Murid Dan Alam Belajar

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Murid Dan Alam Belajar as PDF for free.

More details

  • Words: 4,641
  • Pages: 31
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI SEMESTER 1

PANDUAN PEMBELAJARAN ___________________________ PENGAJIAN PROFESIONAL _____________________________________ EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada November 2008

NAMA PELAJAR

: SELVAM A/L PERUMAL

NO.K.P.

: 660119-05-5409

OPSYEN

: PGSR- BAHASA TAMIL

AMBILAN

: November 2008

Semester

: Satu

Nama Mata Pelajaran

: EDU 3103 Murid Dan Alam Belajar

Email

: [email protected]

PENGENALAN Pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan mengenai konsep alam belajar murid; pelbagai teori pembelajaran; implikasi faktor perbezaan individu, motivasi, gaya pembelajaran terhadap pemilihan dan pengaplikasian pendekatan dan strategi pengajaran pembelajaran. Di samping interaksi dengan pensyarah pada masa cuti, anda boleh menggunakan panduan pembelajaran ini untuk memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran anda dalam beberapa tajuk (Tajuk 1 – 7). Harap anda mendapat pengalaman belajar yang menarik dan mencabar. HASIL PEMBELAJARAN (1)

Menjelaskan konsep alam belajar dan pengajaran-pembelajaran

(2)

Menjelaskan kepentingan alam belajar dalam perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak.

(3)

Menghuraikan teori-teori pembelajaran utama dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran.

(4)

Memilih dan mengaplikasi pendekatan serta strategi pengajaran pembelajaran yang sesuai berdasarkan teori pembelajaran

(5)

Mengaplikasi pengetahuan tentang perbezaan individu, gaya pembelajaran dan motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

(6)

Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

TAJUK 1

ALAM BELAJAR

PENGENALAN KONSEP ALAM BELAJAR Alam belajar murid terdiri daripada dua komponen. Cuba kaji Rajah 1 dan nyatakan dua komponen itu. Di bawah setiap komponen, nyatakan elemenelemennya.

Alam Fizikal:Fizikal boleh diibaratkan sebagai ‘guru yang kedua’ bagi seseorang pelajar dalam bilik darjah. Alam fizikal banyak mencerminkan gaya pengajaran seorang guru di bilik darjah. Sususan kerusi dan meja , pokok-pokok dalam pasu, gambar-gambar pemandangan, papan kenyataan , hasil kerja pelajar akan mengwujudkan satu keadaan yang kondisif untuk seseorang pelajar.Penyusunan meja kerusi pelajar sebagai gaya auditorium, gaya bersemuka ,gaya off-set ,gaya seminar dan gaya cluster akan membantu pelajar untuk meningkatkan pelajaran mereka.

Psikososial:Faktor psikososial seperti nada suara yang sesuai, suasana yang kondusif , tingkah laku yang diterima dan saling berbudi bahasa akan membantu seorang pelajar dalam aspek keselamatan dan keselesaan mereka dalam persekitaran sekolah.Seorang guru yang prihatin terhadap kebajikan pelajar dan mudah

didampingi, beramah tamah, cekap, berkeyakinan diri dan mengambil berat tentang keselamatan dan keselesaan pelajar akan memenuhi keperluan-keperluan psikososial murid-murid yang diajar. KOMUNITI PEMBELAJARAN Pembelajaran murid amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Teori Ekologi Bronfenbrenner menjelaskan pengaruh sosiobudaya persekitaran terhadap perkembangan dan pembelajaran individu. Cuba melayari internet tentang teori ini dan nyatakan elemen-elemen dalam setiap sistem dalam model Bronfenbrenner.

1. Mikrosistem. Persekitaran yang terdekat dimana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contoh ibubapa, adik beradik,rakan-rakan,jiran dan guru.

2. Mesosistem. Perhubungan antara mikrosistem.Apa yang berlaku dalam satu mesosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contoh rumah-sekolah, rumah jiran, sekolah-jiran.

3. Ekosistem. Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak dan dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Contoh

sekolah-pasar raya, kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.

4. Makrosistem. Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma ,nilai-nilai dan amalan masyarakat . Misalnya dalam sesetengah masyarakat peranan jantina dititik beratkan (santrock 200H).Di sesetengah Negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan dimana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting

5. Kronosistem. Perubahan keadaan dalam sesuatu tempat masa .Misalnya kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan komputer jika dibandingkan dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.

Interaksi elemen-elemen dalam 5 sistem ekologikal Teori Ekologi Bronfenbrenner boleh mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran murid. Apakah implikasi teori ini kepada anda sebagai seorang guru?

Implikasi Sistem Teori Ekologi Bronfenbrenner kepada guru. Persekitaran banyak mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan intelek dan rohani seorang pelajar. Persekitaran yang membina dan positif akan membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam akedemik manakala persekitaran yang tidak sesuai atau negatif akan membantutkan segala usaha yang diambil oleh pelajar

tersebut. Persekitan yang diwarisi oleh seorang pelajar akan membentuk tingkah laku yang akan mencorakkan perkembangan akedemik dan sahsiah. Oleh yang demikian persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran murid secara mutlak.

