Laporan Kem Komandan Pjkn Terengganu 2008 - Mohd Anuar

  • Uploaded by: MOHD ANUAR BIN IBRAHIM
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Kem Komandan Pjkn Terengganu 2008 - Mohd Anuar as PDF for free.

More details

  • Words: 3,158
  • Pages: 11
LAPORAN KEM KOMANDAN PROGRAM JATIDIRI KESUKARELAWAN NASIONAL 2008 Tarikh : Tempat :

15 November 2008 hingga 20 November 2008 Kompleks Rakan Muda Mak Lagam , Kemaman

Program Bersama Keluarga Angkat Tarikh : Tempat :

21 November hingga 24 November 2008 Kampung Ibok , Kampung Yak Yah, Kampung Batu 9 dan Kampung Padang Kemunting, Kemaman

Laporan Hari Pertama : 15 November 2008 ( Sabtu ) Pada hari ini seramai 20 orang pegawai telah mendaftar untuk bertugas iaitu ; i. ii. iii. iv. v. vi.

Kem Komandan Penolong Kem Komandan Ketua Fasilitator 9 Orang Fasilitator 4 Orang Jurulatih 4 Orang Urusetia

Seramai 160 orang peserta telah selamat tiba dan mendaftar untuk menjalani program ini. Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh Kem Komandan pada jam 3.30 petang dan tamat menjelang jam 5.00 petang. Para peserta seterusnya diberikan minum petang dan makan malam dan meneruskan aktiviti solat maghrib dan kuliah maghrib. Tepat jam 8.30 malam semua peserta telah berkumpul di Dewan besar dan aktiviti suai kenal diuruskan oleh Ketua Fasilitator serta semua fasilitator. Aktiviti suaikenal telah tamat pada jam 11.30 malam , semua peserta di minta menjawab soalan soal selidik kali pertama dan apabila selesai menjawab semua peserta di arah balik ke asrama untuk berehat. Semua Pegawai bermesyuarat sehingga jam 1.00 pagi.

Mai/pjkn 2008/ Kemaman/ Terengganu

1

Laporan Hari Kedua : 16 Nov 2008 ( Ahad ) Aktiviti bermula pada jam 6.00 pagi untuk solat subuh dan kuliah subuh. Seterusnya semua peserta berkumpul di dataran untuk berkawad dan Istiadat pagi yang dikendalikan oleh Ketua Jurulatih dan semua Jurulatih. Jam 8.00 pagi semua peserta bersarapan di Kantin. Tepat jam 8.30 pagi Slot pertama Kursus ( SWOT ) dikendalikan oleh semua Fasilitator.Slot kedua Kecergasan Emosi dikendalikan oleh En Aziz Ibrahim seorang Caunselor. Semua peserta bersemangat dan memberikan kerjasama yang baik. Program berhenti rehat tepat jam 1.00 tengah hari untu solat Zohor dan makan tengah hari. Program sambung semula pada jam 2.00 petang untuk slot ketiga oleh Fasilitator dengan tajuk Tangapan dan Gambaran Masa Depan Ceramah ini tamat pada jam 4.30 petang. Semua peserta berhenti rehat untuk minum petang dan solat asar. Pada jam 5.30 petang slot Riadah dikendalikan oleh Ketua jurulatih En Aziz dan semua jurulatih. Aktiviti yang dijalankan ialah SenamRobik. 6.30 malam semua peserta bergerak ke kaantin untuk makan malam dan bersiap ke surau untuk solat maghrib dan isyak serta kuliah maghrib yaang dikendalikan oleh pegawai dari Pejabat Agama Kemaman. 9.00 malam semua peserta berada di Dewan besar bagi mengikuti Slot Ceramah yang bertajuk Manusia sebagai Khalifah oleh En Zaki b Ambak pegawai memerintah St John Ambulan Negeri Terengganu. Program tamat pada jam 11.30 malam dan semua peserta balik ke asrama untuk berehat manakala semua pegawai bermesyuarat.

