Kriteria 5 : Menanggal syaf pandu dari kenderaan 1.
Jek dan sangga kenderaan mengikut prosedur.
2. Keluarkan minyak kotak gear
3. Tanggalkan klip dan hos brek drp penyerap hentak
4. Tanggalkan nat syaf pandu
5. Tanggalkan hujung rod runut
6. Tanggalkan pengikat sendi buku (knuckle arm)
7. Tarik hab ke arah luar, pastikan syaf keluar dari gelugur
8. Cungkil keluar syaf pandu dari kotak gear
Kriteria 6 : Memeriksa keadaan a) syaf pandu b) gelugur syaf c) but getah
1. Periksa syaf pandu sama ada ia bengkok atau terdapat sebarang kerosakan 2. Periksa gelugur syaf pandu sama ada haus/terdapat sebarang kerosakan 3. Periksa but getah sama ada koyak atau tidak Kriteria 7 : Memasang semula syaf pandu 1. Pasangkan syaf pandu pada perumah kotak gear. 2. Ketatkan nat syaf pandu pada hab. 3. Ketatkan hujung rod runut kepada sendi buku stereng. 4. Pasangkan semula hos brek dan klip. 5. Masukkan minyak gear ke dalam kotak gear. 6. Pasangkan roda dan turunkan kenderaan. 7. Ketatkan nat syaf pandu mengikut spesifikasi (torque 18.5 kg in atau 134 ft lb.)