Meningkatkan Penguasaan Pelajar Tahap Pencapaian Rendah Dalam Topik Perbankan Melalui Penggunaan Nota Poket

  • Uploaded by: Mustafa Kamal Md Yusof
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Meningkatkan Penguasaan Pelajar Tahap Pencapaian Rendah Dalam Topik Perbankan Melalui Penggunaan Nota Poket as PDF for free.

More details

  • Words: 2,740
  • Pages: 12
Meningkatkan Penguasaan Pelajar Tahap Pencapaian Rendah dalam Topik Perbankan Melalui Penggunaan Nota Poket. Oleh En. Mustafa Kamal Bin Md Yusof SMK Taman Universiti Abstrak Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan Nota Poket sebagai bahan bantu mengajar bagi memberi kefahaman kepada pelajar-pelajar tahap pencapaian rendah khususnya pelajar Tingkatan 5P3. Adalah diharapkan dengan penggunaan Nota Poket ini akan membawa perubahan tingkahlaku pelajar ini daripada kurang berminat untuk membaca kepada pelajar yang minat untuk membaca dan memahami isi pelajaran. Kajian ini memberi tumpuan kepada Topik Perbankan sebagai permulaan. Kajian ini antara lain adalah ingin melihat sikap pelajar berubah menjadi pelajar yang boleh menyumbang kepada kelulusan sekolah secara keseluruhan dan mata pelajaran Perdagangan secara khususnya. Hasil tinjauan awal memperlihatkan bahawa pelajar tahap pencapaian rendah ini merupakan penyumbang utama kejatuhan kelulusan keseluruhan Perdagangan dalam Peperiksaan Dalaman dan juga SPM. Ujian pra melalui ujian Setara 1, menunjukkan peratus kelulusan yang amat rendah iaitu 15% dari keseluruhan pelajar seramai 36 orang. Satu pemerhatian telah dibuat untuk mengenalpasti masalah pelajar semasa proses P&P. Pelajar seperti tiada ilmu yang boleh dikongsi dengan guru mata pelajaran, sukar untuk menjawab soalan-soalan spontan yang diutarakan oleh guru. Soal selidik juga mendapati minat belajar pelajar terhadap mata pelajaran ini semakin menurun. Perancangan kajian tindakan difokuskan kepada peningkatan penguasaan pelajar terhadap Topik Perbankan dan meningkat minat pelajar membaca melalui penggunaan Nota Poket. Pelajar telah didedahkan kepada Nota Poket yang dibuat sebegitu ringkas tetapi boleh menjawab contoh-contoh soalan yang diambil daripada soalan SPM tahun-tahun lepas. Antara tujuan Nota Poket ini adalah untuk memudahkan pelajar membuat ulangkaji topik berkenaan. Selepas beberapa tindakan penggunaan Nota Poket ini didapati pencapaian pelajar terhadap topik yang berkenaan telah meningkat begitu mendadak. Justeru dirumuskan bahawa Nota Poket ini amat membantu pelajar terutama pelajar tahap pencapaian rendah untuk meningkat pencapaian mereka dalam topik berkenaan.

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU. Sebagai seorang guru mata pelajaran Perdagangan yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam mata pelajaran ini, membuat saya berasa sedih dengan

pencapaian

pelajar

terutama

pelajar

tahap

pencapaian

rendah.

Memandangkan pelajar yang terpilih untuk mengambil mata pelajaran ini adalah tergolong daripada pelajar tahap ini maka saya merasakan saya tidak boleh menyalahkan mereka kerana kurang berminat untuk meningkatkan pencapaian mereka. Jika saya membiarkan mereka terkapai-kapai tidak tentu haluan, jelaslah saya sebenarnya gagal untuk mendidik mereka untuk berjaya dalam peperiksaan. Saya perlu memikirkan sesuatu untuk mengubah tingkah laku mereka agar mempunyai wawasan untuk cemerlang seperti orang lain. Kalaupun tidak