Laporan Hari Ketiga : 17 Nov 2008 ( Isnin ) Aktiviti bermula pada jam 6.00 pagi untuk solat subuh dan kuliah subuh. Seterusnya semua peserta berkumpul di dataran untuk berkawad dan Istiadat pagi yang dikendalikan oleh Ketua Jurulatih dan semua Jurulatih. Jam 8.00 pagi semua peserta bersarapan di Kantin. Tepat jam 8.30 pagi Slot pertama Kursus yang bertajuk Pengenalan Kepada sukarelawan dikendalikan oleh Fasilitator Slot kedua Ceramah yang bertajuk Ciri-Ciri Unggul Sukarelawan dikendalikan oleh fasilitator . Semua peserta bersemangat dan memberikan kerjasama yang baik. Program berhenti rehat tepat jam 1.00 tengah hari untu solat Zohor dan makan tengah hari. Program sambung semula pada jam 2.00 petang untuk slot ketiga oleh En Muhamad Sulaiman tajuk ceramah Pengurusan Badan-Badan Sukarela.

Mai/pjkn 2008/ Kemaman/ Terengganu

2

Ceramah ini tamat pada jam 4.30 petang. Semua peserta berhenti rehat untuk minum petang dan solat asar. Pada jam 5.30 petang slot Riadah dikendalikan oleh Ketua jurulatih En Aziz dan semua jurulatih. Aktiviti yang dijalankan ialah SenamRobik. 6.30 malam semua peserta bergerak ke kantin untuk makan malam dan bersiap ke surau untuk solat maghrib dan isyak serta kuliah maghrib yaang dikendalikan oleh pegawai dari Pejabat Agama Kemaman. 9.00 malam semua peserta berada di Dewan besar bagi mengikuti Slot Ceramah yang bertajuk Strategi Kesedaran Kesukarelawan Isu dan Cabaran oleh En Mazlan dari Pejabat Belia Sukan daerah Kuala Terengganu. Program tamat pada jam 11.30 malam dan semua peserta balik ke asrama untuk berehat manakala semua pegawai bermesyuarat.

Laporan Hari Keempat : 18 Nov 2008 ( Selasa ) Aktiviti bermula pada jam 6.00 pagi untuk solat subuh dan kuliah subuh. Seterusnya semua peserta berkumpul di dataran untuk berkawad dan Istiadat pagi yang dikendalikan oleh Ketua Jurulatih dan semua Jurulatih. Jam 8.00 pagi semua peserta bersarapan di Kantin. Tepat jam 8.30 pagi Simulasi Pilihanraya dikendalikan oleh semua Fasilitator dalam slot ini semua peserta didedahkan kepada perjalanan pilihanraya sehingga kepada proses pengiraan undi . Semua peserta bersemangat dan memberikan kerjasama yang baik. Program berhenti rehat tepat jam 1.00 tengah hari untu solat Zohor dan makan tengah hari. Program disambung semula pada jam 2.00 petang untuk slot kedua bertajuk Kemahiran Komunikasi Interpersonal I Ceramah ini tamat pada jam 4.30 petang. Semua peserta berhenti rehat untuk minum petang dan solat asar. Pada jam 5.30 petang slot Riadah dikendalikan oleh Ketua jurulatih En Aziz dan semua jurulatih. Aktiviti yang dijalankan ialah SenamRobik. 6.30 malam semua peserta bergerak ke kaantin untuk makan malam dan bersiap ke surau untuk solat maghrib dan isyak serta kuliah maghrib yaang dikendalikan oleh pegawai dari Pejabat Agama Kemaman. 9.00 malam semua peserta berada di Dewan besar bagi mengikuti Slot bertajuk Kemahiran Komunikasi Interpersonal II yang dikendalikan oleh semua fasilitator. Program tamat pada jam 11.30 malam dan semua peserta balik ke asrama untuk berehat manakala semua pegawai bermesyuarat.

