3.1 KONSEP ALAM BELAJAR Sejak dari kecil lagi, kita sentiasa mengalami proses pembelajaran yang berterusan tidak kiralah formal atau tidak formal. Justeru itu, suasana alam belajar yang kondusif pastinya bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan yang dijalankan oleh guru tidak kiralah di dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah. Penglibatan yang aktif dan interaksi yang baik perlu diwujudkan antara guru dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Untuk lebih memahaminya lagi,seorang guru perlu tahu konsep alam belajar itu sendiri dengan lebih mendalam lagi. Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009), alam belajar merupakan keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku. 3.1.1 Tiga aspek utama alam belajar Terdapat tiga komponen penting dalam membantu pembentukan murid yang menyeluruh. Pertama ialah psikososial, kedua iaitu fizikal dan ketiga ialah komuniti pembelajaran. a) Aspek psikososial Faktor pertama iaitu psikososial merangkumi 4 elemen iaitu nada suara yang sesuai, saling berbudi bahasa, tingkahlaku yang diterima dan suasana yang kondusif. Faktor ini lebih memfokuskan kepada perasaan murid-murid yang berhubung dengan aspek keselamatan dan keselesaan mereka dengan persekitaran sekolah. Seorang guru yang prihatin terhadap kebajikan pelajar dan mudah didampingi, beramah-tamah, cekap, berkeyakinan diri dan mengambil berat tentang EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
1
keselamatan
dan
keselesaan
pelajar
akan
memenuhi
keperluan-keperluan
psikososial murid-murid yang diajar. b) Aspek fizikal Komponen fizikal meliputi semua keadaan fizikal seperti fizikal bilik darjah, bahan-bahan pelajaran, kemudahan dalam alam persekitaran (Mok Soon Sang, 2008). Bilik darjah yang kreatif serta kondusif dapat mengembangkan kreativiti pelajar (Azizi Jaafar, 2009). Bagi menggalakkan pemikiran kreatif, suasana bilik darjah yang selesa perlu disediakan. Oleh itu, terdapat berbagai-bagai cara penyusunan bilik darjah yang akan mencerminkan gaya pengajaran kita sebagai guru. Antara cara penyusunan bilik darjah menurut Choong (2008) ialah: i.
Gaya auditorium iaitu gaya penyusunan tradisional di mana murid-murid duduk menghadap guru.
ii.
Gaya bersemuka iaitu gaya murid-murid duduk menghadap satu sama lain di dalam kumpulan seramai enam atau lapan orang.
iii.
Gaya Off-set memerlukan tiga atau empat orang murid-murid duduk pada meja tetapi tidak menghadap sesama mereka.
iv.
Gaya seminar iaitu kumpulan murid-murid yang terdiri daripada 10 atau lebih orang duduk dalam bulatan, segiempat sama atau berbentuk-U.
v.
Gaya Kluster terdiri daripada 4 hingga 8 orang murid duduk dalam kumpulan yang dekat dan rapat (L 1).
c) Aspek komuniti pembelajaran EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
2
Secara amnya, komuniti memfokuskan sekumpulan manusia yang belajar bersama dalam persekitaran selesa untuk menggalakkan aktiviti berdialog, maklum balas, refleksi dan penurunan kuasa. Menurut Choong (2008), ciri-ciri komuniti pembelajaran merangkumi kolaborasi sesama murid melalui pembelajaran koperatif, penglibatan murid-murid dalam pengalaman berkolaborasi bersama rakan sebaya mereka, sumber jaringan sokongan akademik dan sosial dan yang terakhir fokus kepada pembinaan pengetahuan dan hasil pembelajaran. Menurut McMilan dan Cavis (1986) pula komuniti mempunyai 4 ciri iaitu keahlian, pengaruh, memenuhi keperluan individu dan berkongsi peristiwa atau tindakan dan perasaan (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009) 3.1.2 Teori Ekologi Bronfenbrenner Aspek komuniti pembelajaran sering dikaitkan dengan Teori Ekologi (2004) Bronfenbrenner. Menurut Mok Soon Sang (2008), teori ini memfokuskan kepada pengaruh sosiobudaya persekitaran terhadap perkembangan individu dari lahir hingga dewasa. Terdapat lima sistem ekologi di dalam teori ini iaitu: a) Mikrosistem b) Mesosistem c) Ekosistem d) Makrosistem e) Kronosistem (L 2) Melalui teori Ekologikal Bronfenbrenner, kita dapat menilai dan mengkaji setiap implikasinya kepada pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Mok Soon Sang EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
3
(2008) menyatakan bahawa peranan-peranan komuniti dan sosiobudaya serta kedudukan sosioekonomi perlu dikenalpasti kerana ia dapat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. 3.1.3 Pengalaman Belajar Kanak-Kanak Pengalaman langsung merupakan belajar melalui proses membuat, mengalami atau melalui sendiri apa yang hendak dipelajari (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009). Ia berpegang pada prinsip pembelajaran eksperiential John Holt (1995). Pengalaman langsung boleh dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu belajar dengan sendiri dan belajar melalui pengajaran guru. Guru bertanggungjawab mengurus pengalaman langsung dan membuat perancangan rapi hasil penilaian kendiri pengajarannya (Choong, 2008).
3.2 PERANAN DAN KEPENTINGAN MAIN DALAM PEMBELAJARAN MURIDMURID 3.2.1 Konsep Main
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
4
Sebagai bakal guru, pernahkah kita terfikir bahawa kanak-kanak amat memerlukan main dalam perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif. Menurut Choong (2008), main merujuk kepada sesuatu aktiviti yang bermotivasi intrinsik serta menyeronokkan kepada individu yang berkenaan. Kamus Webster dalam Choong (2008) pula menyatakan konsep main sebagai pergerakan laju dan berubah- ubah sebagai contoh, kanak-kanak berpura-pura menjadi jet pejuang, kereta lumba. Konsep kedua menyatakan main peranan adalah satu watak sebagai contoh kanak-kanak berpura-pura menjadi seorang guru, emak, dan sebagainya. Main juga sebagai rekacipta sesuatu iaitu kanak-kanak mencipta kreativiti mereka dengan bermain susunan blok. Main juga dikonsepkan sebagai senaman sebagai contoh bermain ting-ting, konda-kondi dan sebagainya. Ia mencipta keseronokan atau gurauan seperti permainan sorok-sorok, permainan lari ikat kaki, dan sebagainya. Bermain juga mempunyai tiga konsep iaitu main bebas, main terkawal, dan main terarah (Azizi Jaafar, 2009). Menurut Noriati, Boon, Sharifah Fakhriah (2009), main adalah simbolik, bermakna, menyeronokkan, sukarela dan bermotivasi intrinsik, berperaturan dan berbentuk episodik (Fromberg,1987). Main juga ialah sukarela, penglibatan dan pergerakan fizikal aktif serta kualiti yang melibatkan imaginasi (Pellegrini,1995). 3.2.2 Kepentingan Main Dalam Pembelajaran Terdapat tiga aspek yang dilihat dalam mengkaji kepentingan bermain kepada kanak-kanak iaitu aspek perkembangan intelek, sosioemosi dan fizikal. a) Perkembangan Intelek
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
5
Melalui
perkembangan
intelek,
kanak-kanak
dapat
mengetahui
tahap
keupayaan, kesediaan dan kecerdasan untuk belajar. Kanak-kanak juga akan mempelajari dan mengetahui pelbagai kemahiran sekaligus dapat membantu mereka berfikir dengan lebih kreatif dan logik. Mereka juga dapat menambahkan maklumat tambahan ke dalam minda dan akan mengembangkan potensi pemikiran kanak-kanak dalam mendedahkan mereka cara menyelesaikan masalah. b) Perkembangan Sosioemosi Bermain sangat penting dalam memupuk interaksi kanak-kanak dengan rakanrakan mereka, guru-guru dan orang-orang di sekeliling mereka termasuklah dengan ibu bapa. Menurut teori instinct (naluri), alam kanak-kanak merupakan tempoh persediaan diri untuk ke alam dewasa (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009). Mereka akan dapat mengenali dan mengetahui bahawa emosi seseorang mungin berbeza mengikut situasi tertentu dan tahu bagaimana cara untuk mengawal emosi tersebut. Bermain juga dapat meningkatkan keyakinan dan keberanian diri kanakkanak supaya tidak malu untuk bersosial dengan orang lain.
