Reka Bentuk Pengajaran: Model Assure: Tugasan Persembahan Berpasangan

  • Uploaded by: Ain Najihah
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Reka Bentuk Pengajaran: Model Assure: Tugasan Persembahan Berpasangan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,721
  • Pages: 37
TUGASAN PERSEMBAHAN BERPASANGAN FAZLINDA & SITI NAZILA

Reka bentuk pengajaran: MODEL ASSURE

• Satu proses yang bersistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran (Dick & Reiser, 1989)

• Mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran (Richey, 1986)

• Reka bentuk pengajaran ialah satu pendekatan sistematik bagi seluruh proses pengajaran yang melibatkan: – Mereka bentuk (design) – Membina – Menilai – Menggunakannya (Gustafson, 1991)

• 6 elemen asas

(Richey, 1986) :

– Menentukan keperluan pelajar – Menentukan matlamat dan objektif – Membina prosedur penilaian – Mereka bentuk & memilih strategi penyampaian – Mencuba sistem pengajaran – Menilai keseluruhan sistem

• Selain mewujudkan pengajar yang kompeten, tumpuan utama RP ialah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. • Pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan. • Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positif.

MODEL ASSURE

MODEL ASSURE • Model Assure bermaksud mempastikan atau ‘to assure’ pembelajaran berlaku. • Model yang dibangunkan oleh Heinich dan rakanrakannya (1982) bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. • Model ASSURE dapat membantu guru memilih dan menentukan penggunaan pelbagai media dan bahan sumber pendidikan pada tahap optima. • Model berbentuk prosedural ini menyediakan panduan kepada guru untuk merancang, melaksana dan menilai pengajaran menggunakan media dan bahan sumber pendidikan.

ASSURE

Analyse learner (analisis pelajar)

A S

State objective (nyatakan objektif)

U

Select method, media & materials (pilih kaedah, media dan bahan) Utilise media & materials ( gunakan media dan bahan) Require learner participation (dorong penglibatan pelajar)

S

R E

Evaluate and revise (nilai dan semak)

ANALISIS PELAJAR • Penggunaan bahan atau media perlulah bersesuaian dengan ciri-ciri pelajar, kandungan pelajaran, kaedah, media dan bahan pembelajaran itu sendiri. • 3 perkara penting perlu dilakukan untuk menganalisis: – Ciri-ciri umum – Kompetensi khusus peringkat masuk – Stail pembelajaran

• Ciri-ciri umum: – Deskripsi tentang umur, tahap/tingkatan, latar belakang sosio ekonomi – Ini menjadi asas untuk pemilihan media • Kompetensi khusus peringkat masuk: – Pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk • Stail pembelajaran: – Berkaitan stail – verbal, logikal, visual, muzik, kinestatik, interpersonal, intrapersonal

NYATAKAN OBJEKTIF • Objektif isi pelajaran perlu disentuh secara ringkas untuk memaklumkan apakah yang sepatutnya dipelajari. • Pelajar bersedia untuk mengalami perubahan pengetahuan , sikap dan kemahiran

PILIH KAEDAH, MEDIA & BAHAN • 3 langkah dalam pemilihan: – Menentukan kaedah yang sesuai dengan topik pembelajaran – Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih – Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan

• Memilih kaedah: – Kepelbagaian kaedah pengajaran (simulasi, demonstrasi, latihan) – Perlu berkait rapat dengan objektif, kandungan pelajaran dan sasaran pelajar

• Memilih media perlulah berdasarkan aspek: – Sepadan dengan kurikulum – Maklumat yang jelas dan tepat – Menarik minat dan mencetuskan motivasi – Menggalakkan penglibatan pelajar – Kualiti yang baik – Tidak bias – Mempunyai panduan penggunaan

• Mereka bentuk media: – Jika kita gagal untuk memilih media yang sesuai, adalah penting untuk mengubahsuai media yang sedia ada berdasarkan: • Objektif • Pelajar • Kos • Kepakaran teknikal • Peralatan • Fasiliti • masa

GUNAKAN MEDIA • 5 langkah bagi penggunaan media secara baik: – Pribiu (preview) bahan – Sediakan bahan – Sediakan persekitaran – Sediakan pelajar – Sediakan pengalaman pembelajaran

