Tugasan 1 (sdp).docx

  • Uploaded by: Najihah Syahira Shaari
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan 1 (sdp).docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,561
  • Pages: 5
TUGASAN 1: ULASAN KRITIS Perlaksanaan Aktiviti Seni Kreatif dalam Pendidikan Prasekolah Malaysia Ling Pik Kuong dan Hasnah Toran Universiti Kebangsaan Malaysia Ulasan kritis ini dibuat berdasarkan penulisan artikel yang ditulis oleh Ling Pik Kuong dan Hasnah Toran. Artikel ini dilihat berfokuskan pada pelaksanaan aktiviti seni kreatif kepada kanak-kanak di sekolah. Berdasarkan keseluruhan artikel yang ditulis, konsep yang dapat disimpulkan ialah bahawa setiap insan berhak untuk menerima pendidikan dan pemahaman tentang seni tanpa mengira latar belakang, bakat dan kebolehan. Oleh hal yang demikian, jelaslah di sini bahawa setiap kanak-kanak wajar mendapat pendidikan walaupun di mana lokasi sekolah tersebut. Seterusnya, integrasi seni visual, seni muzik dan pergerakan kreatif secara tidak langsung akan dapat meningkatkan perkembangan insan dan minda seseorang kanak-kanak secara holistik. Jelaslah di sini bahawa pendidikan amat penting kerana dapat membantu meningkatkan kreativit serta ekspresi kendiri seseorang. Seterusnya, objektif artikel ini adalah untuk melihat kepentingan pendidikan seni kreatif di sekolah dan adakah lokasi serta persepsi ibu bapa dan guru memberi kesan terhadap kefahaman perlaksanaan aktiviti tersebut. Pada pendapat saya, pendidikan seni kreatif ini amat penting untuk diajarkan kepada kanak-kanak sejak dari kecil lagi. Hal ini kerana, pendidikan ini boleh dijadikan sebagai satu ‘alat’ ataupun ‘kaedah’ yang menyeronokkan bagi kanak-kanak dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam apa jua jenis matapelajaran. Hal ini secara tidak langsung akan membantu memperkembangkan lagi domain intelek, afektif, psikomotor dan emosi-sosial kanak-kanak. Namun begitu, pada pendapat saya lokasi serta jenis sekolah tidak sepatutnya akan memberi kesan terhadap kefahaman perlaksanaan aktviti kreatif. Hal ini kerana setiap murid hendaklah menerima pendidikan yang sama walaupun di mana mereka berada. Menurut Terje Magnusson Watterdal et. al. (2008) semua kanak-kanak, tanpa mengira keupayaan dan ketidakupayaan, jantina, sosial, ekonomi, kebudayaan, latar belakang etnik dan agama serta taraf kesihatan mempunyai hak yang sama rata untuk mendapatkan kualiti pendidikan, penjagaan dan perlindungan. Oleh hal yang demikian, guru di setiap sekolah hendaklah mengambil peranan dengan sentiasa memastikan diri sentiasa mempunyai ilmu yang penuh untuk dicurahkan kepada pelajar di sekolah, tidak kira lokasi sekolah tersebut berada di mana dan status sekolah tersebut.

