Model Shanon & Weaver Claude Shannon & Warren Weaver(1949) mengemukakan model komunikasai ketika bertugas di Bell Telephone Laboratory.Shanon adalah seorang ahli matematik.Ahli-ahli sains tingkahlaku mendapati model ini amat berguna untuk menjelaskan komunikasi antara manusia.
Sumber maklumat
Sumber Gangguan
Penyebar
Perutusan
Isyarat
Destinasi
Isyarat diterima Penerima
Perutusan Rajah 2.1 Model Shanon & Weaver Sumber maklumat, menghasilkan utusan yang perlu disampaikan kepada orang lain.Utusan tersebut mungkin berbentuk lisan,tulisan,gambar atau nota muzik.Utusan tersebut akan diubah oleh pemancar ke dalam bentuk isyarat yang sesuai untuk disampaikan kepada penerima.Penerima akan mengubah semula isyarat tersebut kepada bentuk yang disampaikan oleh sumber.Setelah utusan diubah semula ia akan disampaikan kepada destinasi,iaitu individu atau sesiapa sahaja yang mana utusan ditujukan.Model ini juga memperkenalkan gangguan yakni isyarat yang disampaiakan melalui saluran akan terjejas dengan adanya gangguan ini akan menyebabkan isyarat yang dikirim dan yang diterima berbeza.Untuk mengatasi masalah ini beliau mencadangkan supaya utusan yang disampaikan itu diulang beberapa kali.
Perkataaan telekomunikasi berasal daripada perkataan Greek. ‘Tele’ bermaksud “sangat jauh”. Ianya memerihalkan penghantaran maklumat dari jarak jauh tanpa mengubah kandungan maklumat tersebut. Semua sistem telekomunikasi terdiri daripada komponenkomponen berikut : •
Penghantar
– mencipta maklumat yang akan dihantar.
•
Bahantara
- maklumat akan dihantar melaluinya.
•
Penerima
- menerima maklumat yang dihantar tanpa sebarang perubahan.
Satu contoh telekomunikasi ialah dua orang yang sedang bercakap melalui telefon dimana talian telefon adalah merupakan bahantara komunikasi.
Gambarajah sistem telekomunikasi mudah
Komunikasi berasal daripada perkataan ‘pemproses data’ dan telekomunikasi. Secara umumnya komunikasi melibatkan maklumat yang dikeluarkan oleh sesuatu terminal atau mesin yang dibawa menerusi beberapa bentuk bahantara komunikasi seperti talian telefon, mikrogelombang atau sistem satelit dan saluran gentian optik. Komunikasi data atau juga dikenali sebagai telepemproses, melibatkan sekurang-kurangnya dua peranti perkakasan yang boleh ‘bercakap’ antara satu dengan lain menerusi satu rangkaian komunikasi.