Pergerakan Nasionalis Asia Tenggara - Mohd Anuar

  • Uploaded by: MOHD ANUAR BIN IBRAHIM
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pergerakan Nasionalis Asia Tenggara - Mohd Anuar as PDF for free.

More details

  • Words: 2,234
  • Pages: 11
JMS 214 – SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN TAJUK :

Pergerakan Nasionalis yang muncul pada abad ke- 19 di Asia Tenggara Menentang Kehadiran penjajahan Barat dan bukannya menekankan ikatan darah , bahasa dan budaya. Setujukah anda dengan kenyataan ini.

Saya sangat bersetuju dengan kenyataan yang tersebut di atas bahawa pergerakan Nasionalis yang muncul di Asia Tenggara pada abad ke – 19 lebih terdorong kepada penentangan kepada para penjajah Barat yang telah lama menindas masyarakat Asia Tenggara pada masa itu.

Negara-negara di Asia Tenggara seperti Filipina telah dijajah oleh Sepanyol, Indonesia oleh Belanda dan Malaya oleh British . Penjajahan berlaku dalam satu tempoh yang amat panjang menyebabkan ramai masyarakat di Asia Tenggara hidup dalam kedaifan dan sering diperhambakan oleh golongan penjajah Barat semata –mata bagi kepentingan diri mereka dan negara mereka. Kehidupan peri bumi diabaikan lansung.

Pihak penjajah tidak mahu memajukan masyarakat di negara yang mereka jajah adalah semata-mata untuk mengelakkan masyarakat tempatan menentang mereka. Ben Anderson ( 1083 : Bab 7 ) telah menghuraikan dengan panjang lebar mengenai faktorfaktor yang menyebabkan kemunculan nasionalis di Asia Tenggara antaranya ialah ;

I.

Pemberian pendidikan kepada penduduk tempatan. Walaupaun kemudahan ini hanya memenfaatkan suatu golongan yang kecil, mereka inilah yang telah membekalkan pemimpin dan idea-idea baru di seluruh rantau ini.

II

Perkenalan sistem pentadbiran bercorak komunikasi

III

Kemajuan dalam bidang komunikasi

MAI / 1998 – 2002 / PPPJJ USM

1

IV

Perangsang daripada kegiatan reformasi di tempat-tempat lain, mula-mulanya di Jepun dan kemudian di China dan India.

V

Penyebaran ideologi-ideologi anti penjajah

VI

Dasar-dasar kolonial, terutamanya dasar ekonomi yang menindaskan diskriminasi berdasarkan kaum dan usaha menghalang atau membenteraskan kegiatan politik orang tempatan.

Tambah Anderson lagi, dasar pendidikan yang dijalankan oleh pihak penjajah mempunyai dua matlamat utama . Pertama ,memutuskan pertalian politik dan budaya yang sedia wujud antara jajahan mereka dan alam di sekelilingnya. Kedua menghasilkan segolongan elite tempatan yang telah menyerap budaya barat dan berhutang budi kepada kuasa penjajah untuk memenuhi peringkat bawahan birokrasi kolonial. Tujuan pertama memperkukuhkan khayalan wilayah yang disempadani oleh pihak penjajah sebagai suatu entiti politik. Tujuan kedua adalah berhubung rapat dengan faktor kedua- perkenalan sistem pentadbiran bercorak birokrasi barat- yang turut menyumbang kepada khayalan tersebut. Elit berpendidikan ini yang memasuki perkhidmatan pentadbiran kolonial menunaikan satu lagi ziarah yang selari dengan ziarah pendidikan itu. Oleh sebab mereka boleh memainkan peranan mereka di keseluruhan jajahan tertentu, tetapi dalam jajahan itu, konsepsi mereka tentang lingkungan masyarakat khayalan itu diperkuatkan. The interlock between particular educational and administrative Pilgrimages provided the territorial base for new ‘ imagined Communities ‘ in which ‘ natives could come to see themselves As nationals ‘

MAI / 1998 – 2002 / PPPJJ USM

2

{ Anderson 1983 : 127 } Hasil daripada dua ziarah ini , golongan cendekiawan – terutamanya mereka yang pernah mengalami penindasan dan diskriminasi di tangan pihak penjajah telah muncul sebagai pemimpin dalam perjuangan menubuhkan negara-bangsa berdasarkan masyarakat khayalan mereka. Dalam usaha ini, mereka dirangsangkan oleh contoh-contoh negara bangsa dan nasionalisme Barat dan Timur.

