Kkp2009

  • Uploaded by: siti aysisah binti wahab
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kkp2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 4,636
  • Pages: 24
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS KENT TUARAN SABAH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

WAJ3106 HUBUNGAN ETNIK

NAMA: UMMUL KHAIRUNNISA BINTI SATUNG NOMBOR KAD PENGENALAN: 880305-12-5786 UNIT/OPSYEN: PISMP IPGM PRASEKOLAH AMBILAN: JANUARI 2008 PENSYARAH PEMBIMBING: ENCIK SAIMIN GINSARI

NAMA : UMMUL KHAIRUNNISA BINTI SATUNG NO KAD PENGENALAN : 880305-12-5786 UNIT / PENGKHUSUSAN : PISMP PRASEKOLAH TARIKH LAHIR : 05 MAC 1988 TEMPAT LAHIR : HOSPITAL QUEEN ELIZABETH, KK ASAL : TUARAN BANGSA : BRUNEI AGAMA : ISLAM SEKOLAH TERDAHULU : •

SJK(C) CHEN SIN, TUARAN



SUIS PEKAN TUARAN



SMK SAINT JOHN, TUARAN

NO TELEFON : 0168259415 MENTOR (SEKARANG) : CIK LEE SOW YING MOTTO : “FAILURE IS THE WAY TO SUCCESS”

2

KANDUNGAN

MUKA

SURAT 10 PENGENALAN

4

20 ETNIK BANJAR:

5

2.1 Sejarah Asal-usul 2.2 Adat dan Budaya

2.3 Kepercayaan dan Agama 2.4 Keistimewaan Banjar 2.5 Orang Banjar Kini 2.6 Rumusan 30 BIBLIOGRAFI

24

3

10 PENGENALAN Masyarakat Malaysia terkenal kerana sifat majmuknya. Salah satu golongan etnik yang besar ialah orang Banjar. Seperti golongan etnik lain, orang Banjar juga merupakan satu golongan yang kompleks dan mempunyai sejarah yang tersendiri di negara ini. Walaupun orang Banjar tergolong dalam rumpun bangsa Melayu, namun, tidak banyak yang diketahui tentang masyarakat ini. Keadaan ini agak berbeza dengan orang Jawa yang lebih dikenali walaupun kedua-dua masyarakat ini mempunyai latar belakang penghijrahan yang hampir sama dan berasal dari negara yang sama iaitu Indonesia. Kedua-dua masyarakat tersebut tinggal di kawasan petempatan seperti daerah Batu Pahat di Johor, daerah Sabak Bernam dan Tanjung Karang di Selangor dan daerah Bagan Datoh di Perak. Sehingga kini, belum ada penulisan yang benar-benar lengkap tentang sejarah kedatangan atau perkembangan masyarakat tersebut di negara ini, walaupun sumbangan mereka dalam bidang sosial, ekonomi dan politik bangsa Melayu khasnya di negara ini secara keseluruhannya tidak kurang pentingnya

20 ETNIK BANJAR 2.0.1 Sejarah Asal Usul 4

Orang Banjar yang datang ke Tanah Melayu adalah berasal dari Kalimantan, Indonesia, di kawasan selatan Basin Barito, terutama sekali dari daerah Banjar Masin, iaitu pusat bandar daerah itu. Kawasan ini adalah terletak di bahagian tenggara Borneo. Banjarmasin adalah sebuah ibu kota Kalimantan Selatan, Indonesia. Kota ini memiliki luas wilayah 72 km² atau 0,019% dari luas wilayah Kalimantan Selatan. Jumlah penduduk di kota ini adalah sebanyak 527,250 orang (2000) dengan

kepadatan

penduduk

berjumlah 7,325/km².

Di antara daerah-daerah utama tempat asal orang Banjar tersebut ialah dari daerah Balangan, Amuntai, Alai, Hamandit, Margasari dan Martapura. Sebahagian dari mereka juga berasal dari Sumatera Tengah di kawasan Bukit Tinggi dan Sepat. Daerah-daerah tersebut merupakan kawasan penanaman padi. Oleh demikian, mereka yang berhijrah ke Tanah Melayu adalah merupakan petani-petani yang mahir dalam penanaman padi. Di samping itu, pekerjaan khusus seperti melukis, tukang permata dan berniaga juga ditekankan oleh mereka. Pekerjaan inilah yang membezakan mereka dari suku-suku bangsa lain di daerah orang-orang Dayak yang tinggal lebih ke utara barat Banjar Masin. Masyarakat ini juga dikenali dengan kemahiran membuat peralatan dari besi, seperti peralatan pertanian dan senjata.