c) Perkembangan Fizikal Kanak-kanak perlu mengutamakan kesihatan dan keselamatan mereka semasa bermain. Pendedahan kepada permainan dalaman (indoor game) dan permainan luaran (outdoor game) perlu diterapkan agar mereka sentiasa diberi peluang untuk menyertai dan menunjukkan bakat yang terpendam. Melalu bermain, kemahiran psikomotor dapat dibina dan ia juga dapat meningkatkan kemahiran EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
6
motor halus dan koordinasi mata-tangan serta dapat mengeluarkan perasaan takut dan bimbang kepada peringkat sedar (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009). 3.2.3 Kategori main Menurut Choong (2008) dan Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah (2009), main dapat dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu permainan sosial dan permainan kognitif. 3.2.3.1 Main sosial Mildred Parten (1932) telah mengkategorikan main sosial kepada enam peringkat dan empat daripadanya ialah Main Unoccupied iaitu kanak-kanak tidak bermain apa-apa alatan atau dengan sesiapa pun. Mereka hanya memerhati tanpa melakukan sesuatu. Main Solitary iaitu kanak-kanak main secara perseorangan. Mereka bermain tidak melibatkan orang lain yang berhampiran dengannya. Ini bermakna, kanak-kanak akan mengabaikan apa yang dilakukan kanak-kanak lain yang ada dalam bilik yang sama. Main Onlooker iaitu kanak-kanak memerhatikan kanak-kanak lain bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan. Main Parallel iaitu kanak-kanak bermain sendirian tetapi menggunakan cara dan alatan yang sama. Walaupun mereka berkongsi alat permainan tetapi mereka bermain sendiri-sendiri (L 3). 3.2.3.2 Main Kognitif Terdapat tiga peringkat dan kategori main menurut Piaget (1962) iaitu Main Latihan yang melibatkan daya motor untuk meneroka rupa bentuk objek dan cuba memahami apa yang boleh dibuat dengan objek berkenaan. Main Simbolik
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
7
melibatkan kanak-kanak menukar sesuatu objek kepada sesuatu yang lain. Main yang berperaturan di mana kanak-kanak menggunakan peraturan bagi aktiviti main mereka. Menurut Choong (2008) pula, terdapat lima jenis main kognitif iaitu main fungsian, main konstruktif, main fantasi, main dramatik dan mainan yang berperaturan (L 4). 3.2.4 Ciri-Ciri Main Antara ciri-ciri main ialah : I.
Motivasi intrinsik. Ia tidak bergantung kepada ganjaran untuk bermain. Kanakkanak suka bermain kerana keseronokan yang dialami.
II.
Fokus kepada fungsi. Kanak-kanak bermain dengan menitikberatkan unsur kegunaan aktiviti main.
III.
Penglibatan
yang
aktif.
Kesemua
deria
dimanfaatkan
dalam
proses
pembelajaran dan juga ketika mereka bermain. IV.
Bebas untuk memilih. Kanak-kanak berhak memilih jenis permainan yang mereka suka untuk belajar dan meneroka persekitaran. Main ialah pilihan dan rekaan kanak-kanak (Garvey, 1991 dalam Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009).
V.
Tidak bermatlamat. Kanak-kanak agak sukar menyatakan tujuan mereka bermain sesuatu permainan itu.
VI.
Mempunyai kesinambungan. Kanak-kanak biasanya terlalu khusyuk bermain hingga “lupa diri” dan perlu diingatkan untuk makan, mandi dan sebagainya.
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
8
VII.
Penerokaan. Kanak-kanak akan meneroka setiap permainan dan proses, resos, rakan. ia sesuatu yang baharu dan masing-masing mempunyai kelainannya.
3.3 TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS Teori ini mengutamakan kemahiran berkaitan fizikal. Ini kerana tokoh-tokoh behavioris berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu perubahan dalam tingkah laku cara seseorang bertindak dalam situasi tertentu. Terdapat dua prinsip yang dikemukakan dalam teori ini iaitu prinsip pelaziman klasik dan prinsip pelaziman operan.
3.3.1 Pelaziman Klasik 3.3.1.1 Tokoh Ivan Pavlov (1849-1936) Kajian Pavlov terhadap prinsip pelaziman klasik berfokus kepada pengeluaran air liur anjing. Beliau menjalankan eksperimen dengan melatih anjing mengeluarkan air liur apabila kedengaran bunyi loceng (konsep rangsangan dan gerakbalas). Hasilnya, Pavlov berpendapat pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Pavlov menambah lagi, pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan ini dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Menurut Noriati, Boon EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
9
dan
Sharifah
Fakhriah(2009),
pelaziman
klasik
merupakan
satu
bentuk
pembelajaran perkaitan melibatkan rangsangan neutral berkait dengan rangsangan semula jadi dan menghasilkan gerak balas yang serupa. Selain mengemukakan konsep rangsangan dan gerak balas, Pavlov juga mengemukakan konsep generalisasi, diskriminasi dan penghapusan yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3.3.1.2 Tokoh J.B. Watson (1978-1958) Kajian Watson pula banyak dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik Pavlov dan berasaskan tingkahlaku haiwan. Eksperimen beliau dikenali sebagai Model Pelaziman Klasik Watson yang menggunakan seorang bayi berumur 9 bulan bernama Albert dan seekor tikus putih. Albert pada mulanya tidak menunjukkan perasaan takut pada tikus itu tetapi apabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan apabila Albert mendekati tikus tersebut, dia mula menjadi takut. Situasi ini diulangi beberapa kali sehingga menimbulkan perasaan takut Albert kepada tikus tersebut. Hasilnya, Albert telah mempelajari tingkah laku takut kepada semua benda putih yang berbulu. Menurut Watson, tingkah laku adalah refleks terlazim iaitu sesuatu gerak balas yang dipelajari melalui proses pelaziman klasik. Selain tingkah laku, Watson turut menjalankan kajian terhadap pembelajaran emosi manusia. Menurut beliau, manusia mewarisi tiga jenis emosi semula jadi iaitu takut, marah dan kasih sayang. Emosi manusia atau perubahannya dipelajari melalui proses pelaziman. 3.3.2 Pelaziman Operan
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
10
Dikenali sebagai pelaziman instrumental yang merupakan satu bentuk pembelajaran yang melibatkan kesan akibat tingkah laku seterusnya diulangi, diteruskan atau dihentikan (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009). 3.3.2.1 Tokoh E.L. Thorndike (1874-1949) Kajian tentang tingkah laku haiwan. Teori Pelaziman Operan Thorndike turut dikenali sebagai teori cuba-jaya. Melalui kajiannya, seekor kucing dimasukkan ke dalam sebuah sangkar dengan makanan diletakkan di luarnya, beliau mendapati kucing tersebut telah melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar. Pembelajaran ini dikenali sebagai pembelajaran “cuba jaya”. Melalui pembelajaran ini, kucing tersebut melakukan pelbagai reaksi sehingga terpijak selak pintu dan sangkar itu terbuka. Kucing tersebut akan keluar untuk mendapatkan makanan. Apabila dimasukkan ke dalam sangkar semula, kucing tersebut melakukan lagi beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar tersebut. Perhubungan antara rangsangan dengan gerak balas ini mewakili konsep pembelajaran. Perhubungan ini berlaku berdasarkan bilangan kali latihan, keadaan kesediaan
individu
dan
keberkesanan
latihan.