PERANAN DAN KEPENTINGAN MAIN DALAM PEMBELAJARAN MURID-MURID Pernahkah kita berfikir bahawa kanak-kanak memerlukan main dalam perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif.Terdapat 2 kategori main iaitu permainan sosial dan permainan kognitif. Dengan merujuk kepada nota kuliah dan carian internet, cuba senaraikan 3 jenis permainan tradisional untuk setiap kategori. Permainan Sosial 1. Permainan congkak

2. Permainan batu seremban 3. Permainan main guli Permainan Kognitif 1. Permainan galah panjang 2. Permainan lari ikat kaki 3. Permainan tingting

Pilih satu permainan tradisional dan nyatakan kepentingannya kepada perkembangan intelek, sosioemosi dan fizikal kanak-kanak. Jenis Permainan Tradisional: Permainan sepak raga bulatan Perkembangan Intelek Dapat belajar cara mengimbangkan bola dalam bulatan yang ditetapkan

Perkembangan sosioemosi Dapat berkomunikasi dengan baik dan tunjuk ajar yang berterusan untuk mengimbangi bola.

Perkembangan Fizikal Pergerakan kaki, tangan,mata dan badan.Permainan yang memerlukan pergerakan pantas.

TAJUK 2

KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KONSEP PENGAJARAN Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan yang meliputi aktiviti 1perancangan, 2pengelolaan, 3penyampaian,

4bimbingan dan 5penilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar kearah pencapaian potensi optimum. Apakah respon anda terhadap gambar di bawah yang dikaitkan dengan konsep pengajaran dan pembelajaran? Gambar 1 adalah berkaitan pengajaran seorang ibu kepada anaknya di rumah. Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dimana banyak tumpuan adalah kepeda proses pengajaran dan tunjuk ajar oleh ibu. Gambar 2 adalah bimbingan seorang guru kepada anak muridnya dimana guru mengambil berat tentang pelajaran anak muridnya. Gambar 3 adalah berkaitan pembimbing rakan sebaya dimana rakan sekelas akan membantunya dalam proses pembelajaran.

KONSEP PEMBELAJARAN Konsep pembelajaran adalah perubahan tingkah laku. Ramai ahli psikologi menyatakan pembelajaran adalah proses, melalui latihan atau pengalaman organisma, dan menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal.

TEORI PEMBELAJARAN GAGNE Gagne(1968) mengatakan pembelajaran bergerak daripada tahap yang paling mudah kepada yang kompleks. Beliau telah mengenalpasti lapan jenis pembelajaran dan setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal.

Dalam jadual hieraki pembelajaran Gagne(1968), lengkapkan ciri-ciri pembelajaran untuk setiap peringkat. Hieraki Pembelajaran 1. Pembelajaran Isyarat

2. Pembelajaran Gerak Balas

3. Rangkaian Motor

4. Pertalian Bahasa

5. Diskriminasi

Ciri-ciri Pembelajaran yang berlaku & Contoh Seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat.Contohnya,apabila seseorang menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk. Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balas yang positif dapat dikekalkan.Contohnya, Ali menunjukkan kerja sekolah yang dia dapat 80 %.Ibunya memberi pujian,”bagus,Ali pandai”.Ali akan mengulangi tingkah laku itu lagi untuk mendapatkan pujian daripada ibunya. Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti permainan,muzik,elektronik,mekanikal dan lainlain.Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan. Untuk menyatakan sesuatu prinsip,pelajar memerlukan kemahiran bahasa untuk mengaitkan fakta,data,dan konsep.Pertalian bahasa merupakan satu rangkaian berbahasa.Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari dahulu. Belajar membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu,untuk memudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan.Pada masa yang sama,pelajar dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting berbanding maklumat tidak penting dan memberi gerak balas berlainan untuk rangsangan yang

berlainan.Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting dalam proses pembelajaran.Pelajar dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak penting dan ini memudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang. 6. Konsep

7. Hukum

8. Peneyelesaian Masalah

Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi,iaitu mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat.Pelajar dapat membentuk konsep yang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa.Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas supaya dia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat. Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus,prinsip dan generalisasi. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip,rumus,generalisasi,konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat beberapa langkah dalam penyelesaian masalah,iaitu mengenal masalah,mencari maklumat,membuat hipotesis,membuat pilihan ,membuat rumusan.

KLASIFIKASI HASIL PEMBELAJARAN GAGNE Gagne juga telah mengklasifikasi hasil pembelajaran kepada lima jenis pembelajaran. Dengan merujuk kepada nota kuliah dan carian internet, sila lengkapkan jadual di bawah.

