Menu Kuih Apam Dan Lain-lain

  • Uploaded by: Mahani Maruda
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Menu Kuih Apam Dan Lain-lain as PDF for free.

More details

  • Words: 2,043
  • Pages: 7
LANGKAH & TATACARA MEMBUAH KUIH APAM DAN LAIN-LAIN TANPA MENGUNAKAN OVEN ELEKTRIK BAHAGIAN A: CARA MENGADUN TEPUNG UNTUK JENIS KUIH BERIKUT : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Kuih Pau Putih Berinti Kacang Merah Kuih Pau Goreng Berinti Kacang Merah Kuih Pau Goreng Berinti Kacang Tanah Kuih Pau Goreng Berinti Kelapa Parut Kuih Sempiang Kuih Cakui Kuih Gelang @ Donat

ADUNAN UNTUK 4 KILO TEPUNG : Panaskan 1 Gelas Minyak Masak Dan Masukkan Ke Dalam Besen. Lima(5) Gelas Air Dituangkan Dalam Besen. Masukkan 1 ½ Gelas Gula Atau Secukup Rasa. Masukkan 2 Biji Telur & 1 Sudu Teh Garam. Campurkan 1 Bungkus Pengembang ( Jenis Keping ). Jika Adunan Dibuat Sejak Malam Untuk Digoreng Esoknya; Campurkan Setengah ( ½ ) Bungkus Pengembang Shja. Adun Semua Bahan Di Atas Sehingga Gula Larut. Kemudian Masukkan 4 Kilo Tepung. Adunkan Lagi Bersama Tepung Hingga Sebati Dan Lembut Serta Senang Dibentuk. Biarkan Sehingga Kembang. ADUNAN UNTUK 1 KILO TEPUNG : Masukkan ½ Gelas Minyak Masak Yang Telah Dipanaskan Ke dalam Besen. Tuangkan 1 ½ Gelas Air Ke Dalam Besen. Masukkan 1 Biji Telur Campurkan ½ Sudu Makan Pengembang Jika Adunan Dibuat Sejak Malam Untuk Digoreng Esoknya; Campurkan Setengah ( ½ ) Bungkus Pengembang Shja. Gula – 1 Gelas Kecil Atau Secukup Rasa. Garam – 1 Cubit Adun Semua Bahan Di Atas Sehingga Gula Larut. Kemudian Masukkan 1 Kilo Tepung. Adunkan Lagi Bersama Tepung Hingga Sebati Dan Lembut Serta Senang Dibentuk. Biarkan Sehingga Kembang.

BAHAGIAN B:

CARA MEMBUAT:

1. KULIT PAU BERINTI KACANG MERAH Bahan –Bahan Untuk Kulit Pau Seperti Yang Ditunjukkan Dalam Cara-Cara Adunan Tepung Di Atas. Inti Kacang Merah / Kacang Hitam Bahan –Bahan & Cara-Cara Membuat; Kacang Merah ½ Kilo Direbus Dan Ditumbuk Atau Dikisar Dengan Blender Hingga Hancur. Kemudian Goreng Dalam Kuali Tanpa Minyak Campurkan 1 Gelas Setengah ( 1 ½ ) Gula. Setelah Kacang Merah Itu Hampir Kering , Campurkan ½ ( Setengah ) Gelas Minyak Masak. Kacau Seketika Dan Angkat. Cara-Cara Membentuk & Mengukus Kuih Pau Putih Ambil Adunan Tepung Yang Telah Kembang . Picit Dengan Jari Untuk Membentuk Adunan Itu Menjadi Bulat. Setelah Dibentuk, Leperkan Adunan Itu Dan Picit Disekelilingnya Kemudian Isikan Inti Kacang Merah / Hitam Kemudian Cantumkan Semula Menjadi Bulat, Buat Sebanyak Yang Anda Suka. Akhir Sekali Kukus Selama 3 Minit Menggunakan Periuk Kukus. Selepas Itu Kuih Pau Putihlah Hasilnya Dan Sedia Dihidangkan @ Dijual. 2. KULIT PAU GORENG BERINTI KACANG MERAH Bahan –Bahan Untuk Kulit Pau Seperti Yang Ditunjukkan Dalam Cara-Cara Adunan Tepung Di Muka Surat Terdahulu Di Atas. Inti Kacang Merah / Kacang Hitam Bahan –Bahan & Cara-Cara Membuat; Kacang Merah ½ Kilo Direbus Dan Ditumbuk Atau Dikisar Dengan Blender Hingga Hancur. Kemudian Goreng Dalam Kuali Tanpa Minyak Campurkan 1 Gelas Setengah ( 1 ½ ) Gula. Setelah Kacang Merah Itu Hampir Kering , Campurkan ½ ( Setengah ) Gelas Minyak Masak. Kacau Seketika Dan Angkat. Cara-Cara Membentuk & Menggoreng Ukus Kuih Pau Goreng Ambil Adunan Tepung Yang Telah Kembang . Picit Dengan Jari Untuk Membentuk Adunan Itu Menjadi Bulat. Setelah Dibentuk, Leperkan Adunan Itu Dan Picit Disekelilingnya Kemudian Isikan Inti Kacang Merah / Hitam Yang Telah Anda Sediakan. Kemudian Cantumkan Semula Menjadi Bulat, Buat Sebanyak Yang Anda Suka. Akhir Sekali Goreng Dengan Minyak Yang Banyak Dalam Kuali Sehingga Kekuningan. Angkat Dan Toskan Minyak Untuk Sedia Dihidangkan @ Dijual.

