al-Manazir? A. Al-Battani B. Al- Haitham C. Abu Al-Wafa’ D. Ibnu Musa 9. Apakah karya unggul Ibnu Musa? A. Hiyal Banu Musa B. Korpus Jabir C. Kitab Al-Hararat D. Kitab Al-Hawi 10. Siapakah orang pertama yang meyatakan cahaya bergerak dari objek ke mata? A. Ibn Wahsyiyya B. Al-Biruni C. Umar Khayyam D. Al-Haitham

MAKLUMAT TAMBAHAN DARIPADA SUMBER LAIN

DALIL

9

04DKA07F071 04DKA07F059

Tamadun Islam Dalam Bidang Fizik

Terdapat banyak dalil-dalil yang menuntut kita sebagai khalifah di bumi ini mempelajari ilmu-ilmu ALLAH disekeliling kita.

Al-‘Alaq; 1-5 Bacalah (wahai Muhammad dengan nama TUHANMU yang menciptakan sekalian makhluk), ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, Bacalah dan TUHANMU yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya…. Di samping itu, ALLAH turut berfirman di dalam kitab suci Al-Quran “ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa, melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri”. Oleh itu, kita mestilah berusaha mengubah nasib kita menjadi lebih baik dari sebelumnya. Ilmuan terdahulu telah mengkaji dan berusaha mencari sesuatu yang baru bagi menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Rasulullah turut besabda dalam hadisnya yang bermaksud:

“menuntun ilmu adalah wajib setiap muslim”

Apabila kita mempelajari ilmu ALLAH ini, Akan timbul perasaan bersyukur dan takut kepada-Nya dengan sendirinya. Bersyukur adalah satu hal yang diperintahkan olek ALLAH S.W.T dan rasul-Nya.

10

04DKA07F071 04DKA07F059

Tamadun Islam Dalam Bidang Fizik

Maksudnya:

“dan sesungguhnya telah kami berikan hikmat kepada Lukman, iaitu bersyukur kepada ALLAH. Barangsiapa bersyukur (kepada ALLAH). Sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri dan barangsiapa tidak bersyukur, sesungguhnya ALLAH Maha Kaya lagi Maha Terpuji”

Selain itu, ALLAH turut memberi pelbagai pengiktirafan kepada mereka yang berilmu. Terdapat hadis Rasulullah S.A.W yang menyatakan kelebihan ilmu dan ilmuan:

“dari Abi Dardak ia berkata: aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: sesiapa yang menjalani jalan mencari ilmu, maka ALLAH memudahkan baginya jalan ke syurga, dan sesungguhnya Malaikat meletakkan sayap-sayapnya bagi penuntut ilmureda dengan apa yang dilakukannya dan sesungguhnya orang yang berilmu itu mereka yang dilangit dan di bumi akan meminta ampun baginya, sehingga ikan di air. Kelebihan orang yang berilmu ke atas orang yang beribadat adalah seperti kelebihan bulan ke atas keseluruhan bintang dan sesungguhnya ulama’ itu warisan para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham (wang ringgit), tetapi mereka mewariskan ilmu, sesipaa yang mengambilnya, ia mengambil dengan mendapat habuan yang banyak ” Riwayat abu Daud dan

tarmizi

ILMU FIZIK Para saintis Muslim telah mengkaji dengan mendalam tentang masalah2 asas fizik seperti fenomena tenaga (force), daya (power), gerakan (motion) graviti, kekosongan (vacuum), cahaya, bunyi (sound) had laju dan sebagainya. Konsep fizik walaupun dipengaruhi orang Yunani 11

04DKA07F071 04DKA07F059

Tamadun Islam Dalam Bidang Fizik

sebenarnya diperolehi dan digarap dari mafhum ayat al-Quran yang bermaksud

“ Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah (atom) di bumi ataupun di langit. Tidak pula yang lebih kecil dan tidak yang lebih besar dari itu melainkan (semua tercatat ) dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuz)” ( Surah Yunus: 61)

