Nabi Muhammad S.a.w

  • Uploaded by: Firda
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Nabi Muhammad S.a.w as PDF for free.

More details

  • Words: 807
  • Pages: 7
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

TOKOH ISLAM

NAMA: SITI ZAIDA BINTI AWANG NO.MATRIK: JEA080141 NAMA PENSYARAH: PROF.DR.AMRAN MUHAMMAD SEMESTER: 1 SESI: 2008/2009 FAKULTI: AKADEMI PENGAJIAN MELAYU NAMA UNIVERSITI: UNIVERSITI MALAYA

LATAR BELAKANG NABI MUHAMMAD

Nabi Muhammad saw(sallahu alaihi wassalam)adalah pesuruh Allah swt yang terakhir.Baginda merupakan utusan Allah dan pembawa rahmat serta rasul terakhir yang diutuskan kepada sekalian alam terutamanya manusia.Nabi Muhammad telah diputerakan di Mekah,Arab Saudi pada hari Isnin,12 Rabiulawal bersamaan dengan 20 April 517M.Ibu baginda iaitu Aminah binti Wahb merupakan anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahirah.Ayahnya,Abdullah ialah anak kepada Abdul Muthalib.Ayahnya meninggal dunia sebelum kelahiran baginda sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia 6 tahun.Baginda telah dipelihara oleh ibu angkat(ibu susu)iaitu Halimatus Sa’adiah.Baginda berumahtangga ketika berusia 40 tahun.Mereka dikurniakan 7 orang anak iaitu tiga lelaki dan empat perempuan tetapi ketiga-tiga anak lelaki mereka,Qasim,Abdullah dan Ibrahim meninggal dunia semasa kecil.Manakala anak perempuan mereka ialah Ruqqayah,Zainab,Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra.

Nabi Muhammad saw telah dilantik menjadi rasul setelah menerima wahyu pertama ketika berusia 40 tahun di Gua Hira’.Kemudiannya,wahyu tersebut telah diperturunkan dari masa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun.Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah saw dan dikumpulkan dalam buku bernama Al-Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran(bacaan). Pada masa yang sama itulah,baginda berdakwah kepada umat manusia.Baginda wafat ketika berusia 51 tahun.

FALSAFAH YANG DIBAWA OLEH NABI MUHAMMAD SAW

BIJAK

Nabi Muhammad saw selaku Rasulullah,pesuruh Allah telah menjalankan tanggungjawab iaitu menyebarkan agama Islam dengan baik dan tertib sekali.Baginda dilihat begitu bijak dalam melaksanakan misinya untuk menyampaikan seruan dan ajaran Islam.Baginda telah menggunakan pendekatan berdakwah tanpa paksaan kepada manamana pihak samada untuk menerima ajarannya atau tidak.Baginda telah berdakwah secara langsung dan tidak langsung atau secara terbuka dan tertutup.Nabi Muhammad saw tidak memaksa orang-orang kafir Quraisy menerima ajaran Islam namun baginda tetap gigih dalam menyampaikan seruan.Hanya segelintir golongan penduduk sahaja yang dapat menerima dan seterusnya memeluk agama Islam dan mereka adalah adalah