3.

KULIT PAU GORENG BERINTI KACANG TANAH

Bahan –Bahan Untuk Kulit Pau Seperti Yang Ditunjukkan Dalam Cara-Cara Adunan Tepung Di Muka Surat Terdahulu Di Atas. Inti Kacang Tanah Bahan –Bahan & Cara-Cara Membuat; Kacang Tanah Digoreng Tanpa Minyak Sehingga Masak. Kacang Tanah ( Sukatan – Ikut Kehendak Kita ) Ditumbuk Atau Dikisar Dengan Blender Hingga Hancur. Kemudian Campurkan Dengan Gula Secukup Rasa Bergantung Banyak Mana Kacang Yang Ditumbuk. Setelah Selesai Sedia Untuk Dijadikan Inti Pau Goreng Anda. Cara-Cara Membentuk & Menggoreng Kuih Pau Goreng Ambil Adunan Tepung Yang Telah Kembang . Picit Dengan Jari Untuk Membentuk Adunan Itu Menjadi Bulat. Setelah Dibentuk, Leperkan Adunan Itu Dan Picit Disekelilingnya Kemudian Isikan Inti Kacang Tanah Yang Telah Disediakan Kemudian Cantumkan Semula Adunan Itu Menjadi Bulat, Buat Sebanyak Yang Anda Suka. Akhir Sekali Goreng Dengan Minyak Yang Banyak Dalam Kuali Sehingga Kekuningan. Angkat Dan Toskan Minyak Untuk Sedia Dihidangkan @ Dijual. 4. KULIT PAU GORENG BERINTI KELAPA PARUT Bahan –Bahan Untuk Kulit Pau Seperti Yang Ditunjukkan Dalam Cara-Cara Adunan Tepung Di Muka Surat Terdahulu Di Atas. Inti Kelapa Parut Bahan –Bahan & Cara-Cara Membuat; Ambil Sepotong Kelapa Muda Kemudian Parut. Kelapa Yang Sudah Diparut Lebih Kurang Semangkuk Digoreng Tanpa Minyak. Sewaktu Kelapa Digoreng, Campurkan ½ Gelas Gula, 1 Sudu Kicap ( Sebagai Pewarna ) , 2 Sudu Tepung Dan Sedikit Air. Goreng Sehingga Kering. Setelah Kering, Angkat Dan Sedia Untuk Dijadikan Inti Pau Goreng Anda. Nota : Sekiranya Gula Melaka Digunakan ,Maka Kicap Tidak Perlu Dan Caranya Hancurkan Gula Melaka , Masakkan Dalam Kuali Dengan Dicampurkan Sedikit Air Serta Digaulkan. Cara-Cara Membentuk & Menggoreng Kuih Pau Goreng Ambil Adunan Tepung Yang Telah Kembang . Picit Dengan Jari Untuk Membentuk Adunan Itu Menjadi Bulat. Setelah Dibentuk, Leperkan Adunan Itu Dan Picit Disekelilingnya Kemudian Isikan Inti Kelapa Parut Yang Telah Disediakan Kemudian Cantumkan Semula Adunan Itu Menjadi Bulat, Buat Sebanyak Yang Anda Suka. Akhir Sekali Goreng Dengan Minyak Yang Banyak Dalam Kuali Sehingga Kekuningan. Angkat Dan Toskan Minyak Untuk Sedia Dihidangkan @ Dijual.

