Laporan Ketua Fasilitator Pjkn Terengganu 2008 - Zakaria

  • Uploaded by: ZAKARIA BIN TAHIR
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Ketua Fasilitator Pjkn Terengganu 2008 - Zakaria as PDF for free.

More details

  • Words: 1,480
  • Pages: 9
LAPORAN PROGRAM JATI DIRI KESUKARELAAN NASIONAL PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2008 Majlis Belia Negeri Terengganu Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu Majlis Belia Daerah Kemaman Pejabat Belia Daerah Kemaman PUSAT BELIA RAKAN MUDA, MAK LAGAM KEMAMAN, (15-11-2008 hingga 20-11-2008) KAMPUNG IBOK, KIJAL, KEMAMAN TERENGGANU. (21-11-2008 hingga 24-11-2008) A.

BARISAN FASILITATOR

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

ENCIK ZAKARIA BIN TAHIR ENCIK ROSDI BIN MAT SAID ENCIK KHEIRUDDIN B. ABDULLAH ENCIK ROZAKI BIN CHIK ENCIK SYAHMI BIN MOKHTAR ENCIK KHALID BIN MOHAMAD ENCIK MOKHTAR BIN MOHD DESA ENCIK MOHAMAD BIN SULAIMAN PUAN RUZANARIAH BINTI ABD GHAFAR PUAN NAFISAH BINTI ISMAIL

B.

AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM DI PUSAT RAKAN MUDA.

SABTU - 15-11-2008 Jam 10.30 pagi Pendaftaran peserta dilakukan di Dewan Kuliah Pusat Belia Rakan Muda bermula jam 10.30 pagi. Dimulai dengan daerah Kemaman dan Dungun. Seramai 80 peserta lelaki dan 80 peserta perempuan terdiri dari pelajar-pelajar Tingkatan 6 Rendah dari sekolahsekolah menengah seluruh negeri Terengganu. Peserta menginap di asrama Kompleks Rakan Muda Kemaman. Daerah terakhir yang mendaftar ialah daerah Besut dan Setiu iaitu pada jam 4.45 petang Peserta menyesuaikan diri dengan persekitaran, serta taklimat program oleh Kem Komandan, Ketua Fasilitator dan Ketua Urusetia. Jam 9.00 hingga 11.00 malam Program suaikenal berjalan seperti yang diraancangkan dan dikendalikan oleh Ketua Fasilitator Encik Zakaria bin Tahir dan dibantu oleh semua barisan fasilitator. Selesai sesi suaikenal mesyuarat malam diadakan.

AHAD – 16-11-2008 Jam 6.00 hingga 6.45 pagi Solat dan kuliah Subuh DiKendalikan oleh Ustaz dari Pejabat Agama Daerah Kemaman. Jam 7.00 hingga 7.45pagi Peserta beriadah di bawah kendalian Encik Aziz bin Abbas Kutty Ketua Jurulatih Jam 8.30 hingga 10.30 pagi Peserta berkumpul di Dewan Utama Rakan Muda seawal jam 8.20 pagi, nyanyian lagu Negaraku dan Belia Benci Dadah. Slot pertama SWOT Analisis dipimpin oleh fasilitator Encik Rozaki bin Chik dan Encik Mokhtar bin Mohd Desa dan dibantu oleh barisan fasilitator. Fesi yang terlibat berjaya memecah blok minda peserta untuk lebih memahami apa itu SWOT analisis dan bila perlu digunakan. Aktiviti berkumpulan diadakan bagi menambahkan lagi kefahaman peserta melalui perbincangan dan penghasilan kerja. Jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang Slot kedua diteruskan dengan tajuk Kecerdasan Emosi yang dipimpin oleh penceramah jemputan, Encik Aziz bin Ibrahim, Kaunselor Sekolah Menengah Sultan Ismail Kemaman. Jam 2.00 hingga 4.30 petang. Slot ketiga, Tanggapan dan Gambaran Masa Depan dipimpin oleh fasilitator Encik Kheiruddin bin Abdullah dan Puan Nafisah binti Ismail, peserta didedahkan dengan teori dan praktikal serta aktiviti berkumpulan dan pembentangan aktiviti oleh peserta. Jam 5.30 hingga 6.30 petang Riadah petang dipimpin oleh Ketua Jurulatih Encik Azizi bin Abbas Kutty Jam 7.00 hingga 8.30 malam Solat Maghrib, Kuliah Maghrib dan Solat Isyak Jam 9.00 hingga 11.00 malam Slot keempat, Manusia sebagai Khalifah dipimpin oleh penceramah jemputan Encik Zaki bin Ambak, Pegawai Pemerintah St. John Ambulans Negeri Terengganu. Peserta balik ke penginapan. Fasilitator bermesyuarat malam.

