Minit Mesyuarat Pibg Kali Ke 4 2008 Sk Badang

  • Uploaded by: yushaimi
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minit Mesyuarat Pibg Kali Ke 4 2008 Sk Badang as PDF for free.

More details

  • Words: 623
  • Pages: 3
MINIT MESYUARAT PIBG KALI KE 4 2008 TARIKH TEMPAT KEHADIRAN 1. 2. 3. 4. 5.

: 21.04 2008 : KANTIN SK BADANG :

En Nazri bin Ismail En Dahalim b Zakaria Us Yushaimi b Mohamad Yusuf Us Abdullah b Abdul Rahman

- Penasihat - YDP - Setiausaha - Bendahari

Tidak Hadir 1. Pn Kamisah bt BIL 1

2

3

AGENDA Ucapan YDP - YDP mengucapkan selamat datang dan terima kasih atas kepada Guru Besar selaku penasihat dan semua AJK atas kehadiran di mesyuarat ksli pertama selepas mesyuarat agung tahun 2008 ini. Ucapan Guru Besar - Ucapan aluan kepada semua AJK yang hadir. - Tahniah kepada semua AJK yang dilantik. - Ucapan terima kasih kerana dapat mengadakan mesyuarat ini selepas mesyuarat agung. - Makluman sekolah kekurangan 2 orang guru. - Kerjasama waris dan guru adalah perlu untuk memastikan kejayaan anak-anak. - Hampir 70 orang belum menjelaskan yuran. Diharap semua AJK dapat membantu pihak sekolah dengan cara menjelaskan kepada ibu bapa dalam hal ini. - 4 guru praktikum telah menamatkan latihan pada 11 April 2008. Pembentangan Minit Mesyuarat Agung ke 29 - 6.1 Pembetulan tentang yuran komputer- ditetapkan oleh PIBG, bukan Kementerian(GB) - 7.3 Perbincangan tentang kelas tasmik hari Selasa bagi tahun 2 yang pulang pada jam 2.15 – Keputusan : Dikekalkan atas dasar yang ditetapkan Kementerian. - 7.4 Pelajar tahun 1 di tingkat atas. Keputusan :

TINDAKAN

Makluman

Dikekalkan. 4 5

Perkara berbangkit - AJK bersetuju melantik seorang guru KAFA sebagai AJK PIBG 2008- Hjh Rosnah bt Abu Bakar 6.3 Pembentangan Kewangan - Baki pada 21 April 2008 = RM 959.75. - Baki akaun komputer pada 21 April 2008 = RM 748.60 - Baki akaun surau pada 21 April 2008 = RM 464.50 Rujuk lampiran untuk penerangan lanjut. -

En Radzi bertanya tentang peruntukan untuk pembaikan komputer kegunaan guru. GB menjelaskan bahawa pembaikan yang dilakukan adalah untuk kegunaan pelajar. Peruntukan dari Kementerian ada tetapi lambat diterima.

6

Hal-Hal lain - YDP membangkitkan mengenai penyalahgunaan KWAPM di kalangan ibu bapa. Pihak sekolah tidak dapat berbuat apa-apa akan hal ini kerana ianya diluar bidang kuasa sekolah. - En Ismail b Awang bertanya tentang bidang tugas AJK PIBG dari kalangan ibubapa. Guru Besar menjelaskan bahawa ibu bapa tidak dibenarkan mencampuri urusan pentadbiran dan pengurusan sekolah kerana ia di bawah kuasa Jabatan dan Kementerian. PIBG boleh melakukan apa-apa aktiviti yang boleh memajukan sekolah dan murid. - En Arif b Haron bertanya tentang 70 orang yang belum bayar, mungkin terdapat kekeliruan tentang hal ini. En Razak b Saad, Penolong Kanan HEM menjelaskan bahawa bahawa surat peringatan akan dikeluarkan. - Isu yuran sekolah, ramai waris yang tidak mahu membayar kerana tidak dapat KWAPM dan juga kerana kekeliruan pemahaman mengenai yuran percuma. GB menjelaskan bahawa surat mengenainya akan dikeluarkan. - Isu ponteng kelas KAFA, En Radzi meminta pihak sekolah berbincang dengan penyelia KAFA. GB menjelaskan bahawa KAFA bukan dibawah bidang sekolah. Penyelia KAFA sepatutnya berjumpa dengan pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah ini.

-

-

-

Isu tuisyen pelajar tahun 2. Penolong Kanan HEM menjelaskan tuisyen ini dikendalikan oleh pihak luar dan bukan sekolah, cuma menumpang kelas di sekolah sahaja. Pertanyaan tentang tuisyen tahun 3. Pihak sekolah tidak dapat melaksanakan kerana masa yang ada telah dipenuhi dengan tuisyen tahun 4,5 dan 6. Guru tahun satu (Pn Zurayati) meminta pandangan dan persetujuan ibu bapa tentang permohonan RM 10.00 setahun kepada ibu bapa untuk kegunaan P/P pelajar tahun satu. Keputusan = Semua AJK bersetuju dan surat kepada ibubapa akan dikeluarkan atas nama PIBG. Perancangan aktiviti PIBG akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang. En Razak b Saad (PK HEM) – Isu KWAPM, kelulusan bukan di bawah sekolah, tetapi Kementerian yang lakukan. Keputusan pemilihan diperingkat sekolah diputuskan oleh Jawatankuasa yang dilantik sekolah berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh pihak Kementerian.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang. 7

Related Documents


More Documents from ""