Kategori Maklumat lisan

Kemahiran Intelek

Huraian Mendapatkan semula maklumat yang disimpan: Keadaan dalaman yang menyokong termasuk: -ilmu sedia ada; -strategi untuk memperoses maklumat baru; Operasi mental yang membolehkan murid-murid memberi respon kepada

Strategi Kognitif

Sikap Kemahiran motor

TAJUK 3

pelbagai konsapsi mereka berhubung dengan persekitaran di mana mereka berada. Keadaan dalaman yang menyokong. Perencangan Kawalan diri Pemantuan pemikiran dan pembelajaran oleh murid-murid termasuk: -khusus kepada tugas -umum -eksekutif Satu keadaan dalaman atau semulajadi yang mempengaruhi pilihan tindakan seseorang; Kebolehan untuk melakukan pergerakan fizikal mengikut urutan; Melibatkan tiga tahap: (i) Belajar urutan yang berkenaan; (ii) Amalkan pergerekan tersebut; (iii) Murnikan pergerakan berasaskan maklum balas daripada persekitaran;

TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

PENGENALAN Pernahkah anda mengenali dan membaca hasil penemuan bagi tokoh-tokoh yang berkaitan dengan teori pembelajaran di bawah?: Jean Piaget ,SeymourPapert ,Jerome Bruner, Lev Vygotsky dan John Dewey Apa pula tanggapan dan persepsi anda terhadap gambar di bawah? Apakah yang anda fikirkan? Adakah anda pernah melihat sebelum ini? Mungkin anda pernah mempelajarinya sewaktu mengikuti kursus perguruan diperingkat sijil perguruan sebelum ini. Berikan respon anda.

Dengan menggunakan format yang disediakan, anda dikehendaki membuat catatan tentang ujikaji yang dilakukan oleh setiap tokoh teori pembelajaran serta hasil penemuannya. Kemudian anda harus memberikan komen terhadap hasil penemuan tokoh berkenaan.

Tokoh

Burrhus F. Skinner (1904 – 1990)

Albert Bandura (1925 –

Ujikaji

Hasil Dapatan

Kotak Skinner. Seekor tikus yang sedang melompat-lompat disekeliling kotak tiba-tiba menekan butang yang akan mengeluarkan seketul makanan.Tanpa membuang masa tikus itu akan mengulangi menekan butang tersebut untuk mendapatkan makanan. Kajian patung Bobo yang berfokuskan kepada pola tingkahlaku berhubung kait dengan tingkahlaku agresif .

Jika seorang kanak-kanak diberi pujian selepas melakukan susuatu yang diingini ,maka kanak-kanak itu akan mengulangi lagi tingkah laku tersebut untuk mendapatkan pujian atau pun peneguhan.

Komen

Faktor ganjaran iaitu peneguhan positif dan dendahan iaitu peneguhan negatif akan berperanan membentuk perkembangan kanak-kanak. Peneguhan positif perlu dipergiatkan dari masa kesemasa dan peneguhan negatif perlu dihentikan. Kebanyakan Pemerhatian dan kelakuan manusia pengekalan dipelajari melalui merujuk kepada pemerhatian perolehan atau terhadap pembelajaran permodelan.Melalui sesuatu proses memerhati tingkahlaku, orang manakala lain,seseorang penghasilan

sekarang)

Ivan Petrovich Pavlov (1849 - 1936)

Abraham Maslow ( 1908- 1970)

Jean Piaget (1896- 1980)

individu membentuk satu idea bagaimana kelakuan dilaksanakan dan apakah kesannya.

semula dan motivasi menentukan mutu atau kualiti mencontohi tingkahlaku yang dikenalpasti. Melatih anjing Pavlov Pembelajaran untuk berpendapat yang berlaku mengeluarkan air pembelajaran melalui perkaitan liur apabila boleh berlaku ini dinamakan kedengaran bunyi akibat kaitan pelaziman dan loceng.(konsep anatar rangsangan pembelajaran rangsangan dan dengan gerak yang berlaku gerakbalas) balas. akibat dua rangsangan inimdikenali sebagai pelaziman klasik. Hirarki keperluan Keperluan manusia Secara Maslow.Keperluan boleh disusun semulajadi Fisiologi, mengikut satu murid-murid kita keselamatan, hirarki bermula hendaklah kasih sayang, dengan keperluan mempunyai harga diri dan fisiologi,diikuti kawalan kendiri penyempurnaan dengan ke atas apa yang kendiri. keselamatan,kasih hendak mereka sayang,harga diri pelajari, dan berakhir bertindak ke ats dengan persekitaran dan penyempurnaan membuat pilihan kendiri. atau keputusan, setiap individu berusaha bersungguhsungguh untuk menimba pengalaman seharian dan guru menjadi fasilitator. Kanak-kanak aktif Dua proses penting Emapat tahap membentuk dalam membina perkembangan kefahaman kefahaman tentang berkait rapat terhadap dunia persekitaran dengan umur. persekitaran ialah organisasi Setiap tahap melalui empat dan perlu diberi tahap adaptasi.Adaptasi penekanan perkembangan dibahagikan khusus mengikut kognitif. kepada asimilasi tahap

dan akomodasi.

