Mohd Anuar -peraturan Program Pjkn 2008 Negeri Terengganu

  • Uploaded by: MOHD ANUAR BIN IBRAHIM
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Mohd Anuar -peraturan Program Pjkn 2008 Negeri Terengganu as PDF for free.

More details

  • Words: 984
  • Pages: 5
PERATURAN PROGRAM TEMPAT PROGRAM i.

Setiap peserta diwajibkan berada ditempat lprogram yang ditetapkan sepanjang program dijalankan.

ii.

Setiap peserta tidak dibenarkan keluar dari tempat program kecuali setelah mendapat kebenaran daripada fesilitator.

ADAB DAN SOPAN SEPANJANG PROGRAM i.

Setiap peserta hendaklah menjaga kesopanan dan kesusilaan di sepanjang program berjalan sama ada dalam pusat latihan atau semasa latihan di luar.

ii.

Setiap peserta hendaklah sentiasa menjaga sensitiviti kaum dan tidak menggunakan bahasa (lisan atau bukan lisan) yang boleh menimbulkan perasaan kurang senang pada peserta lain.

iii.

Setiap peserta hendaklah sentiasa saling hormat menghormati antara satu sama lain dengan pihak urus setia, jurulatih dan individu lain yang terlibat di dalam program ini. (orang kampung, kakitangan awam dan lain-lain)

KESELAMATAN / KECEMASAN i

Keselamatan di sepanjang Program adalah di bawah tanggungjawab pihak urus setia program dan para peserta sendiri.

ii.

Setiap peserta mesti memakai dan mempamerkan tanda nama masing-masing sepanjang program dijalankan .

iii.

Sebarang insiden atau kecemasan hendaklah dilaporkan serta merta kepada urus setia atau mana-mana pegawai yang ada.

iv.

Apabila terdengar bunyi siren kecemasan tanpa henti, semua peserta hendaklah berkumpul di tempat yang diarahkan oleh urus setia.

v.

Setiap peserta mestilah mematuhi arahan-arahan keselamatan dari fesilitator bertugas.

vi.

Semasa bergerak di sebelah malam, setiap orang peserta mesti bergerak secara berkumpulan, sekurang-kurangnya tiga orang.

vi.

Setiap peserta tidak digalakkan membawa atau memakai barangan kemas.

1

PERATURAN BERPAKAIAN i.

Setiap peserta hendaklah memakai pakaian yang disediakan ketika acara perasmian

ii.

Setiap peserta hendaklah memakai pakaian yang bersih, dan kemas.

iii.

Setiap peserta hendaklah memakai pakaian yang bersopan dan tidak menjolok mata .

iv.

Bagi peserta yang beragama Islam, mereka mestilah memakai pakaian yang menutup aurat semasa berada di surau atau di masjid untuk sembahyang Jumaat.

v.

Sesi Riadah pagi / Sesi Riadah petang hendaklah berpakaian sukan dan berkasut.

vi.

Selipar hanya dibenarkan ketika hendak ke Tandas / Bilik Air sahaja

PENGLIBATAN DALAM SEMUA MODUL i.

Setiap peserta wajib menghadiri dan mengambil bahagian di dalam semua aktiviti yang ditetapkan dalam Program

ii.

Setiap peserta yang gagal menghadiri dan mengambil bahagian di dalam semua aktiviti yang ditetapkan didalam program ini boleh dikenakan tindakan disiplin.

iii.

Mana-mana peserta yang mengalami sebarang masalah kesihatan yang boleh menjejaskan penglibatannya dalam program ini hendaklah memaklumkan kepada pihak urus setia dengan segera.

iv.

Setiap peserta mestilah berada di tempat atau lokasi program sekurangkurangnya 5 minit sebelum aktiviti bermula.

v.

Setiap peserta mestilah mematuhi arahan yang diberikan oleh seseorang fasilitator di dalam semua modul

vi.

Semua peserta hendaklah bergerak secara berkumpulan, di sepanjang program dijalankan.

vii.

Semua aktiviti program dijalankan dibawah pengawasan fasilitator

2

PERATURAN KEBERSIHAN Kawasan di Dalam Bilik Tidur i.

Tempat tidur mestilah sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur.

ii.

Kedudukan katil mestilah lurus dan tersusun dengan katil- katil lain.

iii.

Keadaan bilik mestilah bersih dan kemas

iv.

Semua barang yang tidak digunakan hendaklah disimpan di dalam almari yang disediakan atau disidai di luar asrama / tempat yang ditetapkan sahaja.

v. vi.