cemerlang, mereka perlu lulus dan menyumbang kepada peningkatan kelulusan mata pelajaran Perdagangan dalam SPM kelak. Semasa mengajar mata pelajaran ini, tidak dapat dinafikan terdapat pelajar yang kurang minat untuk belajar. Berdasarkan analisis ’Head Count’ peperiksaan akhir tahun 2007 semasa mereka berada di tingkatan empat, didapati prestasi mereka berada pada tahap yang kritikal. Didapati markah TOV mereka adalah dibawah 20 markah sedangkan ETR yang ingin dicapai berdasarkan unjuran PPD adalah 80% bermakna setiap kelas mesti mencapai kelulusan 80%. Apa yang dapat saya katakan disini pelajar tidak membuat persiapan awal dengan membuat pembacaan seperti yang diarah oleh saya sebelum saya memulakan sesuatu topik. Jelasnya mereka sebenarnya malas untuk membaca buku

teks

yang

ditulis

dengan

ayat-ayat

yang

menyukarkan

mereka

memahaminya. Justeru saya mengenalpasti bahawa pelajar tahap ini tidak suka nota yang panjang berjela-jela, ini membuatkan saya terfikir kenapa tidak saya hasilkan satu bentuk nota yang boleh mereka bawa dalam poket mereka dan senang untuk mereka membacanya. Jadi saya perlu merangkakan kaedah yang berkesan agar mereka dapat menggunakan Nota Poket dan membantu meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Perdagangan. 2.0

ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN Kajian ini berfokuskan kepada kemahiran pelajar untuk menggunakan Nota Poket dan mengaplikasikan apa yang dipelajari atau dibaca dalam soalansoalan peperiksaan. Kajian ini penting kerana pelajar tidak dapat menguasai topik-topik dalam mata pelajaran dan menyebabkan mereka gagal untuk memahami soalan dan mengikut kehendak soalan. Menjawab soalan dengan tepat dan betul memerlukan mereka memahami topik berkenaan. Jika perkara ini tidak ditangani, ia akan menjadi lebih teruk dan mereka akan kehilangan markah percuma kerana soalan yang dikemukakan dan dibincangkan adalah soalan terpilih daripada subtopik-subtopik yang kerap disoal dalam peperiksaan. Masalah ini akan cuba saya atasi dengan memudahkan nota dan memperbanyakkan latihan dengan topik berkenaan. Adalah diharapkan

mereka akan mencapai keputusan peperiksaan yang lebih baik dikalangan pelajar di kelas-kelas lain. 3.0

OBJEKTIF KAJIAN 3.1

Objektif Am Meningkatkan penguasaan pelajar tahap pencapaian rendah dalam topik perbankan melalui penggunaan Nota Poket.

3.2

Objektif Khusus Pelajar akan dapat; 3.2.1

Mengenalpasti istilah-istilah penting dalam setiap bahagian topik tersebut.

3.2.2

Menguasai sekurang-kurangnya 70% daripada isi-isi penting dalam topik tersebut.

4.0

KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada pelajar Tingkatan 5P3 yang gagal dalam peperiksaan akhir tahun semasa di Tingkatan 4 dalam mata pelajaran Perdagangan.

5.0

TINDAKAN YANG DICADANGKAN 5.1 Tinjauan Masalah Daripada peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4 di dapati tiada calon yang lulus dalam mata pelajaran Perdagangan. 5.2

Intervensi / Aktiviti (jenis dan cara melaksanakan) Saya merancang akan menjalankan tindakan seperti berikut: 5.2.1

Aktiviti 1

: Mengumpulkan markah pelajar 5P3 melalui ujian pra tentang topik Perbankan.

Langkah 1

: Mendapatkan markah.

Langkah 2

: Menganalisis data mengikut jantina, bangsa dan jumlah markah yang diperolehi.

5.2.2

Aktiviti 2

: Penyediaan Nota Poket Topik Perbankan.

Langkah 1

: Mengumpul, membentuk dan memilih maklumat yang sesuai.

Langkah 2

: Menyediakan nota poket yang ringkas, mudah, menarik dan lengkap.

5.2.3

Aktiviti 3

: Melaksanakan penggunaan Nota Poket.