LIBATKAN PELAJAR • Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dsb. • Kegiatan pengukuhan seperti pengukuhan serta merta, diberi selepas memberi tindak balas yang betul

NILAI & SEMAK • Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. • Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. • Berlaku sepanjang proses pengajaran, iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran

• Penilaian melibatkan aspek: – Pencapaian pelajar – Pembelajaran yang dihasilkan – Menilai media dan kaedah – Kualiti media – Penggunaan guru dan – Penggunaan pelajar • Secara umumnya, pencapaian pelajar dibahagikan kepada; – Prestasi pelajar berdasarkan rujukan kriteria – Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran – Sikap pelajar

PERBANDINGAN model assure dengan model addie

MODEL ASSURE

MODEL ADDIE

Heinich, Molanda, Russell (1989)

PENGASAS

Rosset (1987)

Untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media

DEFINISI

Ada satu model desain pembelajaran yang lebih sifatnya lebih generik iaitu mode

6 langkah

PERINGKAT

5 langkah

- Berskala kecil dan lebih tertumpu kepada perancangan pengajaran bilik darjah - Boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan media dalam pengajaran

FOKUS

-Asas kepada model reka bentuk berarahan yang lain menjadi pedoman dalam membangun peringkat dan infrastruktur program pelatihan yang efektif, dinamis dan mendukung kinerja pelatihan itu sendiri

MODEL ASSURE

A : Analyse learner

MODEL ADDIE JENIS PERINGKAT

A : Analysis

S : State objective

D : Design

S : Select method, media & materials

D : Development

I : Implementation U : Utilise media & materials E : Evaluation R : Require learner response

E : Evaluate & revise materials

Bagaimana MODEL ASSURE dapat diguna dlm membina sesuatu proses atau produk pengajaran dan pembelajaran ????

ANALYSES LEARNER • Sebelum sesuatu produk dibangunkan, guru harus mengenalpasti pelajar sama ada dari segi umur, latar belakang sosioekonomi dan sebagainya. • Sekiranya guru berdepan dengan pelajar yang pasif maka guru harus membangunkan produk yang sesuai supaya pembelajaran pelajar tidak membosankan. • Aras pengetahuan, kemahiran dan pengetahuan sedia ada juga perlu diambilkira supaya produk yang dibangunkan mencapai sasaran guru.

• Contoh : - Topik : iklim empat musim (geografi) - guru perlu mengenalpasti latar belakang pelajar sama ada pernah mengalami 4 musim tersebut atau tidak. - Sekiranya pelajar tidak pernah melalui suasana musim sejuk misalnya, guru perlu memikirkan suatu alternatif yang boleh memberi pengalaman kepada pelajar tanpa perlu berada di kawasan empat musim. - tayangan video merupakan pilihan yang tepat untuk topik iklim.

• Proses menganalisis pelajar amat penting kerana melalui maklumat awal dan latar belakang pelajar, guru dapat menghasilkan produk yang baik dan benar-benar sesuai dengan latar belakang pelajar. • Produk yang baik mampu mendorong pelajar untuk memahami dan mengenalpasti maklumat atau isu-isu pembelajaran berkaitan topik dengan mudah di samping mampu mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang seronok di dalam bilik darjah.

• Smaldino et. al (2005) turut menyokong bahawa sekiranya guru dapat mengetahui latar belakang pelajar, guru boleh menyampaikan maklumat dengan mudah dan menarik.

STATE OBJECTIVE • Sebelum memulakan sesuatu pengajaran, menyatakan objektif sangat penting supaya guru dapat menetapkan apa yang seharusnya pelajar dapat daripada produk yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran. • Nicholson (1996) menyokong di dalam artikelnya yang menyatakan bahawa penetapan objektif bagi sesuatu produk amat perlu bagi memastikan keberkesanan produk yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran. • Objektif haruslah berdasarkan peringkat prestasi atau hasilan yang ingin dicapai (Yusup , 2006, p. 7).

• Contoh : - topik : bearing (georafi) - guru menetapkan pelajar akan dapat mengukur 5 bearing sudutan. - pembangunan produk seperti “Flash Protractor” yang membolehkan pelajar mengukur bearing menggunakan jangka sudut di atas skrin komputer amat sesuai untuk mengukur kebolehan pelajar dan secara tidak langsung mencapai objektif ini.