Thorndike
menyarankan,
pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu, yang disebut sebagai hukum pembelajaran yang terbahagi kepada tiga iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Mook Soon Sang (2002) mentakrifkan Hukum Kesediaan sebagai keupayaan persiapan individu di dalam kendirinya untuk memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Menurut beliau, Hukum Latihan menyatakan bahawa semakin banyak latihan yang tertentu dijalankan, semakin kukuh ikatan atau asosiasi gerak balas yang tertentu dengan rangsangan yang berkaitan. 3.3.2.2 Tokoh B.F. Skinner (1904-1990) EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
11
Beliau mengutarakan juga Teori Pelaziman Operan. Kajian dijalankan menggunakan Kotak Skinner. Seekor tikus yang sedang melompat-lompat di sekeliling kotak tiba-tiba tertekan butang yang akan mengeluarkan seketul makanan. Tanpa membuang masa tikus itu akan mengulangi menekan butang tersebut untuk mendapatkan makanan. Menurut pendapat Amir Awang (1986), mengikut Pelaziman Klasik, murid akan menjadi pasif kerana ganjaran diberikan kepadanya bukan atas usahanya mendapatkan ganjaran tersebut. Manakala mengikut Pelaziman Operan, pelajar bertindak aktif kerana ganjaran diperoleh dengan cara berusaha sendiri.Skinner memperkenalkan lima jenis proses Teori Pelaziman Operan iaitu peneguhan positif, peneguhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan. Menurut beliau, dalam teori pelaziman operan, gerak balas boleh diulangi atau dihapuskan jika diberikan peneguhan sejurus selepas gerak balas ditunjukkan. 3.3.3 Implikasi Teori Behavioris Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Teori ini menekankan peranan persekitaran dalam proses pembelajaran. Matlamat yang spesifik perlu ditetapkan dan dinyatakan dengan jelas oleh guru supaya ia boleh dicapai dengan berkesan. Di dalam setiap pembelajaran, guru perlu menetapkan objektif khusus bagi setiap langkah pengajaran mereka. Guru juga boleh menyusun aras kesukaran soalan-soalan supaya murid-murid berupaya menyelesaikannya dengan betul (Lee Shok Mee, 1994). Oleh itu, mereka akan menerima
pengukuhan
positif
melalui
soalan
tersebut.
Guru
juga
boleh
mengaplikasikan hukum kesediaan dengan mengaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Hukum latihan juga boleh dilakukan dengan memberi banyak latihan dan pengulangan. EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
12
3.4 TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF Teori ini menekankan kepada proses mental kanak-kanak. Teori ini juga berasaskan prinsip pembelajaran kognitif yang menerangkan bagaimana pelajar menerima, memproses, menyimpan dan mencari maklumat dalam memori (Ertmer & Newby, 1993). 3.4.1 Teori Pembelajaran Gestalt Pengasas
psikologi
gestalt,
Wolfgang
Kohler
mengemukakan
Teori
Pembelajaran Celik Akal yang mengkaji seekor cimpanzi bernama Sultan. Celik akal bermaksud penyelesaian masalah yang berlaku mendadak dan lengkap. Individu memerlukan masa untuk berfikir kerana dia perlu melihat unsur-unsur berkaitan di dalam persekitarannya dan mengaitkannya dengan pengalaman lepas. Pandangan beliau lebih bertumpu pada tingkah laku yang boleh diperhatikan prinsip yang berkaitan dengan organisasi persepsi dan penanggapan manusia. Dalam kajiannya, seekor cimpanzi diletakkan ke dalam sangkar. Di luar sangkar terdapat sebiji pisang dan beberapa batang buluh yang panjangnya EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
13
berbeza. Sultan menggunakan buluh tersebut untuk mendapatkan pisang tetapi gagal. Sultan diam seketika, memikirkan cara untuk menyelesaikan masalahnya. Tiba-tiba dia mendapat idea. Di saat tercetusnya idea itulah yang dikenali sebagai celik akal. Dia mengambil buluh pendek dan menggunakannya untuk mendapat buluh panjang dan seterusnya menggunakannya untuk mengambil pisang.
3.4.2 Teori Pembelajaran Penerimaan Ausuble Teori ini dipelopori oleh David Ausuble (1918-2008). Menurut Kamarudin (1993), teori ini berfokuskan kepada penguasaan maklumat melalui bahasa yang bermakna. Aspek yang penting di dalam teori ini ialah Advance Organizer yang merupakan unit pengajaran yang digunakan sebelum mengajar satu topik baru. Ausuble berpendapat bahawa manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi yang dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Model ini menekankan keterangan bahan pembelajaran guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan dijelaskan mengikut urutan lengkap. Penyusunan awal (Advance organizer) terbahagi kepada beberapa jenis iaitu ekspositori yang memerihalkan bahan, comparative yang membina kaitan luaran dengan pengetahuan sedia ada, sesuai dengan maklumat baru dan naratif yang mempersembah bahan baru dalam bentuk cerita. Kaedah ini dapat memudahkan pembelajaran dari aspek pemahaman, maklumat lengkap dan mengingat kembali. Ausuble mencadangkan kepada guru supaya menggunakan pembelajaran resepsi (penerimaan) dan penyusunan awal dalam setiap pengajaran mereka. 3.4.3 Teori Pembelajaran Bruner EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
14
Jerome S.Bruner (1915 hingga kini) mengemukakan perkembangan mental manusia kepada 3 tahap iaitu peringkat enaktif, berasaskan perlakuan (0-2 tahun), peringkat ikonik, berasaskan imejan (2-4 tahun) dan peringkat simbolik, berasaskan bahasa (5-7 tahun). Bruner menghuraikan enam ciri perkembangan kognitif iaitu keupayaan kawalan emosi,
keupayaan menyerapkan
peristiwa,
keupayaan
penggunaan perkataan dan simbol, pertambahan aktiviti tindak balas, penggunaan bahasa dan keupayaan menghadapi berbagai situasi. Pembelajaran teori penemuan ini merujuk kepada bagaimana kita membezakan dan mengkategori benda atau perkara yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Pembelajaran penemuan merupakan pembelajaran dalam bentuk inkuiri yang melibatkan situasi penyelesaian masalah yang dilalui sendiri oleh pelajar (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009). 3.4.4
Implikasi
teori
pembelajaran
kognitif
terhadap
pengajaran
dan
pembelajaran Guru hendaklah menjadi fasilitator semasa mengajar. Mereka perlu menyusun maklumat yang ingin disampaikan supaya murid dapat mengaitkan konsep baru dengan pengetahuan yang sedia ada. Aktiviti dan alatan yang sesuai perlu dibekalkan kepada murid-murid mengikut tahap kebolehan mereka. Selain itu, guru perlu mengenalpasti murid-murid yang berada pada mod pembelajaran berbeza sama ada enaktif, ikonik atau simbolik.
