TAJUK: OMBAK DI PASIR PANTAI
HURAIAN MAKSUD
PERSOALAN
Pada R1 penyajak menyatakan bahawa kehidupan di dunia ini penuh dengan cabaran, harapan, matlamat dan rintangan hidup. Manusia sentiasa sahaja berlumba-lumba untuk mencapai matlamat dan cita-citanya, meskipun adakalanya mereka sudah tahu bahawa mereka akan menemui kegagalan. Namun mereka tetap menaruh harapan agar usaha yang berterusan tanpa mengenal putus asa itu pasti akan menghasilkan kejayaan jua akhirnya.
Persoalan pada R1 adalah tentang perjuangan dan kegigihan, iaitu memperlihatkan perjuangan manusia yang sentiasa bersaing dan juga kegigihan manusia berjuang untuk mengejar cita-cita dan mencapai matlamat mereka.
Engkau jadikan ombak-ombak itu tanpa jemu menghempaskan dirinya Engkau jadikan manusia pun terus mengejar sesuatu yang dicarinya sehingga bila ia menemukan Engkau akan terhenti bagaikan ombak-ombak yang terhenti setelah menghempas pantai resap di telan pasir
Pada R2 pula penyajak mengibaratkan manusia itu bagaikan ombak, sentiasa gigih berusaha mencari kebahagiaan dan kenikmatan hidup tanpa mengenal erti putus asa. Penyajak juga akur bahawa memang Allah S.W.T. telah menyarankan manusia itu untuk mencari kenikmatan dan kebahagian hidup, tetapi bukan sahaja untuk di dunia malah juga untuk di akhirat. Hakikatnya, perjuangan manusia untuk mengecapi kebahagiaan dan kenikmatan hidup itu pasti akan berterusan hingga ke akhir hayat.
R2 juga masih membicarakan persoalan perjuangan dan kegigihan, kerana masih memperlihatkan tentang kegigihan manusia yang sentiasa berjuang tanpa mengenal erti putus asa semata-mata untuk mencapai citacita dan matlamat yang diimpikan sama ada di dunia dan di akhirat kelak.
Engkau telah ciptakan malam dan Engkau ciptakan siangnya Engkau ciptakan ombak-ombak dan Engkau ciptakan pantainya Engkau jadikan hati ini rindu sehingga ia bagaikan ombak yang mengejar pantai meskipun sewaktu-waktu ia tahu akan mati menghempas pasir.
Pada R3 dinyatakan oleh penyajak bahawa Allah S.W.T. telah menjadikan kejadian alam ini berpasang-pasangan dan disebalik kejadian itu pasti ada rahsianya yang tersendiri. Begitu juga kejadian serta keadaan manusia, mereka sentiasa gigih berusaha / sentiasa berlumba-lumba untuk mencapai apa yang mereka impikan atau merubah keadaan hidup mereka. Malangnya, kemewahan di dunia menjadikan mereka lalai dan leka terhadap perintah Allah S.W.T. sedangkan mereka tahu bahawa suatu hari nanti mereka akan kembali jua kepadaNya. Bagi mereka yang mendapat petunjuk dan pedoman dari Allah pasti akan berusaha mendekatkan diri kepadaNya supaya dapat juga mengecapi kebahagian hakiki di akhirat kelak.
Dalam hidup kita bagaikan ombak-ombak laut yang berkejaran menghempaskan diri ke pantai pasir meskipun ombak itu tahu bahawa itulah akhirnya
Pada rangkap terakhir pula membicarakan persoalan ketuhanan /keagamaan, kerana pada bahagian ini banyak menyentuh hal-hal keagamaan terutamanya menyarankan manusia jangan mudah lalai dan leka dibuai cita-cita mengejar kemewahan dunia semata-mata tetapi haruslah seimbang dengan berusaha mengejar bekalan di akhirat jua
TEMA: Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa sajak ‘Ombak Di Pasir Pantai’ bertemakan perjuangan dan kegigihan hidup. Ertinya, setiap manusia yang inginkan hasratnya tercapai haruslah gigih dan tekun berusaha, tahan menempuh segala cabaran dan rintangan hidup di dunia ini. Walau bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan kebahagian di akhirat jangan diabaikan. Manusia haruslah juga gigih dan tekun berusaha untuk mentaati perintah dan meninggalkan larangan Allah S.W.T. PERUTUSAN: Antara perutusan yang dapat diambil daripada sajak di atas, ialah:
1. 2. 3.
Setiap manusia yang inginkan kejayaan hendaklah jangan mudah berputus asa walaupun pernah menghadapi kegagalan. Gigih dan tekun berusaha, tahan menghadapi cabaran dan rintangan hidup merupakan kunci untuk mencapai kejayaan atau apa yang dicita-citakan. Dalam mengejar kebahagiaan hidup di dunia kita mestilah jangan lupa untuk mengejar kebahagiaan di akhirat juga.
CORAK: Sajak ini bercorak satira, iaitu satu sindiran terhadap manusia / ahli masyarakat yang kebanyakannya mengejar kemewahan hidup semata-mata sehingga lalai untuk memenuhi tuntutan agama dan suruhan Allah S.W.T. NADA: Sajak ini memperlihatkan nada sinis iaitu menyindir golongan yang mementingkan kemewahan hidup di dunia semata-mata. Selain itu juga memaparkan nada semangat / harapan untuk berusaha bersungguh-sungguh dengan harapan dapat mencapai apa yang dicita-citakan.. ALIRAN: Sajak ini beraliran realisme iaitu satu kisah nyata yang berlaku dalam kehidupan manusia. Selain itu ia juga beraliran didaktisisme iaitu memberi pengajaran dan panduan hidup kepada manusia supaya sentisa berusaha gigih untuk mencapai kejayan dalam kehidupan.