ISNIN – 17-11-2008 Jam 6.00 hingga 6.45 pagi Solat dan kuliah Subuh DiKendalikan oleh Ustaz dari Pejabat Agama Daerah Kemaman. Jam 7.00 hingga 7.45pagi Peserta beriadah di bawah kendalian Encik Aziz bin Abbas Kutty Ketua Jurulatih Jam 8.30 hingga 10.30 pagi Slot kelima, Pengenalan Kepada Kesukarelaan, dipimpin oleh Encik Khalid bin Mohamad dibantu oleh barisan fasilitator. Peserta didedahkan kepada pemahaman mengenai kesukarelaan, teori dan praktikal serta pembentangan projek oleh peserta. Jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang. Slot keenam, Ciri-ciri Unggul Sukarelaan, dipimpin oleh Encik Khalid bin Mohamad dan dibantu oleh barisan fasilitator. Peserta didedahkan kepada keutamaan dan atitiud serta sifat-sifat yang membolehkan seseorang itu bergerak dalam bidang kesukarelaan. Jam 2.00 hingga 4.30 petang Slot ketujuh, Pengurusan badan-badan sukarela, dipimpin oleh Encik Rosdi bin Mat Said dan dibantu oleh barisan fasilitator. Peserta didedahkan kepada cara-cara merancang untuk menubuhkan sesuatu badan atau persatuan. Mengurus badan-badan sukarela serta melaksanakan perjalan sesuatu program. Jam 5.30 hingga 6.30 petang Riadah petang dipimpin oleh Ketua Jurulatih Encik Azizi bin Abbas Kutty Jam 7.00 hingga 8.30 malam Solat Maghrib, Kuliah Maghrib dan Solat Isyak Jam 9.00 hingga 11.00 malam Slot kelapan, Strategi Kesedaran dan Kesukarelaan Isu dan Cabaran, dipimpin oleh penceramah jemputan Encik Mazlan, Timbalan Pengerusi Majlis Belia Kuala Terengganu. Peserta bergerak ke penginapan Mesyuarat malam.

SELASA – 18-11-2008 Jam 6.00 hingga 6.45 pagi Solat dan kuliah Subuh DiKendalikan oleh Ustaz dari Pejabat Agama Daerah Kemaman. Jam 7.00 hingga 7.45pagi Peserta beriadah di bawah kendalian Encik Aziz bin Abbas Kutty Ketua Jurulatih Jam 8.30 hingga 1.00 petang Slot kesembilan, Kepimpinan dan Kepengikutan Dalam Organisasi, dipimpin oleh Encik Zakaria bin Tahir dan Encik Syahmi bin Mokhtar dan dibantu oleh barisan fasilitator. Peserta didedahkan kepada simulasi perjalanan pilihanraya dari mula hingga mengumumkan calun YB yang menang. Jam 2.00 hingga 4.30 petang Slot kesepuluh, Kemahiran Komunikasi Interpersonal 1, dipimpin oleh Encik Syahmi bin Mokhtar dan Encik Zakaria bin Tahir dibantu oleh barisan fasilitator. Peserta didedahkan kepada cara-cara berkomunikasi dengan lebih berkesan serta impak yanmg akan diterima sekiranya terdapat ganguan dalam sistem komunikasi. Jam 5.30 hingga 6.30 petang Riadah petang dipimpin oleh Ketua Jurulatih Encik Azizi bin Abbas Kutty Jam 7.00 hingga 8.30 malam Solat Maghrib, Kuliah Maghrib dan Solat Isyak Jama 9.00 hingga 11.00 malam Slot kesebelas, Kemahiran Komunikasi interpersonal 2, dipimpin oleh Encik Syahmi bin Mokhtar dan Encik Zakaria bin Tahir dibantu oleh barisan fasilitator. Komunikasi berkesan, cara-cara berkomunikasi dengan betul. Peserta bergerak ke penginapan. Mesyuarat malam.