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
15
3.5 TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVIS Menurut Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah (2009), konstruktivis bermaksud pembinaan
pengetahuan.
Individu
sentiasa
membina
pengetahuan
sendiri
berasaskan premis pengetahuan atau pengalaman sedia ada kepada pengetahuan dan pengalaman baru. Teori ini terbahagi kepada dua jenis iaitu kognitif dan sosial. 3.5.1 Teori Konstruktivis Kognitif Teori ini dipelopori oleh Jean Piaget (1896-1980) dan menurut beliau di dalam Choong (2008), struktur kognitif kanak-kanak semakin kompleks selaras dengan perkembangan yang dilalui. Sesuatu organisma untuk menyesuaikan diri (adaptasi) dengan persekitaran dikaji oleh Piaget dan hasilnya, terdapat dua proses membuat adaptasi
iaitu
asimilasi
dan
akomodasi.
Proses
asimilasi
adalah
proses
mengintegrasi maklumat atau pengalaman baru ke dalam skema sedia ada dan akomodasi pula ialah proses mengubah struktur kognitif untuk menerima sesuatu daripada persekitaran. Berdasarkan pemerhatian dan kajian Piaget, beliau mendapati perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat iaitu peringkat sensorimotor (lahir-2 tahun), pra operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-11 tahun) dan peringkat operasi formal (11 tahun ke atas). Pada peringkat operasi konkrit, pembelajaran berkesan bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
16
3.5.2 Teori Konstruktivis Sosial Teori ini menekankan hubungan dan bimbingan orang lain ke atas pembelajaran individu. Lev Vygotsky adalah pelopor teori ini dan beliau berpendapat bahawa pembelajaran dapat berlaku melalui bermain, penyampaian formal atau kerjasama antara pelajar dengan pelajar yang lebih berpengalaman. Persekitaran yang kondusif dapat memberikan mereka peluang untuk memanipulasi objek sedia ada dan guru perlu memainkan peranan sebagai fasilitator dalam proses pembinaan pembelajaran murid-murid kita. 3.5.2.1 Zon Perkembangan Terdekat Zon Perkembangan Terdekat (ZPD) merujuk kepada tugasan pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri oleh pelajar, tetapi dapat menguasainya dengan bimbingan orang lain yang lebih mahir (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009). Teknik scaffolding dapat membantu pelajar menguasai isi pelajaran mengikut kemampuan mereka. Teknik yang digunakan untuk scaffolding ialah soal jawab, penjelasan verbal, prompting dan cueing. 3.5.3 Implikasi Teori Konstruktivis terhadap pengajaran dan pembelajaran Sebagai guru, kita perlulah membuat perancangan dan melaksanakan strategistrategi pengajaran untuk mengajar serta mengambil kira keupayaan pelajar kerana pembelajaran kini lebih berpusatkan pelajar itu sendiri. Teknik Zon Perkembangan Terdekat harus digunakan untuk memastikan pembelajaran berkesan berlaku. Guru perlu mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar di samping penerangan yang jelas, selaras dengan pemikiran dan laras bahasa pelajar. EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
17
3.6 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL Menurut Choong (2008), teori ini berfokuskan kepada pembelajaran yang berlaku dalam konteks sosial dengan memberi pertimbangan kepada bagaimana kita belajar sesama kita melalui pembelajaran pemerhatian. 3.6.1 Teori Pembelajaran Pemerhatian Albert bandura (1925 hingga kini) adalah pakar psikologi yang menghubungkan pembelajaran melalui pemerhatian dan peniruan. Kajian dilakukan ke atas kanakkanak apabila mereka menonton video orang dewasa memukul, mengetuk, menendang dan duduk di atas patung Bobo sambil menjerit “sockeroo!”. Kemudian, mereka pergi ke bilik permainan yang terdapat patung Bobo dan mula menunjukkan aksi-aksi yang dilakukan oleh orang yang mereka tonton tadi. Bandura menamakan situasi ini sebagai pembelajaran pemerhatian. Proses peniruan mempunyai empat langkah tertentu iaitu pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi. Menurut Choong (2008), manusia belajar melalui pemerhatian atas tingkahlaku orang lain dan hasil tingkahlaku tersebut. 3.6.2
Implikasi
Teori
Pembelajaran
Sosial
Terhadap
Pengajaran
dan
Pembelajaran Murid-murid perlu diberi peluang untuk memerhati dan meniru pelbagai jenis model yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Sebagai guru, kita perlu menjadi contoh yang baik untuk mereka teladani. Selain itu, persekitaran sosial yang kondusif perlu disediakan agar tingkahlaku yang baik dapat diterapkan dalam kalangan murid-murid. Daripada pemerhatian dan peniruan ini, murid-murid dapat mempelajari sesuatu dengan mudah dan ringkas. EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
18
3.7 PENDEKATAN HUMANIS Menurut Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah (2009), pendekatan ini melihat pelajar sebagai insan berpotensi, bermotivasi dan berkeupayaan untuk belajar dan berkembang. Menurut Choong (2008) pula, pendekatan ini menumpukan kepada perkembangan konsep kendiri, motivasi intrinsik dan kesedaran kendiri murid-murid. 3.7.1 Teori Pembelajaran Eksperiental Carl Rogers (1902-1987), pelopor teori ini menganggap manusia pada dasarnya baik dan bermotivasi tinggi untuk mencapai potensi diri. Beliau juga percaya bahawa setiap individu mempunyai keinginan semulajadi untuk belajar. Teori pembelajaran eksperiental mengutamakan pelajar terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran. Rogers mengkategorikan teori ini kepada dua bahagian iaitu pembelajaran kognitif yang mementingkan akademik semata dan pembelajaran pengalaman yang melibatkan aplikasi pengetahuan. Apabila pelajar berada pada tahap ancaman rendah, kadar pembelajaran menjadi lebih pantas kerana pembelajaran tersebut atas usaha mereka sendiri.
3.7.2 Teori Hirarki Keperluan Maslow Abraham Harold Maslow (1908-1970), menghasilkan peringkat keperluan manusia untuk mencapai potensi diri masing-masing. Peringkat keperluan ini pula EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
19
terbahagi kepada dua bahagian iaitu keperluan kekurangan dan keperluan perkembangan. Di dalam keperluan kekurangan terdapat keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan penghargaan yang perlu dicapai agar pelajar terus bermotivasi ke arah pencapaian yang lebih tinggi. Dalam keperluan perkembangan pula, pencapaian intelek, estetika dan penyempurnaan kendiri akan dicapai apabila keperluan kekurangan dipenuhi. Kita akan berusaha merealisasikan kebolehan kita agar menjadi manusia yang sempurna. 3.7.3 Implikasi Pendekatan Humanis Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Guru perlu memenuhi keperluan asas murid-muridnya dahulu sebelum memulakan pengajaran. Kenalpasti setiap kekurangan keperluan asas semasa awal sesi pengajaran. Peruntukkanlah sedikit masa untuk melakukannya. Guru hendaklah menerima murid tanpa syarat mengikut keupayaan dan kebolehan mereka. Menurut Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah (2009), guru hendaklah melayani individu pelajar sebagai insan, membentuk individu pelajar mengikut potensi masing-masing dan menyediakan mereka untuk menghadapi zaman dewasa kelak.
4.0 RINGKASAN RENCANA Bidang sains mendapat perhatian tertinggi dan dianggap bidang yang mampu “mengekalkan pembangunan ekonomi, memperbaiki mutu hidup dan keselamatan negara (Dasar Sains Negara)”.