Kebanyakan mereka suka tinggal di lembah beberapa buah sungai seperti di sepanjang lembah Sungai Barito dari Banjar Masin hingga ke Asuntai dan Tanjung di utara. 5

Tarikh migrasi masyarakat ini ke Tanah Melayu tidak dapat dipastikan, tetapi menurut Afred

Rumah Pinggiran Sungai

Bacon Hudson seorang pengkaji orang Banjar, migrasi ini bermula dalam pertengahan abad ke 19. Penempatan yang awal sekali dapat dikesan ialah di Batu Pahat, Johor. Pada masa itu, mereka sering berulang alik berdagang dan berniaga kelapa kering melalui Siak, Bentan, Inderagiri terus ke Batu Pahat dan Singapura. Selain daripada itu Bagan Datoh di Perak juga dikatakan tempat pertapakanawal masyarakat ini di Tanah Melayu. Dari Batu Pahat, mereka berpecah ke kawasan lain. Mereka masih lagi manjalankan aktiviti yang serupa seperti bertani, berkebun getah, kelapa dan sebagainya. Pada masa kini, masyarakat Banjar boleh didapati di beberapa kawasan pantai barat, terutamanya di kawasan penanaman padi seperti di daerah Kerian, Sungai Manik dan Bagan Datoh di Perak, Sabak Bernam dan Tanjong Karang di Selangor serta Batu Pahat di Johor. Di Sabah pula, orang Banjar terdapat di Sandakan, Tenom, Keningau dan Tawau. Orang Banjar ini pula terbahagi kepada beberapa puak dan di antara yang terbesar ialah Tanjung dan Kalua dari daerah Balangan, Amuntai dari daerah Amuntai, Barabai dari daerah Alai, Nagara dan Kandangan dari daerah Hamandit, Rantau dari daerah Margasari dan Martapura dari daerah Martapura. Masyarakat ini sering mengidentifikasikan diri mereka berdasarkan daerah tempat asal-usul mereka di Tanah Banjar. Selain

daripada

faktor

perdagangan,

kemiskinan

yang

mencengkam

kehidupan orang Banjar di tempat asal mereka juga telah mendorong penghijrahan ke Tanah Melayu. Keadaan mereka di Tanah Banjar agak sukar kerana tanah pertanian mereka sering menghadapi ancaman binatang buas. Faktor ini ditambah lagi dengan kemelaratan yang dihadapi di bawah pemerintahan penjajah Belanda yang terlalu menindas masyarakat tempatan dengan pelbagai cukai dan peraturan yang tidak munasabah. Di samping itu, mereka tertarik dengan kemakmuran 6

kehidupan di Tanah Melayu pada masa itu yang dikhabarkan oleh pedagangpedagang yang berulang-alik ke Tanah Melayu. Pihak

penjajah

British

di

Tanah

Melayu

pula

amat

menggalakkan

penghijrahan masyarakat dari Indonesia untuk membuka dan mengerjakan kawasan pertanian yang baru kerana masyarakat tersebut amat terkenal dengan sifat tabah dan gigih dalam menghadapi cabaran hidup.

2.0.2 Penghijrahan Orang Banjar Suku Banjar yang tinggal di Sumatera dan Malaysia merupakan anak cucu dari para penghijrah etnik Banjar yang datang dalam tiga gelombang migrasi besar. Pertama, pada tahun 1780 terjadi penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera. Etnik Banjar yang menjadi pendatang ketika itu adalah para penyokong Pangeran Amir yang kalah dalam perang saudara Kerajaan Banjar, iaitu Pangeran Tahmidullah. Mereka terpaksa melarikan diri dari wilayah Kerajaan Banjar kerana sebagai musuh politik mereka sudah dijatuhkan hukuman mati. Kedua, pada tahun 1862 terjadi lagi penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera. Etnik Banjar yang menjadi pendatang ialah para pendukung Pangeran Antasari dalam kemelut Perang Banjar. Mereka terpaksa melarikan diri dari pusat pemerintahan Kerajaan Banjar di kota Martapura atas alasan yang sama. Pasukan Residen Belanda yang menjadi musuh mereka dalam Perang Banjar yang sudah menguasai kota-kota besar di wilayah Kerajaan Banjar. Ketiga, pada tahun 1905 etnik Banjar kembali melakukan penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera. Kali ini mereka terpaksa melakukannya kerana Sultan Muhammad Seman yang menjadi Raja di Kerajaan Banjar ketika itu mati syahid di tangan Belanda. Penghijrahan suku Banjar ke Sumatera khususnya ke Tembilahan, Indragiri Hilir sekitar tahun 1885 di masa pemerintahan Sultan Isa, raja Indragiri sebelum raja yang terakhir. Tokoh etnik Banjar yang terkenal dari daerah ini ialah Syeikh Abdurrahman Siddiq Al Banjari yang berasal dari Martapura, Banjar yang memegang jawatan sebagai Mufti Kerajaan Indragiri. 7

Dalam masa-masa tersebut, suku Banjar juga berhijrah ke Malaysia antara lain ke negeri Kedah, Perak (Kerian, Sungai Manik, Bagan Datoh), Selangor (Sabak Bernam, Tanjung Karang), Johor (Batu Pahat) dan juga negeri Sabah (Sandakan, Tenom, Keningau, Tawau) yang dikenali sebagai Banjar Melau. Tokoh etnik Banjar yang terkenal dari Malaysia adalah Syeikh Husein Kedah Al Banjari, iaitu bekas mufti Kerajaan Kedah. Salah seorang etnik tokoh Banjar dari Malaysia yang terkenal ketika ini ialah Dato Seri Harussani bin Haji Zakaria yang menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perak. Daerah yang paling ramai terdapat etnik Banjar di Malaysia adalah daerah Kerian di Negeri Perak Darul Ridzuan. Organisasi suku Banjar di Malaysia adalah Pertubuhan Banjar Malaysia.