5. KULIT KUIH SEMPIANG Bahan –Bahan Untuk Kulit Kuih Sempiang Seperti Yang Ditunjukkan Dalam Cara-Cara Adunan Tepung Di Muka Surat Terdahulu Di Atas. Bahan-Bahan & Cara-Cara Membentuk & Menggoreng Kuih Sempiang Ambil Adunan Tepung Yang Telah Kembang Dengan Sederhana Besar ( Ikut Suka Kita ). Letakkan Di Atas Lapik Khas ( Cth ; Tikar Getah ) Rollkan Dengan Alat Sesuai ( Cth; Botol Kaca @ Batang Paip Besar ) Untuk Melebarkan Adunan Menjadi Bulat Dengan Tebal Yang Bersesuaian. Setelah Dileperkan Berbentuk Bulat, Sapukan Sedikit Kicap Di Atasnya. Kemudian Gulung Dengan Kemas. Setelah Itu, Potong Gulungan Tersebut Kepada Beberapa Bahagian Sederhana Besar ( Ikut Suka Kita ) Potongan Itu Kemudian Dileperkan Dengan Menggunakan Tangan. Setiap Potongan Yang Telah Dileperkan Itu Digoreng Dengan Minyak Yang Banyak Sehingga Kekuningan. Angkat Dan Toskan Minyak Untuk Sedia Dihidangkan @ Dijual. Nota : Cantik Atau Tidak Kuih Sempiang Yang Anda Hasilkan, Itu Bergantung Kepada Cara Anda Memotong Dan Meleperkannya.

6. KULIT KUIH CAKUI Bahan –Bahan Untuk Kulit Kuih Cakui Seperti Yang Ditunjukkan Dalam Cara-Cara Adunan Tepung Di Muka Surat Terdahulu Di Atas. Nota : Bagi Kuih Cakui, Adunan Tepung Mestilah Dibiarkan Lebih Lama Yakni Semalaman Jika Untuk Digoreng Keesokannya. Bahan-Bahan & Cara-Cara Membentuk & Menggoreng Kuih Cakui Ambil Adunan Tepung Yang Telah Kembang Dengan Sederhana Besar ( Ikut Suka Kita ). Letakkan Di Atas Lapik Khas ( Cth ; Tikar Getah ) Rollkan Dengan Alat Sesuai ( Cth; Botol Kaca @ Batang Paip Besar ) Untuk Melebarkan Adunan Menjadi Bulat Dan Ianya Harus Tebal Sedikit. Setelah Dileperkan Berbentuk Bulat, Potong Setiap Tepi Supaya Menjadi Segiempat. Kemudian Potong Lagi Menjadi Beberapa Segiempat Tepat Memanjang , Besarnya Terpulang Kita. Setelah Itu, Buat Parit / Alur Ditengah-Tengah Setiap Potongan Segiempat Yang Dihasilkan Dengan Batang Rotan , Pensel Dll Potongan Itu Kemudian Dibiarkan Seketika Sehingga Kembang. Akhir Sekali, Goreng Dengan Minyak Yang Banyak Sehingga Kekuningan. Angkat Dan Toskan Minyak . Setelah Sejuk, Potong Ditengah-Tengah Untuk Diisikan Dengan Kaya Atau Planta Sebelum Dijual Atau Dimakan.

