1.0 PENGENALAN Dewasa ini, masyarakat Malaysia sering dikejutkan dengan berita masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar. Pelbagai kejadian yang amat aneh dan menggerunkan sering muncul di laman akhbar dan kaca televisyen. Terdapat pelbagai masalah dalam kalangan pelajar seperti kes buli, peras ugut, mencuri, pembuangan bayi, rogol, zina dan lain-lain. Antara masalah sosial yang berada pada tahap membimbangkan sejak kebelakangan ini ialah isu LGBT iaitu singkatan kepada Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender. Kewujudan fenomena baru ini amatlah membimbangkan semua pihak. Ini kerana ia banyak memberi kesan negatif kepada pembangunan keluarga, masyarakat dan negara kerana sewajarnya golongan muda ini amat diperlukan dalam pembangunan negara.
2.0 DEFINISI LGBT Menurut Kamus Dewan edisi ke-empat (2007), perempuan yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum perempuan dikenali sebagai lesbian manakala istilah gay merujuk kepada kepada seorang lelaki yang mempunyai emosi dan keinginan seksual terhadap lelaki lain. Transgender ialah seorang lelaki atau perempuan yang berperasaan dan berpenampilan sebagai anggota jantina yang sebaliknya dan kadang-kadang menukar organ jantinanya melalui pembedahan. Bioseksual pula ialah seorang yang cenderung melakukan hubungan seks dengan lelaki dan juga wanita.
3.0 LGBT DI MALAYSIA SERTA FAKTOR-FAKTORNYA Di Malaysia, isu yang berkaitan LGBT sebenarnya bukanlah sesuatu fenomena baru kerana ia telah muncul sebelum era 90-an lagi tetapi aktiviti tersebut hanya bergerak secara senyap. Sejak kebelakangan ini, gerakan LGBT semakin menjadi-jadi kerana mereka ingin menuntut hak mereka dalam perkara tertentu. Walaupun Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan mempunyai berbagai agama, Islam merupakan agama rasmi kepada negara. Islam melarang hubungan sejenis dan menjatuhkan hukuman yang berat kepada sesiapa yang mengamalkan amalan songsang. Seperti firman-Nya dalam dalam Surah AsSyu’araa’, ayat 165:
1
Yang bermaksud: “Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia”. Antara faktor-faktor yang menyebabkan golongan muda mudah terjebak dalam masalah LGBT ialah disebabkan kurangnya pengetahuan terhadap agama Islam. Berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap 6 orang golongan muda beroreintasikan lesbian yang berbangsa Melayu dan beragama Islam di Kota Bharu, Kelantan (2015), 5 daripada 6 orang remaja menyatakan mereka jarang-jarang melakukan ibadah solat manakala seorang lagi berkata dia tidak lagi melakukan ibadah tersebut. Berdasarkan kajian ini, jelaslah bahawa amalan keagaamaan merupakan salah satu punca mereka terlibat dengan gejala LGBT ini. Apabila pengetahuan terhadap agama kurang dan cara gaya hidup yang tidak berlandaskan agama sememangnya akan menyebabkan mereka lari daripada batas kehidupan manusia sebagai agama Islam. Oleh itu, seseorang individu harus berpegang dengan agama supaya mereka dapat membezakan baik dan buruk sesuatu perkara sebelum melakukan sesuatu perbuatan (Khadijah Alavi et al., 2012). Globalisasi
dan
modenisasi
juga
merupakan
faktor
yang
penting
dalam
mempengaruhi golongan muda supaya terjebak dengan LGBT. Walaupun globalisasi dan modenisasi memberi impak yang positif dalam kehidupan seharian kita, namun kita terlupa akan impak negatif yang telah melanda masyarakat kita. Perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap nilai, budaya, pemikiran dan penghayatan agama. Misalnya laman sosial seperti Facebook, Twitter dan MySpace dijadikan medium untuk mereka berkomunikasi dengan mudah dan bersatu di dalam mengumpulkan pengaruh dan merancang aktiviti bersama dengan mudah tanpa batasan. Amalia Huda (2016) berkata hal ini akan menyebabkan pencemaran budaya iaitu budaya dari luar senang disebarkan melalui media massa dan menyebabkan anak muda terikut-ikut dengan gejala yang negatif itu. 4.0 PERANAN GURU MUSLIM DALAM MEMBANTERAS MASALAH AKHLAK PELAJAR Golongan pendidik ialah golongan yang bertanggungjawab dalam mendidik dan membimbing golongan muda ke arah keperluan Negara demi melahirkan seorang pelajar muslim. Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Mohd Puad Zarkashi (2013) berkata guru-guru perlu membantu memberi penjelasan dan pemahaman mengenai gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kepada pelajar agar mereka tidak mudah terjerumus dengan gejala negatif yang kian berleluasa itu.