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
20
Sebilangan ibu bapa beranggapan bahawa bidang sains adalah ‘sukar’. Buktinya, laporan Kajian Kesedaran Awam (2004) menunjukkan 42.3% rakyat Malaysia berpendapat bahawa bidang sains adalah satu mata pelajaran yang sukar. “Sukar untuk lulus” atau “sukar untuk difahami”? Bentuk kesukaran ini wajar dibincangkan dan fokus perlu diberikan kepada bidang sains yang “sukar untuk difahami” kerana ia mungkin berlaku kesan dari kelemahan kaedah pengajaran dan pembelajarannya. Buktinya, laporan Kajian Kesedaran Awam (2004) mendapati 32.4% rakyat Malaysia menganggap sains dan teknologi adalah “terlalu akademik”. Antara
kelemahan-kelemahan
yang
menyebabkan
pengajaran
dan
pembelajaran sains gagal menarik minat pelajar terutamanya Melayu ialah kekurangan kemudahan atau bahan bantu mengajar yang tidak menarik. Selain itu, ia dikaitkan juga dengan bahasa pengantar yang digunakan guru untuk mengajar tidak begitu lancar kerana kelemahan menguasai bahasa Inggeris dalam kalangan guru dan pelajar. Pelajar perlu diberi peluang berinteraksi dan memberi maklum balas ketika sesi pembelajaran, jika tidak mereka akan bosan kerana kaedah pengajaran yang sama dilakukan setiap kali pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Satu revolusi perlu dilakukan untuk mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran sains. Interaksi perlu diwujudkan antara pelajar dengan persekitaran, guru-guru dan rakan sekelas. Pembelajaran guru digalakkan untuk meneroka persekitaran dan tidak berpusatkan bilik darjah semata. Pelajar juga perlu diberi tugasan berkumpulan dan membentangkan hasil tugasan mereka. Ini menggalakkan daya cipta pelajar dan membina keyakinan diri mereka.
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
21
K.T. Compton menyatakan sains merupakan “sikap ingin tahu, pemerhatian dan penaakulan mengenai dunia ini”. Perhubungan dengan alam persekitaran akan merangsang deria pelajar dan pembelajaran sains akan lebih menarik.
5.0
HURAIAN
APLIKASI
TEORI
PEMBELAJARAN
DALAM
PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK RENCANA “ Pengajaran dan Pembelajaran Sains yang Menarik” oleh Azrina Binti Sobian. Dewasa ini, pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran sains amat dititikberatkan. Hal ini kerana, pembelajaran yang menarik terutamanya dengan teknologi masa kini dapat membantu pelajar lebih memahami konsep pembelajaran EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
22
sains dengan mudah dan kaedah yang digunakan kini selaras dengan teori pembelajaran yang dikemukakan oleh ramai pakar psikologi dunia. Walaubagaimanapun, para pelajar kini sering menganggap bidang sains itu sukar dan laporan Kajian Kesedaran Awam menunjukkan 42.3% rakyat Malaysia berpendapat bahawa bidang sains ini adalah bidang yang sukar. Di dalam memahami konsep alam belajar, seseorang individu itu perlu menjadikan sains sebagai aset untuk mempercepat perkembangan, keupayaan, kebolehan menguasai sesuatu yang pada akhirnya membawa kepada perubahan tingkahlaku mereka. Dengan itu, barulah mereka dapat mengaplikasikan bidang sains dengan konsep alam belajar seterusnya menjadikan sains itu sebahagian daripada hidup mereka. Sebagai guru, kita perlulah sentiasa memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran kita kerana ada kemungkinan kaedah pengajaran yang kita gunakan dalam mengajar mata pelajaran sains kurang menarik dan sekaligus mematikan minat
pelajar
untuk
memahaminya.
Guru
perlu
pandai
mengaplikasikan
pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada pelajar dan sentiasa mengaitkan bidang sains ini dengan situasi sebenar pelajar. Dengan itu, pasti mereka akan lebih memahami dan meneroka sendiri ilmu sains dengan menyeronokkan. Apa yang kita faham melalui pembelajaran yang menyeronokkan? Pasti ia berkaitan dengan konsep main ketika belajar. Buktinya, menurut Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, bermain merupakan satu pendekatan terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menyeronokkan, bebas dan selamat kerana ia meliputi aktiviti yang memberikan kegembiraan kepada mereka. Seperti apa yang kita pelajari dalam teori konstruktivisme, setiap individu itu perlu sentiasa membina pengetahuan sendiri melalui pengalaman sedia ada kepada EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
23
pengetahuan baru. Pelbagai pendekatan pembelajaran perlu disediakan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan antara idea dan fakta yang sedang dipelajari. Kelemahan kaedah pengajaran dan pembelajaran sains yang paling ketara sekali ialah bahan bantu mengajarnya yang tidak lengkap dan kurang menarik. Selain itu, bahasa pengantar yang digunakan kemungkinan besar menjadi masalah dalam penerimaan ilmu pelajar. Hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains (Utusan Malaysia bertajuk memartabat BM, memantap BI). Kurangnya aktiviti maklum balas antara pelajar di dalam kelas menjadikan pembelajaran sains tidak menyeronokkan dan kaedah pengajaran yang sama setiap kali di dalam kelas pastinya menimbulkan kebosanan. Ini bermakna, guru tidak menggunakan pendekatan Humanisme terhadap pengajaran dan pembelajaran. Sebagai guru, kita hendaklah memberi fokus kepada pelajar, bukannya subjek yang diajar. Guru perlu membuat perancangan pengajaran dan mengambil kira minat, kecenderungan, kesediaan belajar dan perbezaan individu untuk menjadikan pengajaran mereka lebih menarik dan menyeronokkan. Selain itu, berdasarkan Kajian Kesedaran Awam terhadap Sains dan Teknologi (2004) mendapati bahawa 32.4% rakyat Malaysia menganggap pengajaran sains adalah “terlalu akademik”. Sedangkan melalui rencana “Fail profil nilai potensi pelajar” oleh Anuar Ahmad, beliau menyatakan bahawa jika dilihat dari pandangan tokoh-tokoh pendidikan seperti Jerome Bruner, Jean Piaget dan Professor Paul Hirst, mereka menolak penilaian akademik semata-mata kerana sistem ini akan EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
24
merosakkan konsep kendiri kanak-kanak. Begitu juga dengan tokoh psikologi pendidikan seperti A.M Skinner, Maslow dan Erikson yang mencadangkan agar kanak-kanak di peringkat pelajaran rendah perlu diberikan peluang untuk mendapat sebanyak mungkin pengalaman pembelajaran dan tidak perlu dilakukan bentuk penilaian yang terlalu akademik yang akan merosakkan sistem konsep kendiri mereka. Oleh itu, satu ‘revolusi’ perlu dilakukan untuk mengubah kaedah pengajaran tersebut. Pembelajaran akan lebih menarik jika wujudnya ‘interaksi’ atau maklum balas yang pelbagai melalui persekitaran mereka. Kenyataan ini benar sekali kerana menurut Gagne (1916-2002) dalam teori pembelajaran kognitif, beliau lebih menekankan pembelajaran melalui rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar yang akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Gagne menambah lagi, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalamanpengalaman baru untuk memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Kaedah ini mengalami proses pemindahan pembelajaran dan maklum balas yang perlu dibuat sebagai pengukuhan untuk mentaksir perlakuan pembelajaran pelajar semasa sesi pengajaran berjalan. Dalam pengajaran dan pembelajaran sains, amat wajar jika pelajar dibenarkan untuk berinteraksi dengan persekitarannya, dengan guru, dan rakan-rakan sekelas. Ini dapat membina perhubungan sosial yang baik dalam kalangan mereka. Selain itu, terdapat juga teori pembelajaran sosial yang dapat diaplikasikan melalui interaksi yang wujud dalam pembelajaran. Menurut Kamarudin (1993), teori ini menganggap manusia sebagai makhluk yang aktif dan di dalam proses pembelajaran, pelajar EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
