Nota Kawad KAWAD TANPA SENJATA DALAM KEDUDUKAN STATIK BIL PERKARA KATA PERINTAH/ PERGERAKAN 1
Kawad Tanpa Senjata
Arahan kawad: “ Skuad, Skuad……. Sdia”
1.1 Sedia Pergerakan: 1. Dengan pantas angkat kaki kiri separas pergelangan kaki (angklet) atau setinggi 6 inci dari paras bumi dan hentak di sebelah kaki kanan. 2. Jatuhkan tapak kaki supaya terdengar satu bunyi sahaja serentak dengan kiraan “Satu”. 1.2 Senang diri
Arahan kawad: “ Senang…… Dri” Pergerakan : 1. Dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet bawa ke sebelah kiri supaya terdengar satu bunyi dengan kiraan “Satu”, 2. Masa itu juga bawa kedua-dua tangan ke belakang tangan kanan rapat di hadapan tapak tangan kiri dan ibu jari bersilang.
1.3 Rehatkan diri
Arahan kawad: “ Rehatkan.... Dri” Pergerakan: 1. Lemahkan semua anggota badan & kepala. 2. Tangan dinaikkan di atas punggung serentak dengan kiraan “Satu”.
1.4 Membentuk Skuad
Arahan kawad: “ Tiga barisan di hadapan saya... Grak”
(Jadikan tiga berisan) Pergerakan: Anggota dengan pantas berlari beratur jadikan tiga barisan kirakira 6 langkah di hadapan jurulatih. 1.5 Langkah ke Hadapan
Arahan kawad: “...... langkah ke hadapan.... Grak”(Contoh: “1 langkah ke hadapan.....Grak”) Pergerakan: 1. Dengan pantas ambil satu langkah kaki kiri sejauh satu inci ke hadapan dengan kiraan “Satu”.
2. Angkat kaki kanan separas angklet dan hentak rapat ke tumit kaki kanan dengan kiraan “Dua” balik ke kedudukan sedia. 1.6 Langkah ke Belakang
Arahan kawad: “....... Langkah ke Belakang....Grak” Pergerakan: 1. Dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet tolak ke belakang sejauh 30 inci dengan kiraan “Satu”. 2. Angkat kaki kanan separas angklet dan hentak rapat ke tumit kaki kiri dengan kiraan “Dua” balik ke kedudukan sedia.
1.7 Langkah ke Kanan
Arahan kawad: “....... Langkah ke Kanan....Grak” Pergerakan: 1. Dengan pantas angkat kaki kanan separas angklet dan bawa ke sebelah kanan sejauh 12 inci . 2. Letakkan hujung kaki kanan ke bumi dengan kiraan “Satu”. 3. Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak rapat di sebelah kaki kanan dengan kiraan “Dua” balik ke kedudukan sedia.
1.8 Langkah ke kiri
Arahan kawad: “....... Langkah ke Kiri....Grak” Pergerakan: 1. Dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet dan bawa ke sebelah kiri sejauh 12 inci. 2. Letakkan hujung kaki kiri ke bumi dengan kiraan “Satu”. 3. Angkat kaki kanan separas angklet dan hentak rapat di sebelah kaki kiri dengan kiraan “Dua” balik ke kedudukan sedia.
1.9 Membetul-kan barisan
Arahan kawad: “Ke Kanan.........Lurus”
a. Ke Kanan Lurus. Pergerakan: 1. Orang nombor satu barisan hadapan (Penanda Kanan) diam. 2. Anggota lain dengan pantas sorongkan kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci dan letakkan tapak ke bumi dengan kiraan “Satu” 3. Angkat kaki kanan separas angklet dan hentak di sebelah kaki kiri dengan kiraan “Dua”. 4. Pada masa sama palingkan muka memandang ke kanan kecuali orang nombor satu di dalam setiap barisan, dan anggota di dalam barisan hadapan angkat tangan kanan paras bahu melalui belakang orang di kanannya kecuali penanda kanan.
5. Setelah itu angkat kaki kiri separas angklet dan hentakkan di sebelah kaki kanan dengan kiraan “Tiga” dan terus hentak kaki kanan / kiri berturut-turut mengambil lurus. 6. Setelah mendapat kedudukan lurus, semua anggota diam dan tunggu perintah “Pandang Depan” Peringatan: Jika kawad dengan senjata (tangan kanan memegang senjata) orang dalam barisan hadapan mengangkat tangan kiri ke sebelah kiri serta pandang kanan. b. Pandang Depan
Arahan kawad: “ Pandang ....... Dpan” Pergerakan: Dengan pantas dan serentak palingkan muka memandang ke hadapan dan turunkan tangan kanan ke sebelah rusuk kembali ke kedudukan sedia.
c. Ke Kiri Lurus
Arahan kawad: “Ke Kiri...... Lurus” Pergerakan: 1. Pergerakan adalah sama dengan ke kanan lurus kecuali semua anggota dalam barisan belakang paling ke kiri. 2. Penanda di sebelah kiri hendaklah diam dan anggota nombor satu dalam barisan tengah dan belakang hendaklah menentukan jarak.
d. Luruskan Barisan
Arahan kawad: “Luruskan.......... Barisan” Pergerakan: 1. Penanda diam, anggota lain dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki kanan. 2. Pada masa yang sama palingkan muka ke kanan serentak angkat tangan kanan paras bahu melalui sebelah belakang orang di kanannya. 3. Hentak kaki kanan dan kiri berturut-turut bergerak ambil lurus.