2
Peranan pertama sebagai guru muslim dalam mendidik akhlak pelajar ialah guru harus memberi didikan agama yang secukupnya kepada pelajar. Menurut Ahmad Salleh (2011), peranan guru-guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan amalan malah harus berperanan untuk membimbing murid ke arah kerohanian dan moral. Sebagai permulaan, guru perlu memberi asas-asas ilmu agama kepada murid misalnya penekanan terhadap solat lima waktu, perkara yang haram dan halal dan sebagainya. Contohnya sebelum sesi pembelajaran bermula, guru boleh mengadakan ceramah atau kuliah 5 minit kepada para pelajar di sekolah dan isi ceramah itu haruslah berkenaan dengan pengisian kerohanian. Guru juga boleh berganding bahu bersama pihak sekolah mengadakan kem kerohanian pada waktu luar bilik darjah untuk membimbing para pelajar ke arah hidup yang berlandaskan agama. Hal ini kerana amalan keagamaan membolehkan pelajar melalui zaman muda mereka tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan diri mereka (Batson et al, 1993). Berdasarkan satu hadis daripada Nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi: “Aku tinggalkan kamu selagi mana kamu berpegang teguh dengannya pastilah kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku”. (Hadis riwayat muslim) Jadi, jelaslah bahawa seseorang muslim yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai pedoman hidup tidak akan melakukan perkara yang kurang sihat. Justeru sebagai guru, kita haruslah memberi didikan agama kepada murid agar mereka tidak terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti LGBT dan sebagainya. Selain itu, guru adalah membimbing murid dalam pembentukan sahsiah dan akhlak pelajar. Noor Ruzaina Ismail (2004) berkata masalah sosial yang berleluasa pada masa kini menunjukkan keruntuhan akhlak dalam diri pelajar. Semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung, guru secara tidak langsung haruslah menerapkan nilai moral, etika dan akhlak ke dalam diri pelajar. Penerapan sebegini bukan sahaja berlaku ketika mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral bahkan boleh juga diterapkan melalui penggunaan mata pelajaran-mata pelajaran
kurikulum yang lain dan menjadikannya
sebagai alat untuk merealisasikan pendidikan nilai dan moral (Noor Hashimah Hashim 2000). Misalnya semasa pengajaran Bahasa Melayu berlangsung, guru boleh menerapkan serba sedikit tentang pengharaman isu LGBT, kesan LGBT kepada individu, masyarakat dan negara dan sebagainya. Oleh itu, tugas guru bukan lah hanya mengajar mata pelajaran yang diajarinya malah guru juga mempunyai peranan yang penting dalam melahirkan pelajar sebagai individu yang baik, seterusnya melahirkan warganegara yang beriman, berakhlak mulia dan beramal soleh.
3
Seterusnya, guru dan pihak sekolah serta ibu bapa juga perlu bersama-sama berkaloborasi dalam memastikan pelajar sentiasa mengaplikasikan kehidupan berlandaskan agama di rumah dan memantau anak-anak ketika menggunakan teknologi seperti telefon bimbit, komputer dan sebagainya kerana kegiatan dan gerakan LGBT masih aktif disebabkan oleh kemudahan dan keterbukaan yang yang terdapat dalam media sosial seperti Facebook, Youtube dan Twitter menjadi pilihan kumpulan LGBT untuk mempromosikan agenda mereka dan juga membina jaringan (Kamal Azmi et al, 2015). Justeru, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka terkawal dan sentiasa mengamalkan ajaran Islam agar berjaya membentuk pelajar muslim yang tidak mudah terpengaruh dengan ideologi-ideologi luar dan perbuatan yang tidak dibenarkan dalam Islam. Hal ini kerana Ibrahim et al (2012) menyatakan bahawa pendidikan dan pengetahuan agama melalui pendidikan tidak formal di rumah merupakan medium terpenting dalam membentuk jati diri seorang pelajar.
