dePENYELESAIAN KEPADA MASALAH ANDA MASALAH 1: Pada waktu kenderaan sedang berjalan, pedal minyak dipijak dan putaran enjin bertambah tinggi, tetapi kenderaan tidak bergerak lebih cepat. Hal tersebut sangat terasa pada waktu mendaki bukit atau ketika kenderaan bermuatan berat. Biasanya keadaan tersebut disertakan dengan bau getah terbakar. Keadaan tersebut di atas biasanya merupakan gejala klac yang rosak.Oleh itu lakukanlah pengujian seperti di bawah ini. Setelah brek tangan digunakan, hidupkan enjin. Pijak pedal klac,masuk gear pada kedudukan gear satu atau dua. Sementara pedal cekam masih dipijak, naikkan putaran enjin dengan memijak pedal minyak. Kemudian angkat pedal cekam perlahan-lahan. Apabila ternyata bahawa putaran enjin tidak berubah (berkurang) atau enjin tidak cenderung untuk mati, maka gejala-gejala tersebut di atas menyatakan bahawa klac mengalami kerosakan. Selain itu adakah terjadi beberapa seperti perkara di bawah ini: a.terasa enjin tidak mendapat menghasilkan daya penuh. b.petrol cepat habis. c.enjin cepat jadi panas. d.tercium bau sesuatu benda yang terbakar dari kawasan di sekitar tempat cekam. Sebab-sebab utama kerosakan klac adalah; a.jarak bebas pedal yang terlalu pendek. b.permukaan klac sudah haus atau terbakar. c.adanya minyak atau gris pada permukaan klac. d.pegas tekan pada plat klac sudah lemah atau patah. e.plat tekanan klac atau roda daya enjin sudah berubah bentuk. MASALAH 2: Meskipun pedal klac sudah dipijak penuh, tetapi gear tidak dapat dipindahkan. Sementara itu terdengar bunyi geresek gear di dalam kotak gear. Gejala tersebut menyatakan bahawa klac tidak dapat dilepaskan dengan sempurna. Sebab-sebab utama kerosakan. a.Jarak antara klac dan lantai terlalu pendek. b.Bagi klac yang menggunakan tekanan hidraulik, besar kemungkinan terjadinya kerosakan pada sistem hidrauliknya misalnya kerana: - Kekurangan atau kebocoran minyak klac(sama dengan minyak brek) - Kerosakan pada omboh silinder utama dan/atau silinder pelepas klac. - Terdapat udara atau wap di dalam sistem hidrauliknya. c.Kerosakan permukaan klac dan/atau plat klac. d.Kehausan pada silinder pelepas dan/atau pengalas pelepas klac.
MASALAH 3: Pada waktu pedal klac dilepaskan, terdengar bunyi yang luar biasa. Tetapi apabila dipijak, bunyi tersebut tidak terdengar lagi. Sebab-sebab kerosakan. a.Bahagian pusat plat klac longgar b.Kehausan pada plat klac atau gerigi gandar penggerak utama c.Plat klac retak d.Pegas pemutar plat klac patah atau rosak e.Kehausan gandar penggerak utama boleh menyebabkan gangguan kelancaran atau kesukaran untuk bergeraknya mekanisme pelepas klac. Mekanisme pelepas klac terlekat pada gandar penggerak utama dan tidak dapat bergerak kembali. MASALAH 4: Bunyi yang terdengar di sekitar kotak gear menjadi semakin kuat, hal tersebut terjadi terutama pada waktu kenderaan bergerak pada gear rendah. Sebab-sebab kerosakan. a.Kekurangan minyak pelincir atau menggunakan minyak pelincir yang kurang tepat. b.Kehausan atau kerosakan pada gigi gear dan pengalasnya. c.Hubungan gigi gear kurang tepat. MASALAH 5: Pada waktu kenderaan sedang bergerak,terdengar bunyi menderu dari bahagian bawah tempat duduk belakang. Sebab-sebab kerosakan. a.Kekurangan minyak pelincir. b.Penyesuaian yang kurang tepat di antara gear kebeda;kehausan atau kerosakankerosakan pada penggalas-penggalasnya.