Filipina merupakan negara perintis di Asia Tenggara yang memulakan gerakan Nasionalisme. Gerakkan Propaganda yang telah ditubuhkan pada tahun 1872 oleh cendikiawan –cendikiawan Filipina ( illustrado ) yang telah melarikan diri ke luar negeri selepas suatu gelombang penindasan oleh kerajaan Sepanyol. Gerakan ini bersifat reformasi, dan seperti dicerminkan oleh namanya, kegiatan utamanya ialah menyebarkan propaganda demi memupuk kesedaran dalam kalangan rakyat Filipina. Terbitan utamanya ialah La Solidaridd yang menyuarakan tuntutan-tuntutan seperti hak persamaan untuk orang Filipina dan Sepanyol, Percantuman Filipina sebagai sebuah wilayah Sepanyol , pengiktirafan untuk paderi-paderi Filipina dan kebebasan pertuturan, kewartawanan, mesyuarat, rayuan dan sebagainya. Antara pemimpin terkenal dalam Gerakkan Propaganda ini ialah Jose Rizal, Del Pilar dan Lopez Jaena yang mana kesemuanya adalah cendikiawan dalam buangan.

Kekejaman pihak penjajah menyebabkan Andress Bonifacio, seorang ahli Liga Filipina mengasaskan suatu pertubuhan bawah tanah pada bulan Julai 1892 yang bertujuan menyatukan semua penduduk Filipina demi menubuhkan sebuah negara bangsa dan mencapai kemerdekaan .

MAI / 1998 – 2002 / PPPJJ USM

3

Di Burma, dua kumpulan utama telah muncul untuk memimpin gerakkan nasionalisnya . Yang pertama ialah elit politik di bandar yang terdiri daripada kelas pertengahan yang telah tumbuh dalam tempoh penjajahan dan yang kedua ialah golongan sami-sami Buddish yang telah hilang peranan tradisional mereka sebagai pemimpin dan pendidik. Pada pandangan Taylor ( 1987 : 163 ), perlakuan elit politik kelas pertengahan adalah dipandukan oleh usaha mereka mempertahankan kepentingan kelas mereka dengan memanfaatkan peluang-peluang yang wujud akibat dasar British meliberalisasikan Institusi-institusi politik negara itu. Hasrat mereka ialah menjamin bahawa mereka dapat mewarisi jentera kerajaan daripada pihak British demi menentukan bahawa taraf mereka dalam masyarakat tidak terjejas, corak pemikiran ini dibayangkan dalam cara mereka menghadapi isu-isu yang timbul dalam proses perjuangan nasionalis ini. Pertubuhan mereka yang pertama ialah Young Men’s Buddhist Association ( YMBA), yang diasaskan pada tahun 1906 lebih tertumpu kepada isu-isu sosial dan agama tetapi pada tahun tersebut penglibatan dan kemudian kejayaannya dalam “ kontroversi kasut “ menandakan permulaan penglibatannya secara langsung dalam kegiatan-kegiatan politik .

Pertembungan pandangan berlaku tentang sama ada mereka harus menuntut bahawa Burma dipisahkan daripada India apabila pihak British bercadang memberi kuasa kerajaan sendiri kepada India pada tahun 1917. Selepas pertukaran namanya kepada General Council of Burmese Associations ( GCBA) dan perluasan kegiatan serta organisasinya pada tahun 1920, perdebatan tentang respon yang sesuai kepada reformasi –reformasi perlembagaan yang diperkenalkan oleh pihak British tetap menjadi kelekaan mereka.

