Nota Jenis-jenis Ayat.docx

  • Uploaded by: Nisa Lynna
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Nota Jenis-jenis Ayat.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 172
  • Pages: 1
Jenis-jenis Ayat

1. Ayat bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan tujuan atau maksud ayat itu diucapkan.

2. Empat jenis ayat tersebut ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.

3. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan atau maksud membuat sesuatu kenyataan, misalnya menyatakan atau memberikan sesuatu keterangan tentang sesuatu hal atau berita. Ayat jenis ini juga disebut ayat berita.

4. Ayat tanya pula ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal atau berita.

5. Seterusnya, ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi suruhan, larangan, ajakan, atau menyampaikan permintaan. Ayat perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau, dan seumpamanya, yang lazimnya digugurkan.

6. Jenis ayat yang terakhir merupakan ayat seruan, iaitu ayat yang diucapkan dengan tujuan melahirkan perasaan seperti terkejut, hairan, geram, seronok, sakit, dan sebagainya. Dalam tulisan, ayat seruan menggunakan tanda (!) di akhir ayat. Ayat jenis ini lazimnya menggunakan kata seru seperti wah, oh, amboi, cis, aduh, eh, dan syabas di permulaan ayat.

Related Documents

Jenisjenis Tes.docx
May 2020 35
Nota
June 2020 44
Nota
April 2020 63
Nota
May 2020 40
Nota
October 2019 79

More Documents from "Rober"