Lev Vygotsky ( 1896- 1934)

Kebolehan intelek adalah spesifik kepada budaya di mana kita dipelihara dan dibesarkan. Kebanyakan daripada apa yang kita berfikir dan cara berfikir dipengaruhi oleh budaya.

Murid-murid biasanya membina pengetahuan secara individu serta sosial. Penyediaan persekitaran yang kondusif akan membantu pelajar menilai dan memanipulasi persekitara tersebut.

perkembangan kognitif kanakkanak tersebut. Guru harus memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi mencari inteprestasi maing-masing. Setiap murid adalah berbeza dan guru harus memainkan peranan sebagai fasilitator dalam proses pembinaan pembelajaran murid-murid.

TUGASAN Anda di kehendaki menyediakan satu portfolio berkaitan dengan teori pembelajaran dengan mengemukakan sekurang-kurangnya dari 3 bahan yang berbeza dari sumber-sumber tertentu bagi setiap teori pembelajaran, iaitu teori pembelajaran behavioris, teori kognitif dan konstruktivis, teori humanistik dan teori pembelajaran sosial. REFLEKSI Anda perlu membuat refleksi serta menilai setiap teori pembelajaran yang dipelajari dan menganalisis sejauh manakah teori-teori itu berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan berpandukan kepada mata pelajaran major masing-masing.

TAJUK 4

MODEL, PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH

PENGAJARAN

Berpandukan kepada bahan yang dikumpulkan, anda perlu merumuskan dengan bantuan satu pengurusan grafik untuk membanding beza teori-teori pembelajaran yang dibincangkan. PENGENALAN Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Terdapat beberapa model pengajaran yang telah diperkenalkan oleh pakar-pakar pendidik sebagai panduan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan

JENIS-JENIS MODEL PENGAJARAN. 1. Model Pemprosesan Maklumat • Konsep • Pengajaran konsep - Inkuiri - Ekspositori • Implikasi Model Pemprosesan Maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. 2. Model Behavioral • Pengajaran Langsung (Direct Instruction) untuk penguasaan kemahiran

• Pembelajaran Masteri • Implikasi Model Behavioral dalam pengajaran dan pembelajaran 3. Model Sosial • Pembelajaran Koperatif • Main Peranan & Simulasi • Implikasi Model Sosial dalam pengajaran dan pembelajaran 4. Model Personal • Synectics (aplikasi kreativiti seperti membuat analogi dan metafora) - Kesedaran Peribadi - pemupukan konsep kendiri dan harga diri yang tinggi • Implikasi Model Personal dalam pengajaran dan pembelajaran

Jenis Model Pengajaran

Contoh

Huraian

1. Model pemprosesan Maklumat

Inkuiri

Model ini,murid melibatkan diri dalam menguji konsep dan hipotesis.

Ekspositori

2. Model Behavioral

Pengajaran Langsung

Implikasi terhadap Pengajaran dan Pembelajaran dalam bilik darjah

Murid akan mengambil bahagian yang aktif dalam pembelajaran, menganalisis data,menyemak hipotesis dan membuat refleksi terhadap pembentukan ilmu yang timbul. Model ini murid Murid tidak digalakkan akan akan memikirkan atau menerima isi menyoal tentang apa pelajaran dari guru. yang dipelajari.Mereka hanya mempelajari apa yang patut dipelajari sahaja. Model ini Kaedah ini agak sesuai berarahkan guru untuk mengajar bacaan dimana guru akan dan metematik tetapi menyampaikan isi kurang sesuai bagi pengajaran secara matapelajaran yang

Pembelajaran Masteri

3. Model Sosial

Pembelajaran Koperatif

Main Peranan & Simulasi

langsung kepada murid-murid serta menstruktur masa pengajaran supaya menyusun langkah pengajaran dan pembelajaran. Model ini digunakan untuk menyesuaikan pengajaran dimana faktor perbezaan individu diambil kira.

Model pembelajar ini berfokuskan kepada perkembangan konsep dan kemahiaran melalui kerja berkumpulan. Main peranan membantu muridmurid memahami tingkahlaku sosial ,peranan mereka dalam interaksi sosial dan caracara menyelesaikan masalah dengan berkesan. (Watak lakonan) Simulasi menggabungkan maklumat mengenai satusatu kemahiran melalui demonstrasi,prakti s dan latihan khusus.

mirip kepada penerokaan dan penemuan.

Dalam kaedah ini isi pelajaran disusun daripada mudah kepada kompleks sebelum disampaikan kepada murid-murid agar murid dapat mengikuti pengajaran guru mengikut kadar kecekapan masingmasing Kaedah ini akan meningkatkan kemahiran sosial dan perpaduan anatar ahli kumpulan dan pembelajaran ini juga mempunyai impak ke atas pencapaian akademik dan harga diri murid-murid. Main peranan amat berguna dalam P&P sains sosial di mana murid-murid kita dapat memahami keprihatinan,nilai dan perspektif orang lain. Simulasi membantu murid-murid untuk melihat perwakilan objek yang sebenar.

4. Model Personal

Synectics

Model ini mengajar kemahiran menyelesaikan masalah,aktiviti penulisan dan bidang-bidang yang lain.