MAI / 1998 – 2002 / PPPJJ USM

4

Pendirian mereka bersabit dengan isu penceraian Burma daripada India sering berdolak dalik , bergantung kepada pengiraan mereka tentang pilihan yang mana akan membawa lebih kuasa autonomi kepada mereka. Sebab itulah Taylor menyatakan bahawa pertimbangan utama mereka ialah menjaga keistimewaan kelas mereka sendiri.

Satu lagi golongan yang turut memainkan peranan yang penting dalam gerakan Nasionalis Burma ialah golongan belia dan pelajar. Pelajar terutamanya di peringkat universiti, terdedah kepada idea-idea anti – imperialis dan Marxis. Dari golongan radikal ini lahirlah Do Bama Asiayone, yang bermakna Persatuan Bangsa Burman, pada tahun 1936. Tujuan Do Bama Asiayone ialah kemerdekaan , penentuan nasib sendiri dan anti imperialisme. Disamping itu, Do Bama Asiayone berhasrat memperbaiki kedudukan kehidupan masyarakat keramaian. Walaupun anggota Do Bama Asiayone yang menggelarkan diri thakins ini berjaya mendapat sambutan yang meluas daripada kaum petani dan buruh, pucuk pimpinannya tetap terbahagi seperti generasi sebelumnya iaitu antara yang mahu bekerjasam dengan British dan yang inginkan mengadakan kegiatan surbersif terhadap kerajaan British. Walaupun retorik mereka lebih radikal metlamat pemimpin Do Bama Asiayone tidak banyak berbeza daripada elite politik kelas pertengahan yang lebih awal iaitu menjamin bahawa mereka akan mewarisi kuasa politik daripada pihak penjajah.

Gerakan nasionalis di Vietnam di bahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat pertama Reformis yang berlangsung dari tahun 1900 hingga 1926 dan pada peringkat revolusionari yang bermula denga penubuhan Parti Nasionalis Vietnam pada tahun 1927. Pemimpinpemimpin yang terkenal pada reformis ialah Phan Boi Chau dan Phan Chu Trinh. Phan

MAI / 1998 – 2002 / PPPJJ USM

5

Boi Chau berasal dari keluarga sarjana Konfusius dan telah melibatkan diri dalam gerakan Can Voung. Pengaruh idea-idea reformis dari China yang mula-mula mendorong beliau menceburkan diri dalam gerakan anti penjajah . Kemudian beliau mendapat perangsang daripada kejayaan Jepun menewaskan Russia pada tahun 1905 dan memutuskan bahawa cara untuk menyelamatkan Vietnam ialah menuruti contoh raja progresif dan moden Jepun. Demi mempelopori gerakan Dong Du yang menganjurkan perlanjutan pengajian pelajarPelajar Vietnam di Jepun. Walau bagaimanapun , gerakan ini semakin merosot menjelang tahun 1908- 1909 apabila kerajaan Jepun bermula mengusir keluar pelajar-pelajar ini akibat desakan Peranchis.

Selepas penyingkiran pelajar Vietnam dari Jepun dan Revolusi 1911 di China, tokoh nasionalis Vietnam seperti Phan Boi Chau lebih terpikat oleh ideologi republik China. Pha Boi Chau dan lebih daripada 100 rakyat Vietnam yang sedang berada dalam buangan di China telah enubuhkan Quang Phuc Hoi ( Persatuan Pemulihan Vietnam ) yang berhasrat untuk membentuk republik demokratik di Vietnam berdasarkan contoh China. Suatu angkatan tentera ditubuhkan sebagai persiapan untuk menyerang Vietnam dari pangkalan-pangkalan Quang Phuc Hoi di kawasan perbatasan China tetapi rancangan mereka ini tidak dapat berjalan dengan lancar disebabkan kekurangan wang. Pemberontakan yang dilakukan oleh Quang Phuc Hoi telah mengalami kekalahan teruk pada tahun 1915.