Langkah 1

: Menerangkan kepada pelajar mengenai penggunaan nota poket.

Langkah 2

: Pelajar menggunakan nota poket dalam tempoh 2 minggu.

Langkah 3

: Pelajar mengaplikasi maklumat dengan menjawab pelbagai bentuk soalan latihan.

5.2.4

5.2.5

Aktiviti 4

: Ujian Pengukuhan / Pengayaan

Langkah 1

: Penyedian soalan ujian.

Langkah 2

: Pelajar menduduki ujian.

Langkah 3

: Pemeriksaan dan pengumpulan markah pelajar.

Langkah 4

: Post mortem

Aktiviti 2

: Penyediaan modul pelbagai bentuk soalan.

Langkah 1

: Mengumpul / membentuk dan memilih pelbagai bentuk soalan topik 1 (Asas Kepada Perdagangan)

Langkah 2

: Menyediakan modul bertulis untuk soalan yang terpilih beserta jawapan ; jumlah soalan sekurangkurangnya 40.

5.2.6

Aktiviti 3

: Melaksanakan penggunaan modul.

Langkah 1

: Pelajar terpilih akan dimaklumkan mengenai

penggunaan modul. Langkah 2

: Pelajar mesti menjawab sekurang-kurangnya 2 soalan setiap minggu.

Langkah 3

: Pemeriksaan jawapan dan perbincangan dengan pelajar.

5.2.7

6.0

Aktiviti 4

: Peperiksaan Ulangan

Langkah 1

: Penyedian soalan untuk peperiksaan ulangan.

Langkah 2

: Pelajar menduduki peperiksaan.

Langkah 3

: Pengumpulan markah pelajar.

Langkah 4

: Perbandingan / Post mortem

JADUAL PELAKSANAAN BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13.

AKTIVITI

TEMPOH PELAKSANAAN Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal 1 minggu Menulis proposal kajian 1 minggu Merancang tindakan – individu / kumpulan 1 hari Melaksanakan tindakan 1– mengumpul markah 1 hari ujian pra Membincangkan masalah yang timbul dalam 2 hari tindakan 1 Melaksanakan tindakan 2– Penyediaan Nota Poket 1 minggu Membincangkan masalah yang timbul dalam 2 hari tindakan 2 Melaksanakan tindakan 3 – Pelaksanaan 2 minggu Penggunaan Nota Poket Membincangkan masalah yang timbul dalam 2 hari tindakan 3 Ujian untuk mengesan perubahan klien 1 hari Refleksi kajian 2 hari Menulis laporan kajian 2 minggu Pembentangan dapatan kajian untuk makluman 1 hari Jabatan

7.0 DAPATAN KAJIAN 7.1

Analisis Ujian Pra. Daripada Ujian Pra didapati seramai 25 orang pelajar daripada 36 orang pelajar 5P3 didapati telah gagal dalam ujian yang telah dijalankan. Daripada jumlah tersebut 5 orang merupakan perempuan manakala selebihnya iaitu 20 adalah lelaki. Bagi pecahan kaum pula daripada 10 orang perempuan 5 orang pelajar Melayu, 2 orang pelajar India dan 3 orang pelajar Cina. Manakala pelajar lelaki pula terdiri daripada 4 orang India, 1 orang Cina dan 10 orang pula adalah pelajar Melayu. 7.1.1 Refleksi Ujian Pra Dari sini dapat dirumuskan bahawa kegagalan mereka bukan merupakan disebabkan oleh kebolehan berbahasa tetapi terletak kepada sikap dan keupayaan menguasai apa yang dipelajari. Rata-rata markah yang diperolehi adalah didalam lingkungan 5 markah – 25 markah. Berdasarkan jadual yang diberi di bawah.