terdiri daripada golongan bawahan dan hamba sahaya serta kaum karabat baginda sendiri.Antara mereka ialah Khadijah,Abu Bakar,Ali,Bilal bin Rabbah dan Sumaiyyah. Nabi Muhammad saw juga dilihat bijak dalam mengatur strategi untuk berdakwah.Disebabkan oleh seruannya tidak mendapat sambutan yang menggalakkan di Mekah,ditambah pula dengan ancaman-ancaman daripada pihak Quraisy,baginda telah berhijrah dari Mekah ke Madinah atau dulunya dikenali sebagai Yathrib.Kejadian hijrah ini bersusur galur daripada peristiwa Perjanjian Aqabah di antara sekumpulan orang Madinah dengan Rasulullah saw.Mereka mengalu-alukan kedatangan baginda dan berjanji untuk menjaga keselamatan orang-orang Islam yang berhijrah ke Madinah.Perjanjian Aqabah telah membuka rentetan kepada perkembangan dan pengukuhan agama Islam itu sendiri.Rasulullah saw cekap mengambil peluang tersebut untuk menguatkan tapak penyebaran Islam di Madinah.Aksiologinya,Islam telah giat berkembang ke seluruh Madinah sehingga digelar “Bandar Bercahaya” lantaran pemesatan ajaran yang dibawa oleh baginda itu. SABAR Seterusnya,Nabi Muhammad saw juga telah membawa falsafah kesabaran dalam perjuangannya menegakkan ajaran Islam.Baginda begitu sabar dan gigih menyebarkan ajaran agama sehingga sanggup disakiti dan diseksa kaum musyrikin.Apabila Rasulullah menyeru manusia ke jalan Allah,tidak ramai yang mendengar seruannya.Kebanyakannya pengikut baginda adalah terdiri daripada ahli keluarganya dan golongan masyarakat bawahan.Apabila baginda memperhebatkan kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agama Islam yang disebarkannya,dengan itu ramai yang mengikutnya.Tetapi pada masa yang sama,baginda menghadapi berbagai-bagai cabaran

dari kalangan bangsawan dan para pemimpin Mekah Quraisy yang merasakan kedudukan mereka tergugat.Mereka bangkit untuk mempertahankan agama nenek moyang mereka.Semangat umat Islam semakin meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Mekah memeluk Islam.Antara mereka ialah Abu Bakar,Uthman bin Affan,Ubaidilah bin Harith,Amru bin Nufail dan ramai lagi.Akibat cabaran dan ancaman daripada masyarakat jahiliyah di Mekah,sebahagian orang Islam disiksa,dianiaya dan disingkir serta dipulaukan.Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk para pengikutnya.Baginda meminta Negus,raja Habsyah untuk membenarkan orang Islam berhijrah ke negaranya.Negus mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Mekah.Rasulullah saw juga pernah disakiti,dicerca,dihina dan dituduh pembawa ajaran sesat oleh kafir Quraisy lantaran usahanya untuk menyebarkan Islam.Peristiwa yang berlaku di Taif di mana memperlihatkan baginda dibaling batu sehingga tercedera membuktikan terdapat kecaman hebat daripada pihak musyrikin Mekah terhadap ajaran Islam namun baginda semua dugaan tersebut dengan sabar dan tabah.Hal ini secara jelas membuktikan kerasionalan agama Islam itu sendiri.

DIPLOMATIK

Selain itu juga,Rasulullah saw juga telah membawa pegangan falsafah iaitu bersikap diplomatik.Baginda sentiasa bersikap tenang dan tidak pernah menggunakan kekerasan dalam usaha menyebarkan agama Islam.Baginda sentiasa berusaha mambina dan menjalin hubungan baik dengan para pemimpin yang biasanya mempunyai pengaruh

dan kuasa agar dapat memantapkan kedudukan agama Islam.Hai ini akan memudahkan penyebaran Islam kepada para penduduk lantaran pemerintahnya berminat dengan agama Islam. KESIMPULAN Secara metafiziknya,Rasulullah saw telah berjaya menyebarkan,memperkembangkan dan memperkukuhkan tapak penyebaran Islam yang pertama di dunia setelah berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan daripada pelbagai pihak yang menentangnya.Hal ini adalah bertepatan dengan falsafah dan cara yang dibawa dan dipegangnya dalam usaha meluaskan pengaruh Islam.Anjakan paradigma yang dilakukan oleh baginda ternyata berkesan membantu baginda berdakwah kepada umat manusia terutamanya kaum musyrikin.

BIBLIOGRAFI Hashim Musa.2001.Falsafah,Logik,Teori Nilai Dan Etika Suatu Pengenalan.Kuala Lumpur.Akademi Pengajian Melayu Awang Sariyan.2007.Falsafah Dan Logika Melayu.Selangor.Synergymate Sdn.Bhd http://ms.wikipedia .org/wiki/Nabi_Muhammad_s.a.w

Related Documents


More Documents from "Nur Ain Mohd Amin"

Daftar Pustaka.docx
April 2020 31
Al-ghazali
October 2019 45
Plato
October 2019 71
Al-farabi
October 2019 46
Pantun
October 2019 40