7. KULIT KUIH GELANG @ DONAT Bahan –Bahan Untuk Kulit Kuih Gelang Seperti Yang Ditunjukkan Dalam Cara-Cara Adunan Tepung Di Muka Surat Terdahulu Di Atas. Bahan-Bahan & Cara-Cara Membentuk & Menggoreng Kuih Gelang @ Donat Ambil Adunan Tepung Yang Telah Kembang Dengan Sederhana Besar ( Ikut Suka Kita ). Picit Dengan Jari Untuk Membentuk Adunan Itu Menjadi Bulat. Setelah Dibentuk, Buat Lubang Sederhana Besar Di Tengah-Tengah . Buat Sebanyak Mana Yang Anda Mahu. Ketepikan Seketika. Goreng Dengan Minyak Yang Banyak Dalam Kuali Sehingga Kekuningan. Angkat Dan Toskan Minyak. Gaulkan Kuih Gelang Ke Dalam Plastik Yang Berisi Gula Halus ( Gula Pasir Yang Dikisar Atau Ditumbuk ) Agar Kuih Gelang Itu Disaluti Gula Supaya Lebih Manis Dan Cantik Kelihatan. Kuih Anda Siap Dan Sedia Dijual @ Dihidangkan.

8. INTI KARIPAP – UBI KAYU + MEE KUNING + KARI. Ubi Kayu Cincang Halus Dan Rebus Hingga Masak. Mee Kuning Rebus Hingga Lembut & Angkat ; Toskan Airnya. Sediakan 4 Ulas Bawang Merah, 3 Ulas Bawang Putih Dan Garam ½ Sudu Makan. Tumbuk Bawang Hingga Lumat Bersama Garam Dalam Lesung Batu. Tumiskan Bawang Dengan Sedikit Minyak Hingga Garing , Masukkan Kari Daging Yang Elah Dibancuh Sedikit Air Dan Kacau. Masukkan Ubi Kayu Rebus Dan Mee Kuning Tadi. Kacau Seketika Dan Angkat Untuk Dijadikan Inti. Nota : Untuk Inti Kelapa Parut , Cara Sedia Sama Dengan Inti Kelapa Parut Bagi Kuih Pau Goreng Kulit Kuih Karipap ( Bahan & Cara Membuat ) ¾ Kilo Tepung ( Lebih Daripada Setengah Kilo ). Panaskan ( Sedikit ) ½ Gelas Minyak Masak. Adunkan Minyak Dan Tepung. Masukkan 1 Gelas Air; Tuang Sedikit Demi Sedikit. Adun Hingga Lembut Dan Senang Dibentuk. Sapu Minyak Di Atas Bekas Tempat Membentuk Atau Meleperkan Adunan. Ambil Sedikit Adunan , Bulatkan, Kemudian Rollkan Dengan Alat Khas Ataupun Guna Tangan Supaya Adunan Menjadi Lebar Berbentuk Bulat. Letak Aduanan Yang Telah Leper Itu Di Atas Acuan Karipap Dan Masukkan Inti Kari Ataupun Kelapa Parut. Tutup Acuan Dan Keluarkan Adunan Karipap Yang Telah Terbentuk. Goreng Hingga Kekuningan. Angkat Dan Toskan Minyak. Hidangkan @ Jual

9. INTI KACANG HIJAU ( Bahan & Cara Membentuk ) Rebus ½ Kilo Kacang Hijau Hingga Empuk. Campurkan 1 ½ Gelas Gula. Masukkan 2 Gelas Tepung Gandum. Adunkan Kesemuanya Hingga Sebati. Ambil Sedikit Adunan Tersebut , Bulatkan Dan Kemudian Leperkan ( Saiz Bergantung Kepada Anda ). Ulangi Hingga Adunan Selesai Dibentuk. Sapu Tangan Anda Dengan Tepung Untuk Elakkan Adunan Melekat Di Tapak Tangan. 10. KULIT KUIH KACANG HIJAU ( Bahan & Cara Membuat ) Masukkan Tepung 1 Gelas Dalam Bekas. Campurkan Sedikit Air. Campurkan Lagi 2 Cubit Kapur ( Sireh ) Adun Kesemuanya Hingga Sebati & Adunan Harus Cair Sedikit. Menggoreng Kuih Kacang Hijau Adunan Kacang Hijau Yang Sudah Siap Dibentuk Dicelupkan Dengan Adunan Khas Untuk Kulit Kuih Kacang Hijau ( Seperti Di Atas ) Satu Persatu Kemudian Digoreng Hingga Kekuningan. Angkat Dan Toskan. Sedia Dihidangkan @ Dijual.