TEORI-TEORI SAINTIS FIZIK ISLAM Pencapaian fizik Islam dapat dilihat dari tiga sudut iaitu pencapaian dalam fizik teori, penciptaan alat dan peralatan serta penulisan buku dan risalah-risalah fizik (Ahmad Fauzi Morad, 1997:122)

12

04DKA07F071 04DKA07F059

Tamadun Islam Dalam Bidang Fizik

Perkembangan fizik teori semasa tamadun Islam telah dilakukan oleh beberapa golongan. Golongan yang terkenal ialah ahli-ahli falsafah pripatetik, ahli teologi dan ahli gnostik. Al-Biruni (973-1048M) seorang pengkritik yang kuat menentang fizik Aristoteles. Beliau banyak mengkritik tentang ‘landasan asas’ fizik Aristoteles seperti kehipomorfan, tempat tabii bagi objek dalam bahagian alam bumi. Beliau juga menyangkal kewujudan vakum berdasarkan penalaran dan cerapan fenomenon tabii. Beliau banyak membincang dan menganalisis dengan dalamnya akan konsep asas fizik seperti gravity, jirim dan ruang, dan gerakan bumi. Beliau telah juga memberi sumbangan dalam bidang mekanik dan hidrostatik. Dalam bidang mekanik beliau telah mengukur gravity spesifik logam dan bahan bukan logam dengan darjah kejituan yang tinggi. Beliau membincang tentang tekanan dan keseimbangan bendalir dan juga penyesakan ke atas air dari mata air. Abu Barakbah telah mengkaji masalah pecutan jasad terjatuh dan terluncur. Beliau juga telah memikirkan konsep masa dari sudut lain dengan menimbangkannya sebagai sesuatu yang berhubung dengan sesuatu proses yang akan berlaku dari gerakan translasi sahaja. Suhrahwadi telah menyediakan asas bagi fizik cahaya. Beliau menyatakan alam dan planet adalah tertakluk kepada daya dan hukum yang sama. Ini tidak asing dari hukum graviti semesta. Eksperimen untuk menentukan gerakan lurus linear bagi cahaya, sifat bayang-bayang, penggunaan kanta dan mengkaji secara matematik tentang fenomena penting dalam optik. Dalam kitabnya yang boleh diterjemah sebagai ritis fizik, beliau telah menulis tentang kajian lanjutannya berkenaan dengan hukum pantulan dari permukaan satah ke permukaan cekung parabola.

Teori Muslim yang kekal digunakan hingga ke hari ini seperti teori Ibn Haitham yang mengemukakan bahawa cahaya terpancar dan melantun menghasilkan sudut yang sama secara normal pada permukaan yang melantun cahaya itu dan jenis cahaya yang berlainan bergerak secara lurus. Beliau juga telah memberi sumbangan penting kepada fizik. Ketika mengkaji gerakan, beliau telah berjumpa dengan prinsip inersia. Kajian optik beliau pula telah menjelmakan banyak 13

04DKA07F071 04DKA07F059

Tamadun Islam Dalam Bidang Fizik

pengetahuan optik sehingga optik menjadi satu disiplin yang bertertib dan tertakrif seperti sekarang. Beliau telah menggabungkan penggunaan matematik yang terperinci, model fizik yang telah difikirkan dengan teliti. Dalam kitabnya yang boleh diterjemah sebagai Tritis Fizik, beliau telah menulis kajian lanjutannya tentang hukum pantulan dari permukaan satah ke permukaan cekung dan parabola. Beliau telah mengkaji aberasi sfera dan telah menyedari bahawa bagi cermin parabola, semua sinar cahaya tertumpu pada satu titik. Oleh yang demikian, cermin seperti ini diperakuinya sebagai sejenis yang terbaik untuk membakar. Untuk kajian pembiasan, beliau menggunakan kamera obskura. Dalam kajian itu juga beliau telah menghubungkan perubahan lintasan dengan perubahan halaju apabila cahaya melalui dari satu medium kepada satu medium yang lain. Hasil daripada kajian ini, beliau mencadangkan, dalam bentuk kasarnya, akan hukum masa tersingkat. Malangnya hukum ini terkenal sekarang dengan nama “prinsip terkecil Fermat”, walaupun Fermat menemui hukum ini pada kurun ke-17 M. Hasil daripada cerapan beliau yang teliti dan gigih beliau terjumpa dengan hukum Batlamus yang menyatakan sudut biasan berkadaran dengan sudut insiden (sudut datang atau sudut tuju) bagi sudut-sudut yang kecil. Ini “hukum Snell” pada sudut kecil. Perlu juga disebutkan di sini kajian beliau tentang fisiologi mata dan masalah penglihatan. Beliau telah menyangkal teori Euklid dan Batlamus yang menyatakan bahawa mata mengeluarkan cahaya. Beliau percaya sebaliknya, iaitu bahawasanya dalam proses penglihatan, cahaya berjalan dari objek ke mata, seperti yang diterima umum sekarang ini.

