Muhammad Cahaya Alam

  • Uploaded by: Ujang
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Muhammad Cahaya Alam as PDF for free.

More details

  • Words: 741
  • Pages: 2
"Katakanlah (wahai Muhammad), jika kamu semua mencintai Allah, maka ikutilah ajaranku. Nescaya, Allah akan mencintai kamu semua dan mengampuni dosa-dosa kamu" (Al-Baqarah:31)

Kita perlu berusaha untuk memahami Islam secara sahih dan sebenar. Jauh daripada kefahaman yang sesat dan pengaruh hawa nafsu. Jadikanlah Quran dan Sunnah serta seerah salafus-soleh sebagai rujukan.I tulah sumber Islam yang sebenar dan asli.

Saudara dan saudari yang dirahmati Allah s.w.t,

Akhir kalam, bersempena dengan tarikh memperingati kelahiran baginda Rasulullah s.a.w ini, ISMA Negeri Sembilan mengucapkan salam Maulid Nabi kepada segenap lapisan masyarakat di Negeri Sembilan. Semoga ruh perjuangan Baginda s.a.w sentiasa mengalir dalam diri kita semua.

Sebagai generasi Muslim yang diberikan petunjuk, kita mempunyai tanggungjawab yang besar dan berat untuk dipikul.Tanggungjawab yang mana, gunungganang dan langit enggan menerimanya. Lihatlah dan rasailah keagungan amanah tersebut! Itulah amanahnya, menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah mereka daripada kejahatan. Sifat inilah yang menjadi ciri utama yang disebutkan oleh Allah s.w.t kepada mereka yang ingin menggapai kecemerlangan dan kegemilangan dalam prestasi hidup mereka. "Kamu adalah sebaik-baik ummah yang diutuskan untuk manusia, (kerana kamu) menyeru mereka kepada kebaikan dan mencegah mereka daripada kejahatan" . Justeru itu, kita semua memikul amanah yang sama. Kita harus sentiasa sedar dan peka akan usaha-usaha konspirasi musuhmusuh Islam untuk memisahkan pengertian dakwah yang sebenar dan mewujudkan kefahaman yang salah di kalangan ummah tentang tanggungjawab sebenar mereka.

"Jika kamu tidak menolong (Muhammad s.a.w), Sesungguhnya Allah (pasti) telah menolongnya" (Taubah: 40).

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) NEGERI SEMBILAN NO:32 A, Senawang Business Centre, Taman Tasik Jaya, 70400 Seremban, N.Sembilan 06-6785268, 019-6699630, 012-6781644

www.isman9.wordpress.com

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w itu contoh ikutan yang baik bagi sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Allah s.w.t juga Hari Akhirat serta yang banyak mengingati Allah" (Al-Ahzab:21)

12hb Rabiul Awwal terus tiba pada saban tahun. Semarak sambutan sempena bulan kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W tetap tidak akan dilupakan. Mana mungkin melupakan susuk tubuh yang telah membawa cahaya ke seluruh alam. Cahaya yang menerangi jalan di sepanjang kehidupan di dunia dan juga di akhirat. Cahaya yang menjadikan kehidupan ini menjadi sangat bermakna. "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia mengingati Allah dengan sebanyak-banyaknya" ( Al Ahzab :33 ) . Setiap kali bulan Rabi'ul Awwal menyapa datang dalam kalendar Hijri Muslimin. Pastinya ingatan kita semua akan terfokus pada satu sempena yang penuh sejarah dan barakah, iaitu kelahiran Ar-

Rasul Muhammad s.a.w, pembawa risalah hidayah kepada alam sejagat. Sambutan sempena detik yang menempa ukiran emas dalam sejarah kemanusiaan keseluruhannya. Saudara dan saudari yang dirahmati Allah s.w.t, Marilah kita sama-sama duduk sejenak, merenung dan bertafakur sebentar memperingati sempena kelahiran insan agung yang penuh semerbak haruman wangiannya ini. Moga-moga keharuman wangian ini dapat menyedarkan kembali jiwa-jiwa yang sudah alpa dan meyembuhkan kembali ruh-ruh yang kosong dan sedang sakit. Kelahiran Rasulullah s.a.w di tengahtengah masyarakat Arab Quraisy yang sedang tenggelam dalam lautan kejahilan dan kefasadan pada ketika itu, merupakan antara anugerah Allah s.w.t yang paling hebat dan besar ke atas umat akhir zaman. Umat manusia pada saat itu sangat berhajat kepada seseorang yang dapat menyelamatkan mereka daripada kesesatan dalam kegelapan Jahiliyah. Hidayah yang mampu mendidik jiwa mereka. Jalan yang dapat memajukan nasib diri insan. Maka, kelahiran Rasulullah s.a.w itulah jawapan bagi segalanya. Maka pada kesempatan yang penuh barakah ini, ISMA dengan penuh insaf dan sedar menyeru sekalian

masyarakat di Negeri Sembilan ini khasnya, dan di negeri-negeri lain amnya untuk sama-sama kita memperbaharui rasa cinta kita terhadap Rasulullah s.a.w bersempena dengan kedatangan bulan Rabiul Awal tahun 1430 Hijri ini. Kita renung kembali ke dalam diri kita masing-masing. Sejauhmana telah kita benar-benar cuba untuk mencontohi akhlaq Nabi s.a.w? Di manakah kesungguhan kita berbanding dengan usaha Nabi s.a.w menyedarkan kembali umat yang berterusan tanpa mengenal penatlelah? Di mana prestasi ibadah kita? Di mana nilai persaudaraan sesama muslim antara kita? Di mana tanggungjawab sebagai ummat baginda s.a.w? Contohnya dalam siu terkini, apakah sikap dan sumbangan kita kepada saudara kita yang dizalimi di Gaza, Palestin? Bagaimanakah sikap kita dengan Masjid Al Aqsa dan Baitul Maqdis yang telah dicerobohi dan dinodai oleh Yahudi Zionis? Bagaimana pula sikap kita dengan keadaan umat Islam di lokaliti kita dan di tempat-tempat lain? Tanyalah diri kita dan jawaplah dengan penuh jujur. Jika prestasi jawapannya baik, maka ucapkan syukur pada-Nya dan pertingkatkanlah lagi. Jika sebaliknya, segeralah beristighfar kepada Allah s.w.t atas kecuaian kita, kerana setiap rasa cinta itu perlukan pembuktian. Buktikanlah cinta kita terhadap Nabi sa.w dengan amalan dengan mempraktikkan Islam dalam segenap aspek hidup kita.

Related Documents

Muhammad Cahaya Alam
May 2020 13
Cahaya
November 2019 46
Cahaya
May 2020 41
Alam
May 2020 34
Cahaya: Ethernet
December 2019 35

More Documents from "Ali Yafi"