FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104 KARYA MELAYU KLASIK
NAMA
: ZAINUN BINTI AB HAMID
NOMBOR MATRIK
: JEA 080157
NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD
SEMESTER SATU TAHUN 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA
PETIKAN NASIB IBU TIRI YANG KEJAM Memulakan ceritanya, orang tua yang pertama berkata, “Ketahuilah hai Ifrit bahawa kijang ini ialah sepupuku yang telah kukahwini selama tiga puluh tahun dengan tidak mendapat seorang anak pun. Kerana inginkan anak terpaksa aku beli seorang hamba buat gundik, dan daripadanya lahirlah seorang anak lelaki yang cantik seperti bulan purnama dan cerdik pandai.” “Aku didik anakku itu hingga dia berumur lima belas tahun. Selepas itu, aku pun pergi ke beberapa buah negeri kerana berniaga. Rupa-rupanya dalam masa peninggalanku, isteriku telah belajar ilmu sihir, dan menjadikan anakku sebagai seekor kambing, dan ibunya menjadi lembu. Anak dan gundikku yang telah menjadi haiwan itu kemudian diserahkan kepada tukang gembala, dan bercampur gaullah mereka berdua dengan binatang-binatang yang lain. “Setelah aku pulang ke rumah dari mengembara, aku lebih dulu bertanyakan mana anakku, dan ibunya. Isteriku menjawab, “Gundik awak sudah mati. Anak awak sudah lari, tak tahu ke mana perginya.” Setahun lamanya aku menanggung dukacita dan sentiasa memangis mengenangkan anakku dan ibunya. “Lama-kelamaan Hari Raya Haji pun sampai. Kerana sudah biasa tiap-tiap tahun berbuat korban, aku pun suruh gembala supaya pilihkan seekor lembu yang sihat dan gemuk. Seekor lembu yang gemuk yang tidak kuketahui ibu kepada anakku telah direbahkan di hadapanku. Aku pun menyingsing lengan hendak menyembelihnya. Dengan serta-merta lembu itu menjerit dan menangis seperti manusia lakunya. Aku bangkit. Pisau ku serahkan kepada gembala sambil meminta dia menyembelih. Lembu itu
pun disembelih. Apabila dikupas tidak berisi langsung, hanya tinggal kulit dan tulangtulang sahaja.” “Selepas itu aku suruh gembala bawakan seekor kambing yang tidak cacat dan gemuk. Dengan tidak kusedar, dibawanya anakku yang telah disihirkan oleh ibu tirinya itu. Apabila sampai sahaja di hadapanku, kambing itu telah menangis dan meraung. Kelakuan kambing itu telah menjadi aku kasihan, dan tak sampai hati menyembelihnya, dan terus aku lepaskan dia. Aku suruh gembala mencarikan seekor lembu lagi yang sihat dan tidak cacat untuk disembelih sebagai gantinya….”
Falsafah Hubungan manusia dengan binatang Petikan cerpen Nasib Ibu Tiri Yang Kejam menunjukkan terdapat falsafah hubungan antara manusia dengan binatang. Hal ini dapat ditunjukkan ketika orang tua handak melakukan ibadah raya haji iaitu dengan menyembelih seekor lembu dan seekor kambing. Apabila melihat lembu itu direbahkan untuk disembelih, orang tua itu, tidak sanggup melakukannya kerana dia melihat lembu itu menjerit dan menangis seperti manusia. Orang tua itu, kemudiannya menyuruh pengembala untuk menyembelih lembu itu bagi pihaknya. Hubungan manusia dengan binatang juga dapat dilihat apabila orang tua itu hendak menyembelih kambing untuk dibuat korban. Perkara yang sama berlaku iaitu kambing itu meraung dan menjerit seperti lembu tadi. Dengan rasa kasihan orang tua itu, melepaskan kambing itu lalu digantikan dengan lembu lain yang sihat.