25
harus dapat belajar dalam situasi dan konteks sosial sebenar yang berupaya memberi peluang mereka berinteraksi dengan persekitaran yang pelbagai. Kita juga dapat mengaplikasikan prinsip-prinsip konstruktivisme yang menyatakan bahawa pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan orang lain. Interaksi dan pengaruh sosial dengan persekitaran murid-murid akan membawa kepada pemikiran aras tinggi mereka. Pelajar tidak seharusnya duduk di dalam kelas semata-mata. Mereka harus digalakkan untuk meneroka persekitarannya. Apa yang penting, pembelajaran akan lebih menarik jika murid-murid tidak hanya duduk di dalam kelas. Sebagai contoh, guru boleh membenarkan pelajar mencari serangga dari taman di persekitaran sekolah. Dengan itu, pelajar dapat mempelajari kemahiran meneroka persekitaran yang menekankan kepada pembelajaran sains yang menyeronokkan dan bermakna. Ini bererti, konsep bermain sekali lagi amat sesuai diaplikasikan serta diterapkan ke dalam strategi pengajaran guru dalam mata pelajaran sains. Hal ini kerana, pengertian main itu bukan sekadar berseronok, tetapi merupakan satu pendekatan terancang untuk memberi peluang kepada pelajar belajar dalam suasana yang tidak begitu formal, menyeronokkan, bebas dan selamat. Main dapat digolongkan kepada empat aspek iaitu main sebagai kemajuan yang melihat main sebagai satu proses belajar, main sebagai kuasa merujuk kepada pertandingan, main sebagai fantasi yang berkait dengan kemajuan dan akhir sekali main yang mengutamakan kualiti pengalaman main itu sendiri (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009). Hasil daripada aktiviti main, pembelajaran sains akan menjadi lebih menarik kerana pelajar dapat meneroka setiap aktiviti sains itu melalui aktiviti bermain.
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
26
Menurut rencana lagi, tugasan secara berkumpulan perlu diberikan agar pelajar dapat membina hubungan baik dengan rakan dan juga membina keyakinan diri mereka apabila guru meminta mereka membentangkan tugasan tersebut di hadapan kelas. Melalui tugasan berkumpulan itu, guru dapat mengenalpasti dan memberi perhatian kepada pelajar yang dapat memberikan maklum balas yang baik ataupun tidak. Hal ini selaras dengan implikasi pendekatan humanis yang kita telah fahami bahawa pembelajaran guru fokus kepada pelajar, bukannya subjek. Setiap pemilihan tugasan pembelajaran dapat merangsang minat dan naluri ingin tahu dalam kalangan murid-murid dan aktiviti memberi tugasan secara berkumpulan akan dapat memberi impak kepada mereka sekaligus dapat memotivasikan diri mereka untuk belajar dan meminati bidang sains. Oleh itu, pandangan melalui rencana berpendapat bahawa penekanan terhadap perhubungan atau maklum balas dalam pembelajaran sains adalah sangat penting. Ini selaras dengan konsep komuniti pembelajaran dalam teori behavioris yang merujuk kepada sekumpulan manusia yang belajar bersama-sama dalam satu persekitaran yang selamat dan disertai dengan dialog, maklum balas, refleksi dan penurunan kuasa (Choong,2008). Tugasan berkumpulan akan dapat mewujudkan kolaborasi sesama pelajar melalui pembelajaran koperatif. Menurut rencana lagi, K. T. Compton (seorang ahli fizik terkenal) menyatakan bahawa sains merupakan “sikap ingin tahu, pemerhatian dan penaakulan mengenai dunia ini”. Ini bermakna, pembelajaran sains amat mementingkan murid-muridnya supaya berhubung dengan alam persekitaran untuk membentuk “sikap ingin tahu, pemerhatian dan penaakulan” agar kemahiran ini dapat merangsang semua deria mereka. Melalui penyataan tersebut, dapat kita merumuskan bahawa teori EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
27
pembelajaran sosial dan sosial kognitif dapat diaplikasikan dengan jelas. Buktinya, dalam pembelajaran celik akal Kohler, beliau telah mengemukakan beberapa prinsip dan salah satu daripadanya ialah konsep berfikir. Sikap ingin tahu murid-murid akan merangsang mereka berfikir untuk mencari jawapan terhadap apa yang mereka ingin ketahui. Sebagai contoh, dalam pembelajaran sains. Pastinya murid-murid mempunyai sikap ingin tahu tentang bagaimana terjadinya gerhana bulan dan gerhana matahari. Mereka pasti akan berfikir untuk mencari jawapan bagi persoalan tersebut. Secara amnya menurut Bruner pula, konsep “mengetahui” adalah satu proses. Apabila murid-murid diberi satu situasi yang agak kompleks, mereka akan berusaha mencari penyelesaian.oleh itu, amat penting untuk guru merancang aktiviti-aktiviti penemuan untuk murid-murid. Bukan itu sahaja, melalui pembelajaran penemuan Bruner, ia dapat menggalakkan murid-murid untuk menggunakan intuisi, imaginasi dan kreativiti secara aktif (Choong, 2008). Pendekatan ini telah menggunakan penaakulan induktif seperti yang dinyatakan oleh K. T. Compton di mana guru akan bermula dengan sesuatu yang khusus kemudian berakhir dengan yang umum. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran Sains, guru memberi contoh-contoh haiwan yang hidup di darat dan air, kemudian minta murid-murid pula memberikan contoh-contoh haiwan yang lain berdasarkan contoh yang telah diberi oleh guru tersebut. Seterusnya, menurut Bandura, manusia secara semulajadi belajar melalui proses peniruan atau pemerhatian iaitu dengan cara melihat orang lain melakukan, mendapat ganjaran daripada perlakuan atau melihat orang menerima hukuman daripada perlakuan (Noriati, Boon, Sharifah Fakhriah, 2009). Penyataan K. T. Compton yang menekankan proses pemerhatian dapat dibuktikan melalui penyataan EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
28