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18

NAMA PELAJAR MOHAMAD ABDUL AZIM BIN MAHAT MOHAMAD FIRDAUS BIN SHUKOR MOHAMAD MUSHAWIR BIN SIDIK MOHAMAD SAFIEE BIN MOHD SHARIFF MOLTAZAM BIN ROSLAN MUHAMAD ALIF ALIFI BIN ABD RAHMAN MUHAMAD HAZIQ BIN ARIFFIN MUHAMMAD IQBAL BIN KHALID MUHAMMAD MUSHARAF BIN MUSTAFFA RAZALI BIN ZULKIFLI ARIRAJ A/L RAJANTERIN ARUNRAAJ A/L NADARAJAN DEVARAJ A/L MAT KEYALAKAN DURAIRAJ A/L ARUMUGAM HARI PRASAD A/L SUPRAMANIAM SAM A/L GANESAN NG CHI ZHI TAN WEE PING

Markah 10 05 05 17 20 25 15 15 18 20 09 07 08 06 41 45 15 40

Gred 9G 9G 9G 9G 9G 9G 9G 9G 9G 9G 9G 9G 9G 9G 8E 7D 9G 8E

19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32

WONG CHUN HAO YEE SENG WUAN KHALIJAH BINTI AB HALIM NORAINI BINTI MOHD ZAINAL NUR RASYIDAH BINTI ABDUL AZIZ NURAIN BINTI ABDULLAH NURINI BINTI HARIS NURUL SYAFIQAH BINTI ABD HALIM PUTERI BALKIS BINTI SALLEHUDIN SITI AISHA BINTI OTHMAN SITI JUNAIDAH BINTI OTHMAN SITI MAHMUDAH BINTI JUSNI SITI NORZAHIRAH BT ISMAIL ANGELA A/P C KANASAN

42 43 41 45 45 45 43 09 15 18 46 08 19 14

8E 8E 8E 7D 7D 7D 8E 9G 9G 9G 7D 9G 9G 9G

33 34 35 36

THEIVARANI A/P SANDARSIAKAN LAU SOOK KUAN LEE MAN LIN PANG MEOW LENG

09 10 11 12

9G 9G 9G 9G

LELAKI

PEREMPUAN

M C I M C I

0-5 2

2

JUMLAH

6-10 1 4 2 1 1 9

11-17 3 1

18-25 4

25-39

40-100

1 2 1 8

2

3 2 6

6

5

JUM 10 4 6 11 3 2 36

Jadual 1 : Jumlah Pelajar yang gagal mengikut jantina, kaum dan markah 7.2

Penyediaan Nota Poket Topik Perbankan. Proses penyediaan Nota Poket ini dibuat dengan penglibatan semua pelajar agar mereka merasakan bahawa nota poket tersebut mereka yang membuatnya dan mempunyai nilai tersendiri terhadap nota poket masing-masing. Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan nota poket adalah mengikut kehendak dan minat pelajar. Namun begitu guru menyediakan maklumat yang sesuai digunakan dalam nota poket tersebut.

Masa yang diambil untuk menyediakan nota poket tersebut adalah lebih kurang 60 minit. (contoh nota poket yang dihasilkan di Lampiran 1) 7.2.1

Refleksi Penyediaan Nota Poket Pelajar begitu berminat terhadap penyediaan nota poket kerana ianya adalah dihasilkan oleh mereka sendiri. Selama ini mereka hanya menerima daripada guru, seperti menerima suapan tetapi kini mereka sendiri menghasilkan nota untuk kegunaan mereka. Perasaan bangga tersebut memungkin mereka akan menyukai penggunaan nota poket tersebut.

7.3

Pelaksanaan Penggunaan Nota Poket. Guru menunjuk cara bagaimana Nota Poket tersebut dapat digunakan. Segala maklumat yang dimasukkan dalam nota poket tersebut adalah merupakan topik-topik penting dalam Bab Perbankan. Topik-topik penting ini menjadi kesukaan penggubal soalan untuk membentuk soalan. Ini dapat dibuktikan secara analisis daripada soalan-soalan SPM yang lepas. Justeru guru telah mengutarakan 20 soalan objektif untuk dijawab oleh pelajar (Lihat Lampiran 2). Dengan menggunakan nota poket yang dihasilkan oleh mereka, pelajar telah menjawab soalan dengan membuat rujukan menggunakan nota poket tersebut. Nota poket ini telah digunakan untuk menjawab pelbagai jenis soalan selama dua minggu. 7.3.1