Petikan : “Lama-kelamaan Hari Raya Haji pun sampai. Kerana sudah biasa tiap-tiap tahun berbuat korban, aku pun suruh gembala supaya pilihkan seekor lembu yang sihat dan gemuk. Seekor lembu yang gemuk tidak kuketahui ibu kepada anakku telah direbahkan di hadapanku. Aku pun menyinsing lengan hendak menyembelihnya. Dengan serta-merta lembu itu menjerit dan menangis seperti manusia lakunya. Aku bangkit. Pisau kuserahkan kepada gembala sambil meminta dia menyembelih. Lembu itu pun disembelih. Apabila dikupas tidak berisi langsung, hanya tinggal kulit dan tulang-tulang sahaja.” Petikan : “Selepas itu, aku suruh gembala bawakan seekor kambing yang tidak cacat dan gemuk.
Dengan tidak kusedar, dibawanya anakku yang telah disihirkan oleh ibu tirinya itu. Apabila sampai sahaja di hadapanku, kambing itu telah menangis dan meraung. Kelakuan kambing itu menjadikan aku kasihan, dan tak sampai hati menyembelihnya, dan terus kulepaskan dia. Aku suruh gembala mencarikan seekor lembu lagi yang sihat, dan tidak cacat untuk disembelih sebagai gantinya….”
Falsafah Hubungan manusia dan manusia Falsafah hubungan manusia dengan manusia dapat dilihat apabila orang tua itu bersedih selama setahun kerana sedih memgenangkan anak dan isterinya. Hubungan manusia dengan manusia terjalin apabila orang tua telah membeli seorang hamba untuk dijadikan gundik. Kemudian gundik itu telah melahirkan seorang anak lelaki yang cantik dan cerdik. Orang tua itu, mendidik anaknya sehingga berukur lima belas tahun. Orang tua itu, kemudiannya telah pergi ke beberapa buah negeri untuk berniaga. Tanpa pengetahuan orang tua, isterinya iaitu kijang telah mempelajari ilmu sihir. Dia telah menjadikan anaknya dan gundiknya sebagai kambing dan lembu. Haiwan-haiwan itu kemudiannya diserahkan kepada tukang gembala dan mereka telah bercampur gaul dengan haiwanhaiwan yang lain. Setelah orang tua pulang dari mengembara, dia bertanyakan kepada isterinya di mana anak serta gundiknya. Isterinya menjawab gundiknya telah mati dan anaknya telah melarikan diri. Orang tua berasa sangat sedih dan berdukacita di atas kehilangan serta kematian gundik dan anaknya. Dia menangis setahun lamanya kerana terlalu sedih. Petikan :
“aku didik anakku itu hingga dia berumur lima belas tahun. Selepas itu, aku pun pergi ke beberapa buah negeri kerana berniaga. Rupa-rupanya dalam masa peninggalanku, isteriku telah belajar ilmu sihir, dan menjadikan anakku sebagai seekor kambing, dan ibunya menjadi lembu. Anak dan gundikku yang telah menjadi haiwan itu kemudian diserahkan kepada tukang gembala, dan bercampur-gaullah mereka berdua dengan binatang-binatang yang lain.” Petikan : “setelah aku pulang ke rumah dari mengembara, aku lebih dulu bertanyakan mana anakku, dan ibunya. Isteriku menjawab, “gundik awak sudah mati. Anak awak sudah lari,tak tahu ke mana perginya.” Setahun lamanya aku menanggung dukacita dan sentiasa menangis mengenangkan anakku dan ibunya.