Mai/pjkn 2008/ Kemaman/ Terengganu

3

Laporan Hari Kelima : 19 Nov 2008 ( Rabu ) Aktiviti bermula pada jam 6.00 pagi untuk solat subuh dan kuliah subuh. Seterusnya semua peserta berkumpul di dataran untuk berkawad dan Istiadat pagi yang dikendalikan oleh Ketua Jurulatih dan semua Jurulatih. Jam 8.00 pagi semua peserta bersarapan di Kantin. Tepat jam 8.30 pagi Slot pertama Kursus Bertajuk Perjuangan Kemerdekaan Negeri oleh Tn Hj. Shamsuddin b Adam dari Pejabat Menteri Besar Terengganu. Slot kedua pula disampaikan oleh Ustaz Hj Hussin seorang penceramah bebas , Tajuk Ceramah beliau ialah Perpaduan Bangsa Malaysia. Semua peserta bersemangat dan memberikan kerjasama yang baik. Program berhenti rehat tepat jam 1.00 tengah hari untu solat Zohor dan makan tengah hari. Program sambung semula pada jam 2.00 petang untuk slot Tayangan Filem Bukit Kepong , slot ini tamat pada jam 4.30 petang. Semua peserta berhenti rehat untuk minum petang dan solat asar. Pada jam 5.30 petang slot Riadah dikendalikan oleh Ketua Jurulatih En Aziz dan semua jurulatih. Aktiviti yang dijalankan ialah SenamRobik. 6.30 malam semua peserta bergerak ke kantin untuk makan malam dan bersiap ke surau untuk solat maghrib dan isyak serta kuliah maghrib yang dikendalikan oleh pegawai dari Pejabat Agama Kemaman. 9.00 Semua peserta berada di Dewan besar bagi mengikuti Slot Ceramah bertajuk Keusahawanan Dalam Konteks Negara oleh En Izanie Razak Setiausaha Dewan Perniagaan Melayu Terengganu. Dalam slot ini peserta telah diajukan beberapa soalan dan juga memberikan pendapat mereka tentang keusahawanan dan jenis-jenis perniagaan yang boleh diusahakan. Program tamat pada jam 11.30 malam dan semua peserta balik ke asrama untuk berehat manakala semua pegawai bermesyuarat.

Laporan Hari Keenam : 20 Nov 2008 ( Khamis ) Aktiviti bermula pada jam 6.00 pagi untuk solat subuh dan kuliah subuh. Seterusnya semua peserta berkumpul di dataran untuk berkawad dan Istiadat pagi yang dikendalikan oleh Ketua Jurulatih dan semua Jurulatih. Jam 8.00 pagi semua peserta bersarapan di Kantin. Tepat jam 8.30 pagi Slot pertama Kursus Bersama NGO dikendalikan oleh semua Fasilitator.Slot ke dua Kemahiran Merancang juga dikendalikan oleh fasilitator. Semua peserta bersemangat dan memberikan kerjasama yang baik. Program berhenti rehat tepat jam 1.00 tengah hari untu solat Zohor dan makan tengah hari.

Mai/pjkn 2008/ Kemaman/ Terengganu

4

Program sambung semula pada jam 2.00 petang untuk slot ketiga LDK dikendalikan sepenuhnya oleh semua Fasilitator dalam kumpulan, slot ini tamat pada jam 4.30 petang. Semua peserta berhenti rehat untuk minum petang dan solat asar. Pada jam 5.30 petang slot Riadah dikendalikan oleh Ketua jurulatih En Aziz dan semua jurulatih. Aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan SenamRobik mengikut kumpulan. 6.30 malam semua peserta persiapkan diri ke surau untuk solat maghrib dan isyak serta kuliah maghrib yang dikendalikan oleh pegawai dari Pejabat Agama Kemaman. 9.00 malam semua peserta berada di Dewan besar bagi mengikuti Slot Pengurusan Malam Kebudayaan dan jamuan BBQ . Dalam Slot ini semua kumpulan telah diberikan tugasan untuk mengurus perjalanan jamuan BBQ dan juga persembahan malam kebudayaan. Semua Fasilitator menilai perjalanan majlis tersebut. Program tamat pada jam 11.30 malam. Semua peserta diminta menjawab soalan soal selidik kali ke dua sebelum balik ke asrama untuk berehat manakala semua pegawai bermesyuarat.