Refleksi Penggunaan Nota Poket. Dari 20 soalan objektif yang diutarakan, seramai 15 orang pelajar telah dapat menjawab dengan baik iaitu markah diperolehi dari 15 hingga 18 markah. Manakala 10 orang lagi masih berada ditahap yang agak lemah dimana memperolehi markah dari 5 hingga 12 markah. Apa yang dapat dirumuskan ialah pengukuhan terhadap penggunaan nota poket perlu dibuat melalui cubaan menjawab lebih banyak lagi soalan objektif dan juga soalan esei.

7.4

Pengukuhan dan Pengayaan Proses ini dijalankan dengan membuat ujian untuk menguji keberkesanan penggunaan nota poket tersebut. Pelajar menduduki satu ujian yang mengandungi pelbagai jensi soalan dari bentuk objektif dan juga esei. Sebanyak 20 soalan objektif dan 4 soalan esei diberikan untuk ujian tersebut dan dijalankan selama satu jam. 7.4.1

Refleksi Ujian Pengukuhan Dari jumlah 25 orang tersebut seramai 10 orang pelajar telah mencapai markah lulus tetapi dalam paras 40 hingga 45 markah. Manakala 15 orang pelajar lagi masih belum dapat menguasai ilmu yang diberikan melalui nota poket tersebut. Kekurangan maklumat menjadikan pelajar tersebut gagal dan dari tinjauan menunjukkan mereka tidak menggunakan nota tersebut dengan cara yang betul. BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24

NAMA PELAJAR MOHAMAD ABDUL AZIM BIN MAHAT MOHAMAD FIRDAUS BIN SHUKOR MOHAMAD MUSHAWIR BIN SIDIK MOHAMAD SAFIEE BIN MOHD SHARIFF MOLTAZAM BIN ROSLAN MUHAMAD ALIF ALIFI BIN ABD RAHMAN MUHAMAD HAZIQ BIN ARIFFIN MUHAMMAD IQBAL BIN KHALID MUHAMMAD MUSHARAF BIN MUSTAFFA RAZALI BIN ZULKIFLI ARIRAJ A/L RAJANTERIN ARUNRAAJ A/L NADARAJAN DEVARAJ A/L MAT KEYALAKAN DURAIRAJ A/L ARUMUGAM NG CHI ZHI NURUL SYAFIQAH BINTI ABD HALIM PUTERI BALKIS BINTI SALLEHUDIN SITI AISHA BINTI OTHMAN SITI MAHMUDAH BINTI JUSNI SITI NORZAHIRAH BT ISMAIL ANGELA A/P C KANASAN THEIVARANI A/P SANDARSIAKAN LAU SOOK KUAN LEE MAN LIN

Markah 10 13 15 41 45 41 40 15 41 40 10 11 12 13 43 15 42 45 10 25 14 17 19 12

Gred 9G 9G 9G 9G 9G 9G 9G 9G 9G 9G 9G 9G 9G 9G 9G 9G 9G 9G 9G 9G 9G 9G 9G 9G

25 26

7.5

PANG MEOW LENG

40

9G

Pembentukan dan Penggunaan Modul Modul dihasilkan berdasarkan nota poket yang dihasilkan oleh para pelajar. Dengan penghasilan modul tersebut pelajar telah diarah oleh guru untuk menjalankan latih tubi terutama dalam soalan-soalan yang terdapat daripada modul tersebut. Modul ini dilaksanakan diperingkat awal proses P&P dimana satu proses P&P menggunakan 2 soalan daripada modul tersebut. Tindakan ini merupakan salah satu cara untuk mengenalpasti samaada pelajar membuat ulangkaji menggunakan nota poket tersebut atau tidak. Pelaksanaannya lebih dikenali sebagai ”Sergahan Minda” dilaksanakan selama 5 hingga 8 minit sahaja dan jawapannya akan dibincangkan selepas tamat masa menjawab soalan tersebut. 7.5.1