Hubungan manusia dengan alam ghaib Falsafah hubungan manusia dengan alam ghaib dapat dilihat pada isteri orang tua. Dia telah mempelajari ilmu sihir semasa ketiadaan orang tua. Dia telah menggunakan ilmu sihirnya itu untuk tujuan yang tidak baik. Dia telah menukar anak serta gundik orang tua kepada binatang. Hal ini menunjukkan bahawa ilmu sihir yang diamalkannya telah menyebabkan orang tua kehilangan mereka yang disayangi. Ilmu sihir merupakan salah satu ilmu yang menghubungkan manusia dengan alam ghaib. Kebanyakan ilmu sihir bertujuan untuk membalas dendam atau berniat jahat kepada sesiapa sahaja yang tidak disukai. Petikan : “rupa-rupanya dalam masa peninggalanku, isteriku telah belajar ilmu sihir, dan
menjadikan anakku sebagai seekor kambing, dan ibunya menjadi lembu. Anak dan gundikku yang telah menjadi haiwan itu, kemudian diserahkan kepada tukang pengembala, dan bercampur-gaullah mereka berdua dengan binatang-binatang yang lain.
Falsafah perasaan dengki antara manusia dan manusia Falsafah perasaan dengki dan iri hati dapat dilihat menerusi watak isteri orang tua. Dia telah mempelajari ilmu sihir untuk membalas dendam kepada gundik dan anak orang tua. Tanpa belas kasihan dia telah menyihir mereka berdua bertukar menjadi binatang iaitu lembu dan kambing. Dia juga telah menyerahkan mereka berdua kepada pengembala supaya mereka bercampur gaul dengan binatang-binatang yang lain. Perasaan dengki yang ditunjukkan oleh isteri orang tua telah menyebabkan dia berniat jahat ke atas gundik dan anak suaminya. Oleh sebab perbuatannya itu, gundik yang bertukar menjadi lembu itu telah disembelih menjadi binatang korban pada hari Raya Korban. Petikan : “rupa-rupanya dalam masa peninggalanku, isteriku telah belajar ilmu sihir, dan menjadikan anakku sebagai seekor kambing, dan ibunya menjadi lembu. Anak dan gundikku yang telah menjadi haiwan itu kemudian diserahkan kepada tukang gembala, dan bercanpur-gaullah mereka berdua dengan binatang-binatang yang lain.”
Falsafah sambutan ibadah korban Falsafah ini ditunjukkan oleh orang tua yang telah menunaikan ibadah korban setiap tahun. Sambutan ibadah korban dilakukan oleh semua umat Islam yang berkemampuan
apabila tibanya sepuluh Zullhijjah. Ibadah korban bermaksud menyembelih binatang Alan’am atau binatang ternakan yang berkaki empat seperti lembu, unta, kerbau untuk dijadikan korban. Seperti kebiasaanya orang tua juga telah melakukan ibadah korban. Dia telah memilih seekor lembu yang sihat dan tidak cacat untuk dijadikan korban. Oleh sebab lembu yang disembelih itu tidak mempunyai isi, maka dia membuat keputusan untuk menyembelih seekor kambing yang gemuk dan sihat untuk menggantikan lembu yang disembelih tadi. Petikan : “lama-kelamaan Hari Raya Haji pun sampai. Kerana sudah biasa tiap-tiap tahun berbuat korban, aku pun suruh gembala supaya pilihkan seekor lembu yang sihat dan gemuk. Seekor lembu yang gemuk yang tidak kuketahui ibu kepada anakku telah direbahkan di hadapanku. Aku pun menyingsing lengan hendak menyembelihnya. Dengan serta-merta lembu itu menjerit dan menangis seperti manusia lakunya. Aku bangkit. Pisau kuserahkan kepada gembala sambil meminta dia menyembelih. Lembu itu pun disembelih. Apabila dikupas tidak berisi langsung, hanya tinggal kulit dan tulang-tulang sahaja.”
BIBLIOGRAFI * Mutiara Sastera Melayu Tradisional (Longman) - Ab. Rahman Ab. Rashid - Rosli Saludin - Zakaria Perngis * Mutiara Sastera Melayu Moden (Federal Marshall Cavendish Education) - Mohd. Pauzi Mahmad * Nota Jejak Gemilang Mutiara Sastera Melayu Tradisional - ABSEN (Guru Cermelang, Sek.Men.Keb.Hamzah 1)