Bandura seperti di atas. Proses pemerhatian ini melibatkan individu melihat dan meniru tingkahlaku orang lain. Sebagai contoh yang kita dapat lihat dengan jelas melalui kajian Bandura ke atas kanak-kanak tadika. Kajian ini telah diterangkan dalam huraian teori pembelajaran pemerhatian. Melalui pembelajaran pemerhatian, terdapat tga bentuk peniruan menurut Bandura iaitu peniruan secara langsung, peniruan sekat lakuan dan tak sekat lakuan serta peniruan elisitasi. Oleh itu, amat wajar supaya kelemahan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran diperbaiki agar tidak mematikan minat pelajar terhadap bidang sains itu sendiri. Justeru itu, kreativiti guru sangat penting untuk memastikan suasana pembelajaran sains yang menarik. Perubahan yang dapat dilihat kini ialah guru banyak menggunakan teknologi maklumat dalam pembelajaran. Akan tetapi, guru juga perlu berusaha untuk menghasilkan pelbagai kaedah pembelajaran yang menarik melalui teknologi maklumat tersebut. Di dalam Teori Pembelajaran Penerimaan Ausuble, beliau telah menghasilkan satu konsep penting dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu Advance Organizer (AO). Melalui AO, guru bukan sahaja dapat mengaplikasikannya dalam kaedah pembelajaran menggunakan teknologi maklumat, malah guru dapat memberi idea kepada murid-murid untuk menghasilkan peta minda yang cantik dan kreatif di dalam buku kerja mereka. Dengan itu, pembelajaran melalui teknologi maklumat akan lebih menarik dan bermakna. Ausuble juga berpendapat pembelajaran bermakna boleh berlaku melalui penggunaan bahan yang bermakna. Bukan itu sahaja, selain penggunaan teknologi maklumat, terdapat banyak lagi kaedah lain untuk menarik minat murid-murid dalam mata pelajaran sains. Sokongan daripada ibu bapa juga amat penting dalam membentuk minat anak-anak mereka EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
29
dalam bidang sains. Ibu bapa juga punya peranan tersendiri. Mereka boleh membawa anak-anak mereka meneroka alam persekitaran. Melalui penerokaan itu, ibu bapa boleh mengaplikasikannya dalam bidang sains dan dapat menyediakan anak-anak mereka untuk menghadapi zaman dewasa kelak. Selain itu, melalui penerokaan alam persekitaran juga, ibu bapa boleh menjadi role model seperti yang dinyatakan oleh Albert Bandura melalui peniruan secara langsungnya. Sebagai contoh, ibu bapa yang suka menanam bunga di rumah. Ibu bapa akan meletakkan pasu bunga di luar rumah di tempat yang tanaman tersebut boleh mendapatkan air, cahaya dan udara. Anak-anak mereka pasti akan melihat dan secara langsung mereka akan mengikut tindakan ibu bapa mereka ketika hendak menanam pokok dan mengaplikasikannya dalam mata pelajaran sains. Kesimpulannya, dalam mendidik anak dan murid, sebagai guru dan ibu bapa, kita perlu mendengar suara hati mereka. Telah menjadi fitrah kanak-kanak yang sememangnya suka meneroka persekitaran mereka dan mempunyai sifat ingin tahu. Oleh itu, guru perlu sentiasa memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka dan memahami jiwa dan fitrah kanak-kanak, jika tidak kegagalan demi kegagalan akan kita temui.
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
30
6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Berdasarkan rencana Pengajaran dan Pembelajaran Sains yang Menarik oleh Azrina Binti Sobian, terdapat beberapa cadangan dan penambahbaikan yang saya rasa perlu dititikberatkan. Pertama, untuk “mengekalkan pembangunan ekonomi, memperbaiki mutu hidup dan keselamatan negara” sebagaimana yang dihasratkan oleh Dasar Sains Negara, sebagai guru kita perlu prihatin dengan pelbagai usaha yang telah dijalankan untuk mencapai hasrat tersebut. Adakah usaha kita agar bidang sains diterima dalam kalangan murid selama ini mencukupi dan cukup berkesan? Pada pandangan saya, ia belum mencukupi kerana hingga sekarang masih ramai lagi murid-murid yang menghadapi masalah untuk memahami mata pelajaran tersebut. Memandangkan pendidikan sains kini telah mengalami transformasi di mana bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar, langkah yang terbaik bagi mengatasi masalah ini ialah guru-guru sains perlu mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris. Ujian ini bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan mereka dalam bahasa Inggeris.
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
31
Kedua, memandangkan jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains semakin jauh, pihak kementerian Pelajaran perlu lebih memberi perhatian terhadap sekolah luar bandar kerana besar kemungkinan kawasan tersebut mengalami kekurangan kemudahan dari pelbagai aspek. Keutamaan juga perlu diberikan kepada sekolah luar bandar dan pedalaman untuk mendapatkan guru terbaik bagi memantapkan lagi penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid. Seterusnya yang ketiga, dalam memperbaiki kelemahan kaedah pengajaran dan pembelajaran sains, sebagai guru kita perlulah menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik dan dapat menarik minat murid-murid terhadap pengajaran kita. Kaedah yang sesuai berdasarkan rencana ialah maklum balas yang pelbagai perlu diwujudkan antara guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan persekitarannya. Apa yang ingin saya nyatakan sebagai penambahbaikan ialah, selain maklum balas dengan persekitaran, murid-murid juga digalakkan untuk meneroka persekitaran sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Wolfgang Kohler dalam pembelajaran celik akalnya bahawa kanak-kanak akan memahami konsep berfikir dengan meneroka segala persoalan yang mereka hadapi dan sikap ingin tahu ini akan menggalakkan lagi proses penerokaan dengan persekitaran. Selain itu, untuk memastikan murid-murid tidak bosan dengan pengajaran sains, cadangan kelima yang ingin saya nyatakan ialah guru perlu merancang pengajaran mereka supaya lebih sistematik dan menarik. Tunjukkan bahan-bahan pengajaran yang konkrit supaya mereka lebih faham dan penggunaan Advance Organizer amat digalakkan bagi menambahkan lagi minat dan pemahaman mereka dalam mata pelajaran sains. Penyediaan contoh yang banyak dan bahan sumber EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
32
yang bermakna dapat membantu murid membuat perkaitan dan membina pemahaman baharu. Penggunaan teknologi maklumat dalam pembelajaran pada hari ini masih lagi diragukan sama ada kaedah ini dapat meningkatkan minat muridmurid terhadap mata pelajaran sains atau tidak. Hal ini kerana, interaksi antara murid dengan persekitaran tetap diperlukan supaya mata pelajaran sains dapat menjadi sebahagian daripada hidup mereka. Di dalam pengajaran dan pembelajaran sains, apa yang penting adalah kaedah pengajaran yang berpusatkan murid. Justeru, saya bersetuju dengan rencana Azrina Binti Sobian yang menyatakan bahawa murid-murid sepatutnya diberikan banyak tugasan secara berkumpulan. Hasil tugasan kemudiannya akan dibentangkan di hadapan kelas dan secara tidak langsung ia dapat memupuk keyakinan yang tinggi dalam diri murid-murid. Memandangkan murid-murid belajar melalui proses yang melibatkan berbagai aktiviti, maka guru hendaklah merancang pengajarannya dengan teliti serta mengambil kira keupayaan murid-murid mereka. Sebagai cadangan penambahbaikan yang seterusnya, saya mencadangkan agar guru sentiasa menggunakan dua kategori peneguhan yang diperkenalkan oleh Skinner iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Jika hasil tugasan yang mereka bentangkan baik, berikan pujian dan penghargaan kerana tingkahlaku tersebut akan diteruskan murid apabila tingkahlaku tersebut diikuti oleh rangsangan yang menyenangkan. Itulah yang dinamakan peneguhan positif. Peneguhan negatif pula diberikan sekiranya murid-murid melaksanakan tugasan dengan sambil lewa. Guru boleh menghukum mereka agar di satu masa nanti mereka tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi.