2.2 ADAT DAN BUDAYA 2.2.1 Fahaman Kesukuan Perkara ini adalah berkait rapat dengan keadaan mereka yang baru berhijrah dari Tanah Banjar ke Tanah Melayu yang masih asing bagi mereka. Jadi, bagi memastikan kebajikan mereka terjaga, mereka sentiasa tinggal dalam satu kelompok. Salah satu ciri terpenting wujud pada masyarakat tersebut pada masa itu ialah mendalamnya fahaman kesukuan. Bagi mereka, orang-orang selain dari suku mereka dianggap sebagai 'orang luar'. Keadaan ini telah mempengaruhi pergaulan, perkembangan pemikiran dan seterusnya keperibadian mereka. Faham kesukuan ini juga telah menjadikan masyarakat ini pada masa itu sebagai sebuah masyarakat tertutup. Jarang-jarang benar berlaku perkahwinan di luar suku Banjar. Justeru itu, faktor ini telah dapat mengekalkan beberapa ciri-ciri keperibadian yang tersendiri masyarakat ini. Contoh yang nyata ialah pengekalan bahasa pertuturan sehari-hari iaitu dialek Banjar dan kawasan tempat tinggal yang berkelompok.

2.2.2 Kehidupan Orang Banjar

8

Keadaan kehidupan mereka juga amat sederhana, rumah mereka dikatakan kosong kerana tidak mempunyai alat-alat perabut seperti kerusi, meja dan almari. Peralatan yang ada seperti tikar mengkuang yang dibentangkan ketika tetamu datang dan lain-lain perkakas yang mustahak sahaja. Satu hal yang agak menarik juga ialah, masyarakat ini tidak suka bekerja makan gaji dengan kerajaan kerana mereka lebih suka bekerja sendiri khasnya dalam bidang pertanian. Perkara ini juga berkait dengan kebebasan untuk mereka membuat

perkara-perkara

sampingan

khasnya

untuk

mendalami

ilmu-ilmu

keagamaan. Pekerjaan bertani khasnya penanaman padi mempunyai ruang masa yang banyak dan bebas untuk mereka melakukan perkara-perkara tersebut seperti ketika menunggu musim menuai dan seumpamanya. Kedudukan seseorang yang tinggi ilmu agama juga amat dihormati dan mendapat tempat yang istimewa di kalangan orang Banjar. Nilai yang diberikan ke atas seseorang individu dalam masyarakat ini adalah berdasarkan keahliannya dalam ilmu-ilmu agama Islam. Nilai-nilai seperti ini menjadikan masyarakat ini begitu kuat dan taat berpegang kepada ajaran Islam dan kepada kepimpinan yang ahli dalam bidang agama Islam. Perkara ini jelas dilihat daripada kemenangan calon parti yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan pada Pemilihan Umum Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955 Kawasan Kerian, Perak yang telah diketahui majoriti daripada penduduknya terdiri daripada orang Banjar. Beliau yang dimaksudkan ialah Tuan Guru Haji Ahmad Haji Hussein, keturunan Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari, seorang tokoh ulama besar berasal dari Tanah Banjar, Kalimantan Selatan, Indonesia.

2.2.3 Bahasa Banjar

9

Bahasa

Banjar

merupakan

bahasa

Austronesia

yang

dipertuturkan

sesetengah tempat di Semenanjung Malaysia dan di provinsi Kalimantan Selatan, Indonesia. Bahasa Banjar merupakan salah satu cabang bahasa yang berkembang dari Bahasa Melayu. Asal bahasa ini berada di provinsi Kalimantan Selatan yang terbahagi kepada Banjar Kandangan, Amuntai, Alabiu, Kalua, Alai dan lain-lain. Bahasa Banjar dihipotesakan sebagai bahasa proto Malayik, seperti halnya bahasa Minangkabau dan bahasa Serawai (Bengkulu). Bahasa Banjar banyak dipengaruhi oleh bahasa Melayu, Jawa dan bahasa Dayak. Bahasa Banjar atau sering pula disebut Bahasa Melayu Banjar terbahagi kepada dua kelompok dialek iaitu: i.

Bahasa Banjar Hulu

ii. Bahasa Banjar Kuala Bahasa Banjar Hulu hanya mempunyai tiga vowel iaitu /i/ dan variasi yang panjang /i:/, /u:/, dan /a/. Apabila menyebut perkataan yang mengandungi vowel selain dari tiga ini, vowel itu akan diganti dengan tiga di atas berdasarkan mana yang lebih dekat. Contohnya perkataan "logo" akan disebut "lugu". Perkataan "enak" akan disebut "inak", "ke mana" pula menjadi "ka mana". Ciri lain adalah perkataan yang dimulakan dengan vowel selalunya disebut dengan bunyi /h/ pada awalan. Bagi bahasa Banjar Kuala, ia mempunyai lima vowel, /a, i, u, e, o/. Orang-orang Banjar yang berada di Sumatera dan Semenanjung Malaysia majoritinya berasal dari wilayah Hulu Sungai (Banua Enam), maka bahasa Banjar yang dipakai merupakan campuran dari dialek Bahasa Banjar Hulu menurut asal usulnya di Kalimantan Selatan.

