MENINGKATKAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DALAM KALANGAN PELAJAR MELALUI PROGRAM BUDAYA MEMBACA Zulkifli Muhammad bin Ismail SMK Khir Johari, Tanjong Malim,Perak
1.0 ISU KAJIAN Kajian ini adalah berkaitan dengan buku-buku dan bahan-bahan yang telah ditempatkan di Pusat Sumber Sekolah untuk kegunaan pelajar membuat rujukan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Masalahnya ialah penggunaan Pusat Sumber Sekolah di kalangan pelajar sangat rendah berbanding dengan bilangan pelajar keseluruhan..Didapati 11.2% (175 pelajar) mengunjungi Pusat Sumber sehari untuk membaca, menggunakan tempat atau meminjam bahanbahan di pusat sumber berbanding dengan bilangan pelajar seramai 1,562 orang. Kerana itu Program Budaya Ilmu telah dirancang untuk meningkatkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah di kalangan pelajar.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN 2.1 Objektif Umum Untuk menentukan sejauhmanakah amalan dan kekerapan di kalangan pelajarpelajar menggunakan Pusat Sumber Sekolah berdasarkan Program Budaya Membaca. 2.2 Ojektif Khusus i. Untuk menentukan sama ada terdapat penigkatan di kalangan pelajar membuat pinjaman terhadap buku fiksyen dan buku bukan fiksyen ii. Untuk menentukan sama ada terdapat peningkatan di kalangan pelajar membuat pembacaan terhadap surat khabar, majalah dan jurnal iii. Untuk mengkaji sama ada terdapat peningkatan di kalangan pelajar menggunakan buku rujukan untuk mengulangkaji bagi menghadapi peperiksaan PMR, SPM dan STPM iv v
3.0
Untuk mengenalpasti sama ada terdapat peningkatan di kalangan pelajar menggunakan bahan untuk menyiapkan tugasan atau kertas kerja Untuk menentukan sama ada terdapat peningkatan di kalangan pelajar menggunakan komputer untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran
KUMPULAN SASARAN
Terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 seramai 1,562 orang pelajar di SMK Khir Johari, Tanjong Malim,Perak
1
4.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini berbentuk pemerhatian terhadap pembacaan dan penggunaan bahan-bahan di Pusat Sumber Sekolah dalam kalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Tanjong Malim,Perak.Alat untuk pemerhatian pembacaan dan penggunaan bahan-bahan di Pusat Sumber Sekolah terdiri dari Buku Rekod Masuk PSS Pelajar, Buku Rekod Pinjaman Buku Pelajar, Buku Rekod Pinjaman Bahan/Media Pelajar dan Buku Penggunaan Komputer Pelajar Data-data bulanan dianalisis menggunakan nilai peratus penggunaan. Data-data ini akan dapat melihat sejauh mana peningkatan penggunaan Pusat Sumber Sekolah di kalangan pelajar.
5.0 PELAKSANAAN PROGRAM BUDAYA MEMBACA . 5.1 Balai Bacaan Balai bacaan ini dibina untuk memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar membuat pembacaan buku-buku dan majalah. Balai bacaan ini boleh menempatkan seramai 25 orang. Pegawas PSS yang bertugas akan menentukan buku-buku dan majalah tersusun dan keceriaan balai ini sentiasa terjaga. 5.2 . Sudut Bacaan Sudut bacaan ini berada berhampiran tangga untuk ke kantin. Setiap pelajar yang hendak ke kantin akan melalui bangunan ini dan akan ternampak buku-buku di rak yang disediakan. Ini memudahkan pelajar untuk membuat pinjaman. Pengawas PSS yang bertugas akan menentukan bilangan buku yang ada di dalam rak dan menentukan buku berada di tempat sepatutnya mengikut Sistem Pegkelasan Dewey. 5.3 Keratan akhbar Ruangan keratan akhbar ini dipaparkan untuk memberi kemudahan kepada pelajar mengetahui isu-isu semasa dan rencana-rencana akhbar berbentuk ilmiah.Ianya membantu pelajar untuk membuat rujukan atau tugasan. Pengawas PSS akan menggantikan keratan akhbar setiap minggu. Keratan ini juga akan dikumpulkan di dalam fail tegak untuk rujukan di masa depan. 5.4. Program Nadi Amalan Membaca (NILAM) Program ini adalah program khas dari jabatan untuk pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 membuat pembacaan buku-buku berbentuk fiksyen. Setiap pelajar yang mencapai tahap akan diberi sijil bermula dari gangsa, perak, emas dan tertinggi Nilam. 5.5.
Lawatan ke Perpustakaan Negara Lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Negara adalah untuk mendedahkan lepada pelajar tentang peranan Perpustakaan Negara sebagai badan induk di dalam merealisasikan Budaya Membaca di Malaysia.