PROGRAM ANAK ANGKAT DI KAMPUNG ANGKAT Laporan Hari Ketujuh : 21 Nov 2008 ( Jumaat ) Semua peserta bersiap untuk solat Subuh dan berkemas untuk bergerak ke Kampung angkat masing-masing. Para urusetia dan Fasilitator membantu peserta bagi memastikan semua peralatan yang dipinjam dipulangkan serta tidak ada barang peribadi peserta tertinggal. Dalam pada itu juga kebersihan asrama turut diberikan perhatian. Satu taklimat Keluarga angkat telah diberikan oleh Kem Komandan kepada semua peserta dan peserta telah dikumpulkan dalam kumpulan mengikut kampung angkat masing-masing. Sesi Bergambar beramai-ramai diadakan sebelum peserta berangkat pergi ke kampung angkat. Semua peserta telah berangkat ke kampung angkat dengan empat buah bas yang disewa khas tepat jam 9.00 pagi dan tiba di Kampung Ibok jam 9.30 pagi. Ketibaan peserta telah disambut oleh Pengerusi JKKK Kampung Ibok selaku tuan rumah , semua peserta telah ditempatkan sementara di dua buah premis

Mai/pjkn 2008/ Kemaman/ Terengganu

5

iaitu peserta perempuan di Bangunan E- Komuniti manakala peserta lelaki di Bangunan Perpustakaaan Desa. Selepas solat Jumaat majlis perasmian program keluarga angkat telah disempurnakan oleh YAB Dato Ahmad b Said Menteri Besar Terengganu. Semua Ibu Bapa angkat telah mendapat anak angkat mereka mejelang jam 5.00 petang. Semua peserta menjalani aktiviti di rumah keluarga angkat masingmasing.

Laporan Hari Kelapan : 22 Nov 2008 ( Sabtu ) Aktiviti perkampungan angkat dimulakan dengan senamrobik di kampung masing-masing. Aktiviti gotong-royong membersihkan Balai Raya, Surau dan tanah perkuburan dijalankan di kampung masing-masing sehingga lewat tengah hari. Ibu bapa angkat juga mengadakan aktiviti lawatan ke Zoo Kemaman yang kebetulan Zoo tersebut terletak di kawasan perkampungan angkat. Semua peserta di urus oleh Pengerusi JKKK dan Ibu Bapa angkat. Pada sebelah malam pula di Masjid Kampung Ibok dan Kampung Batu Sembilan diadakan Ceramah Perdana . Semua penduduk dan juga anak angkat hadir dan mengikuti ceramah tersebut. Terdapat juga Pengerusi JKKK yang mengadakan BBQ kepada anak-anak angkat mereka di kampung angkat masing-masing. Semua pegawai menjalankan seliaan dari masa kesemasa. Mesyuarat Malam semua pegawai di adakan di rumah tumpangan yang disediakan. Sehingga jam 1.00 pagi

Laporan Hari Kesembilan : 23 Nov 2008 ( Ahad ) Aktiviti Sukaneka diadakan di Padang Bola Kampung Ibok. JKKK Kampung Ibok telah mengendalikan aktiviti ini yang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari. Pada sebelah petang pula semua peserta berkumpul di Balai raya kampung masing-masing untuk menjalani sesi latihan Malam Kebudayaan sehingga lewat petang. Pada jam 9.00 malam aktiviti malam kebudayaan di adakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Ibok. Malam Kebudayaan ini di kendalikan oleh Majlis Belia Daerah Kemaman. Semua peserta dari empat kampung mengambil bahagian dalam persembahan.