2.2.4 Adat Perkahwinan Dari segi adat perkahwinan pula, berbeza sedikit dari adat perkahwinan di Jawa. Dimana upacara merenjis air ke atas pasangan yang baru berkahwin dilaksanakan oleh pegawai agama dan keluarga. 10

Turut menyerikan suasana perkahwinan masyarakat Banjar ialah satu permainan yang disanjung tinggi iaitu 'Orung-Orung Batang'.

Keseluruhannya ,

unsur-unsur ini adalah diadaptasi suku kaum Dayak dan Jawa.

Baju pengantin lelaki bernama Teluk Belangga

dan

perempuan Goyang

baju

pengantin

namanya

Kembang

(hiasan

di

kepalanya

goyang-goyang). Kembang Goyang juga nama judul lagu wajib pengiring pengantin

Banjar.

Nama

kostum

pengantin ini ialah “Baamar Galung Pancar Matahari".

Urutan proses pernikahan yang umum terjadi di kalangan keluarga calon pengantin : BASASULUH Berasal dari kata suluh, merupakan proses pencarian maklumat mengenai gadis yang diingini, hal ini dilakukan secara senyap oleh pihak lelaki. Pada masa lalu perkahwinan lazimnya terjadi atas perjodohan atau pilihan orang tua, sehingga tradisi ini merupakan kewajipan. Biasanya dilanjutkan dengan “Batatakun” iaitu pencarian maklumat secara terbuka melalui kedua pihak keluarga, dengan tujuan meyakinkan perihal asal-usul keluarga, kemampuan ekonomi, dan seterusnya. BADATANG Acara meminang secara rasmi oleh keluarga calon mempelai wanita. Secara tradisi, dalam acara ini terjadi dialog dengan bahasa Banjar disertai dengan berbalas pantun antara dua keluarga. Apabila lamaran diterima, mereka mula ditetapkan beberapa kesepakatan antara lain mengenai besarnya jujuean (mas kawin), hari menghantar mas kahwin, serta menetapkan hari perkahwinan. MAANTAR JUJURAN ATAU MAANTAR PATALIAN

11

Sebagai pangikat atau bukti telah bertunangan, calon pengantin lelaki harus memberikan “jujuran/patalian” atau hantaran kepada calon pengantin wanita. Bendabenda patalian diantaranya berupa seperangkat perlengkapan perhiasan, wangiwangian, perlengkapan kamar tidur, perhiasaan dan sejumlah wang. Mataar Patalian ini dilakukan oleh rombongan yang terdiri dari ibu-ibu sebanyak sepuluh sampai dua puluh orang dan biasanya diterima dengan upacara sederhana. Kesempatan ini digunakan oleh keluarga untuk mengumumkan kepada para tetamu tentang hubungan calon pengantin yang disebut balarangan atau pertunangan. Dalam acara tersebut kedua calon pengantin harus menghadirkan diri. BAPINGIT Merupakan salah satu tahap yang harus ditempuhi oleh seorang gadis menjelang hari pernikahannya. Calon pengantin wanita “dikurung” selama seminggu dengan maksud untuk menghindarkan dari hal-hal yang tidak diinginkan.

Sesuai

perkembangan masa, acara bapingit kini dipersingkat antara dua sampai tiga hari saja. Pada masa bapingit,calon mempelai wanita tidak diperkenankan dikunjungi oleh calon mempelai lelaki atau pemuda yang lain. Selama

masa

bapingit,

calon

pengantin

wanita

benar-benar

harus

mempersiapkan zahir dan batin untuk mengarungi mahligai rumah tangga. Kegiatan yang dilakukan dalam masa bapingit adalah : a.Batamat Quran Kerana majoriti suku Banjar beragama Islam, maka ketaatan calon mempelai wanita dalam menjalankan ibadahnya akan ‘diuji’ melalui proses Batamat Qur’an, yakni menamatkan pembacaan kitab suci Al Qur’an disaksikan oleh guru mengaji dan kaum kerabat.

b.Bakasai dan batimung Inilah saat intensif melakukan perawatan dan membersihkan diri calon mempelai wanita agar kelihatan cantik dan segar. Sesuai dengan adat dan tradisi, ritual perawatan menggunakan ramuan khusus berupa ‘kasai’ yakni seperti cairan 12

