Menjadi Johan Di suatu pagi matahari menyinari laut yang tenang. Sebatu dari pantai perahu nelayan sedang mengharungi laut dan perkataan ‘sarapan’ terpancar di udara. beribu-ribu burung camar sibuk mencari makanan. Kesibukan bermula pagi, memecah keheningan pagi. Burung-burung camar berebut-rebut mendapatkan sisa ikan daripada perahu-perahu nelayan. Di suatu sudut yang terpencil Johan, si burung camar laut berlatih seorang diri. Seratus kali di udara dia merendahkan kakinya, mengangkat paruh dan mengembangkan sayapnya yang panjang. Dia terbang perlahan-lahan sambil memerhatikan ke paras laut. Dia hanya melihat camar-camar lain sibuk berebut-rebut sesama sendiri mendapat secebis ikan yang dibuang nelayan. Sebagaimana yang kita ketahui camar laut tidak ada tempat tinggal yang tetap. Namun begitu di udara bukanlah tempat yang begitu sesuai. Johan cuba berhenti di udara tetapi angin kencang meniup bulunya yang kusut dan dia terus terhempas ke air. Tetapi Johan tetap terbang di udara juga. Camar-camar lain tidak ingin belajar lebih daripada cara yang termudah untuk terbang. Matlamat mereka bukannya untuk terbang tetapi mendapatkan makanan di laut, sementara Johan lebih daripada itu – bukan makanan yang penting tetapi penerbangan. Tetapi Johan sendiri berasa pelik kenapa, contohnya bila dia terbang rendah di permukaan air dia boleh bertahan tanpa menggunakan tenaga yang banyak, tetapi jika tinggi dia tidak dapat berbuat begitu. Dia cuba meluncur ke pantai tanpa menjejak kaki ke bumi. Dia cuba agar penerbangan menjadi lebih laju. Ibunya bertanyakan kepadanya kenapa dia bersusah payah untuk belajar terbang. Mengapa dia tidak seperti burung camar yang lain. Mereka terbang untuk mencari makanan. Sungguh kecewa kedua ibu bapanya dengan sikap Johan. Mereka ingin Johan menjadi seperti camar lain – terbang mencari makan. Tidak lebih daripada itu. Johan menjawab cuma dia ingin tahu apa yang boleh dibuatnya di udara dan apa yang tidak. Bapanya mengingatkannya bahawa musim sejuk akan tiba tidak lama lagi dan dia perlu belajar bagaimana mencari makanan. Perahu-perahu nelayan akan berkurangan dan ikan akan berenang jauh ke dalam laut. Dan jika Johan ingin belajar, maka wajarlah dia belajar bagaimana mendapat makanan dan bagaimana menangkap ikan. Memanglah bijak jika pandai terbang, kata bapanya, tetapi kita tidak boleh makan keluncuran dan kelajuan. Johan menerima hakikat dan mengikut kata bapanya. Untuk beberapa minggu dia cuba berkelakuan sama seperti burung camar yang lain, mencari dan menyambar makanan di teluk dan bot-bot nelayan. Berebut dan bergaduh sesama sendiri untuk makan. Tetapi dia tidak dapat lama melakukannya. Tidak lama kemudian,Johan belajar terbang semula dengan gembiranya. Perkara utama yang dipelajarinya ialah kelajuan. Dalam masa seminggu banyak yang dipelajarinya tentang kelajuan – lebih laju daripada camar-camar yang lain. Sepanjang masa, dia berusaha dengan gigih tetapi selalu hilang pertimbangan apabila berada pada kelajuan tinggi. Puncanya setelah puas berfikir, dia mesti menggerakkan sayap semasa berada pada kadar kelajuan tinggi. Dia boleh terbang 50km sejam dan dengan menggerak dan mengubah darjah sayapnya dia boleh terbang selaju 90km sejam. Satu rekod bagi camar laut. Tetapi kejayaannya itu tidak lama. Bila saja, dia mula mengubah kedudukan sayapnya dia menghadapi masalah hilang kawalan. Apalagi dia terus terhempas ke permukaan laut. Dia pengsan, terapung di permukaan laut. Apabila dia sedar semula hari telah gelap dan dia terapung-apung di atas air. Sayapnya basah, badannya terasa berat seperti besi. Dia berasa kecewa dengan kegagalannya. Dia mengharapkan, dengan rasa lemah, badannya yang berat akan tenggelam ke laut dan mengakhirkan riwayatnya. Kemudian satu suara membisikkan kepadanya bahawa dia tidak boleh melakukannya. Dia adalah burung camar biasa yang terbatas oleh kejadian alam. Dia mengaku kebenaran kata bapanya bahawa jika dia ingin belajar tentang ilmu penerbangan, maka dia mesti mempunyai cara untuk otaknya. Jika dia ditetapkan untuk terbang dengan laju, maka dia harus diberi sayap pendek seperti burung helang dan hidup memakan tikus bukan ikan. Bapanya memang betul. Dia mesti melupakan kebodohannya dan keinginannya untuk belajar terbang dan kembali ke tempat asalnya. Dia mengakui kata-kata tadi dan kembali ke kumpulannya serta hidup sebagai camar laut biasa. Dia berpuas hati dengan had keupayaannya. Dia merasa puas hati dengan keputusan untuk hidup seperti burung camar laut yang biasa. Dia menggerak sayapnya untuk terbang ke pantai. Dia berhenti berfikir dan terus terbang dalam kegelapan