1

Selain itu, matlamat artikel ini juga adalah untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas serta melahirkan pelajar yang seimbang dari segala aspek hasil daripada pembelajaran seni kreatif di sekolah. Oleh hal yang demikian, untuk mencapai matlamat tersebut terdapat 6 elemen yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak. Antaranya ialah, elemen bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian dan moral, perkembangan fizikal serta kreativiti dan estetika. Pada pendapat saya, elemen tersebut amat penting untuk dikuasai oleh semua pelajar bagi memastikan setiap pelajar yang dilahirkan menjadi seorang yang seimbang dan harmoni. Sekiranya elemen tersebut tidak diajar ataupun tidak dikuasai oleh pelajar, hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan pelajar tersebut menjadi tidak seimbang dan tidak mempunyai pengetahuan yang menyeluruh. Oleh hal yang demikian, amat penting sekali bagi guru untuk memastikan semua pelajar menguasai kesemua elemen tersebut. Tambahan lagi, artikel ini juga menekankan bahawa untuk memastikan kesemua 6 elemen tersebut dapat disampaikan dengan terancang guru boleh mengaplikasikan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan diri, keperluan, kebolehan, bakat, minat dan latar belakang setiap pelajar. Oleh hal yang demikian, berdasarkan artikel ini penulis menekankan terdapat 4 jenis pendekatan yang perlu diutamakan termasuklah pendekatan belajar melalui bermain. Pendekatan ini sesuai untuk diaplikasikan kepada pelajar pendidikan khas terutamanya bagi membolehkan mereka menjadi lebih fokus ketika belajar. Hal ini kerana seperti sudah sedia maklum bahawa kebanyakan kanak-kanak pendidikan khas amat sukar untuk memberikan fokus yang lama dalam sesuatu aktiviti. Oleh hal yang demikian, antara elemen seni dalam pendidikan yang boleh diaplikasikan di dalam pendekatan ini ialah elemen seni muzik. Guru boleh memainkan muzik ketika belajar bagi menarik lagi minat kanak-kanak untuk belajar bersama-sama, hal ini secara tidak langsung mereka kan menjadi lebih seronok dan memberi perhatian kepada guru. Seterusnya, pendekatan bertema. Pendekatan ini amat sesuai untuk diaplikasikan bagi kanak-kanak pendidikan khas terutamanya kanak-kanak autism. Tema yang hendak dipilih mestilah menepati minat serta sesuai untuk dipelajari oleh kanak-kanak tersebut. Selain itu, dengan mengaplikasikan elemen seni visual semasa proses pembelajaran bertema secara tidak langsung akan menyebabkan pembelajaran tersebut menjadi lebih menarik dan tidak membosankan. Antara contoh tema pembelajaran yang ada ialah, tema persekitaran. Oleh hal yang demikian antara aktiviti seni visual yang boleh dilakukan ialah membuat kolaj menggunakan bahan-bahan semulajadi dari alam sekitar. Pendekatan pembelajaran yang seterusnya ialah penggunaan ICT. Ia amat penting untuk digunakan oleh guru pada hari ini untuk memastikan pelajarnya tidak ketinggalan akan dunia yang moden dengan kecanggihan teknologi. Antara elemen seni dalam pendidikan yang boleh diaplikasikan dalam pendekatan 2

pembelajaran ini ialah elemen seni muzik dan seni pergerakan kreatif. Bagi melaksanakan aktiviti ini dengan lebih seronok, guru boleh menayangkan satu video pergerakan kepada pelajar dan meminta mereka untuk mengikut pergerakan tersebut sambil diiringi muzik. Tegaslah di sini bahawa, dengan mengaplikasikan elemen seni dalam pendidikan terhadap pendekatan pembelajaran seni kreatif di dalam bilik darjah dapat menjadikan pembelajaran tersebut menjadi lebih menarik. Hasil analisis dapatan yang telah dibuat menunjukkan bahawa guru di sekolah kerajaan jelas mempunyai tahap kefahaman yang lebih tinggi berbanding dengan guru di sekolah swasta. Hal ini mungkin berlaku disebabkan oleh guru di sekolah swasta tidak mendapat latihan keguruan dan kaedah perlaksanaan aktiviti seni kreatif sepertimana yang diperolehi oleh guru di sekolah kerajaan. Pada pendapat saya, bagi melahirkan seorang kanak-kanak yang mempunyai perkembangan yang seimbang dan harmoni dalam semua aspek perlu dilatih oleh guru yang mahir dan terlatih dalam bidang tersebut. Hal ini bertepatan dengan teori Konstruktivisme yang berpendapat bahawa, perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh bimbingan daripada orang yang sudah mahir dalam bidang-bidang tertentu dan pengetahuan kanak-kanak akan berkembang luas melalui interaksi dengan orang lain. Teori ini telah dipelopori oleh Vygotsky dan menjelaskan bahawa ilmu pengetahuan dibina berdasarkan kepada interaksi sosial, alat budaya dan aktiviti yang membentuk pembinaan. Teori yang seterusnya ialah, teori kecerdasan pelbagai. Berdasarkan artikel ini telah menyatakan bahawa kurikulum pada masa kini banyak memberi tumpuan kepada pendidikan berbentuk formal yang menekankan akademik sahaja. Hal ini bertentangan dengan teori Kecerdasan Pelbagai yang dikemukakan oleh Howard Gardner yang menyatakan bahawa bahan dan mod pengajaran dan pembelajaran mesti sepadan dengan profil kecerdasan murid. Pada pendapat saya, kanak-kanak tidak seharusnya diberi penekanan terhadap akademik sahaja kerana mungkin akan menyebabkan mereka mudah stress, malahan perlu diberikan penekanan yang pelbagai serta diberi kebebasan untuk melakukan apa sahaja yang mereka suka selagi tidak mendatangkan masalah kepada diri dan masyarakat sekeliling. Hal ini bagi melahirkan generasi akan datang yang celik budaya, imaginatif, kritis, kreatif dan inventif. Selain itu, berdasarkan hasil kajian Jadual 11: Taburan kefahaman guru, menunjukkan bahawa 59.6% guru menyatakan perlaksanaan aktiviti ini tidak mudah untuk dilakukan manakala 40.4% lagi menyatakan bahawa mudah untuk dilaksanakan. Antara punca yang paling mencabar dalam perlaksanaan aktiviti seni kreatif ini ialah kawalan kelas dan pengolahan idea aktiviti yang hendak dilakukan. Seterusnya, data menunjukkan sebanyak 39.6% guru memilih untuk melakukan latih tubi kemahiran 3M berbanding dengan