Mai/pjkn 2008/ Kemaman/ Terengganu

6

Sambutan penduduk setempat amat menggalakkan di mana Dewan SK Ibok penuh sesak dengan orang ramai. Aktiviti malam kebudayaan tamat jam 1.00 pagi. Semua anak-anak angkat pulang ke rumah keluarga angkat dengan menaiki kenderaan yang disediakan oleh JKKK dan juga ibu bapa angkat masing-masing. Semua pegawai pulang ke rumah tumpangan dan bermesyuarat sehingga jam 2.00 pagi.

Laporan Hari Kesepuluh : 24 Nov 2008 ( Isnin ) Hari ini merupakan hari terakhir program PJKN. Semua peserta telah berkumpul diperkarangan Masjid Ibok untuk Majlis Penutup PJKN peringkat negeri Terengganu. Sebelum majlis bermula semua peserta diberikan taklimat oleh Kem Komandan tentang tatacara majlis dan juga perjalanan pulang semua peserta. Selesai taklimat peserta telah diberikan borang penilaian kursus untuk dijawab dan dikembalikan kepada Kem Komandan untuk dianalisis oleh urusetia. Majlis penutup bermula tepat jam 11.00 pagi. Tuan Pegawai Daerah Kemaman telah sudi untuk merasmikan penutupan PJKN peringkat negeri Terengganu bagi tahun 2008. Selesai majlis penutup. Semua peserta , pegawai dan dif jemputan telah dijemput untuk jamuan makan tengah hari. Semua peserta telah di arah berkumpul dan bersalaman dengan semua pegawai bertugas serta Ibu Bapa angkat sebelum mereka berangkat pulang dengan bas masing-masing. Majlis tamat apabila semua peserta telah selamat pulang ke daerah masingmasing menjelang jam 2.30 petang.

Mai/pjkn 2008/ Kemaman/ Terengganu

7

RUMUSAN KESELURUHAN PROGRAM : Pada hemat saya program yang dirancang ini telah dapat dijayakan dengan lancar seperti mana yang diharapkan. Bermula dari hari pertama sesi program berlansung sehingga tamatnya di kampung angkat semua peserta telah dapat di kaderkan sebagai seorang sukarelawan yang mempunyai jati diri untuk membantu tanpa mengharapkan sebarang imbuhan. Dalam pada itu juga semua peserta telah menunjukkan jati diri yang tinggi apabila sanggup berada selama 10 hari bagi mengikuti program ini hingga tamat. Dalam ucapan wakil peserta ada menyarankan agar program ini dipanjangkan sehingga ke 20 hari, ini menunjukkan bahawa kesemua peserta berasa seronok dan tidak tertekan semasa mengikuti program ini. Bagi pihak fasilitator, kesemua mereka telah berjaya melaksanakan tanggungjawab sehingga mencapai objektif seperti yang diharapkan. Aktiviti tidak hanya terikat pada ceramah tetapi diikuti dengan perbengkelan dan tugasan serta pembentangan telah menarik perhatian kesemua peserta untuk melibatkan diri sepenuhnya. Pada saya kesemua fasilitator yang dipilih ini sememangnya amat berpengalaman dan pakar dalam bidang mereka. Para jurulatih juga tidak ketinggalan membantu menjayakan program ini. Ketua Jurulatih merupakan seorang yang amat berpengalaman dalam bidangnya telah berjaya membentuk satu golongan pelapis baru bagi senamrobik. Peserta yang tamat program ini apabila pulang ke sekolah di daerah masing-masing akan menggunakan kemahiran mereka untuk mengajar rakanrakan yang lain. Pengalaman yang ada dalam pengurusan beberapa program telah membantu pihak urusetia melaksanakan tanggunjawab mereka melicinkan perjalanan program serta membantu para fasilitator dan juga jurulatih dalam apa juga aktiviti. Perlaksanaan di perkampungan angkat juga dapat dijalankan dengan baik sekali, bermula dengan majlis penyerahan anak angkat sehinggalah ke majlis perasmian penutup. Kerjasama daripada semua pengerusi JKKK amat baik sekali terhadap anak-anak angkat di bawah penyeliaan mereka. Kepada pihak penganjur khususnya Majlis Belia Negeri Terengganu yang banyak membantu terutamanya dari segi kemudahan peserta seperti makan dan minum, pengangkutan, tempat tinggal , Penyediaan Kit Peserta dan juga Kebajikan peserta tidak kurang juga dapat membantu menjayakan program ini. Kebajikan para pegawai terutamanya makan dan minum serta tempat tinggal yang diberikan perhatian oleh pihak Majlis Belia Negeri Terengganu dan Majlis Belia Daerah Kemaman amat juga turut membantu para pegawai dalam melaksanakan tugas mereka. Akhir sekali harapan saya moga Program seperti ini dijadikan acara tahunan dalam kalendar aktiviti MBNT.