menuju ke arah cahaya di tepi pantai. Tiba-tiba satu suara mengatakan “gelap”! ‘Camar laut tidak biasa terbang dalam keadaan gelap!’ ‘Turun ke bawah!’ ‘Camar laut tidak boleh terbang dalam gelap.’ Tetapi Johan tidak menghiraukan kata-kata itu dan gembira terbang dalam cahaya bulan. Suara itu mengatakan bahawa jika dia ingin terbang dalam gelap dia mesti ada mata seperti burung hantu, ada akal dan ada kepak yang pendek seperti burung helang. Dia terus terbang dalam gelap menikmati sinaran cahaya bulan. Semuanya begitu tenang hening. Akhirnya dia mendapat jawapan bahawa yang diperlukannya ialah sepasang kepak yang pendek. Kepak pendek! Dia memendekkan kepaknya! Dia belatih semula dan berasa gembira kerana boleh terbang tujuh puluh, sembilan puluh sehingga seratus dua puluh km sejam. Dia memendekkan sayapnya, menggerakkan hanya sedikit hujung sayapnya dan menjunam ke paras laut. Ditutup matanya dan meluncur ke paras laut. Seratus empat puluh km sejam! Dan dia masih dapat mengawalnya! Jika menjunam terjun dari lima ribu kaki, dan bukannya hanya dua ribu kaki, bagaimana agak lajunya! Dia hidup kembali, gementar dengan kejayaan barunya. Dia melihat jauh dari atas kumpulannya berebut-rebut mencari sisasisa ikan daripada nelayan. Kelihatan kecil sekali bot-bot nelayan. Dia terus berlatih. Pada suatu hari semua burung camar berkumpul di Dewan Persidangan berdebar menunggu sesuatu. Tiba-tiba ketua mereka memerintahkan Johan supaya berdiri di tengah dewan. Pada fikiran Johan dia akan diberi pujian. Dia amat gembira. “Johan, kamu memalukan”, kata Ketua mereka. Johan berasa lemah, berasa kecewa. “Kamu tidak bertanggungjawab. Memecah darjat dan tradisi keluarga camar yang lain. Kita diletakkkan di dunia ini untuk makan, untuk hidup selama mungkin”. Selalunya burung camar tidak membantah keputusan Dewan tetapi Johan membantah dengan mengatakan bahawa dia bertanggungjawab kerana telah menemui cara terbang laju. “Siapakah yang lebih bertanggungjawab daripada camar yang membawa sesuatu makna baru kepada kehidupan camar satu matlamat yang lebih tinggi untuk hidup. Dah beribu-ribu tahun kita mencuri,mengikis dan berebut-rebut mendapat sisa-sisa kepala ikan, tetapi sekarang kita ada sebab untuk hidup, untuk belajar, untuk menerokai dan untuk bebas!!! Berilah saya peluang, dan saya akan tunjukkan apa yang telah saya ketemui…! Tetapi kumpulan burung seperti batu, tidak mahu dengar “Tali persaudaraan putus sekarang!” Johan menghabiskan masanya bersandirian dengan cara tinggal jauh dari tempat asalnya. Dia berasa kecewa dengan sikap masyarakatnya yang tidak mahu menyedari penemuan barunya itu. Setiap hari dia terus belajar. Dia menangkap ikan yang berada sepuluh kaki di dasar lautan, memilih jenis ikan yang enak untuk dimakan, belajar utnuk tidur di udara dan terbang beribu-ribu batu dalam masa semalam. Dia tidak lagi perlukan bot nelayan dan roti basi untuk dimakan. Dia juga boleh terbang dalam ribut yang kencang. Dia belajar tidur di udara dan menikmati santapan yang lazat di darat selain darpada ikan. Dia berharap akan mendapat ganjaran daripada apa yang dipelajarinya. Johan mengetahui bahawa kebosanan, ketakutan dan kemarahan adlah faktor yang menyebabkan burung camar pendek umur. Oleh kerana faktor ini tidak ada dalam fikirannya, maka dia boleh hidup lama dan bahagia. Pada suatu petang ketika Johan sedang di udara dua ekor burung camar menemuinya. Johan terus mengujinya dengan satu ujian yang tidak pernah dilalui oleh mana-mana burung camar. Kedua-duanya berjaya melalui ujian tersebut. Setelah itu, Johan bertanya siapakah yang mengajar mereka. Kedua-duanya menjawab bahawa mereka adalah dari kumpulannya dan datang untuk membawanya pulang. Johan mengatakan bahawa dia tiada rumah dan saudara serta tidak berdaya terbang tinggi kerana telah tua. Tetapi mereka memberi semangat kepada Johan bahawa dia boleh melakukannya. Johan mengakui katakata tersebut dan setelah berfikir dia bersetuju untuk pulang bersama-sama engan kedua-dua ekor burung tersebut. Dia telah terbang tinggi beribu- ribu kaki, melintasi gunung bersama dengan teman-teman barunya. Dia bahagia. Dia mencapai apa yang dicita-citanya. Itulah kehidupan baginya.