Gerakan nasionalis Vietnam pada tahap ini ,iaitu sehingga pada tahun 1926 menghadapi dua masalah yang asas, pertama ramai anggota golongan terpelajar masih inginkan jawatan dalam perkhidmatan awam dan justeru itu rela bersubahat dengan pihak Peranchis Kedua kemerosotan maharaja sebagai simbol penyatuan masyarakat Vietnam pembahagian

MAI / 1998 – 2002 / PPPJJ USM

6

Vietnam secara pentadbiran dan keberkesanan polis Peranchis bersama-sama menjadikannya amat sukar bagi ahli-ahli politik Vietnam membina gerakan yang merangkumi seluruh negara.

Dalam kedudukan ini, ideologi sosialis menjadi semakin popular dalam kalangan tokoh nasionalis Vietnam pada tahun 1020 an sebagai suatu seruan untuk tindakan bersama pada tahun 1927 tertubuhnya Parti Nasionalis Vietnam ( VNQDD ) yang menerima inspirasi daripada Kuomintang. VNQDD merupakan sebuah pertubuhan elite yang dianggotai oleh pelajar-pelajar muda yang tidak berpengalaman dalam organisasi politik. Pengerusinya Nguyen Thai Hoc, sendiri merupakan seorang pelajar. VNQDD mempunyai beberapa kelemahan yang mencacatkan. I a tidak dapat berganding bahu dengan golongan nasionalis yang lain , tidak mempunyai gambaran yang jelas tentang bentuk masyarakat yang ingin dibina dan kurang mendapat sokongan kewangan . Pengaruhnya terhad kepada kawasan utara Vietnam. Taktik VNQDD ialah cuba menghakis kewibawaan kerajaan penjajah dengan membunuh pegawai-pegawai Peranchis dan sekutu mereka. Pada tahun 1929, pembunuhan seorang mandur Peranchis telah mendatangkan tindak balas yang merungsingkan daripada pihak kerajaan, termasuk penghapusan beberapa sel parti itu. Nguyen Thai Hoc mengambil keputusan melancarkan pemberontakan tetapi ditumpaskan. Pemimpin-pemimpin VNQDD, termasuk Nguyen Thai Hoc dihukum mati dan dengan itu lenyaplah satu lagi organisasi nasionalis Vietnam.

Negara Indonesia juga turut mengalami keadaan yang sama , di mana pergerakkan nasionalis terbahagi kepada Nasionalis Budaya, Nasionalis Islam, Nasionalis Komunisme dan juga Nasionalis Sekularisme.

MAI / 1998 – 2002 / PPPJJ USM

7

Walaupun terdapat pelbagai jenis gerakan nasionalis di Indonesia, namun terdapat satu persamaan iaitu rata-rata reformis mereka mendapat pendidikan dari barat. Kebanyakan idea-idea barat meresap masuk dalam semua unsur-unsur gerakan walaupun Gerakan Islam. ( Legge, 1980: 131 ).

Pergerakan Budi Oetomo diasaskan oleh sekumpulan pelajar perubatan di Jawa pada tahun 1908 boleh dianggap sebagai pertubuhan nasionalis budaya yang pertama. Walaupun ianya merupakan satu gerakan yang memperjuangkan budaya bangsa, namun pada hakikat sebenarnya ia mempunyai hala tuju yang sam iaitu menentang penjajahan barat di Indonesia.

Aliran Islam pula telah dipelopori oleh Sarekat Islam yang telah ditubuhkan pada tahun 1912 sebagai persatuan golongan peniaga yang merasakan kedudukan ekonomi mereka terjejas oleh peniaga Cina. Dalam masa yang singkat pertubuhan ini telah mendapat tempat di hati rakyat, kerana ia merupakan tempat rayuan golongan petani dan penduduk lain yang menghadapi kemuskilan atau ketidakadilan . Melalui pertalian yang rapat dengan masyarakat umum , Sarekat Islam telah memperolehi penyokong yang semakin ramai . Dianggarkan bahawa menjelang tahun 1919 jumlah ahlinya telah melampaui 2 juta orang. Walaupun bukan semua betul-betul bergiat.