• Objektif pengajaran amat penting kerana ia memberi panduan kepada guru cara untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan memilih media yang paling sesuai bagi setiap aktiviti yang dijalankan. • Pembangunan produk berlandaskan objektif yang jelas boleh membantu pelajar mengukur bearing dengan betul dan mampu merealisasikan matlamat pengajaran guru.

SELECT METHOD, MEDIA & MATERIALS • Media yang dipilih haruslah berdasarkan tingkat kebolehan pelajar atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai. • Contoh : - Topik : aktiviti gunung berapi (geografi ). - guru erlu pmemilih dahulu kaedah dan media yang sesuai untuk memastikan objektif pembelajaran bagi topik itu tercapai.

• Guru harus mempertimbangkan media yang sesuai seperti tayangan video kerana ia lebih menarik dan mampu memberi gambaran yang jelas tentang aktiviti gunung berapi. • Bahan video ini sangat relevan kerana ia boleh memberi pengalaman baru (konstuktivisme) kepada pelajar. • Pendapat ini turut disokong Nicholson (1996) dalam kajiannya yang mendapati bahawa guru di Hong Kong turut menggunakan bahan video berkaitan gempa bumi dalam pengajaran geografi bagi sub topik bencana alam.

UTILISE MEDIA & MATERIALS • Berdasarkan ASSURE, terdapat 5 prinsip bagi menggunakan media iaitu “preview’ media, memastikan media yang akan digunakan tidak bermasalah, mengenalpasti lokasi, pelajar dan media yang akan digunakan mampu memberi pengalaman baru kepada pelajar.

• 5 prinsip menggunakan media yang dinyatakan amat penting untuk dilaksanakan oleh guru. Penggunaan media perlu mengambilkira kos dan waktu pengajaran. • Berdasarkan kajian Adelina & Rafiza (2006) dari Universiti Malaya yang menggunakan prinsip asas berdasarkan model ASSURE ini, didapati selepas pelajar menggunakan CD pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris, 60% pelajar telah bersetuju bahawa bahan tersebut membantu pelajar menguasai kemahiran berbahasa Inggeris.

REQUIRE LEARNER RESPONSE • Aliran falsafah pendidikan yang diperkenalkan oleh John Dewey awal era 1900 : pembelajaran berpusatkan pelajar. • Aktiviti pembelajaran yang berpusatkan pelajar yang memerlukan tindak balas pelajar adalah seperti kuiz, latih tubi dan projek. • pembelajaran berpusatkan pelajar mampu merangsang minda dan tingkah laku pelajar. Contohnya pembelajaran secara “hands-on”.

• Produk yang tidak melibatkan aktiviti pelajar secara aktif sebenarnya kurang membantu pelajar dan tidak efektif. • Smaldino et. Al. 2005 yang mengatakan bahawa pembelajaran yang efektif adalah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti dan kemahiran pelajar yang mendorong ke arah mencapai objektif pembelajaran. • Pembangunan produk yang kreatif dan mampu melibatkan pelajar secara aktif secara tidak langsung dapat memupuk budaya berfikir dalam kalangan pelajar.

EVALUATE & REVISE MATERIALS • Penilaian prod boleh dilukakukan setelah selesai pengajaran. Aspek yang dinilai adalah berkaitan keberkesanan atau kekuatan produk secara menyeluruh. Beberapa aspek yang harus difikirkan seperti yang disarankan oleh Yusup (2006): • a. Adakah objektif pembelajaran tercapai? • b. Adakah alat / bahan media yang digunakan membantu prose pengajaran dan pembelajaran? • c. Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/ bahan media dengan cara yang betul? • d. Adakah suasana pembelajaran selesa? • e. Adakah peluang pemerhatian individu diberi?

• Proses menilai ini sebenarnya berlaku sebelum, semasa dan selepas menghasilkan “courseware” dan ia tidak akan berakhir di situ sahaja. • Pembaikan “courseware” akan terus dilakukan sehingga media itu benar-benar sesuai dengan pelajar dan mampu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. • Penilaian boleh dilakukan sama ada penilaian formatif atau penilaian sumatif. • Menilai dan menyemak semula bahan amat diperlukan kerana guru bukan sahaja dapat mengenalpasti kekuatan bahan tersebut malah guru boleh memperbaiki kelemahan bahan itu sehingga ia sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Related Documents


More Documents from "siti halimah"