11. KUIH TERAJU INTI UBI KAYU ( Bahan & Cara Membentuk ) Rebus Ubi Kayu Sederhana Besar Hingga Empuk. Kemudian Lenyek / Hancurkan . Parut Sepotong Kelapa Muda Dan Bersama Ubi Kayu Yang Sudah Dihancurkan. Campurkan 1 Gelas Gula. Adunkan Kesemuanya Hingga Sebati. Ambil Sedikit Adunan Tersebut , Bulatkan Dan Kemudian Leperkan ( Saiz Bergantung Kepada Anda ). Ulangi Hingga Adunan Selesai Dibentuk. 12. KULIT KUIH UBI KAYU ( Bahan & Cara Membuat ) Masukkan Tepung 1 Gelas Dalam Bekas. Campurkan Sedikit Air. Campurkan Lagi 2 Cubit Kapur ( Sireh ) Adun Kesemuanya Hingga Sebati & Adunan Harus Cair Sedikit.

Menggoreng Kuih Ubi Kayu Adunan Kuih Ubi Kayu Yang Sudah Siap Dibentuk Dicelupkan Dengan Adunan Khas Untuk Kulit Satu Persatu Kemudian Digoreng Hingga Kekuningan. Angkat Dan Toskan. Sedia Dihidangkan @ Dijual. 13. KUIH WAJIT Bahan & Cara Membuat Rendam 3 Put ( Tin Sardin ) Beras Pulut Selama Beberpa Jam. Kemudian Kukus Sehingga Kembang / Masak. Perah Santan Dalam Kuali ( Daripada 1 Biji Kelapa) Dan Masak. Campurkan Gula 1 Gelas. Tambahkan 1 Sudu Minyak Masak Sekiranya Santan Kurang. Kacau Dan Masukkan Beras Pulut Yang Sudah Dikukus. Kemudian Campurkan Kicap Sebanyak 1 Sudu Nasi. Kicap Digunakan Sekiranya Tidak Ada Gula Melaka. Gaulkan Kesemua Bahan Tersebut Dalam Kuali Sehingga Sebati. Ambil Bekas Sesuai, Lapik Dengan Plastik Dan Pindahkan Wajit Yang Sudah Siap Dimasak Ke Dalamnya. Ratakan Bahagian Atas Kemudian Potong Mengikut Saiz Yang Anda Suka. Kuih Wajit Anda Sudah Siap Dan Boleh Dihidangkan Atau Dijual. 14. KEREPEK PISANG Bahan & Cara Membuat Sediakan Sesikat Pisang , Kupas Kulit Dan Rendamkannya Dalam Air Air Rendaman Dicampurkan Dengan ½ Sudu Garam Dan 1 Sudu Teh Kapur Dan Sedikit Gula. Biarkan Setengah Jam. Hiris Pisang Nipis-Nipis, Sehingga Habis. Goreng Pisang Tersebut Dalam Kuali Yang Mengandungi Banyak Minyak, Sehingga Kekuningan. Angkat Dan Toskan Minyak. Bahan Pemanis Kerepek Masukkan Segelas Air Dalam Kuali. Masukkan ½ Gelas Gula. Kacau Sehingga Larutan Pekat. Masukkan Pisang Yang Sudah Digoreng Ke Dalam Kuali. Gaulkan Sehingga Gula Bercampur Dengan Kerepek . Angkat Dan Sedia Untuk Dimakan @ Dibungkus Jika Hendak Dijual. Nota : Cara Membuat Kerepek Pisang Adalah Sama Dengan Membuat Kerepek Ubi Manis ( Dalam Bahasa Dusun Tinagas : Bayag ) Hakcipta : Anneys Dis 2008 Kota Marudu Sabah

Related Documents

Kuih
April 2020 17
Resipi Kuih
November 2019 32
Apam Johol
April 2020 31
Kuih Makmur
November 2019 22
Kuih Cara
November 2019 43

More Documents from "FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI"