Pada era globalisasi ni, masalah penyakit berjangkit sering menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat Malaysia. Penyakit berjangkit ini merupakan fenomena biososial. Oleh hal yang demikian penyakit berjangkit ini boleh wujud dalam manamana masyarakat sejak dahulu sehingga kini. Hal ini sama ada disebabkan oleh agen infeksi ataupun bahan-bahan toksik yang merbahaya pada manusia. Tegaslah disini bahawa penyakit berjangkit ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan kesejahteraan hidup manusia dan pembinaan modal isan. -Hasil yang besar bermula daripada langkah yang kecil. Demikian juga dalam menangani penularan penyakit berjangkit berbahaya dan boleh menyebabkan maut. Amalan mencuci tangan adalah satu langkah paling mudah yang boleh kita ambil untuk mengelakkan jangkitan penyakit menerusi penyebaran bakteria, virus dan parasit. Ini kerana, tangan kita boleh menjadi tempat persembunyian pelbagai jenis mikroorganisma yang menjadi punca penyakit. Jangkitan merebak dari individu ke individu melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas menyentuh permukaan atau memegang peralatan yang tercemar dengan virus daripada batuk atau bersin pesakit Menerusi tangan, anggota badan ini cekap memindahkan bakteria dan virus berikutan selepas menyentuh muka terutama mata, hidung atau mulut, mikroorganisma terbabit terus sampai ke pintu masuk badan kita -
Persatuan Kesihatan Sedunia sebagai "Suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental dan sosial yang mencukupi, dan bukannya hanya ketiadaan penyakit atau kelemahan". Di sini, kesihatan terbentuk hasil dari satu keadaan keseimbangan diantara seseorang individu dengan persekitaran fizikal, biologi dan sosialnya. Keseimbangan ini juga membolehkan individu tersebut berfungsi dengan baik.Berkaitan dengan takrifan ini, individu yang sihat dilihat
sebagai
individu
yangbercirikan
kesempurnaan
anatomi,
berkeupayaan
menjalankan tanggungjawabkeluarga, kerja dan komuniti serta bebas dari risiko penyakit dan kematian yangmengejutkan.
-
Kesihatan adalah sesuatu yang wujud dari psikologi, rohani, fizikal, sosial, vokasional dan sumber persekitaran yang membenarkan kehidupan yang memuaskan danproduktif. Kesihatan yang optimum boleh diukur dengan berfungsi pada tahap yang tinggi, sentiasa mempunyai tingkahlaku yang positif, hidup yang menggembirakandan mempunyai rasa harmoni dengan alam dan kemanusiaan. Kesihatan sentiasa mengubah kualiti kehidupan. Kesihatan kita boleh berubahdari hari ke hari, minggu ke seminggu melalui perubahan dalam minda, tubuh, nilai,sikap, kepercayaan, kebiasaan dan perangai. Kesejahteraan ialah petanda kepada kesihatan yang optimum. Keseronokandan pendekatan yang positif kepada gaya hidup akan membawa kepada kesejahteraanhidup pada tahap tinggi.
Kontinum ini penting untuk meningkatkan perkembangandalam semua aspek kehidupan. Fokus kepada tanggungjawab kendiri, pengisiankendiri dan kualiti hidup yang lebih baik.
1. . RUMUSAN Lon Seiger et. al. (1998). "An ounce of prevention is worth much more than apound of cure." Bermaksud pencegahan adalah lebih baik daripada mengubatinya.Katakanlah anda mempunyai seekor kucing yang mahal dan disayangi, untuk menjaga kesihatannya anda akan memberikannya segala pencegahan dari penyakit yangmungkin didapati: kasih sayang dan tumpuan yang begitu banyak, jumlah senamandan mainan yang mencukupi, pemakanan yang berkhasiat, tidur yang secukupnya,rehat serta persekitaran yang positif. Dengan layanan diraja sebegini, kucing tersebutpasti akan menikmati hidup yang sempurna. Begitu juga dengan diri anda, anda jugapatut menikmati penjagaan yang sebaiknya supaya anda dapat menikmati segala yangada di sekeliling anda. Melakukan segala perlakuan dengan potensi sepenuhnya akanmengakibatkan kegembiraan, kepuasan dan kualiti hidup yang lebih baik. Inilah masanya untuk berusaha kearah kesejahteraan hidup yang lebih baik.Kenapa? Pertama, semakin awal menerima tingkahlaku yang berasaskan kesihatan,maka semakin mudah ia diteruskan dalam rutin kehidupan seseorang. Kedua,semakin lama seseorang itu meninggalkan gaya hidup yang sihat, semakin tinggirisiko dijangkiti penyakit yang serius. Contohnya, penyakit jantung merupakan 24 2. 25. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hiduppenyebab utama kematian di Amerika dan negara kita. Walaupun serangan penyakitjantung hanya berlaku dalam beberapa ketika sahaja tetapi faktor penyebabnyaberlaku dalam jangkamasa yang panjang. Pengkaji dari American Heart Associationdengan data terkini menunjukkan bahawa kanak-kanak yang kurang aktif akanmenjadi gemuk, orang dewasa yang kurang aktif akan dijangkiti penyakit arteri.Walaupun remaja tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit kardiovaskular yangnyata, mereka mungkin mengalami perubahan yang tidak sihat dalam arteri mereka.Bermula dari umur pertengahan atau lebih lewat dari itu mungkin terlalu lewat untukmenjana suatu kehidupan yang sihat. Jadi, kalau anda ingin menambahkan jangkahayat anda yang panjang dan berkualiti mulalah bertindak sekarang. Edward et. al. (1997:8). Matlamat utama kesihatan adalah mengelak darikematian awal dan penyakit yang boleh dicegah. Komponenkomponen berkaitandengan matlamat ini termasuklah keturunan, persekitaran, tabiat, dan status kesihatan.Tingkahlaku yang memainkan peranan utama dalam kesihatan hidup adalah senamanyang berterusan; pemakanan yang baik; rehat atau tidur yang mencukupi;relaksasi/santaian; dan menjauhkan diri dari merokok,
minuman beralkohol dan dadahyang tidak bermanfaat. Senaman atau aktiviti fizikal yang diamalkan selalu boleh meningkatkanjangka hayat dan kualiti hidup seseorang. Ia juga membantu mencegah danmengawal penyakit jantung koronari, hipertensi (tekanan darah tinggi), diabetes(kencing manis), dan berat badan. Banyak kajian epidemiologi telah menunjukkan dikalangan orang yang sentiasa bersenam dan menjadikannya sebagai amalan biasa,kadar kejadian dan kadar kematian yang berkaitan dengan penyakit jantung koronariadalah lebih rendah berbanding dengan orang yang tidak mengamalkan senaman. 25 -