Nota

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Nota as PDF for free.

More details

  • Words: 386
  • Pages: 5
ANAK ANGKAT MENURUT PANDANGAN ISLAM PENGERTIAN ANAK ANGKAT

ANAK YANG DIPELIHARA OLEH BUKAN IBU BAPA KANDUNGNYA • Biasanya anak angkat diambil oleh pasangan yang tidak mempunyai zuriat akibat mandul.*

HUKUM MENGAMBIL ANAK ANGKAT

HIBBAH Pemberian sesuatu seperti harta kerana kasih sayang kepada seseorang

HARUS DALAM ISLAM

INFO MINDA

WASIAT Pesanan yang dibuat oleh seseorang kepada seseorang yang lain supaya melakukan kebaikan terhadap harta yang dimilikinya selepas dia meninggal dunia.

PERATURAN PENGAMBILAN ANAK ANGKAT

HA RA M membinkan dan membintikan anak angkat kepada bapa angkat. Islam mengharamkan memberi nasab anak angkat kepada bapa angkat dan mewajibkan anak angkat dibinkan dan dibintikan kepada bapa kandungnya sendiri sebagai Memuliakan pertalian nasab (keturunan)

Perbuatan menasabkan kepada bapa angkat termasuk dalam DOSA BESAR dan DILAKNATI ALLAH. Contoh : Rasullullah S.A.W sendiri pernah mengambil Zaid bin Harithah sebagai anak angkat sebelum diutus sebagai rasul dan dikenali dengan panggilan Zaid bin Muhammad sehinggalah turun ayat surah al-Ahzab yang melarang perbuatan tersebut. Bagi menguatkan hubungan antara bapa angkat dan anak angkat bukannya hubungan nasab (keturunan)Rasullullah mengahwini bekas isteri Zaid. Allah memerintahkan agar anak angkat dipanggil dengan panggilan tertentu, seperti ‘wahai saudaraku’ jika tidak diketahui bapa kandungnya yang sebenar.

2. BATAS-BATAS PERGAULAN ANAK ANGKAT Anak angkat tetap dikira ajnabi( orang asing) walaupun diperlihara semenjak kecil. Batas-batas pergaulan dan aurat antara anak angkat dan keluarga angkat wajib dijaga dan tertakluk kepada ketentuan hukum antara bukan mahram.

3. PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA Anak angkat tidak boleh mewarisi harta pusaka keluarga angkatnya dan begitu juga sebaliknya. Anak angkat hanya boleh mendapatkan harta keluarga angkatnya melalui HIBBAH, HADIAH dan WASIAT (tidak melebihi 1/3 daripada harta keluarga angkat)

HIKMAT LARANGAN MEMBIN & MEMBINTIKAN KEPADA BAPA ANGKAT • Mengiktiraf keluarga bapa kandung dan mengekalkan kemuliaan pertalian nasab antara mereka. • Memelihara hak anak angkat dalam mewarisi harta pusaka bapa kandungnya • Menjaga batas pergaulan supaya aurat antara anak angkat dan keluarga angkatnya terpelihara • Memelihara harta pusaka bapa kandung dan salasilah keluarga supaya tidak bercampur dengan anak angkat yang tiada hubungan nasab dengan mereka • Memelihara hak wali nikah oleh bapa kandungnya dan mereka yang berhak menjadi wali

HIKMAT MENGAMBIL ANAK ANGKAT • Meringankan beban hidup keluarga yang miskin • Mengeratkan silaturrahim keluarga ke duadua belah pihak • Mendapat pahala dan keredhaan Allah • Antara jalan penyelesaikan bagi pasangan yang tidak mempunyai anak • Membahagiakan rumahtangga bagi mereka yang tidak dikurniakan anak

Related Documents

Nota
June 2020 44
Nota
April 2020 63
Nota
May 2020 40
Nota
October 2019 79
Nota
June 2020 21
Nota
December 2019 62