5.0 KESIMPULAN Dalam mengejar arus pemodenan dan kemajuan duniawi ini, guru sewajarnya memainkan peranan penting dalam mendidik akhlak dan akidah pelajar agar pembangunan rohaniah dapat bergerak seiring dengan kemajuan duniawi. Semua pihak perlu berganding bahu dalam melahirkan generasi muslim yang berkaliber selari dengan alaf 21.
.
4
6.0 RUJUKAN Ahmad Mohd Salleh. (2011). Kurikulum, Metadologi dan Pedagogi pengajian islam. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Ahmad Mustafa. (2014). Gejala Transeksual : Implikasi Yang Membimbangkan, Bagaimana Keprihatinan Kita? Journal of Business And Social Development. Volume 2 No 2, Universiti Malaysia Terengganu. Dikases pada 1 September 2018, http://jbsd.umt.edu.my/wpcontent/uploads/sites/53/2014/11/6.pdf
Ahmad, M. I., Haikal Anuar Adnan, Abd Satar, J., Wan Shahrazad Wan Sulaiman, Wan Azreena, J., Zainal Abidin, J. & Wan Mohd Zain, W. M. S. (2015) Faktor Dan Cara Gaya Hidup Serta Kemungkinan Kembali Pulih Dalam Kalangan Lesbian: Satu Kajian Kes. Vol 10, No. 1, Universiti Kebangsaan Malaysia. Diakses pada 1 September 2018, http://journalarticle.ukm.my/9323/1/001-015_Ahmad_et_al._Gaya_Hidup_Lesbian.pdf
Amalia Huda. 2016. Isu-isu Semasa LGBT dan Kaitannya dengan Akidah Muslim di Malaysia. Dipetik daripada https://prezi.com/vydnupnwolwk/isu-isu-semasa-lgbt-ampkaitannya-dengan-akidah-muslim-di-mala/ pada 11 Jun 2016.
Batson, C. D., Schoenrade, P., & Ventis, W. L. 1993. Religion and the Individual: A Social Psychology Perspective. New York: Oxford University Press.
Ibrahim, F. Sarnon, N. Alavi, K. Mohamad, M. S. Akhir, N. & Nen, S. (2012). Memperkasakan Pengetahuan Agama Dalam Kalangan Remaja Bermasalah Tingkah Laku: Ke Arah Pembentukan Akhlak Remaja Sejahtera. Journal Of Social Sciences And Humanities. Volume 7, Number 1, 084-093, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kamal Azmi Abd. Rahman et al. (2015). Profil Masyarakat Melayu Malaysia di Media Sosial yang Mempromosikan LGBT. Isu-Isu Semasa Media dan Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Edisi keempat. Kuala Lumpur.
Khadijah Alavi, Salina Nen, Fauziah Ibrahim, Noremy Md. Akhir, Mohd Suhaimi Mohamad & Noorhasliza Mohd Nordin. 2012. Hamil luar nikah dalam kalangan remaja. Journal of Social Sciences and Humanities. 7(1), 131-140.
5
Noor Hashimah Hashim. (2000) Pemahaman Guru Terhadap Penerapan Nilai Nilai Murni Didalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Rendah. Laporan penyelidikan pusat pengajian ilmu pendidikan USM.
Noor Ruzaina Ismail. (2004). Keberkesanan Pengajaran Pendidikan Islam Dalam Menangani Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar. Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.
Stapa, Z., & Dollah, M. A. (2001). Islam akidah dan kerohanian. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wan Mohd. Fazrul Azdi Wan Razali. (2012). Akidah ahl al-Sunnah wa al-Jamaah di Malaysia: Cabaran dan isu kontemporari. Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia. Wikipedia, S. (2013). Sexuality in islam: Homosexuality and islam, lgbt topics and islam, syed masood, islamic sexual. University-Press Org.
6