MEMPROSA: Dalam kehidupan ini, kita bagaikan ombak-ombak laut yang berkejaran. Menghempaskan diri ke pasir pantai meskipun ombak itu tahu bahawa itulah akhirnya. Engkau jadikan ombak-ombak itu tanpa jemu menghempaskan dirinya. Engkau juga jadikan manusia pun terus mengejar sesuatu yang dicarinya. Sehingga bila ia menemukan Engkau akan terhenti setelah menempas pantai resap di telan pasir. Engkau telah ciptakan malam dan Engkau ciptakan juga siangnya. Engkau ciptakan ombak-ombak dan juga pantainya. Engkau jadikan hati ini rindu sehingga ia bagaikan ombak yang mengejar pantai. Meskipun sewaktu-waktu ia tahu akan mati menghempas pasir. KAJIAN BENTUK SAJAK ‘OMBAK DI PASIR PANTAI: Sajak ‘ombak di pasir pantai’ keseluruhannya mempunyai tiga rangkap. Pada R1 sajak ini mempunyai 6 baris yang dikenali sebagai sekstet. Manakala pada R2 dan R3 sajak ini mengandungi 11 baris serangkap. Rima akhir sajak sulung pada R1 ialah a/b/c/d/e/f. Rima akhir bagi R2 pula ialah a/a/b/c/a/d/e/f/e/e/c. Manakala rima akhir pada rangkap terakhir ialah a/b/c/d/b/e/c/d/b/e/f. Jumlah suku kata yang digunakan dalam sajak ini ialah dari 2 suku kata (R3:B6 = rindu) hingga ke 15 suku kata (R1:B5 = meskipun ombak itu tahu bahawa itulah). Jumlah patah perkataan yang terdapat dalam sajak ini pula ialah dari 1 patah perkataan (R1:B3 = berkejaran) hingga 6 patah perkataan (R1:B5 = meskipun ombak itu tahu bahawa itulah). Berdasarkan kajian di atas, pada keseluruhannya sajak ‘Ombak Di Pasir Pantai’ berbentuk bebas, iaitu tidak terikat kepada puisi lama sama ada syair atau pantun. Ini disebabkan jumlah baris, suku kata, perkataan dan rima akhirnya tidak sekata.
GAYA BAHASA: Gaya bahasa mempunyai unsur estetik dan puitis.
Terdapat kata ganda, contohnya: R2:B1 = Engkau jadikan ombak-ombak itu tanpa
Terdapat unsur simbolik, seperti :
Terdapat unsur paradoks, contohnya :
Terdapat unsur personafikasi: R1 : B2 & 3 = Kita bagaikan ombak-ombak laut yang berkejaran R1: B4 = menghempaskan diri ke pantai pasir R1: B5 = ombak itu tahu bahawa itulah akhirnya R2: B1 & 2 = Engkau jadikan ombak-ombak itu tanpa jemu menghempaskan dirinya
ombak = cabaran, pantai pasir = matlamat / cita-cita. malam dan siang.
TEMA: Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa sajak ‘Ombak Di Pasir Pantai’ bertemakan perjuangan dan kegigihan hidup. Ertinya, setiap manusia yang inginkan hasratnya tercapai haruslah gigih dan tekun berusaha, tahan menempuh segala cabaran dan rintangan hidup di dunia ini. Walau bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan kebahagian di akhirat jangan diabaikan. Manusia haruslah juga gigih dan tekun berusaha untuk mentaati perintah dan meninggalkan larangan Allah S.W.T. PERUTUSAN: Antara perutusan yang dapat diambil daripada sajak di atas, ialah: 1. Setiap manusia yang inginkan kejayaan hendaklah jangan mudah berputus asa walaupun pernah menghadapi kegagalan. 2. Gigih dan tekun berusaha, tahan menghadapi cabaran dan rintangan hidup merupakan kunci untuk mencapai kejayaan atau apa yang dicita-citakan. 3. Dalam mengejar kebahagiaan hidup di dunia kita mestilah jangan lupa untuk mengejar kebahagiaan di akhirat juga. CORAK: Sajak ini bercorak satira, iaitu satu sindiran terhadap manusia / ahli masyarakat yang kebanyakannya mengejar kemewahan hidup semata-mata sehingga lalai untuk memenuhi tuntutan agama dan suruhan Allah S.W.T. NADA: Sajak ini memperlihatkan nada sinis iaitu menyindir golongan yang mementingkan kemewahan hidup di dunia semata-mata. Selain itu juga memaparkan nada semangat / harapan untuk berusaha bersungguh-sungguh dengan harapan dapat mencapai apa yang dicita-citakan.. ALIRAN: Sajak ini beraliran realisme iaitu satu kisah nyata yang berlaku dalam kehidupan manusia. Selain itu ia juga beraliran didaktisisme iaitu memberi pengajaran dan panduan hidup kepada manusia supaya sentisa berusaha gigih untuk mencapai kejayan dalam kehidupan.