BIOGRAFI RINGKAS SAINTIS FIZIK ISLAM Berikut adalah biografi ringkas mengenai tokoh islam dalam bidang fizik: 14

04DKA07F071 04DKA07F059

Tamadun Islam Dalam Bidang Fizik

Al-Biruni (973-1048 M) Al-Biruni yang berbangsa Parsi ini melakukan sesuatu yang sangat jarang dilakukan orang lain iaitu menguasai bahasa Sanskrit yang asing bagi orang Timur Tengah ketika berada di India sewaktu pemerintahan Sultan Mahmood Ghaznawi. Nama penuh al-Biruni ialah Abu al-Raihan Muhammad Ibn Ahmad al-Biruni. Dilahirkan di Birun, Turkistan pada tahun 937M, meninggal pada tahun 1050M di India. Dengan ilmu yang diperolehi daripada Abu Nasr Mansur Ibn Ali Ibn Iraqin beliau berutus surat dengan Ibn Sina. Gemar merantau menambahkan pengalamannya. Ditawan oleh Sultan Mahmood dan sentiasa mengiringi baginda dalam peperangan. Pengetahuan yang dalam mengenai falsafah Yunai dan juga bagus dalam bahasa Hebrew dan Syria. Sumbangannya yang utama ialah mencipta penggunaan angka2 India menggunakan angka kosong. Menyelesaikan berbagai2 persoalan matematik dan geometri. Berjaya menentukan garis bujur dan lintang bumi serta pergerakan cahaya jauh lebih laju daripada pergerakan bumi. Al-Biruni, seorang yang menguasai ilmu Timur dan Eropah.

Suhrahwadi Suhrahwadi menjadi pengasas Isyraqiyyin (iluminasis) dan telah menyediakan asas bagi fizik cahaya. Beliau telah menolak teori Aristoteles tentang kehilomorfan. Bagi ‘zat’ alam ini cahaya, dan jirim itu ‘kegelapan’ tanpa cahaya. Beliau menyatakan bahawa alam bumi dan planet tertakluk kepada daya dan hukum yang sama. Ini tidak asing daripada hukum gravity semesta

Abu Barakah al-Baghdadi (1077-1165 M)