Mai/pjkn 2008/ Kemaman/ Terengganu

8

KEKUATAN PROGRAM : Kejayaan pelaksanaan PJKN kali ini amat bergantung kepada elemen seperti berikut : i.

Peserta Program : - Kesemua peserta program adalah pelajar dari Tingkatan 6 Rendah dan kebanyakkan daripada mereka ini adalah pemimpin pelajar yang sememangnya mempunyai karisma dan keterampilan yang tersendiri. Kesemua mereka amat cemerlang di sekolah masing-masing. Oleh yang demikian tidak ada masalah disiplin yang berlaku sepanjang program ini berlangsung dan kesemua mereka taat dan ikut perintah yang diberikan.

ii.

Barisan Fasilitator dan Jurulatih yang berpengalaman – Pemilihan fasilitator yang mempunyai ilmu dalam bidang kaunseling dan juga sukan serta banyak pengalaman dalam mengendalikan programprogram seperti ini telah dapat menjayakan program ini dengan cekap dan cemerlang. Kesemua Fasilitator yang terlibat memiliki Ijazah dalam bidang pendidikan , sukan dan juga kaunseling.

iii.

Kem Komandan / Pen. Kem Komandan – Pemilihan Kem Komandan dan juga Pen. Kem Komandan yang berpengalaman dan berkarisma serta bijak mengurus perjalanan program , seseorang Kem Komandan perlu memiliki ketegasan dalam memberi arahan dan mudah menerima teguran daripada para fasilitator dan juga para urusetia. Kem Komandan juga perlu percaya kepada kebolehan semua pegawai di bawah pentadbirannya dan tidak sesekali menjatuhkan air muka pegawai di bawahnya di hadapan peserta.

iv.

Urusetia yang berpengalaman – Perjalanan Program tidak mungkin berjaya tanpa sumbangan bakti daripada urusetia yang mahir dan berpengalaman. Urusetia yang baik dapat menjalankan tugas dengan cemerlang bersama-sama Kem Komandan. Fasilitator dan juga Jurulatih.

v.

Kemudahan Prasarana Kursus yang lengkap – PJKN kali ini yang di adakan di Kompleks Rakan Muda yang sememangnya lengkap dengan semua kemudahan asas terutamanya tempat penginapan, tempat makan, tempat berkursus dan juga tempat bersukan dapat membantu melicinkan perjalanan program. Dalam pada itu juga kemudahan siaraya , projektor , komputer dan talian internet dapat membantu pihak urusetia melaksanakan tugas dengan cemerlang. Kemudahan pengangkutan dari rumah peserta ke Kompleks Rakan Muda dan dari Kompleks Rakan Muda ke Kampung angkat serta dari

Mai/pjkn 2008/ Kemaman/ Terengganu

9

Kampung angkat balik ke daerah peserta masing –masing turut membantu melicinkan perjalanan program. vi.