5.6
Lawatan ke Melaka Lawatan sambil belajar ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar tempat-tempat bersejarah dan boleh menaikkan semangat patriotik. Pelajar tidak hanya mengetahui sejarah dari pembacaan sahaja tetapi dapat melihatnya di tempat sebenar. Ini memberikan pengukuhan ilmu di dalam minda pelajar.
2
5.7
ICT dan halaman web Mengakses komputer di PSS dengan halaman web sekolah http://www.kjtm.sm.kita.net.my
6.0 DAPATAN KAJIAN 6.1. Kekerapan penggunaan Pepustakaan PSS Jadual 1 : Kekerapan penggunaan Perpustakaan PSS ______________________________________________ 2007 Januari Februari Mac April Mei ______________________________________________ Bilangan 3,675 4,362 6,068 7,121 7,162 Peratus 11.2% 13.3% 18.5% 21.7% 21.8% ______________________________________________ Dari jadual 1 di dapati terdapat peningkatan penggunaan perpustakaan PSS di dalam Progam Budaya Membaca 6.2 Kekerapan membuat pinjaman buku di PSS Jadual 2 : Kekerapan membuat pinjaman buku di PSS ______________________________________________ 2007 Januari Februari Mac April Mei ______________________________________________ Bilangan 210 315 355 412 420 Peratus 0.6% 0.9% 10.8% 12.5% 12.8% ______________________________________________ Dari jadual 2 terdapat peningkatan peminjaman buku di PSS . Dari bulan Januari 2007 peratusan 0.6% meningkat kepada bulan Mei 2007 peratusan 12.8%
6.3. Kekerapan pembacaan surat khabar, majalah dan jurnal di PSS Jadual 3 . Kekerapan pembacaan surat khabar, majalah dan jurnal ______________________________________________ 2007 Jan Februari Mac April Mei ______________________________________________ Bilangan 3,675 4,362 6,068 7,121 7,162 Peratus 11.2% 13.2% 18.5% 21.7% 21.8% _______________________________________________ Dari jadual 3 terdapat peningkatan pembacaan surat khabar, majalah dan jurnal di PSS didalam Program Budaya Membaca . Dari bulan Januari 2007peratusan11.2% meningkat kepada bulan Mei 2007 peratusan 21.8%.
6.4. Kekerapan meminjam buku rujukan di PSS Jadual 4 : Kekerapan meminjam buku rujukan di PSS ___________________________________________ 2007 Januari Febuari Mac April Mei ___________________________________________ Bilangan 41 61 81 90 91 Peratus 0.12% 0.18% 0.24% 0.27% 0.28% ___________________________________________ Dari jadual 4 terdapat peningkatan meminjam buku rujukan di PSS di dalam
3
Program Budaya Membaca. Dari bulan Januari 2007 peratusan 0.12% meningkat kepada bulan Mei peratusan 0.28% 6.5 Kekerapan menggunakan bahan P&P di PSS Jadual 5. Kekerapan menggunakan bahan P&P di PSS ________________________________________ 2007 Januari Februari Mac April Mei ________________________________________ Bilangan 110 125 233 445 471 Peratus 0.33% 0.38% 0.71% 1.35% 1.45% ________________________________________ Dari jadual 5 terdapat peningkatan menggunakan bahan P&Pdi PSS di dalam Program Budaya Membaca. Dari bulan Januari 2007 peratusan 0.33% meninkat kepada bulan Mei 1.45% 6.6. Kekerapan menggunakan komputer di PSS Jadual 6. Kekerapan menggunakan komputer di PSS ____________________________________________ 2007 Januari Februari Mac April Mei ____________________________________________ Bilangan 805 1,050 1,325 1,425 1,621 Peratus 2.45% 3.20% 4.03% 4.34% 4.94% ____________________________________________ Dari jadual 6 terdapat peningkatan penggunaan komputer di PSS melalui Program Budaya Membaca. Dari bulan Januari 2007 peratusan 2.45% meninkat kepada blan Mei 4.94%
7.0 REFLEKSI KAJIAN Dengan mengadakan Program Budaya Membaca pelajar-pelajar terdorong untuk menggunakan Pusat Sumber Sekolah bagi mendapat berbagai maklumat dan pengetahuan. Program-program di jalankan seperti di kawasan sekolah dan di luar kawasan sekolah . Selain perpustakaan dan Bilik Audio Video dengan pembinaan balai bacaan dan sudut bacaan penggunaan pelajar terhadap Pusat Sumber Sekolah meningkat dari masa kesemasa. Lawatan sambil belajar juga mendedahkan kepada pelajar kepada pengetahuan yang berada di luar dan seterusnya dapat menanam minat membaca kepada pelajar.
8.0 CADANGAN
Cadangan kajian seterusnya adalah program budaya membaca melalui penggunaan ICT dengan mengwujudkan pangkalan data literasi maklumat peringkat sekolah dan negara yang merangkumi maklumat berkaitan pembacaan dan penyelidikan.
4
.
5