Bilik akan diperiksa dari masa ke semasa oleh pihak urus setia. Makan dan minum dilarang dalam bilik tidur

Kawasan Bilik Mandi dan Tandas i.

Bilik mandi dan tandas hendaklah sentiasa bersih.

ii.

Sabun, ubat gigi dan berus gigi milik persendirian hendaklah disimpan dengan baik.

iii.

Dilarang membuang tuala wanita atau apa-apa bahan yang boleh menyebabkan tandas tersumbat.

iv.

Kebersihan bilik mandi di kem adalah dibawah tanggungjawab peserta.

Kawasan Luar Bilik atau Khemah i.

Kawasan diluar bilik seperti longkang dan kaki lima mestilah sentiasa bersih. Begitu juga di sekitar kawasan program

ii.

Dilarang membuang sampah di merata-rata tempat, sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

iv.

Dilarang memijak rumput (jika terdapat arahan melarang) dan gunakan laluan yang telah disediakan. Dilarang melintas padang pada waktu malam.

v.

Tempat Sembahyang i.

Tempat sembahyang mestilah sentiasa bersih

ii.

Adalah dilarang sama sekali menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan agama dan yang boleh mencemarkan tempat sembahyang.

iii.

Tempat sembahyang boleh digunakan untuk tujuan program tetapi hendaklah mendapat kebenaran urus setia.

3

Dewan Ceramah i.

Semua peserta adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan dan susun atur kerusi dan meja di dalam dewan.

ii.

Penggunaan dewan ceramah mestilah dengan kebenaran urus setia.

Dewan Makan i.

Semua peserta adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan dan susun atur kerusi dan meja di dalam dewan makan.

ii.

Sisa-sisa makanan hendaklah dibuang ke tempat yang disediakan.

iii.

Peserta hendaklah mencuci tempat makan yang digunakan dan meletakkannya di tempat yang disediakan. Dilarang memakai selipar ketika di Dewan Makan.

iv.

PENGGUNAAN AIR DAN ELEKTRIK i.

Lampu, kipas dan peralatan elektrik lain hendaklah sentiasa ditutup sebelum semua peserta meninggalkan bilik, dewan ceramah, dewan makan, bilik LDK dan surau.

ii.

Penggunaan peralatan elektrik hendaklah dengan kebenaran urus setia sahaja.

iii.

Penggunaan air dan elektrik yang boleh menjejaskan perjalanan program adalah dilarang sama sekali.

iv.

Elakkan pembaziran penggunaan air dan elektrik.

LARANGAN KEPADA PESERTA Setiap peserta pada bila-bila masa dilarang melakukan perkara-perkara seperti berikut; i.

Melakukan apa-apa tindakan yang dianggap salah dari segi Undangundang Negara, peraturan masyarakat dan agama

ii.

Peserta lelaki tidak boleh memakai subang, bertindik dan lain-lain yang seumpamanya.

iii.

Menghisap rokok di sepanjang program dijalankan.

iv.

Mengadakan perhimpunan tanpa mendapat kebenaran urus setia

v.

Membawa, menyimpan dan mengguna sebarang senjata tajam atau senjata yang merbahaya.

4

vi.

Mengambil, mengguna, membawa, menyimpan atau mengedar sebarang jenis dadah yang dilarang, minuman keras dan bahan lucah.

vii.

Mengambil bahagian dalam semua jenis bentuk judi atau pertaruhan pada bila-bila masa.

viii.

Berada di kawasan penempatan peserta dari jantina yang berlainan (peserta lelaki tidak dibenarkan di dikawasan peserta perempuan dan sebaliknya).

xi.

Menyambung pendawaian letrik tanpa kebenaran urus setia.

x.

Melakukan sebarang kerosakan ke atas harta benda, kemudahan awam, alam semulajadi dan lain-lain.

xi.

Berada di tempat lain selain dari tempat tidur sendiri apabila arahan lampu dipadam dikuatkuasakan.

xii.

Memberikan maklumat mengenai aktiviti progam kepada media massa atau orang luar tanpa kebenaran urus setia.

xiii.

Memasak sebarang jenis makanan di dalam bilik penginapan

HAL-HAL LAIN i.

Peaturan-peraturan dan arahan lain akan di keluarkan dari masa ke se masa jika di fikirkan perlu.

5

Related Documents


More Documents from "MOHD ANUAR BIN IBRAHIM"