Hubungan baik pihak Pengurusan dan Pengerusi JKKK kampung angkat – Tanpa hubungan yang baik antara pihak MBNT dan MBDK dengan pengerusi JKKK Kampung Ibok, Kampung Yak Yah , Kampung Batu 9 dan Kampung Padang Kemunting sudah tentu program anak angkat tidak dapat dilaksanakan.

vii.

Peruntukan Program yang mencukupi – Tanpa peruntukan kewangan yang mencukupi program seperti ini tidak dapat dijayakan dengan licin. Tidak dapat dinafikan pada hari ini semua perkara yang hendak dijayakan memerlukan kos, oleh yang demikian kejayaan PJKN kali ini juga banyak bergantung kepada peruntukkan kewangan yang diperolehi.

Kelemahan : Antara kelemahan yang dikenalpasti adalah seperti berikut : i.

Kemudahan Penginapan Fasilitator – Penginapan untuk fasilitator / urusetia dan juga jurulatih tidak mencukupi. Hanya ada sebuah sahaja bangunan untuk penginapan bagi semua pegawai. Pegawai lelaki dan perempuan terpaksa berkongsi bangunan dan diagaihkan bilik sahaja. Perkara ini seharusnya diatasi segera tatapi tidak ada tindakan sehingga program tamat.

ii.

Kemudahan rawatan kecemasan – Walaupun ada urusetia bahagian ini namun disebabkan kekurangan pegawai. Masa rawatan hanya disediakan pada jam 1.00 petang dan jam 5.00 petang. Bagi Kes-Kes kecemasan pihak Kem Komandan terpaksa menghantar peserta terus ke hospital dan keadaan ini berterusan sehingga hari terakhir di Kem Rakan Muda. Diharapkan moga pada program yang akan datang urusetia bahagian ini perlu ada sepanjang masa program ini berlangsung.

iii.

Makan dan Minum Pegawai tidak mencukupi – Pegawai yang lewat tiba di kantin untuk sarapan pagi , makan tengah hari dan makan malam tidak dapat makan dan terpaksa makan diluar. Hal ini berlaku kerana pihak Katering menghidangkan makanan mengikut jumlah pegawai yang ada di meja makan ketika itu dan tidak menyediakan makanan seperti mana jumlah yang ditempah. Walau bagaimanapun hal ini dapat diselesaikan setelah empat hari program ini berjalan.

Mai/pjkn 2008/ Kemaman/ Terengganu

10

iv.

Masalah air di asrama – Para peserta mengalami masalah air di bilik mandi dan tandas, ini adalah kerana tekanan air di asrama sangat lemah apabila tiba waktu puncak iaitu pada waktu pagi dan petang. Keadaan ini juga berlaku di bangunan penginapan para pegawai. Masalah ini berterusan tanpa dapat diatasi kerana ia melibatkan kos penyelengaraan yang tinggi.

v.

Ketiadaan Urusetia Kerohanian – Aktiviti ini diserah terus kepada Pegawai dari Pejabat Agama Kemaman tanpa ada seorang urusetia khusus untuk program kerohanian. Diharapkan pada program yang mendatang disediakan seorang urusetia khusus untuk kerohanian.

Apa yang diharapkan moga segala masalah yang dilaporkan ini dapat diambil tindakan untuk diatasi agar program yang bakal dilaksanakan pada tahun berikutnya dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

Disediakan oleh ,

................................................. ( MOHD ANUAR B IBRAHIM ) Kem Komandan PJKN Terengganu 2008 Kemaman , Terengganu

Mai/pjkn 2008/ Kemaman/ Terengganu

11

Related Documents


More Documents from "MOHD ANUAR BIN IBRAHIM"