Sarekat Islam juga menjadi semakin radikal antara tahun 1916 dan 1919. Dalam kongresnya pada tahun 1917, Sarekat Islam telah mengistiharkan pencapaian kemerdekaan sebagai matlamat muktamatnya. Pada tahun 1919 beberapa rusuhan tempatan yang dikelolakan oleh

MAI / 1998 – 2002 / PPPJJ USM

8

Sarekat Islam telah meletus dan kejadian ini telah mendatangkan tindak balas kerajaan menghadapkan sebilangan ahli Sarekat Islam ke Mahkamah dan sesetengah mereka di buang negeri. Cawangan-cawangan mereka juga telah diserang . Dalam pada itu juga Sarekat Islam turut terlibat dalam krisis dalaman di antara golongan Islam dan golongan sosialis. Golongan sosialis ini sebenarnya juga merupakan ahli Persekutuan Demokratik Sosial Indies ( ISDV ) dan oleh sebab kumpulan ini mempunyai kepaduan maka pandangannya wujud sebagai sebuah parti di dalam parti. ISDV yang telah menukarkan namanya kepada Parti Komunis Indies pada tahun 1920 tidak disenangi oleh Sarekat Islam. Dalam kongres Sarekat Islam pada tahun 1921 , usul melarang ahli-ahli Sarekat Islam memasuki Parti Komunis Indies . Kesannya adalah penyingkiran Parti Komunis Indies daripada Sarekat Islam.

Pada pertengahan tahun 1920 an, didapati bahawa Parti Komunis Indies semakin menghala ke arah radikal dan memuncak dengan pemberontakannya di Jawa Barat dan Sumatera Barat pada tahun 1926- 1927. Walau bagaimanapun pemberontakan ini telah berjaya di patahkan oleh kerajaan Belanda dan kesannya seramai 13.000 orang ahli Parti Komunis Indies telah ditangkap dan lebih kurang 1.000 orang lagi telah dibuang negeri. Dengan ini maka lenyaplah gerakan Komunis sehinggalah ianya ditubuhkan semula pada tahun 1945.

Kemerosotan Sarekat Islam dan kejatuhan Parti Komunis Indies telah membuka peluang Untuk kemunculan satu aliran yang baru dalam gerakan nasionalis Indonesia. Parti Nasional Indonesia telah ditubuhkan pada tahun 1927 oleh pelajar-pelajar Indonesia yang telah kembali daripada pengajian mereka di Belanda. Sungguhpun banyak pertubuhan-pertubuhan nasionalis lahir di Indonesia dengan membawa pelbagai ideologi namun perjuangan mereka tetap satu iaitu mahukan kebebasan dari kebelengguan oleh penjajah barat.

MAI / 1998 – 2002 / PPPJJ USM

9

Keperitan hidup yang dihadapi oleh masyarakat di Asia Tenggara pada awal abad ke –19 oleh penjajah barat telah memaksa mereka membentuk gerakan nasionalis bagi menentang penjajahan barat ke atas negara mereka. Dalam pada itu juga gerakan nasionalis ini telah membuka mata seluruh masyarakat Asia Tenggara bahawa betapa perlunya mereka hidup bebas dari belenggu penjajah dan memimpin negara mereka sendiri.

MAI / 1998 – 2002 / PPPJJ USM

10

BIBLIOGRAFI 1.

DJ. Steinberg,et,al, 1981. Mengenali Sejarah Asia Tenggara Moden, Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka. Bab 25-29

2.

Paul Kratoska, 1985. “ Nasionalisme Ahli-ahli Sejarah dan Nasionalisme dalam Sejarah “ dli R.Suntharalingam dan Abdul Rahman Haji Ismail ( peny.) Nasionalisme : Satu tinjauan sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti.

3.

Benedict Anderson, 1983.Imagined Communities : Reflection on the orgins and Spread of nationalism, London, Verso, Bab 1 & 7.

MAI / 1998 – 2002 / PPPJJ USM

11

Related Documents


More Documents from "MOHD ANUAR BIN IBRAHIM"