Etika Dalam An Awam

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Etika Dalam An Awam as PDF for free.

More details

  • Words: 788
  • Pages: 3
Etika Dalam Perkhidmatan Awam Summary rating: 2 stars (103 Ulasan) Lawatan : 1742 Comments : 0 Perkataan : 900

oleh : Pitung78 Pengarang : Wan Zaleha Diterbitkan pada: Januari 10, 2008 Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam Dalam “Seminar Nilai dan Etika” pada 2 Mac 1992, Dato’ Seri Ahmad Sarji telah menggariskan satu set panduan etika untuk kakitangan awam, yang kini dikenali sebagai Tonggak Dua Belas. Melalui penghayatan dan praktis Tonggak Dua diharapkan Perkhidmatan Awam akan menjadi badan yang “cekap dan berkualiti”. Tonggak Dua Belas adalah penjelasan mengenai konsep nilai, norma dan etika dalam kehidupan manusia. Tonggak Dua Belas perlu menjadi amalan semua peringkat kakitangan awam disemua peringkat organisasi. Ia merupakan panduan panduan, contohcontoh nilai murni dan etika serta amalan-amalan baik yang perlu diamalkan bagi mengelakkan unsur-unsur yang negatif. Semua tonggak dan conton-contoh yang dikemukakan menekankan aspek-aspek peribadi seseorang. Ianya didasarkan kepada kepercayaan bahawa nilai-nilai yang penting akan membentuk peribadi tertentu. Peribadi ini seterusnya akan mempengaruhi pembentukan sesebuah organisasi. a) MENGHARGAI MASA Masa tidak ternilai harganya dan datangnya sekali sahaja seumur hidup. Maksudnya, apabila hilang, tidak akan ada gantinya lagi. Dengan demikian, masa yang berlalu secara yang tidak berfaedah merupakan modal yang telah lesap. Banyak petikan yang boleh diberi untuk mengambarkan nilai masa. Al-Quran (Surah Al’ –Asr 103: 1-3) memperingati manusia tentang masa. Dalam semua budaya juga terdapat kata-kata hikmat yang menyentuh keperihalan mahalnya masa, contohnya “Time and tide wait for no man”. Dipermukaan grandfather clock kerap terdapat peringatan dalam bahasa Latin iaitu “tempus fugit” , maksudnya, time flies. Peribahasa kita sendiri mengatakan “masa itu emas”. Di tempat kerja ada beberapa amalan positif untuk tidak membazirkan masa. Misalnya apabila membuat sesuatu kerja, “Do it right the first time”, supaya tidak perlu diulang sekali lagi. Perancangan kerja yang teliti juga akan menjamin kerja berjalan lancar dan masa dijimatkan. Oleh yang demikian, antara amalan positif yang diutamakan dalam menghargai masa

ialah: · segerakan tindakan · tepati masa · rancang masa dan tugas · menyelesaikan tugas pada masa yang ditetapkan Amalan-amalan negatif pula akan mengakibatkan pembaziran masa. Antara amalan negatif yang tidak menghargai masa adalah seperti berikut: · berbual-bual kosong · melambat-lambatkan tugas · meninggalkan pejabat untuk urusan peribadi · berbual-bual kosong di kantin. b) KESERONOKAN BEKERJA Kerja merupakan satu beban yang dilakukan untuk hidup, malah bagi kebanyakkan manusia bekerja itu merupakan perlakuan yang tiada hujungnya. Namun begitu jika kita mengambil pendirian yang optimistik kita boleh kita boleh menjadikan kerja itu sesuatu yang mendatangkan keseronokkan. Kerja jika dianggap ibadat, tidak akan menjadi chore yang membeban dan membosankan. Penerimaan hakikat ini akan mendatangkan kepuasan kerja dan semangat untuk terusmenerus menjalankan tugas. Manusia yang seronok bekerja bersifat proaktif (Covey 1990: 66-94). Bagi seorang ketua pula, minat dan penghargaan yang ditunjukkan kepada usaha-usaha pekerjanya akan menjadi punca motivasi. Antara nilai-nilai yang perlu dititik beratkan dlalam mewujudkan keseronokan bekerja ialah: · kerja adalah ibadah · menghasilkan sesuatu yang berfaedah · komitmen terhadap kerja · sedia bekerjasama Manakala amalan negatif bagi mereka yang tidak mempunyai keseronokan bekerja adalah seperti berikut: · Menganggap kerja sebagai beban · Tidak komited · Hanya menunggu arahan c) KEKUATAN SIFAT BAIK HATI Kita merasa senang dan selesa dengan orang yang baik hati, tersangat banyak sifat terpuji pada diri orang yang menghayati nilai ini. Kita tidak berasa gentar, takut atau resah apabila bersama-sama dengannya. Segala sifat yang disukai oleh manusia dihayatinya dengan baik. Antara sifat baik hati yang perlu dipraktikkan ialah: · Adil · Sedia menerima teguran · Bertimbang rasa · Prihatin terhadap kebajikan Seseorang yang mempunyai amalan negatif seperti kasar dan kurang sopan, berdendam,

tidak menerima teguran ataupun nasihat, tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri sendiri adalah antara contoh mereka yang tidak mempunyai sifat baik hati. d). PENGARUH TELADAN Manusia hidup bermasyarakat dan masyarakat itu dipimpin oleh seseorang pemimpin, maka segala gerak laku pemimpin menjadi ikutan masyarakat. Pengaruh teladan yang positif boleh mendatangkan hasil kerja yang membanggakan bagi kakitangan awam. Kerajaan kita pada hari ini berpandu kepada prinsip kepimpinan melalui teladan. Lebih mudah mengajar melalui teladan yang baik daripada semata-mata memberi arahan. Oleh itu sifat-sifat yang perlu diamalkan ialah: · berkelakuan baik · amanah · telus dalam prosedur · bermoral tinggi e.) KEWAJIPAN MENJALANKAN TUGAS Apabila seseorang telah menerima sesuatu tugas, maka wajiblah baginya menyempurnakan tugas tersebut. Dalam menjalankan tugas pula sikap yang tepat ialah beriltizam menyempurnakannya dengan penuh tanggung jawab, bukan sekadar memenuhi syarat saja. Dalam Islam, mengelak daripada menjalankan tugas bermakna lari daripada tanggungjawab. Hukumnya, berdosa. Ada orang yang “mencuri” waktu pejabat, berniaga secara sambilan, seperti menjadi pengedar barangan solek dan pinggan-mangkuk. Pendapatan daripada perniagaan sebegini yang menggunakan waktu “curi” ini adalah haram. Dalam hal menjalankan tugas ini, kecekapan dan ke profesionalisme adalah menjadi kayu ukur yang dikehendaki. Oleh yang demikian antara sifat yang perlu diamalkan ialah: · bertanggungjawab · tekun dan sabar · mengutamakan kerja · pentingkan kualiti

Related Documents