15

04DKA07F071 04DKA07F059

Tamadun Islam Dalam Bidang Fizik

Abu Barakah al-Baghdadi seorang ahli falsafah Yahudi yang pada akhir hayatnya telah memeluk agama Islam. Beliau juga seorang ahli fikir asli yang menguasai mandala falsafah tabii. Kitabnya Kitab alMu`tabar mengandungi idea yang berguna untuk fizik. Beliau bukan sahaja meneruskan kritikan kepada teori Aristoteles tentang gerakan luncuran, tetapi beliau juga telah mengkaji masalah pecutan jasad terjatuh dan terluncur. Beliau juga telah memikirkan konsep masa dari sudut lain dengan menimbangkannya sebagai sesuatu yang berhubung dengan proses yang akan berlaku daripada gerakan translasi sahaja. Spekulasinya tentang gerakan memecut mengagumkan kerana beliau mungkin merupakan orang yang pertama menolak teori Aristoteles yang menyatakan bahawa daya malar menyebabkan gerakan seragam yang lajunya berkadaran dengan daya. . Al-Haitham (965-1038 M) Sarjana yang menguasai ilmu falsafah dan sains antaranya ialah Abu Ali Muhammad Ibn al- Hasan Ibn al-Haitham, lahir di Basrah pada tahun 965m, meninggal di Mesir pada 1039M. Memulakan hidup di Basrah dengan bekerja sambil belajar. Setelah beberapa lama menjadi pegawai pemerintah di sana, beliau memutuskan untuk menumpukan perhatian kepada pengajian dan penulisan. Pernah tinggal di Mesir dan mengkritik aliran sungai Nil hingga mendapat perhatian serius pemerintah Mesir. Menjelajah jauh ke Aswan untuk menyelidik sungai itu. Faedah diperoleh di Universiti alAzhar apabila dapat menyalin buku matematik dan falak. Dikenali sebagai seorang yang teliti dan berhati-hati. Menulis tentang berbagai ilmu sains dan sastera. Banyak daripadanya adalah dalam bentuk risalah dan majalah. Berpendapat yang kebenaran hanyalah satu. Antara usaha beliau yang masyhur ialah kajian tentang optik dan penglihatan. Al-Haitham seorang ahli matematik, fizik, dan ahli astronomi. Beliau lebih terkenal sebagai pengasas dalam bidang optik. Beliau yang dikenali di Barat sebagai al-Hazen telah menulis Kitab al-Manazir yang diterjemah oleh sarjana Barat sebagai Optical Thesaurus (Kitab Optik). Dalam buku ini beliau telah menjelaskan konsep momentum yang telah dibina oleh kaum Muslim.

16

04DKA07F071 04DKA07F059

Tamadun Islam Dalam Bidang Fizik

Abdul Rahman al-Khazini Abdul Rahman al-Khazini seorang ahli fizik yang terkenal. Asalnya beliau seorang hamba bangsa Yunani yang hidup dengan maju jayanya di Mesir pada abad ke-12 M. Beliau bekerja dalam bidang mekanik dan hidrostatik. Di antara beberapa buah buku yang ditulisnya termasuklah Kitab Mizan al-Hikmah (Kitab Neraca Kebijaksanaan) yang memuatkan kerja-kerjanya tentang mekanik dan hidrostatik, terutama sekali tentang kajian pusat gravity. Untuk kerjakerja ini beliau telah menggunakan hasil kerja Arkhimedes dan juga ahli sains sebelumnya seperti al-Nairizi dan al-Biruni.

Ibnu Musa Ibnu Musa keluarga ahli sains bernama Musa, iaitu Ibnu Syakir dan anak-anaknya Muhamad, Ahmad dan Hassan. Mereka telah menulis tentang mekanik dakam buku Hiyal Banu Musa. Buku ini mengandungi maklumat tentang sekitar seratus binaan alat mekanik. Buku ini juga telah menyentuh soal tentang pusat gravity dan menjelaskan operasi beberapa alat berdasarkan kepada prinsip mekanik. Berkenaan gravity, Banu Musa telah manyatakan tentang kewujudan satu tarikan yang disebut gravity menyebabkan planetplanet di langit “terikat” antara satu dengan yang lain dan juga jasad jatuh ke bumi. Inilah teori yang pada masa ini dikaitkan dengan nama ahli fizik Barat, Isaac Newton (1642-1727 M).

17

04DKA07F071 04DKA07F059

Tamadun Islam Dalam Bidang Fizik

Keagungan tamadun islam disuburkan dengan kemunculan para cendiakawan dan saintis muslim yang terkemuka. Uman Islam berjaya menguasai ilmu sains dan teknologi daripada tangan orang Rom, Parsi dan Yunani. Orang islam telah berjaya melakukan penemuan-penemuan baru serta Telah diperhatikan bahawa mulai abad ke-6 M. bahasa sains telah mula memperbetulkan kesalahan digunakan untuk memahami fenomenon tabii.sebahagian Sebelum daripada itu fakta sains ini terdahulu penerangan tentang fenomenon dalam alam semesta berdasarkan kepada mitologi, iaitu berasaskan hikayat tradisi yang biasanya melibatkan kuasa sakti atau orang-orang keramat dan menggunakan idea popular berkenaan fenomenon tabii atau sosial. Bahasa sains ini meliputi penggunaan konsep sains, pemikiran rasional, prinsip, falsafah dan model mekanik. Perkara yang dicari dalam fizik seperti berikut:

KESIMPULA

Prinsip tidak terubahkan yang menjadi landasan bagi fenomena yang kelihatan berubah. Punca tunggal terhadap kegandaan benda di alam tabii. Prinsip asas ini pada dasarnya berbentuk kebendaan. Kerja-kerja mengkaji fenomenon tabii dibuat kerana manusia ingin tahu tentang kejadian alam sekitarnya dan “zat” yang berkuasa ke atas makhluk ciptaannya mempersoalkan kejadian alam kejasmanian ini serta mendapatkan hukum-hukumnya. Kelihatan bahawa fizik berkisar pada kajian tentang jirim dalam ruang dan masa.             Dapatlah disimpulkan , bahawa disiplin fizik sebagai satu cabang sains wujud pada zaman tamadun Islam sebagai cabang falsafah tabii. Perkembangan ilmu yang dapat difahami sebagai fizik sekarang bermula dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan matematik iaitu yang mempersoalkan tentang asal usul kejadian alam, telatah alam dan hubungan dengan penciptanya. Bagi para ahli sains Islam al-Quran menjadi satu sumber ilham untuk berkecimpung dalam kajian sains. Idea-idea yang diperoleh daripada al-Quran telah memberi mereka kebolehan untuk menghasilkan beberapa teori fizik seperti dalam mekanik dan mekanik kuantum. Asas asal teori ini telah dan masih digunakan dalam perkembangan fizik zaman ini. Inilah satu-satu contoh bagaimana cerapan renungan dan menyoal tentang alam yng sangat-sangat digalakkan oleh al-Quran membolehkan manusia meningkatkan kedudukan inteleknya ke paras yang sangat mengagumkan. Perhatikan sikapsikap yang digalakkan oleh al-Quran inilah yang digelar sikap sains pada masa ini. Satu perkara yang dapat diperhatikan ialah (agar yang demikian membolehkan manusia mengenali Khaliqnya) tokoh-tokoh muslim yang telah memperluaskan dan menyumbangkan ilmu ini terdiri daripada mereka yang berminat dalam melaksanakan eksperimen dan mereka yang cuba menyediakan sains alam tabii yang sepenuhnya simbolik dan membatu manusia untuk merenung alam tabii sebagai teofani nama-nama kudus dan kuantiti-kuantiti kudus sebagai kebenaran yang haq, mengatasi dan melebihi 04DKA07F071 daripada alam kebendaan ini 18 04DKA07F059

Tamadun Islam Dalam Bidang Fizik

RUJUKAN  MODUL TAMADUN ISLAM

 MODUL PENDIDIKAN ISLAM sem1  TAFSIR QURAN AL-FURQAN  PENDIDIKAN ISLAM SPM

 INTERNET

Abd Samat bin haji Hamzah, Shamsul Kamal bin Abdullah Engku Razinawaty binti Engku Chik Politeknik Kota Bharu, 2008 Shamsul Kamal bin Abdullah Politeknik Kota Bharu,2006 Hassan (guru persatuan islam) Pustaka Aman Press sdn.bhd Cetakan ke-3,1979 Apendi Sahi Hamil@ Amir Abd Hameed Mohamad Zaini Yahya Zulhazmi Omar Sasbadi sdn.bhd www.gemaislam.net

19

04DKA07F071 04DKA07F059

Related Documents

Pai Tamadun Fizik
June 2020 18
Fizik
October 2019 37
Fizik
December 2019 33
Fizik
April 2020 25
Pai
June 2020 28
Pai
June 2020 29

More Documents from ""

How To Make A Clock
June 2020 27
Pai Tamadun Fizik
June 2020 18
World Class Education
June 2020 19
Kkp2009
May 2020 23