Murid-murid akan mengikuti satu siri bengkel sehingga mereka berupaya untuk mengaplikasi prosedurprosedur tertentu secara individu dan kumpulan koperatif.

DEFINISI, JENIS & PRINSIP-PRINSIP SETIAP PENDEKATAN Pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu. Ia merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya. Terdapat beberapa pendekatan yang boleh anda guna di dalam bilik darjah iaitu pendekatan induktif, deduktif, integratif, eklektik dan tematik.

AKTIVITI Berdasarkan pengalaman anda, terangkan satu contoh pelajaran/aktiviti untuk setiap jenis pendekatan Jenis Pendekatan

Prinsip Pembelajaran

Contoh aktiviti

Induktif

Mengajar dari spesifik ke umum

Deduktif

Mengajar dari umum ke spesifik

Integratif

Mengintegrasi isi kandungan &

Pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu penulisan.Tajuk yang khusus perlu diberi penerangan yang jelas dengan membentuk soalan-soalan yang berkaitan secara lisan dan mengembangkan tajuk dengan fakta-fakta yang relevan. Pengajaran mata pelajaran Sains.Membuat ujikaji berkaitan tajuk yang diajar supaya pelajar dapat meneroka hubungan antara elemen-elemen yang khusus. Tugasan kumpulan yang diberikan oleh guru.Pelajar akan menggunakan

kemahiran ke dalam satu pelajaran

Eklektif

Kombinasi deduktif, induktif atau Integrative

Tematik

Mengajar pelajaran mengikut satu tema sahaja

kemahiran asas komunikasi untuk berfikir,mensistesis dan memberi pendapat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.Pendekatan ini lebih berpusatkan kepada pelajar. Lembaran kerja yang diberikan oleh guru kepada pelajar untuk sesuatu mata pelajaran akan lebih menitik beratkan perbezaan individu dari segi minat, kebolehan,pengalaman, pengetahuan sedia ada.Pelajar dapat menyiapkan kerja yang diterima kerana ia menepati aras kebolehannya. Guru mengajar tajuk yang sama bagi satu minggu untuk semua mata pelajaran.Tema yang sama akan diperjelaskan mengikut mata pelajaran yang diajar. Contohnya pengajaran haiwan peliharaan akan diperjelaskan dalam Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Metematik dan Sains.Tema yang sama akan diajar oleh semua guru.

DEFINISI, JENIS & PRINSIP-PRINSIP SETIAP STRATEGI Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh didefinisikan kebijaksanaan memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan supaya boleh menghasilkan pencapaian yang optimum. Strategi-strategi yang boleh digunakan dalam bilik darjah adalah seperti berikut:

• Strategi Pemusatan guru • Strategi Pemusatan murid • Strategi Berasaskan bahan • Strategi Berasaskan tugasan/aktiviti AKTIVITI Anda dikehendaki melayari internet http://vels.vcaa.vic.edu.au/support/ teaching. Html atau merujuk sumber-sumber lain untuk memahami dengan mendalam strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PEDAGOGI BESTARI Elemen-elemen bestari yang terkandung dalam Kursus Latihan Guru Bestari melibatkan: 4. Ciri-ciri pelajar (kecerdasan pelbagai, kecerdasan emosi dan gaya pembelajaran) 2. Pendekatan Pembelajaran (Pendekatan berpusatkan pelajar, individu, berfikrah, berbantukan teknologi, berasaskan otak dan berasaskan projek) 5. Strategi Pengajaran-Pembelajaran (strategi-strategi direktif, pemerhatian, mediatif, 19uclear19c19, kolaboratif, pemudahcaraan, konteks luar, kontekstual, kajian masa depan dan strategi metakognitif)

AKTIVITI Sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian(RPH) untuk mata pelajaran yang anda mengajar di sekolah. Anda dikehendaki mengintegrasikan elemen-elemen

bestari yang sesuai ke dalam RPH anda. Anda boleh melayari website ini: http://www.moe.gov.my untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang sekolah bestari.

INTEGRASI KEMAHIRAN GENERIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Kemahiran 20uclear melibatkan kemahiran berfikir, kemahiran pemudahcaraan, kemahiran belajar, kemahiran menilai dan mentaksir dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Sebagai seorang pendidik dan pelajar, kemahiran ini amat penting dan berguna dalam pengajaran dan pembelajaran anda. Cuba dapatkan maklumat lanjut dari sumber-sumber rujukan yang sesuai dan persembahkan maklumat ini dalam bentuk grafik. Pemilihan bentuk grafik (jadual/peta minda/pengurusan grafik) adalah bebas. Simpan latihan ini di dalam portfolio anda

TAJUK 5

PERBEZAAN INDIVIDU DAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN Perbezaan individu adalah variasi yang boleh diperhatikan di kalangan ahli-ahli dalam satu kumpulan individu dalam aspek temperamen, tahap tenaga, pola persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak (Borich & Tombari, 1997). Slavin (2005) pula menumpukan perhatian kepada perbezaan individu dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau menjelaskan kepelbagaian murid dari segi tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif atau gaya pembelajaran,

etnik, budaya, kelas sosial, bahasa di rumah, jantina, bakar serta minat.

