Skrip Mc Pertandingan Kawad Kaki Kem Kepimpinan Bersepadu 1.docx

  • Uploaded by: Nisa Lynna
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Skrip Mc Pertandingan Kawad Kaki Kem Kepimpinan Bersepadu 1.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 640
  • Pages: 2
Contoh Skrip MC Pertandingan Kawad Kaki Perhatian kepada semua platun yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Kawad Kaki anjuran Unit Uniform Kadet Polis bersempena dengan Kem Kepimpinan Bersepadu, pertandingan akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Semua platun diminta bersedia. Mencari timba si anak dara, Dibawah sarang burung tempu; Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua. Selamat pagi dan salam Kem Kepimpanan Bersepadu diucapkan kepada _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ panel hakim jemputan khas, tuan-tuan dan puan-puan serta para platun sekalian. Selamat datang saya ucapkan kepada semua peserta Pertandingan Kawad Kaki Kem Kepimpinan Bersepadu SMK Bakong bagi tahun 2018. Hadirin yang dihormati sekalian, sebelum kita memulakan Pertandingan Kawad Kaki ini sukacitanya saya memperkenalkan para hakim jemputan khas yang akan mengadili pertandingan ini. Hakim yang pertama ______________________________ selaku ketua hakim dan dibantu oleh ______________________________ dan ____________________. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, Pertandingan Kawad Kaki ini disertai oleh 7 buah unit beruniform yang terdiri daripada Kadet Remaja Sekolah, Boys Brigade, Kadet Polis, Pandu Puteri, PBSM, Pengakap dan St. John Ambulans. Tuan-tuan dan puan serta hadirin yang dihormati sekalian, Untuk makluman para platun, kriteria bagi pemarkahan platun dari aspek yang: pertama pakaian (25 markah), iaitu merangkumi pakaian yang lengkap (5 markah), kekemasan (10 markah) dan keseragaman (5 markah) kedua kawad asas, iaitu berjumlah 55 markah yang merangkumi kekemasan berkawad (35 markah), kata perintah (15 markah) dan pengendalian platun (5 markah) manakala kriteria bagi pemarkahan Ketua Platun pula terdiri dari aspek pakaian (5 markah), cara melapor (10 markah) dan nada suara (10 markah) yang berjumlah 25 markah. Jumlah keseluruhan pemarkahan berjumlah 100 markah. Masa yang diberikan bagi setiap platun ialah selama 10 minit. Tanpa melengahkan masa, Pertandingan Kawad Kaki Kem Kepimpinan Bersepadu akan dimulakan dengan platun pertama. Platun pertama yang akan membuat persembahan pergerakan kawad kaki pada pagi ini, iaitu Platun __________________ yang diketuai oleh ______________ dengan membawa seramai _______ orang ahli. Dengan sukacitanya mempersilakan Platun __________________ untuk bergerak masuk ke litar pertandingan dan mempamerkan persembahan kawad kaki mereka. Dipersilakan. Demikianlah tadi persembahan kawad kaki yang penuh bersemangat yang telah dipersembahkan oleh platun 1________________. Seterusnya dipersilakan platun 2_______________ yang diketuai oleh ______________ dengan membawa seramai _______ orang ahli untuk membuat persembahan kawad kaki. Demikianlah tadi persembahan kawad kaki yang telah dipersembahkan oleh platun ______. Platun ketiga yang akan membuat persembahan kawad kaki, iaitu 3

Seterusnya, platun keempat ______ Ulang merah sampai kesemua platun selesai. Kini tibanya platun yang terakhir bagi Pertandingan Kawad Kaki, iaitu Platun ______________ yang diketuai oleh ______________ dengan membawa seramai _______ orang ahli. Dengan ini dipersilakan. Demikianlah tadi berakhirnya persembahan daripada ketujuh-tujuh platun yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Kawad Kaki Kem Kepimpinan Bersepadu bagi tahun 2018. Mohon perhatian kepada semua platun, sila ke tapak perhimpunan sekarang juga dalam keadaan terkawal. Seterusnya, dengan segala hormatnya mempersilakan ____________________, Ketua hakim Pertandingan Kawad Kaki untuk memberikan komen dan ulasan tentang persembahan para platun sebentar tadi. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada _______________ atas komen dan ulasan yang diberikan. Hadirin sekalian, Persembahan kawad kaki sudah, mendengar komen pun sudah. Maka dengan ini, kami pihak penganjur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada panel hakim kerana telah sudi meluangkan masa bersama-sama kita pada hari ini. Bagi menyempurnakan pertandingan kita pada hari ini, dengan segala hormatnya saya menjemput ________________________, Penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan cenderahati kepada panel hakim kita, iaitu ______ Terima kasih kepada ________________________ kerana telah menyampaikan cenderahati sebentar tadi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada platun-platun yang mengambil bahagian pada hari ini. Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung pertandingan. Bunga seroja di atas para, Jatuh ditimpa buah berangan; Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua kami pohonkan. Dari Muar ke Pekan Sari, Beli suasa di Kota Tinggi; Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bersua lagi. Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Pertandingan Kawad Kaki Kem Kepimpinan Bersepadu 2018 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan pertandingan pada hari ini. Sekian, terima kasih.

Related Documents


More Documents from "Anonymous ANKAlJx"