pembersih dari beras ketan yang telah digoreng kering secara berulang-ulang. Selain itu calon pengantin melakukan ritual mandi wap air wewangian, dalam istilah Banjar disebut Batimung, agar pada hari pernikahan tubuh menjadi bersih dan tidak banyak mengeluarkan peluh. c. Bapacar atau bainai Acara menghias kuku dengan pacar atau inai yang ditumbuk halus, sehingga meninggalkan warna merah. Proses bainai semacam ini juga menjadi tradisi kalangan masyarakat Minang mahupun Betawi. BADUDUS Merupakan proses mandi untuk menyucikan diri calon pengantin. Menggunakan air dicampur bunga-bunga dan air jeruk, dilengkapi dengan mayang dan air kelapa gading. Proses badudus dilakukan selepas bapingit, dua atau tiga hari sebelum upacara perkahwinan. Ritual tersebut boleh dijalankan serentak oleh kedua calon pengantin atau dirumah masing-masing. 5 atau 7 orang wanita tua dari keluarga terdekat dipilih untuk memandikan calon pengantin. Rangkaian proses ini diwarnai dengan detil perlengkapan dan dekorasi berwarna kuning. Antara lain pada ‘lalangitan’ berupa kain kuning yang direntangkan pada bagian atas lokasi berlangsungnya acara tersebut. Bagi masyarakat Banjar, warna kuning selain merupakan warna yang memiliki erti kebesaran dan keluhuran, juga dipercaya boleh menjadi ‘alat’ untuk melindungi dari pengaruh roh jahat. Dengan demikian, calon pengantin juga memakai sarung warna kuning ketika melakukan ritual badudus untuk ‘melindungi’ diri dari hal-hal buruk yang tidak diingini. Acara adat badudus juga disertai oleh perlengkapan yang penuh dengan makna. Antara lain ialah tebu kuning melambangkan harapan agar kehidupan rumah tangga selalu manis dan teguh, daun beringin sebagai lambang pengayoman, daun kambat sebagai penolak bala, daun linjuang sebagai penolak setan, ketupat berbentuk burung agar calon pengantin boleh terbang tinggi mencapai harapan rumah tangga. Disertakan pula pagar mayang sebagai pembawa keberuntungan dan penangkal segala yang buruk. Acara badudus diakhiri dengan pembacaan doa selamat dan batamat Al Qur’an bagi calon pengantin wanita mahupun lelaki. 13

AKAD NIKAH Dalam pengertian orang Banjar, terdapat perbezaan nikah dengan kahwin. Nikah dilakukan didepan penghulu sesuai dengan aturan agama, sedangkan kahwin dilakukakan setelah nikah, sewaktu pengantin lelaki secara rasmi dihantar beramairamai menuju ke rumah pengantin wanita. Proses perkahwinan adat Banjar meliputi tiga bahagian, yakni Manurunkan pengantin lelaki, Maarak pengantin lelaki, dan Mempelai Batatai Bapalimbaian. i, MANURUNKAN DAN MAARAK PENGANTIN LAKI-LAKI Merupakan upacara di rumah pihak keluarga pengantin lelaki untuk dipersiapkan dan dibawa ke rumah pengantin wanita. Diawali dengan doa selamat kecil, kemudian mempelai lelaki turun keluar rumah sambil mengucap doa keselamatan diiringi Selawat Nabi oleh para sesepuh serta taburan beras kuning sebagai penangkal bala dan bahaya. Meskipun acara nampak sederhana dan sangat mudah namun acara ini harus dilakukan untuk memastikan tidak terjadi hal-hal yang tidak diingini dan menyebabkan kegagalan upacara pernikahan. Setelah doa dan harapan keselamatan, rombongan pengantin kemudiannya menuju ke kediaman pengantin wanita. Ketika berada beberapa puluh meter didepan rumah pengantin wanita, perbagai jenis kesenian akan ditampilkan untuk menyambut kehadiran rombongan pihak pengantin lelaki. Diantaranya, Sinoman Hadrah (seni tari masal sambil mempermainkan bendera-bendera diiringi pukulan rebana), Kuda Gepang (hampir sama dengan kuda lumping), juga muzik Bamban (sejenis Tanjidor Betawi). Pengantin lelaki melalui barisan Sinoman Hadrah, dilindungi oleh Payung Ubur-Ubur yang akan terus berputar-putar melindungi pengantin sambil rombongan bergerak menuju rumah mempelai wanita.

ii, PENGANTIN BATATAI Kedatangan pengantin lelaki ke rumah pengantin wanita untuk “bertatai” atau duduk bersanding, adalah acara kemuncak dari setiap upacara perkahwinan Banjar. Acara ini terdiri dari beberapa versi berdasarkan kebiasaan sub-etnik masing-masing.

ii.a. Versi Banjar Kuala 14

Pengantin lelaki masuk ke rumah pengantin perempuan dan terus menuju ke bilik untuk menjemput pengantin dan kembali menuju ke Balai Patataian yang biasanya terletak diruangan tengah untuk duduk bersanding (batatai). Proses yang harus dilakukan : •

Bahurup Palimbaian; sewaktu masih dalam kedudukan berdiri keduadua pengantin bertukat bunga tangan. Maknanya: kedua mempelai optimis terhadap hari-hari mendatang yang akan mereka jalani dengan penuh keceriaan, bagai harumnya bunga tangan mereka.



Bahurup Sasuap; kedua mempelai duduk bersanding lalu saling menyuapkan sekapur sirih (terdiri dari sirih, pinang, kapur, gambir). Maknanya: mereka sudah saling membulatkan tekad untuk menempuh pahit, getir, manis dan peritnya kehidupan dan mengatasinya dengan seia sekata.



Bakakumur; setelah mengunyah sekapur sirih, kedua mempelai berkumur dengan air putih, lalu air bekas kumur dibuang ke dalam tempolong. Maknanya: segala hal yang kurang baik segera di buang, sehingga dalam memasuk alam perkahwinan dalam keadaan bersih dan ikhlas.