Perbezaan Individu 1. Budaya dan Etnik 2. Jantina 3. Kecerdasan 4. Gaya Pembelajaran 5. Sosio ekonomi

TEORI KECERDASAN PELBAGAI GARDNER Howard Gardner telah memperkenalkan 9 jenis kecerdasan. Di bawah adalah jadual yang menunjukkan jenis-jenis kecerdasan yang ada pada setiap orang. Cuba layari internet dan lengkapkan sifat-sifat utama untuk setiap jenis kecerdasan. Kecerdasan Logik Matematik

Pekerjaan Saintis, pakar statistik ahli nuklear, ahli kaji bintang

Linguistik/Bahasa

Pengarang,penyair, wartawan, pemidato, ahli politik

Muzikal

Penggubal lagu, penyanyi, pemain alat-alat muzik

Sifat-sifat Utama -Berminat dengan nombor. -Suka pada penaakulan dan penyelesaian masalah. -Gemar menyukat, mengukur dan mengurus data. -Berminat dengan perkataan,sama ada lisan atau bertulis. -Mahir membaca, menulis, bercerita dan menghafal perkataan. -Gemar membaca dan mencatat nota. -Gemar dengan ritma, muzik dan pendengaran. -Peka terhadap bunyi, ritma dan pic. -Boleh menyanyi, bermain alat muzik, dan

Ruang (Spatial)

Pelaut, juruterbang, pelukis

Kinestetik badan

Penari, ahli sukan, ahli Gimnastik

Interpersonal

Juru jual, kaunselor, guru

Intrapersonal

Ahli ulama, ahli falsafah, ahli psikologi dan ahli teologi.

Naturalist

Ahli botanist, ahli pencinta Alam

Existentialist

Individu yang berminat

menggubah lagu. -Menggunakan lagu atau ritma untuk belajar. -Gemar berkaitan ruang. -Mahir dari segi visualisasi dan manipulasi objek secara mental. -Mempunyai ingatan visual yang kuat. -Mahir dari segi kordinasi mata-tangan. -Cenderung kepada seni. -Gemar dengan kemahiran pergerakan motor halus. -Cenderung kepada sukan,tarian atau lakonan. -Belajar melalui aktiviti fizikal. -Gemar berinteraksi dengan orang lain. -Bersifat ekstrovert dan pandai berkomunikasi. -Boleh bekerjasama dalam kelompok. -Gemar melibatkan diri dalam perbincangan atau perbahasan. -Berkaitan dengan kapasiti introspektif dan refleksi kendiri. -Bersifat introvert dan gemar bekerja perseorangan. -Mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi. -Bersifat memahami emosi, matlamat dan motivasi sendiri. -Gemar berkaitan dengan alam semulajadi. -Berupaya menghubungkait maklumat dengan persekitaran semulajadi. -Gemar menanam tumbuh-tumbuhan. -Gemar berinteraksi dengan haiwan. -Berkobolehan untuk menimbulkan dan

tentang hayat, evolusi manusia dan kematian

membuat refleksi mengenai persoalan berbentuk falsafah, berkaitan dengan kehidupandan kematian.

GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (2000) Perbezaan Individu yang kedua dan relevan dengan profesion kita adalah perbezaan gaya pembelajaran. Gaya pembelajaran sesorang merujuk kepada stail pembelajarannya. Pada umumnya terdapat tiga jenis gaya pembelajaran iaitu Visual, Audio dan Kinestetik. Akan tetapi, Dunn & Dunn (2000) memperkenalkan lima rangsangan yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang. Jadual berikut menunjukkan faktor-faktor yang memainkan peranan dalam mempengaruhi gaya pembelajaran murid. Lengkapkan ruang yang kosong.

Faktor

Faktor

Huraian

Rangsangan

Cahaya

Ada pelajar yang suka belajar suasana terang dan sederhana terang. Tidak ramai pelajar yang suka belajar dalam cahaya yang malap dan terlalu terang. Ada pelajar yang suka belajar dengan bunyi muzik dan ada pelajar yang suka belajar dalam keadaan yang senyap dan sunyi. Suasana sejuk dan nyaman dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran Susunan kerusi meja

