NASI DAGING Bahan: 1 kg. daging....potong sebesar 4 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut 6 cawan beras bathmati....bersih dan toskan 8 cawan air rebusan daging 1 cawan susu cair 3 sudu besar minyak sapi 1 tin tomato sup [500 gm tomato cincangkan] 3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air 2 sudu besar kismis 5 helai daun pandan ..disimpulkan garam & gula secukup rasa Bahan tumis 2 inci kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih 3 kuntum buag pelaga 2 labu bawang besar ] 3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk 1 inci halia ] Cara memasak: 1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker 2. Tumiskan bahan tumis dan dimayangkan. 3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi. 4. Masukkan air rebusan daging, tomato sup , susu cair dan daging...biarkan mendideh. 5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis 6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak saperti biasa. 7. Hidangkan bersama Dalca Sayuran dan Air Asam.