EKSPEDISI
Novel EKPEDISI bertemakan tentang ketabahan dalam menimba pengalaman meredah hutan yang penuh misteri. Hadi dan kawan-kawannya tidak merungut walaupun terpaksa menghadapi pelbagai dugaan dan halangan sepanjang meredah hutan yang penuh dengan cabaran itu. Ahli ekpedisi di bawah pimpinan Pak Musa dapat menimba pelbagai pengalaman dan pengajaran sepanjang meredah hutan tersebut.
Pak Salleh memberanikan diri untuk meredah hutan berkenaan demi menjejaki kumpulan penjenayah yang menjadikan hutan tersebut sebagai sarang dan tempat menyembunyikan jongkong emas yang dirompak. Pengalaman berada di dalam hutan dan semangat yang gigih memberi kekuatan dan keyakinan kepada Pak Salleh sepanjang dia bersendirian di hutan tersebut demi mencapai matlamatnya untuk menangkap penjenayahpenjenayah yang bersarang di hutan tersebut.
Semangat setia kawan dan perpaduan Hadi sanggup menyertai ekspedisi tersebut walaupun pada mulanya tidak dibenarkan oleh orang tuanya. Perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India. Mereka dapat menjalankan ekspedisi bersama tanpa sebarang masalah.
Semangat kerjasama Sepanjang ekspedisi itu berlangsung, anggota ekspedisi itu bekerjasama dalam menjalankan tugas seperti mendirikan khemah, mengangkut air, mencari kayu api dan memasak.
Dendam dan salah sangka Pak Salleh amat berdendam dengan Cikgu Murad kerana dia menyangka Cikgu Murad adalah penjenayah. Oleh itu dia tidak membenarkan Hadi menyertai ekspedisi yang dianjurkan oleh Cikgu Murad. Rasa dendamnya hilang apabila dia mendapati salah seorang penjenayah itu menyerupai Cikgu Murad. Pak Salleeh telah tersalah sangka terhadap Cikgu Murad.
BUDI BAIK DIBALAS BAIK Kebaikan Pak Salleh membantu Tauke Eddie Jar telah dibalas dengan sebaiknya oleh tauke tersebut. Pak Salleh dianggap sebagai penyelamat kerana membongkarkan tentang kegiatan kecurian jongkong emas milik tauke tersebut. Setelah emas tersebut ditemui,ganjaran yang lumayan telah diberikan kepada Pak Salleh
PENGALAMAN PAHIT MANIS Pengalaman pahit manis yang telah ditempuhi oleh sekumpulan anggota ekspedisi Pengalaman manis mereka ialah apabila dapat sampai ke puncak gunung itik. Terpaksa melalui pengalaman yang pahit kerana terserempak dengan sindiket mencuri jongkong emas
Kegigihan anak-anak muda KEGIGIHAN ANAK-ANAK MUDA Kegigihan dalam mengharungi pelbagai masalah sepanjang ekspedisi ke Gunung Itik. Anggota ekspedisi tarpaksa mengharungi pelbagai rintangan. Oleh sebab kegigihan mereka,mereka telah berjaya sampai ke puncak gunung
Perubahan taraf hidup •Kehidupan Pak Salleh menjadi senang lenang sejak akhir-akhir ini dan mejadi tanda tanya di kalangan keluarganya mahupun orang kampung. Pak salleh memiliki kereta besar, rumah besar dan memiliki senjata api.
KASIH SAYANG •Pak salleh dan mak Jamilah memperihal kasih sayang mereka yang mendalam terhadap Hadi. Sebolehbolehnya pak salleh • enggan membenarkan hadi menyertai ekspedisi kerana berbahaya.
SEKIAN TERIMA KASIH