1.10Nombor
Arahan kawad: “ Skuad.......... Nombor” Pergerakan: Anggota barisan hadapan sahaja menyebut bilangan nombor (membilang) dari kanan ke kiri.
1.11Buka/ tutup Barisan
Arahan kawad: “ Buka Barisan....... Grak”
a. Buka Barisan Pergerakan: 1. Dengan pantas semua anggota barisan hadapan ambil satu langkah ke hadapan sejauh 30 inci dengan kiraan “Satu”. 2. Ambil satu langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci dengan kiraa “Dua”. 3. Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan dengan kiraan “Tiga” balik ke kedudukan sedia. 4. Bagi anggota barisan belakang, pergerakan dibuat secara mengundur dua langkah ke belakang dimulakan dengan kaki kiri mengikut jarak dan kiraan sama dengan barisan hadapan. b. Tutup barisan
Arahan kawad: “Tutup Barisan........Grak” Pergerakan: 1. Anggota barisan hadapan membuat pergerakan sepertimana anggota barisan belakang semasa “Buka Barisan” (Mengundur). 2. Bagi anggota barisan belakang pula membuat pergerakan sepertimana anggota barisan hadapan semasa pergerakan “Buka Barisan” (langkah ke hadapan).
1.12Berpusing
Arahan kawad: “ Bergerak ke kanan, kanan....... Sing”
a. Berpusing ke kanan Pergerakan: 1. Lutut lurus 2. Pusing badan 90 darjah ke kanan dengan kiraan “Satu”. 3. Angkat kaki kiri separas angklet 4. Hentak di sebelah kaki kanan dengan kiraan “Dua”. b. Berpusing ke kiri
Arahan kawad: “Bergerak ke Kiri, kiri ....... Sing” Pergerakan: 1. Lutut lurus. 2. Pusing badan 90 darjah ke kiri dengan kiraan “Satu”. 3. Angkat kaki kanan separas angklet 4. Hentak di sebelah kaki kiri dengan kiraan “Dua”.
c. Berpusing ke belakang
Arahan kawad: “Bergerak ke kiri, Belakang ........ Sing”
(Kedudukan skuad dalam tiga barisan memanjang. Barisan hadapan (Penanda) berada di sebelah kiri). Pergerakan: 1. Lutut lurus. 2. Pusing badan 180 darjah ke belakang melalui sebelah kanan dengan kiraan “Satu”. 3. Angkat kaki kiri separas angklet 4. Hentak di sebelah kaki kanan dengan kiraan “Dua”. Arahan kawad: “Bergerak ke Kanan, Belakang...Sing” (Kedudukan skuad dalam tiga barisan memanjang. Barisan hadapan (Penanda) berada di sebelah kanan.) Pergerakan: Pergerakan adalah sama seperti di atas. Arahan kawad: “Menghadap ke Belakang, Belakang.... Sing” (Kedudukan skuad dalam tiga barisan melintang menghadap ke hadapan) Pergerakan: Pergerakan adalah sama seperti di atas. Arahan kawad: “Menghadap ke Hadapan, Belakang.... Sing” (Kedudukan skuad dalam tiga barisan melintang menghadap ke belakang) Pergerakan: Pergerakan adalah sama seperti di atas. d. Berpusing separuh kanan
Arahan kawad: “Bergerak ke kanan, Separuh.......Kanan.” Pergerakan: 1. Kedudukan lutut lurus. 2. Pusing badan 45 darjah ke separuh kanan dengan kiraan “Satu”. 3. Dengan pantas angkat kaki kiri separas angklet. 4. Hentak di sebelah kaki kanan dengan kiraan “Dua”.
e. Berpusing separuh kiri
Arahan kawad: “Bergerak ke kiri, Separuh.......Kiri.” Pergerakan: 1. Kedudukan lutut lurus. 2. Pusing badan 45 darjah ke separuh kiri dengan kiraan “Satu”. 3. Dengan pantas angkat kaki kanan separas angklet. 4. Hentak di sebelah kaki kiri dengan kiraan “Dua”.
1.13Bersurai dan keluar baris
Arahan kawad: “Keluar......Baris”
a. Keluar baris Ingatan: “keluar baris” digunakan semasa: - Anggota dalam kelas. - Jurulatih memberi penerangan .