Persekitaran

Bunyi

Suhu

Reka bentuk tempat

Belajar

Rangsangan Emosi

Motivasi

Keazaman & TanggungJawab

Struktur

Sosial

Perseorangan

Berpasangan

Berkumpulan

Orang dewasa

Fisiologi

Masa Belajar

Mobiliti

dalam bilik darjah yang selesa dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran. Motivasi intrinsik dan ekstrinsik.Motivasi intrinsik suka belajar dengan insiatif sendiri dan motivasi ekstrinsik suka mengikut yang berstruktur daripada guru. Pelajar yang mempunyai keazaman yang kuat akan mengambil insiatif sendiri dan dapat belajar dalam tempoh masa yang panjang. Pelajar yang struktur suka membuat peraturan sendiri dan mengikut apa yang distruktur. Suka belajar secara sendiri dan tidak berharap orang lain berdamping dan mengganggunya semasa belajar. Belajar bersama rakan karib dan boleh memperolehi banyak kemajuan melalui interaksi dua hala. Gaya pembelajar merangkumi ciri perbincangan dan kerjasama. Belajar bersama orang yang disanjung contohnya seperti ibubapa.Orang dewasa dapat menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi. Memilih waktu tertentu untuk belajar.Ada pelajar yang lebih suka belajar pada waktu pagi ataupun pada waktu malam. Terdapat belajar yang suka berdiri atau berjalan

Pemakanan Persepsi Psikologi

Otak Kiri & Otak Kanan

Refleksi Gerak hati Global/Analitik

sana sini semasa belajar. Ada pelajar yang suka menukar tempat duduk kerap kali semasa belajar. Terdapat pelajar yang suka makan, atau minum semasa belajar. Terdapat pelajar yang membuat andaian semasa belajar. Mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang logik, analitis, bahasa, fakta, matematik dan ingatan.(kiri) Mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang kreatif, sintesis, warna, rekabentuk, perasaan, irama, muzik dan imaginasi.(Kanan) Pelajar yang suka belajar dengan cara berfikir. Belajar bergantung kepada angin atau moodnya. Suka belajar sesuatu dengan teliti. Suka menganalisis fakta dan isi pelajaran secara terperinci dan secara menyeluruh.

REFLEKSI DAN TUGASAN: Dalam pengajaran seharian anda, pernahkah anda jumpa murid yang mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza? Cuba anda senaraikan perbezaan-perbezaan itu. Dengan mengambilkira perbezaan murid anda, sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian yang mengandungi aktiviti yang bersesuaian dengan kepelbagaian kecerdasan dan gaya pembelajaran murid. Cuba anda hasilkan RPH berdasarkan mata pelajaran major anda dan serah kepada pensyarah untuk disemak.

TAJUK 6

MOTIVASI UNTUK PEMBELAJARAN

PENGENALAN Motivasi bermakna sesuatu kuasa yang mendorongkan seseorang melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap sebagai satu unsur yang penting yang membolehkan murid-murid melibatkan diri secara aktif, disamping menjadikan proses pembelajaran itu berlangsung dalam keadaan bermakna, berfaedah dan menggembirakan (Kamarudin Hj Husin, 1993) Santrock (2008) mengatakan “motivation is the reason why people behave the way they do. Motivated behavior is energized, directed, and sustained”. Motivasi adalah kuasa yang menggerakkan manusia mencapai sesuatu matlamat.

Terdapat dua jenis motivasi yang umum. Beri definisi untuk setiap jenis motivasi dengan contoh. 1. Motivasi Ekstrinsik: Huraian: Motivasi ini adalah penggerak yang mendorong pelajar untuk melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran nyata yang disediakan. Motivasi ini hanya berfokuskan kepada ganjaran yang diberi. Contoh: Ganjaran yang jelas dan nyata seperti member markah, gred,agregat,keistimewaan , penghargaan, pujian persaingan dan sebagainya.

2. Motivasi Intrinsik: Huraian: Motivasi ini menggerakkan pelajar untuk melakukan sesuatu kerana percaya ia tindakan yang betul dan baik.Motivasi ini wujud dari dalaman pelajar. Motivasi ini melibatkan pelajar sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran. Ia melibatkan perasaan ingin tahu mengenai sesuatu perkara dan melibatkan penggunaan praktikal perkara yang dipelajari.

Contoh: Mereka yang gemar mengumpul barang-barang antic sanggup belanjakan ribuan ringgit kerana motivasi ini akan menggerakkan mereka melakukan perkara ini.

Nilai sesuatu aktiviti atau tugasan mempengaruhi motivasi seseorang melakukkan sesuatu. Tugasan mempunyai tiga jenis nilai yang penting kepada murid ,iaitu nilai pencapaian (attainment value), nilai minat atau intrinsik dan nilai utiliti. Nilai pencapaian: Pentingnya melakukan sesuatu tugasan dengan baik. Kejayaan sesuatu tugasan memenuhi keperluan peribadi. Nilai Intrinsik/Minat: Keseronokan yang didapati dari melakukan sesuatu tugasan. Nilai Utiliti: Sumbangan sesuatu tugasan kepada pencapaian sesuatu matlamat. AKTIVITI APLIKASI Baca scenario-scenario berikut dan kenalpasti samada aktiviti ini mempunyai nilai pencapaian,nilai intrinsik atau nilai utiliti.

1. Ibu saya sediakan masakan yang sedap. Masakan beliau menunjukkan perasaan kasih sayang terhadap keluarga. Beliau juga adalah seorang isteri dan ibu yang baik. Akan tetapi beliau tidak suka memasak. Jawapan: Nilai Utiliti.