Batimbai Lakatan; pengantin perempuan melemparkan segenggam nasi ketan ke pangkuan pengantin lelaki, lalu dilemparkan kembali ke pangkuan pengantin perempuan. Maknanya: Agar tali perkahwinan yang mereka bina akan erat, dapat memberikan keturunan yang baik dan unggul. Selanjutnya nasi ketan tadi dilemparkan ke hadirin untuk direbut oleh remaja perempuan. Dipercaya remaja yang mendapatkan nasi ketan tersebut akan cepat mendapat pasangan.



Batapung atau batutungkal; orang tua dari kedua keluarga memberikan sentuhan dengan memercikan ramuan (air bunga, minyak likat baboreh dan minyak wangi) pada ubun-ubun, bahu kiri dan kanan, dan pangkuan mempelai. Maknanya: agar perjalanan perkahwinan pengantin selalu mendapat dorongan, bimbingan dan berkat dari pihak keluarga serta saudara. 15

ii.b. Versi Banjar Pahuluan (1) Pengantin perempuan memasuki rumah pengantin perempuan disambut dengan Selawat Nabi dan taburan beras kuning, apabila pengantin perempuan sudah berada diambang pintu, kemudian mereka bersama-sama dibawa untuk duduk bersanding di atas Geta Kencana, sejenis tempat peraduan (tempat tidur). Proses seterusnya hampir sama dengan versi Banjar Kuala.

iii.c. Versi Banjar Pahuluan (2) Pengantin lelaki masuk ke rumah pengantin perempuan dan disambut dengan Selawat Nabi dan taburan beras kuning. Pengantin perempuan menanti di depan pintu, dan kemudian pasangan pengantin dibawa menuju ke Balai Laki dengan berjalan kaki maupun dengan cara Usung Ginggong. Selama bersanding di Balai Laki, pasangan pengantin menyaksikan aksi kesenian, dan harus menerima godaan atau olok-olok dari undangan yang hadir dengan senyum. Setelah selesai pasangan dibawa kembali ke rumah pengantin perempuan dan diiringi tetabuhan kesenian tradisional.

2.2.5 RUMAH ADAT BANJAR

Rumah Adat Banjar adalah rumah tradisional suku Banjar. Arkitektur tradisional ciricirinya

yangmempunyai

perlambang,

mempunyai

penekanan

pada

atap,

ornamental, dekorasi dan simetris. Menurut Idwar Saleh (1984:5): Rumah tradisonal Banjar adalah jenis-jenis rumah khas Banjar dengan gaya dan ukirannya yang tersendiri mulai sebelum tahun 1871 hingga tahun 1935. Umumnya rumah tradisional Banjar dibangun dengan beranjung (ba-anjung) iaitu sayap bangunan yang menjorok dari samping kanan dan 16

kiri bangunan utama kerana itulah disebut Rumah Baanjung. Anjung merupakan ciri khas rumah tradisional Banjar, walaupun ada pula beberapa jenis Rumah Banjar yang tidak beranjung. Jenis rumah yang paling bernilai tinggi adalah Rumah Bubungan Tinggi yang biasanya dipakai untuk bangunan keraton (Dalam Sultan). Jadi nilainya sama dengan rumah joglo di Jawa yang diguna sebagai keraton. Keagungan seorang pemimpin pada masa pemerintahan kerajaan diukur oleh jumlah ukuran dan kualiti seni serta kemegahan raja

Rumah Bubungan Tinggi

bangunan-bangunan kerajaan khususnya istana (Rumah

Bubungan

Tinggi).

Dalam

suatu

perkampungan suku Banjar terdiri dari pelbagai jenis rumah Banjar yang mencerminkan status sosial mahupun status ekonomi pemilik rumah. Dalam kampung tersebut rumah dibangun dengan pola linear mengikuti arah aliran sungai mahupun jalan raya terdiri dari rumah yang dibangun mengapung di atas air, rumah yang didirikan di atas sungai mahupun rumah yang didirikan di daratan, baik pada lahan basah (alluvial) mahupun lahan kering.

2.3 KEPERCAYAAN DAN AGAMA Menurut Alfani Daud (1997:6): "Islam telah menjadi ciri masyarakat Banjar sejak berabad-abad yang silam. Islam juga telah menjadi identiti mereka, yang membezakannya dengan kelompokkelompok Dayak yang ada di sekitarnya, yang umumnya masih menganut agama sukunya. Memeluk Islam merupakan kebanggaan tersendiri, setidak-tidaknya dahulu, sehingga berpindah agama di kalangan masyarakat Dayak dikatakan sebagai "babarasih" (membersihkan diri) di samping menjadi orang Banjar." Menurut Irfan Noor dalam "Islam dan Universum simbolik Urang Banjar" bahwa : Masyarakat Banjar bukanlah suatu yang hadir begitu saja, tapi ia merupakan konstruksi historis secara sosial suatu kelompok manusia yang menginginkan suatu komunitas tersendiri dari komunitas yang ada di kepulauan Kalimantan. 17