Refleksi Penggunaan Modul Dapat dirumuskan bahawa pelaksanaan modul ini telah dapat menarik minat pelajar untuk menggunakan nota poket dengan semaksimum mungkin. Kejayaan mereka dan pengukuhan yang diberikan

guru

menyebabkan

mereka

semakin

gembira

menggunakan nota poket tersebut. Apabila mereka berjaya menjawab soalan yang diberi maka mereka semakin teruja untuk menggunakan nota poket tersebut. 7.6

Ujian Pos Setelah merasakan bahawa pelajar telah boleh menggunakan nota poket semaksimum mungkin maka ujian pos dilaksanakan untuk melihat sekali lagi keberkesanan penggunaan nota poket Bab Perbankan itu didalam penguasaan pelajar dalam bab berkaitan. Sebanyak 40 soalan objektif dan 6 soalan esei disediakan untuk melihat kebolehan pelajar dalam menguasai ilmu melalui nota poket yang dihasilkan. Ujian Pos

tersebut dijalankan dalam 2 peringkat iaitu untuk kertas 1 selama 1 jam 15 minit dan kertas 2 selama 2 jam. 7.6.1

Refleksi Ujian Pos Antara dapatan yang diperolehi 55% (14 orang) pelajar telah dapat

menjawab soalan objektif dengan baik iaitu

memperolehi sekurang-kurangnya 32 markah hingga ke 35 markah. Manakala 45% ( 11 orang) lagi mencapai lebih 20 markah tetapi gagal untuk mencapai 30 markah. Manakala bagi soalan esei pula hanya 35%

(9 orang)

pelajar dapat menjawab soalan esei dengan baik iaitu mencapai sekurang-kurangnya 15 markah untuk setiap soalan yang dijawab. Manakala 65% (16 orang) pelajar masih gagal menguasainya. Namun

begitu

saya

berpendapat

bukan

kerana

ketidakberkesanan penggunaan nota poket tetapi adalah dari segi teknik menjawabnya yang kurang tepat, di mana pelajar gagal mengenalpasti kehendak soalan. Kesimpulannya, secara keseluruhan seramai 15 orang atau 60% pelajar telah lulus dalam Ujian Pos ini manakala 10 orang atau 40% masih gagal dalam ujian ini. (lampiran 3) 8.0

REFLEKSI KAJIAN Daripada kajian yang dibuat dapatlah saya buat refleksi berdasarkan ujian pra dan ujian pos iaitu perbezaan sebelum dan selepas pengunaan nota poket adalah amat jelas. Berdasarkan ujian pra semua pelajar yang dikaji adalah gagal dalam ujian tersebut sedangkan selepas melaksanakan penggunaan nota poket beserta pengukuhan dan pengayaan maka seramai 15 oarng pelajar telah lulus dan terdapat 3 orang pelajar telah dapat mencapai markah kecemerlangan iaitu lebih dari 70 markah. Ini jelas menunjukkan bahawa pelajar perlu diberi bimbingan yang tepat beserta dengan latihan yang cukup akan menjadikan pelajar yang tahap rendah berubah kepada tahap sederhana dan tinggi.

9.0

CADANGAN KAJIAN Saya akan melaksanakan kaedah ini untuk meningkatkan pencapaian pelajar

dalam mata pelajaran ini dalam SPM 2008 dan mencadangkan agar satu kajian dilaksanakan untuk mengenalpasti kelemahan pelajar sewaktu menjawab soalan esei. Soalan esei sebenarnya penting kerana mempunyai wajaran yang lebih banyak dari soalan objektif iaitu 60%. Jika masalah ini dapat dirungkai maka tidak hairanlah jika pelajar tahap pencapaian rendah yang mengambil mata pelajaran perdagangan mampu untuk melakukan lonjakan saujana dalam peperiksaan SPM 2008. Bibliografi. Mohamad Najib Abdul Ghafar, (1999) ”Penyelidikan Pendidikan”, Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd. Majid Konting (1990). ”Kaedah Penyelidikan Pendidikan”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan (1989). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Related Documents


More Documents from "AMNI NAJWA"