2. Ayah saya adalah seorang yang handal dalam memberi ucapan umum. Beliau menunjukkan banyak kualiti kepimpinan. Beliau memegang banyak jawatan pentadbiran yang penting dalam syarikatnya dan mempengerusikan majlis gereja. Jadi apabila ayah saya di minta menjadi

Presiden dalam salah satu aktiviti gereja, beliau setuju walaupun menghadapi kekangan masa. Jawapan: Nilai Pencapaian dan Nilai Intrinsik

3. Teresa menghasilkan kraftangan yang cantik. Beliau menghadiahkan kepada kawan dan keluarga sebagai hadiah. Apabila saya mencadangkan bahawa beliau sepatut jual kraftangan yang dihasilkan, Teresa mangatakan itu bukan matlamatnya. Jawapan: Nilai Intrinsik

4. Jerry adalah murid yang pandai dalam Algebra dan digelar ”professor” oleh kawan-kawannya. Dia merasa agak malu sebab sebenarnya beliau tidak suka Algebra. Akan tetapi beliau sedar bahawa dia perlu mencapai prestasi yang baik dalam matematik supaya dia boleh mencapai citacitanya sebagai seorang angkasawan. Jawapan: Nilai Pencapaian

5. Ali menjadi seorang ahli dalam Kelab Alam Sekitar. Beliau menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai kepakaran dalam aspek alam sekitar tetapi beliau mengakui amat menghargai kecantikan dan ketenangan alam sekitar. Jawapan: Nilai Intrinsik

TEORI-TEORI BERKAITAN MOTIVASI Teori motivasi boleh dilihat dari perspektif Teori Pembelajaran Tingkahlaku/ Behaviorisme, Teori Pembelajaran Kognitif, Teori Humanisme dan Teori Pembelajaran Sosial-kognitif. Dengan merujuk nota kuliah dan carian internet isikan jadual di bawah. Jadual Menjelaskan Tentang Beberapa Perspektif Tentang Motivasi

Konsep Perspektif tentang Motivasi

Idea Utama Behaviorisme

Humanistik

Kognitif

SosialKognitif

TAJUK 7

Huraian Sumber motivasi ialah Ekstrinsik.Lebih mementingkan pengukuhan, ganjaran ,imsentif dan dendaan. Ahli teoris Skinner. Sumber motivasi intrinsik. Lebih mementingkan keperluan harga diri, kepuasan kendiri dan penentuan kendiri. Ahli teoris Maslow, Rogers. Sumber motivasi intrinsik.Mementingkan kepercayaan, atribut kejayaan dan kegagalan, jangkaan. Ahli teoris Weiner, Vroom. Sumber motivasi intrinsik.Mementingkan penglibatan dalam komuniti pembelajaran, identiti melalui penglibatan dalam aktiviti kumpulan. Ahli teoris Lave,Wenger.

PEMBENTUKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF

HASIL PEMBELAJARAN (1) Membuat refleksi tentang aspek-aspek yang mempengaruhi persekitaran bilik darjah (2) Melakarkan pelan bilik darjah yang mempunyai persekitaran pembelajaran yang kondusif

PENGENALAN Cuba renung kembali tajuk-tajuk yang anda telah pelajari. Aspek manakah paling mempengaruhi persekitaran bilik darjah? Berdasarkan pengalaman anda sebagai pengurus bilik darjah, bagaimana anda dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam bilik darjah? Cuba anda melakarkan pelan bilik darjah yang mempunyai persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan maklumat dan pengetahuan yang diperolehi sepanjang kursus ini. Rajah di bawah menunjukkan contoh susunan bilik darjah yang selesa. Selain daripada susunan fizikal bilik darjah yang selesa, apakah aspek-aspek lain yang harus di beri perhatian dalam menghasilkan persekitaran pembelajaran yang kondusif?

Contoh susunan bilik darjah sekolah rendah yang selesa

Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif boleh dikekalkan sekiranya tiga perkara ini dipatuhi. 1. Strategi Umum 2. Prosedur dan peraturan 3. Kerjasama murid 1.Strategi umum- Strategi Autoritatif dan Mengurus kumpulan Strategi Autoritatif -Guru memantau tingkah laku murid-murid di samping menggalakkan mereka untuk berdikari dari segi pemikiran dan perlakuan. Mengurus kumpulan 1. Menyedari apa yang berlaku dalam bilik darjah. 2. Mampu menangani situasi dalam bilik darjah yang bertindan tindih. 3. Mengekalkan kesinambungan isi pelajaran yang disampaikan. 4. Libatkan murid-murid dalam aktiviti pembelajaran. 2. Prosedur peraturan 1. Rutin pentadbiran 2. Pergerakan murid keluar masuk kelas 3. Pengurusan bilik darjah 4. Rutin pengajaran dan pembelajaran 5. Interaksi antara guru dan murid 3.Kerjasama murid 1. Membina hubungan positif dengan murid. 2. Berkongsi dan memikul tanggungjawab bersama 3. Memberi ganjaran bagi tingkahlaku yang susuai.

Related Documents