Selain itu, menurutnya : Etnik Banjar merupakan bentuk pertemuan berbagai kelompok etnik yang memiliki asal usul beragam yang dihasilkan dari sebuah proses sosial masyarakat yang ada di daerah ini dengan titiuk berangkat pada proses Islamisasi yang dilakukan oleh Demak sebagai syarat berdirinya Kesultanan Banjar. Menurutnya lagi : "Banjar" sebelum berdirinya Kesultanan Islam Banjar belumlah boleh dikatakan sebagai sebuah kesatuan identiti suku atau agama, namun lebih tepat merupakan identiti yang merujuk pada kawasan teritorial tertentu yang menjadi tempat tinggal. Kebanyakan orang Banjar yang berhijrah ke Tanah Melayu adalah terdiri daripada mereka yang kuat pegangan agama Islam dan mengamalkan cara hidup yang sederhana. Maka, tidak hairanlah bahawa masyarakat ini amat cenderung terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam dalam kehidupan seharian mereka. Keadaan ini ditambah lagi dengan corak pekerjaan mereka yang berbentuk pertanian dan lokasi petempataan mereka yang agak terpencil daripada bandar, telah menyebabkan peluang untuk mereka mengikuti kemudahan-kemudahan seperti pelajaran, kesihatan, dan lain-lain amat terhad. Perkembangan pendidikan secara formal yang wujud dalam masyarakat ini hanyalah berupa kelas membaca al-Quran, mempelajari hal-ehwal syariat Islam sama ada di sekolah-sekolah agama rakyat mahupun di madrasah-madrasah. Bagi golongan yang berkemampuan pula, mereka menghantarkan anak-anak mereka ke sekolah-sekolah arab mahupun pondok-pondok di tempat lain. Bagi yang lebih berkemampuan, mereka juga turut menghantar anak-anak mereka ke Tanah Suci Mekah untuk mendalami ilmu agama. Amat kurang sekali yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah kerajaan mahupun ke sekolah Melayu kerana mereka berpendapat mata pelajaran yang di ajar tidak sesuai dan sematamata hal-ehwal duniawi sahaja. Begitu juga dengan sekolah-sekolah Inggeris mereka khuatir anak-anak mereka akan terpengaruh dengan dakyah Kristian jika menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah tersebut. Walaupun pada umumnya, fahaman sebegini wujud dikalangan masyarakat Melayu yang lain, tetapi keadaan yang wujud dikalangan orang Banjar amat ketara sekali.

18

Sebagai buktinya, sehingga awal tahun-tahun 60an, amat kurang sekali pegawai-pegawai kerajaan mahupun kakitangan yang berketurunan Banjar. Kalau pun ada, hanya pegawai-pegawai agama atau guru-guru agama. Ringkasnya mereka lebih berminat untuk bergiat dalam bidang-bidang yang bersangkutan dengan hal-ehwal agama Islam sahaja. Kesan lain yang dapat diperhatikan dan masih kekal sehingga kini ialah terdapatnya dengan banyak sekali sekolah-sekolah agama rakyat, madrasah mahupun pondok-pondok dikawasan-kawasan yang majoriti penduduknya orang Banjar seperti di daerah Kerian, Perak mahupun di daerah Sabak Bernam, Selangor.

2.4 KEISTIMEWAAN BANJAR 2.4.1 SIFAT ORANG BANJAR Salah satu sifat yang agak ketara terdapat dalam masyarakat Banjar ialah bersifat berani dan pemanas. Masyarakat ini pantang dicabar dan bersifat panas baran. Penggunaan senjata seperti pisau (biasanya disebut lading), parang panjang atau badik (sejenis pisau juga), tidak asing lagi bagi mereka terutama ketika berlaku pergaduhan. Dipercayai juga setiap keluarga orang Banjar pasti menyimpan sebilah parang panjang di rumah masing-masing untuk menjaga keselamatan mereka.

19

Orang Banjar sering dianggap sebagai masyarakat yang gemar bergaduh oleh masyarakat lain. Sebenarnya, sifat ini telah timbul secara turun temurun semenjak mereka menetap di Tanah Banjar lagi. Keadaan alam sekeliling di Tanah Banjar yang penuh dengan hutan belukar dan binatang buas menjadikan mereka sentiasa berhadapan dengan cabaran dan halangan dalam meneruskan kehidupan mereka. Orang-orang yang berniaga pula sering berhadapan dengan lanun dan perompak memerlukan mereka sentiasa bertenaga dan bersedia untuk bertarung dengan pihak musuh. Perkara ini juga telah menyebabkan mereka suka menuntut ilmu-ilmu persilatan daripada pendekar-pendekar tempatan mahupun luar. Keadaan ini terbawa-bawa dan akhirnya telah menjadi sifat dan perangai mereka sehingga sekarang walaupun semakin berkurangan. Ciri-ciri ini jugalah yang sebenarnya menjadi penyebab kepada pergaduhan yang telah timbul di kawasan petempatan orang Banjar seperti di Sungai Manik, Teluk Intan, Perak pada tahun 1940an dan 1960an mahupun di Batu Pahat, Johor pada 13 Mei 1969, atas gabungan sifat mereka yang kuat pegangan agama dan berani serta pemanas.