Pergerakan: 1. Pusing badan 90 darjah ke kanan dengan kiraan “Satu”. 2. Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki kanan balik ke kedudukan sedia dengan kiraan “Dua” 3. Melangkah keluar mulai kaki kiri sejauh 30 darjah dengan kiraan “Satu” terus ke hadapan dengan kiraan “Dua”, “Tiga” dan bersurai. (berbeza dengan bersurai, ianya belum tamat. Hanya bersurai sementara dan anggota tidak dibenarkan keluar dari kawasan latihan.
b. Bersurai
Arahan kawad: “Ber.........surai”
Ingatan: Tujuan bersurai adalah menandakan tamatnya latihan / aktiviti.
Pergerakan: 1. Pusing badan 90 darjah ke kanan dengan kiraan “Satu”. 2. Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki kanan balik ke kedudukan sedia dengan kiraan “Dua” 3. Melangkah keluar mulai kaki kiri sejauh 30 darjah dengan kiraan “Satu” terus ke hadapan dengan kiraan “Dua”, “Tiga” dan bersurai.
Ingatan: “Pegawai di padang” digunakan untuk skuad pegawai.
Arahan kawad: “Pegawai di padang/ dalam baris, Ber........surai” Pergerakan: 1. Pusing badan 90 darjah ke kanan dengan kiraan “Satu”. 2. Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki kanan balik ke kedudukan sedia dengan kiraan “Dua”. 3. Buat pergerakan hormat dengan kiraan “Satu”. 4. Turun tangan balik ke kedudukan sedia dengan kiraan “Dua”. 5. Melangkah keluar mulai kaki kiri sejauh 30 darjah dengan kiraan “Satu” , terus ke hadapan dengan kiraan “Dua”, “Tiga” dan bersurai.
1.14Paras
Ingatan: Semua anggota buat pergerakan keluar baris kemudian beratur mengikut tinggi masing-masing dan berdiri sedia menunggu perintah seterusnya.
Arahan kawad: “Tinggi ke Kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan....Paras” Pergerakan: 1. Pusing badan 90 darjah ke kanan dengan kiraan “Satu”. 2. Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki kanan balik ke kedudukan sedia dengan kiraan “Dua”. 3. Melangkah keluar mulai kaki kiri sejauh 30 darjah dengan kiraan “Satu” , terus ke hadapan tiga langkah dengan kiraan “Dua”, “Tiga” dan terus beratur dalam satu barisan.
Arahan kawad: “Dari Kanan.......Nombor” Pergerakan: Anggota menyebut bilangan nombor dari kanan ke kiri. (Anggota sebelah kanan sekali menyebut nombor “Satu”, yang lain mengikut dengan nombor “Dua” dan seterusnya sehingga anggota terakhir dalam barisan. Semasa membilang kepala tegak ke hadapan. )
Arahan kawad: “Ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah ke belakang......... Grak” Pergerakan: 1. Ambil satu langkah kaki kiri sejauh 30 darjah ke hadapan dengan kiraan “Satu”. 2. Angkat kaki kanan separas angklet dan 3. Hentak rapat ke tumit kaki kanan dengan kiraan “Dua” balik ke kedudukan sedia. 4. Bagi anggota yang mengundur, mula dengan kaki kiri mengikut jarak dan kiraan yang sama. Arahan kawad: “Penanda diam, ganjil ke kanan, genap ke kiri, kanan dan kiri......... Grak” Pergerakan: 1. Anggota barisan nombor ganjil dengan pantas pusingkan badan 90 darjah ke kanan dengan kiraan “Satu”.
2. Angkat kaki kiri separas angklet dan hentak di sebelah kaki kanan balik ke kedudukan sedia dengan kiraan “Dua”. 3. Bagi anggota barisan nombor genap berpusing ke kiri dengan kiraan yang sama. Arahan kawad: “Jadikan tiga barisan di hadapan saya, dari kiri/kanan....cpat jalan”
Ingatan: Apabila sampai di tempat ditetapkan, anggota dikehendaki belok ke kiri dan mengambil jarak dan lurus dengan betul serta berhenti di tempat masing-masing dalam kedudukan sedia. “KAWAD ASAS DISIPLIN”
Pergerakan: 1. Langkah ke hadapan sejauh 30 inci (tumit ke tumit) mulakan dengan kaki kanan dengan memacakkan tumit ke bumi. 2. Orang nombor genap ikut belakang orang nombor ganjil. 3. Orang nombor satu tetap menjadi orang nombor satu barisan hadapan. 4. Nombor tiga jadi nombor satu barisan tengah. 5. Nombor lima jadi nombor satu barisan belakang. 6. Nombor tujuh jadi nombor dua barisan hadapan dan seterusnya sehingga anggota yang penghabisan.