3

aktiviti seni kreatif yang menunjukkan hanya seramai 29.3% guru melaksanakannya. Pada pendapat saya, permasalahan ini berlaku disebabkan oleh guru itu sendiri yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan serta kemahiran yang mencukupi untuk melaksanakan aktiviti tersebut dengan lebih menarik. Sekiranya, aktiviti seni kreatif ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, secara tidak langsung akan menyebabkan pelajar menjadi lebih seronok untuk belajar dan proses pembelajaran menjadi lebih lancar. Hasil perbincangan artikel ini juga turut menekankan bahawa, adalah perlu bagi setiap guru mempunyai kefahaman yang tinggi dalam perlaksanaan aktiviti seni kreatif agar ia berjaya dilaksanakan di semua sekolah tanpa mengira lokasinya berada. Namun begitu, artikel ini turut mencatatkan bahawa tahap kefahaman guru dalam perlaksanaan aktiviti seni kreatif ini berada pada tahap yang rendah. Hal ini selari dengan hasil dapatan pada Jadual 11 yang menunjukkan sebanyak 59.6% guru mengatakan aktiviti seni kreatif ini sukar untuk dilaksanakan. Oleh hal yang demikian, terdapat pelbagai usaha-usaha yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan kefahaman guru dalam perlaksanaan aktiviti seni kreatif seperti pengetahuan tentang sesuatu subjek dan pengalaman pedagogi. Selain itu, terdapat juga segelintir guru yang masih kurang faham dan yakin untuk mengaplikasikannya ketika berada di dalam bilik darjah. Guru sepatutnya tidak menjadikan alasan lokasi sekolah tersebut yang berada di pedalaman sebagai satu alasan untuk tidak melaksanakannya. Hal ini kerana setiap kanak-kanak berhak untuk mendapat pendidikan yang sama rata dengan kanak-kanak yang tinggal di bandar

4

Secara keseluruhannya, saya amat bersetuju dengan artikel ini. Hal ini kerana artikel ini banyak memberikan fokus untuk melaksanakan aktiviti seni kreatif di sekolah serta perlaksanaanya harus dilakukan di mana sahaja murid itu berada tidak kira di luar bandar ataupun di bandar. Di samping itu, pendedahan konsep dan fungsi aktiviti seni kreatif perlu di dedahkan kepada golongan ibu bapa dan guru terutamanya yang berada di kawasan luar bandar. Hal ini bagi membantu perlaksanaan aktiviti ini untuk lebih mudah dilakukan apabila wujudnya sokongan daripada ibu bapa sendiri. Tambahan lagi dengan pengaplikasian, elemen seni dalam pendidikan seperti seni visual, seni muzik dan seni pergerakan kreatif juga secara tidak langsung menjadikan perlakasanaan aktiviti seni kreatif itu menjadi lebih menarik dan berkesan. Selain itu, perbezaan skor min yang signifikan bagi tahap kefahaman guru kerajaan dan swasta juga perlu dipandang serius oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengurangkan jurang pendidikan murid di sekolah swasta dan kerajaan. Jika perkara ini tidak diambil serius mungkin akan menyebabkan permasalahan yang lebih teruk pada masa akan datang kerana masing-masing menerima pendidikan yang berbeza dan sudah semestinya pandangan yang akan dikeluarkan akan bercanggah sesama mereka. Justeru itu, amat penting sekali bagi memastikan semua kanak-kanak mendapat pendidikan yang sama rata bagi memastikan generasi akan datang mampu memacu negara ke persada dunia dan menghargai nilai-nilai estetika negara ini sendiri.

5

Related Documents

Tugasan 1
October 2019 38
Tugasan 1
May 2020 19
Tugasan 1
May 2020 21
Tugasan 1
June 2020 19
Tugasan 1
May 2020 20
Tugasan 1
May 2020 17

More Documents from ""