2.4.2 SOTO BANJAR

Apa yang istimewanya orang banjar ialah mereka mempunyai masakan yang tersendiri yang mengambil gelaran bersempena dengan etnik ini iaitu soto banjar. 20

2.5 Orang Banjar Kini Kini, orang Banjar di Malaysia sebagaimana masyarakat-masyarakat penghijrah dari Indonesia yang lain seperti orang Jawa, Bugis, Mendailing, Rawa, Kerinchi, Batak, Minangkabau dan lain-lain lagi, telah mengalami arus perubahan yang pesat seiring dengan kepesatan pembangunan di negara ini sendiri. Proses asimilasi yang berlaku ke atas masyarakat ini amat ketara terutama apabila mereka sudah tidak tinggal lagi bersama-sama dalam kelompok mereka mahupun apabila berlakunya perkahwinan campur. Program pendidikan di negara ini juga sedikit sebanyak telah mengasimilasikan masyarakat ini ke dalam masyarakat Melayu tempatan. Generasi muda masyarakat ini sudah agak kurang mahupun tidak tahu atau malu untuk bertutur dalam bahasa Banjar walaupun ketika berbicara sesama mereka. Sifat mereka yang suka merantau masih membara dijiwa mereka. Buktinya, apabila adanya pembukaan tanah-tanah rancangan sama ada oleh FELDA mahupun FELCRA, mereka akan memberikan sambutan yang menggalakkan untuk menjadi peserta. Kini, orang Banjar juga banyak didapati di kawasan-kawasan tanah rancangan contohnya di negeri Pahang. Di petempatan yang majoritinya adalah terdiri daripada masyarakat Banjar, perpaduan mereka masih erat dan mereka masih terus memelihara dan menggunakan bahasa Banjar dalam pertuturan harian. Namun, dari segi pengamalan adat resam dan organisasi sosial orang Banjar serta prasangkanya terhadap orang bukan Banjar sudah agak berkurangan dan mungkin sudah tiada lagi. Sikap mereka terhadap pendidikan juga telah jauh berubah di mana anak-anak mereka juga telah berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading dan menjawat jawatan-jawatan yang tinggi di sektor awam mahupun swasta. Namun begitu, pendidikan agama masih tetap menjadi pilihan utama kebanyakan dari mereka dan buktinya dapat diperhatikan daripada ramainya anak-anak masyarakat ini yang mempunyai kelulusan agama yang tinggi terutama orang Banjar dari daerah Kerian, Perak dan daerah Sabak Bernam di Selangor.

21

2.6 RUMUSAN

BANJAR… kaum yang baru sahaja saya kenali. Jikalau dahulu, saya terpinga-pinga mendengar nama kaum ini, namun sekarang, sedikit sebanyak input diterima dan dipelajari. Walaupun cara hidup orang Banjar dahulu kelihatan agak kolot, tetapi kini, orang-orang kaum ini semakin maju dan giat dalam mempertahankan adat dan kebudayaan kaum mereka ini. Sebagai contoh, orang Banjar Malaysia kini telah banyak membuat blog dan berbicara hal-hal dan isu mengenai kaum ini termasuklah resepi masakan turun-temurun. Bukan sahaja orng-orang banjar Malaysia, malahan, orang banjar Indonesia juga turut berdiskusi mengenai kaum mereka. Remaja banjar seharusnya mengamalkan serta mengekalkan keunikan kaum mereka agar kaum ini tidak ditelan oleh arus pemodenan. Rumah adat banjar juga seharusnya dibina atau sekurang-kurangnya diletakkan di muzium di Malaysia. Hal ini bagi membolehkan anak-anak zaman sekarang dapat melihat keindahan seni bina rumah adat banjar sambil mempelajari adat dan budaya banjar. Perkara ini 22

dapat menjadikan tarikan pelancong luar Negara untuk bercuti di Malaysia dan meningkatkan lagi ekonomi Negara ini. Justeru itu, kebudayaan kaum di Negara ini haruslah dipelihara agar menjadi faktor pemangkin tarikan pelancong serta pegangan remaja-remaja agar tidak terikut-ikut budaya barat dan melupakan budaya sendiri.

3.0 BIBLIOGRAFI SUMBER INTERNET

Dilayari pada 20 Febuari 2009, jam 4.00 http://ms.wikipedia.org/wiki/Suku_Banjar Dilayari pada 20 Febuari 2009, jam 4.00 http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Banjar

petang. petang.

Suku

Banjar,

Bahasa

Banjar,

Dilayari pada 20 Febuari 2009, jam 4.00 petang. Bahasa Austronesia, http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Austronesia Dilayari pada 20 Febuari 2009, jam 4.00 petang. Penyebaran suku bangsa Banjar, http://id.wikipedia.org/wiki/Penyebaran_suku_bangsa_Banjar Dilayari pada 20 Febuari 2009, jam 4.00 http://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Banjar Dilayari pada 20 Febuari 2009, jam http://ms.wikipedia.org/wiki/Banjarmasin Dilayari pada 25 Febuari 2009, http://maydi.wordpress.com/banjar/

petang.

4.00 jam

Hikayat

petang. 3.00

Dilayari pada 25 Febuari 2009, jam 3.00 petang. http://maydi.wordpress.com/banjar/rumah-banjar/

Banjar,

Banjarmasin,

petang. Rumah

Banjar, Banjar, 23

Dilayari pada 25 Febuari 2009, jam 3.00 petang. Peribahasa Banjar, http://maydi.wordpress.com/banjar/pribahasa-banjar/

24

Related Documents

Kkp2009
May 2020 23

More Documents from "siti aysisah binti wahab"