RABU – 19-11-2008 Jam 6.00 hingga 6.45 pagi Solat dan kuliah Subuh DiKendalikan oleh Ustaz dari Pejabat Agama Daerah Kemaman. Jam 7.00 hingga 7.45pagi Peserta beriadah di bawah kendalian Encik Aziz bin Abbas Kutty Ketua Jurulatih Jam 8.30 hingga 10.30 pagi Slot kedua belas, Pejuang kemerdekaan, dipimpin penceramah jemputan Ustaz Kamal, peserta didedahkan tentang perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan, Insiden 13 Mei, serta nilai-nilai kepayahan yang dihadapi oleh pejuang-pejuang kemerdekaan pada ketika itu dan perbandingan dengan masa kini. Jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang Slot ketiga belas, Perpaduan Bangsa Malaysia, dipimpin oleh Tuan Haji Shamsuddin, peserta didedahkan kepada nilai-nilai utama dalam membentuk perpaduan, kesatuan bangsa Malaysia, serta aturan-aturan yang mesti dipatuhi untuk mengelakkan berlakunya sebarang ketegangan kaum. Jam 2.00 hingga 4.30 petang Slot keempat belas, Tayangan Filem ” Bukit Kepong”, dipimpin oleh Encik Kheiruddin bin Abdullah dan Encik Rosdi bin Mat Said. Peserta didedah dengan nilai patriotisma, jati diri, kesukarelaan, kerjasama yang tersirat dan tersurat dalam filem yang ditayangkan. Pelbagai soalan diketengahkan kepada peserta selepas tayangan filem. Jam 5.30 hingga 6.30 petang Riadah petang dipimpin oleh Ketua Jurulatih Encik Azizi bin Abbas Kutty Jam 7.00 hingga 8.30 malam Solat Maghrib, Kuliah Maghrib dan Solat Isyak Jam 9.00 hingga 11.00 malam Slot kelima belas, Keushawan Dalam konteks Negara, dipimpin oleh penceramah jemputan, Encik Izanie bin Razak, Setiausaha Kehormat Dewan Perniagaan Melayu Negeri Terengganu. Peserta didedahkan kepada ciri-ciri untuk menjadi usahawan, tanggungjawab dan kebertanggungjawaban kepadanegara. Peserta bergerak ke penginapan Mesyuarat malam.

KHAMIS – 20-11-2008 Jam 6.00 hingga 6.45 pagi Solat dan kuliah Subuh DiKendalikan oleh Ustaz dari Pejabat Agama Daerah Kemaman. Jam 7.00 hingga 7.45pagi Peserta beriadah di bawah kendalian Encik Aziz bin Abbas Kutty Ketua Jurulatih Jam 8.30 hingga 10.30 pagi Slot keenam belas, Bersama NGO’s, dipimpin oleh Encik Mohd Anuar bin Ibrahim, Kem Komandan Program Jati Diri Kesukarelaan Nasional, peserta didedahkan dengan caracara menubuh dan mengurus persatuan, cara mendaftar dan mengurus organisasi dengan betul. Jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang Slot ketujuh belas, Kemahiran Merancang, dipimpin oleh Puan Ruzanariah binti Abd Ghafar dibantu oleh barisan fasilitator, peserta didedahkan kepada bagaimana merancang dan melaksanakan sesuatu projek mengikut spesifik yang dikehendaki mengikut proposer. Persembahan dan pembentangan projek oleh peserta. 2.00 hingga 4.30 petang Taklimat keluarga angkat oleh Kem Komandan Encik Mohd Anuar bin Ibrahim, pergerakan peserta, Kampung angkat dan Keluarga anagkat peserta. LDK, lebih kepada persiapan peserta untuk malam PJKN. Jam 5.30 hingga 6.30 petang Riadah petang dipimpin oleh Ketua Jurulatih Encik Azizi bin Abbas Kutty Jam 7.00 hingga 8.30 malam Solat Maghrib, Kuliah Maghrib dan Solat Isyak Jam 9.00 malam Malam PJKN, persembahan peserta mengikut kumpulan. Dirasmikan oleh YB PJKN Mohd Adam Aminuddin bin Ibrahim Peserta bergerak ke penginapan. Mesyuarat malam.

JUMAAT – 21-11-2008 8.00 pagi Peserta berkumpul, sesi bergambar, bergerak mengikut empat buah kampung dengan empat buah bas ke Kampung Angkat, kampung Ibok, Kijal, Kemaman. Peserta disambut oleh Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung iaitu Pengerusi JKKK Kampung Yak Yah, Pengerusi Jawatankuasa Kampung Batu Sembilan, Pengerusi Jawatankuasa Kampung Padang Kemunting, Pengerusi Jawatankuasa Kampung Ibok. 2.30 petang. Perasmian Penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad bin Said. Penyerahan anak angkat secara simbolik oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kepada Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa setiap kampung. Penyerahan anak-anak angkat kepada keluarga-keluarga angkat. Dengan penyerahan anak-anak angkat kepada keluarga-keluarga angkat, maka segala program akan dikendalikan oleh JKKK kampung Ibok, Kampung YakYah, Kampung Batu Sembilan dan Kampung Padang Kemunting. Tugasan Fasilitator ialah memantau semua program yang dilaksanakan bertepatan dengan jadual yang telah dipersetujui. Disediakan oleh : ____________________ ZAKARIA BIN TAHIR Ketua Fasilitator, Program Jati Diri Kesukarelaan Nasional Peringkat Negeri Terengganu 2008.

LAPORAN BERGAMBAR

Aktiviti slot Tangapan dan Gambaran Masa Depan

Aktiviti slot Kemahiran Komunikasi Interpersonal

Aktiviti slot SWOT Analisis

Aktiviti slot Kemahiran Merancang

Aktiviti slot Kemahiran Merancang

Aktiviti slot Kemahiran Merancang

Related Documents


More Documents from "adhyasta"