P.vokasional - Menservis Automobil

  • Uploaded by: Sekolah Portal
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View P.vokasional - Menservis Automobil as PDF for free.

More details

  • Words: 818
  • Pages: 5
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

MENSERVIS AUTOMOBIL

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2003.

1

Sukatan Pelajaran Menservis Automobil KBSM

PENDAHULUAN Menservis Automobil ialah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah atas dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Murid yang mengikuti mata pelajaran ini menguasai kemahiran menservis enjin dan sistem-sistem dalam automobil. Mata pelajaran ini adalah lanjutan dan peluasan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah. Menservis Automobil merupakan sebahagian usaha Kementerian Pendidikan ke arah persediaan murid sebagai tenaga kerja yang berketrampilan dalam menempuh alam pekerjaan di industri automobil. Dalam mata pelajaran ini, murid mempraktikkan kerja menservis pelbagai sistem dalam enjin automobil iaitu sistem penyalaan, sistem bahan api, sistem pelinciran, sistem penyejukan dan sistem penghidup. Murid juga menguasai kemahiran menservis sistem lain dalam automobil iaitu sistem brek, sistem stereng dan penjajaran roda, sistem gantungan, sistem penghantaran dan sistem elektrik automobil. Kebolehan murid menservis pelbagai sistem automobil dikaitkan dengan kemahiran penyenggaraan berkala mengikut spesifikasi pembuat automobil. Penekanan diberi kepada amalan keselamatan dan etika kerja semasa bekerja. Dari segi sistem automatik, murid berkebolehan menservis kotak gear automatik, sistem elektrik dalam tingkap kuasa dan sistem penyalaan elektronik. Minat murid dipertingkatkan dengan aktiviti mencari maklumat terkini terhadap perkembangan dan hala tuju teknologi automobil negara dan antarabangsa. Mata pelajaran ini dirancang khas untuk murid yang mempunyai minat dan kecenderungan dalam bidang automobil. Dengan kemahiran dan pengalaman yang diperolehi, murid boleh bekerja sebagai mekanik dalam industri automobil atau menjalankan perniagaan sendiri. MATLAMAT Matlamat mata pelajaran Menservis Automobil adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran menservis enjin dan sistem-sistem dalam automobil dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja di industri automobil.

OBJEKTIF Kurikulum Menservis Automobil adalah untuk membolehkan murid : 1.

Menservis sistem enjin automobil iaitu sistem penyalaan, bahan api, pelinciran, penyejukan dan penghidup

2.

Menservis sistem brek, stereng, penjajaran roda, gantungan dan penghantaran

3.

Menservis sistem elektrik automobil iaitu sistem mengecas, lampu, hon, pengelap, tingkap berkuasa dan bateri

4.

Membuat kerja penyenggaraan berkala automobil

5.

Mengguna dan menyenggara alatan tangan dan mesin

6.

Mengamalkan langkah keselamatan dan etika kerja

7.

Mengurus kerja dengan baik, merekod stok dan berkomunikasi dengan berkesan

8.

Mengira kos dan menyediakan rancangan perniagaan yang mudah.

1

Sukatan Pelajaran Menservis Automobil KBSM

ORGANISASI KANDUNGAN Mata pelajaran Menservis Automobil diolah dalam empat bidang pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran dibahagikan dalam unit pembelajaran yang mengandungi beberapa tajuk. Deskripsi dan senarai unit pembelajaran dalam empat bidang pembelajaran ini adalah seperti berikut : 1.

Pengurusan Tempat Kerja Bidang pembelajaran ini membolehkan murid mematuhi dan sentiasa mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan aktiviti. Di samping itu murid juga dilatih menguruskan kerja dengan berkesan, mengamalkan peraturan dan undang-undang kerja serta berusaha memelihara alam sekitar. Murid menggunakan alatan yang berkaitan dan melakukan kerja penyenggaraan sebelum, semasa dan selepas bekerja. 1.1

1.2

2.

Organisasi bengkel a.

Peraturan dan langkah keselamatan

b.

Rawatan kecemasan

c.

Memadam kebakaran

d.

Etika dan budaya kerja

e.

Peraturan dan undang-undang kerja

f.

Pemeliharaan alam sekitar dalam industri automobil

Peralatan, penggunaan dan penyenggaraan a.

Penggunaan dan penyenggaraan

b.

Rekod stok

Kemahiran Menservis Enjin Bidang pembelajaran ini khusus pada enjin automobil dan pelbagai sistem di dalamnya. Murid dilatih mengenal komponen luar dan dalaman enjin serta mengendalikan enjin empat dan dua lejang. Mereka mempraktikkan kerja menservis sistem dalam enjin iaitu penyalaan, bahan api, pelinciran, penyejukan dan penghidup dengan menekankan kepada aspek keselamatan semasa bekerja. Murid juga menguasai kemahiran penalaan enjin. 2.1 Komponen dan kendalian enjin a.

Komponen luar enjin

b

Komponen dalaman enjin

c.

Asas kendalian enjin empat lejang dan dua lejang

2

Sukatan Pelajaran Menservis Automobil KBSM

2.2 Menservis sistem enjin

2.3

3.

a.

Sistem penyalaan

b.

Sistem bahan api

c.

Sistem pelinciran

d.

Sistem penyejukan

e.

Sistem penghidup

Penalaan enjin

Kemahiran Menservis dan Penyenggaraan Berkala Automobil Dalam bidang pembelajaran ini, murid mempraktikkan kerja menservis sistem automobil selain daripada enjin. Mereka menservis sistem brek, stereng dan penjajaran roda, gantungan, penghantaran, dan elektrik automobil. Seterusnya murid melakukan kerja penyenggaraan berkala mengikut spesifikasi yang dicadangkan oleh pembuat automobil. Penekanan diberi kepada peraturan keselamatan semasa bekerja. 3.1

Menservis sistem brek

3.2

Menservis sistem stereng dan penjajaran roda a.

Sistem manual

b.

Sistem stereng kuasa

3.3

Menservis sistem gantungan

3.4

Menservis sistem penghantaran a.

Pengenalan

b.

Syaf putar dan syaf pandu

c.

Kotak gear manual dan automatik

d.

Klac

e.

Gandar belakang

f.

Roda dan tayar

3

Sukatan Pelajaran Menservis Automobil KBSM

3.5

3.6

4.

Menservis sistem elektrik a.

Bateri

b.

Sistem lampu

c.

Sistem hon

d.

Sistem pengelap

e.

Sistem mengecas

f.

Tingkap kuasa

Penyenggaraan berkala

Keusahawanan Dalam bidang pembelajaran ini murid didedahkan dengan cara berkomunikasi yang berkesan dan membuat keputusan. Mereka mempelajari cara menyediakan rancangan perniagaan, mengenal pasti organisasi yang membantu usahawan dan cara pemasaran. Murid juga didedahkan dengan peluang kerjaya di industri automobil. 4.1

Kemahiran berkomunikasi

4.2

Kemahiran membuat keputusan

4.3

Pengiraan kos

4.4

Rancangan perniagaan

4.5

Agensi yang membantu usahawan

4.6

Pemasaran

4.7

Peluang kerjaya di industri automobil

4

Related Documents


More Documents from "Sekolah Portal"

B.cina-tahun 1 - 2
October 2019 32
Muzik - Kbsm (ting 4 - 5)
October 2019 46
B.cina-tahun 4 - 4
October 2019 31
B.cina-tahun 5 - 2
October 2019 39
B.cina-tahun 5 - 3
October 2019 35