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
33
Sebagai penambahbaikan seterusnya, saya berpendapat bahawa bukan guru sahaja yang perlu memainkan peranan, malahan murid-murid sendiri mempunyai peranan masing-masing. Murid-murid yang sudah mampu menguasai dan berkemahiran dalam sesuatu mata pelajaran, mereka bertanggungjawab mengajar rakan-rakan lain yang masih belum dapat menguasai sesuatu kemahiran tersebut. Dengan itu, mereka juga dapat membina perhubungan yang berkualiti dan gerak kerja berkumpulan dapat diwujudkan sesama mereka. Melalui aktiviti sebegini, mereka juga dapat berkongsi idea, mendapat pemahaman yang lebih jelas dan mereka tidak malu untuk bertanyakan sesuatu masalah kerana kanak-kanak lebih mudah berinteraksi dengan rakan yang sebaya dengan mereka. Selain murid, ibu bapa juga turut mempunyai peranannya. Selain memberi sokongan dan membawa anak mereka meneroka alam persekitaran, ibu bapa juga perlu mewujudkan interaksi sosial antara anak-anak dengan masyarakat setemapat kerana interaksi dan pengaruh sosial akan membawa kepada pemikiran aras tinggi anak-anak mereka. Ibu bapa juga perlu menambahkan pengetahuan sedia ada anak-anak mereka dalam segala aspek terutama dalam pembelajaran sains kerana pengetahuan baharu yang bakal mereka terima bergantung kepada pengetahuan sedia ada yang anak-anak mereka miliki. Justeru itu, interaksi sosial akan dapat membantu
dan
menyokong
pembelajaran
anak-anak
mereka
dan
melalui
pemahaman serta pengetahuan tersebut sekaligus dapat diaplikasikan ke dalam kehidupan mereka kelak. Kesimpulannya, sebagai guru, kita bukan sahaja perlu mendengar suara hati murid-murid dan memahami fitrah mereka sebagai kanak-kanak, malahan kita juga
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
34
perlu sama-sama menyelami dunia mereka supaya setiap pengajaran yang kita sampaikan akan bertambah menarik dan menyeronokkan.
7.0 REFLEKSI Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek EDU 3103 Murid dan Alam Belajar ini. Ketika pertama kali mendapat tugasan ini, saya kurang faham dengan kehendak soalan tetapi setelah beberapa kali berjumpa dengan pensyarah pembimbing iaitu Pn. Fadhilah Binti Aspar, beliau banyak memberi panduan dan tunjuk ajar sehingga saya benar-benar faham apa yang dikehendaki soalan tugasan. Saya berasa bersyukur kerana antara tajuk-tajuk yang perlu dihuraikan merupakan tajuk pembentangan kumpulan saya di dalam kelas ketika kuliah dijalankan. Tajuk tersebut ialah berkaitan teori-teori pembelajaran. Jadi, sedikit sebanyak ia dapat membantu saya untuk lebih memahami konsep di dalam teori-teori pembelajaran. Ketika memulakan tugasan ini, agak sukar juga untuk menjelaskan konsep alam belajar dan pengajaran-pembelajaran walaupun banyak maklumat boleh didapati di mana-mana sumber tetapi saya perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah. Begitu juga dengan penejlasan tentang kepentingan alam belajar dalam perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Huraian daripada
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
35
teori-teori pembelajaran utama juga perlu dilaksanakan dan saya harus menjelaskan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran. Huraian utama yang dinyatakan perlulah jelas dan tepat. Pada pendapat saya, ketiga-tiga tajuk ini mempunyai banyak fakta yang perlu diingat dan difahami. Saya perlu memahami setiap isi dalam setiap tajuk agar mudah untuk melaksanakan tugasan memandangkan tugasan menghendaki saya menghuraikan aplikasi teori pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apa yang lebih penting di sini, saya telah banyak menghabiskan masa di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Selain itu, saya telah dapat mempelajari kemahiran menganalisis, membanding dan memapar data kajian secara tersusun. Selain di perpustakaan, saya juga berusaha mencari maklumat berkaitan melalui internet. Buktinya, saya mendapatkan artikel yang dipilih sebagai huraian dalam tugasan melalui internet. Kaedah ini dapat menjimatkan masa walaupun pemilihan artikel tidak harus dipandang ringan kerana artikel itulah yang akan memberikan sedikit sebanyak maklumat dan penting yang dapat diaplikasikan dengan ketiga-tiga tajuk yang dikehendaki. Kemahiran menganalisis, membanding beza telah saya gunakan dalam mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dengan artikel yang telah saya pilih. Ketika inilah pemikiran yang tinggi dan kritikal perlu digunakan kerana terdapat banyak teori-teori pembelajaran yang perlu difahami konsepnya dan ini membuatkan saya agak keliru walaupun telah banyak membuat analisis berkaitan teori-teori ini. Walaubagaimanapun, saya tetap juga berusaha mencari maklumat dan idea yang bernas untuk menghasilkan penulisan laporan yang menunjukkan kefasihan bahasa,
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
36
kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara analitikal sebagaimana yang dikehendaki oleh kriteria-kriteria tugasan yang baik. Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, pelbagai halangan yang saya rasakan mempengaruhi perjalanan saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan lebih awal. Antaranya ialah penggunaan masa yang tidak teratur, terlalu biasa membuat kerja lewat malam dan lebih gemar menghabiskan masa dengan kawan-kawan yang lain. Justeru itu, saya mengambil inisiatif untuk menghabiskan masa sepanjang cuti dengan berada di rumah menyiapkan tugasan ini. Alhamdulillah, saya berjaya juga menyiapkan tugasan ini dengan lebih awal. Melalui tugasan KKP ini, banyak kebaikan dan manfaat yang saya dapati ketika menyiapkannya. Antaranya, ialah saya dapat menjelaskan konsep alam belajar secara ringkas dan memahami kepentingan alam belajar dalam perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Selain itu, sedikit sebanyak saya juga dapat membanding bezakan setiap teori pembelajaran yang telah dihuraikan dalam tugasan. Ini menunjukkan bahawa objektif kerja kursus pendek ini telah pun mencapai matlamatnya yang tersendiri. Sebagai buktinya, Alhamdulillah saya telah dapat
menghasilkan
laporan
kajian
yang
merangkumi
aspek-aspek
yang
dikehendaki. Akhir sekali, saya amat berharap tugasan ini dapat memenuhi kriteria tugasan yang baik dan apa yang paling penting ialah semoga segala pengetahuan yang saya peroleh ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan saya sebagai bakal guru kelak. Semoga tugasan ini juga dapat dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja yang membacanya. Sekian, terima kasih.
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
37
10.0 BIBLIOGRAFI Choong Lean Keow (2008). Murid dan Alam Belajar untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin (1993). Pedagogi 3 Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah. Longman Malaysia Sdn. Bhd. Lee Shok Mee (1994). Asas Pendidikan 2 Psikologi dalam Bilik darjah. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2008). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). Siri Pendidikan Guru Murid dan Alam Belajar. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar.
Anuar Ahmad (2009). Fail Profil Nilai Potensi Pelajar:Utusan Malaysia. [Online]. Diperoleh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0721&pub=Utusan_Mal aysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm [2009, Julai 22]. ARKIB : 09/07/2009. [Online]. Diperoleh:
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
38
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0709&pub=Utusan_Malaysia &sec=Rencana&pg=re_01.htm [2009, Julai 22]. Azrina Binti Sobian (2009). Pengajaran dan Pembelajaran Sains yang Menarik: Berita Harian [Online]. Diperoleh: http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?cmd=resetall&grp=2&key=1721&lg=1&opt =com_article&sec= [2009 Julai 22]. Azizi Jaafar (2009). EDU 3103 Murid dan Alam Belajar. [Online]. Diperoleh: http://mabjip.blogspot.com/2009/07/teori-pembelajaran.html [2009, Ogos 1]. Amir Awang. Pendekatan Kognitif. [Online]. Diperoleh: http://www.pdfcoke.com/doc/17064250/Pendekatan-Kognitif [2009, Julai 13].
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
39
11.0 LAMPIRAN
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR
40