Memgapakah UMNO tidak lagi dalam hati rakyat.
Keujudan Parti UMNO adalah satu kebangkitan bangsa melayu untuk memperjuangkan lemerdekaan Negara kita Malaysia yang tercinta ini. UMNO memanglah peneraju kemerdekaan Negara kita dan menjadi sebutan dari satu jenerasi kesatu jenerasi dan semakin pudar dewasa ini. Apakah yang membelenggu jenerasi sekarang ini, tidak lagi memandang perjuangan UMNO dan Barisan Nasional selama ini membangunkan martabat bangsa dan Negara serta agama. UMNO telah tewas dalam 5 pilihan raya kecil. Mengapa ini terjadi, di mana silapnya, tanda tanya ini belegar dalam fikiran rakyat yang masih sayang akan UMNO. Kami jenerasi ke tiga UMNO merasa resah dan gundah atas kegoncangan ini. Adakah petanda bahawa UMNO akan lenyap dari arena politik kita ini. Hanya menjadi sebutan dan bahan sejarah ataupun terkubur langsung tanpa diingati jenearsi yang mendatang. Apakah yang meyebabkan ketidakpercayaan jenerasi sekarang dengan UMNO? UMNO tidak bersalah, matlamat UMNO tidak salah, di manakah salahnya ? Mungkin jawaban yang disenaraikan di bawah ini boleh menjadi jawapan kepada masalah yang di hadapi sekarang. a) Perpecahan dalam UMNO, yang mana berpihak-pihak dan berpuak-
puak kepada satu kumpulan yang berpengaruh dan berkepentingan peribadi dan lupa pada perjuangan parti. Kumpulan-kumpulan ini mengambil
kesempatan
untuk
mengaut
keuntungan
ke
atas
pentadbiran parti dengan melobi pucuk pimpinan untuk mendapat projek-projek dalam pembangunan Negara. Bagi kumpulan yang tidak begitu kuat pengaruhnya akan rasa terkilan kerana tidak mendapat projek seperti mana kumpulan yang berpengaruh itu. Rasa tidak puas hati inilah menyebabkan kumpulan ini beralih untuk berpihak kepada
parti lain. Mereka bukan seorang tetapi membawa bersama ahli-ahli dalam kumpulan itu keluar parti. b) Terlalu megah dengan jawatan yang dimenangi setelah menang dalam
pemilihan UMNO yang lalu. Pemimpin atasan leka dan melayan mimpi dan selalu memberi alasan untuk melarikan diri dari tugas untuk melihat masalah yang dihadapi rakyat. Bukan semua pemimpin macam tu, tapi oleh kerana ‘nila setitik maka susu seperiuk binasa’. c) Kepimpinan yang lemah diperingkat bahagian dan cawangan UMNO
yang merupakan kepincangan yang agak sirius. Ketua-ketua bahagian serta jawatan kuasa bahagian yang dilantik merupakan mereka yang kurang pengalaman dan tidak disenangi. Mereka kurang komitmen untuk menerajui kepimpinan UMNO. Komunikasi yang diamalkan tidak mencerminkan kematangan kepimpinan dan selalu bertelagah dan tidak berpendirian tetap. Kemenagan mereka bukan atas dasar pengalaman tetapi atas lobi melobi serta soggokkan wang memancing pengundi. Di manakah letak maruah pemimpin sebegini, kekuatan kita di mana. Cakap saja pandai tetapi kerja tak jadi. d) Wang menghancurkan UMNO, ini kebenarannya kerana kalau tidak ada
wang parti tak hidup. Nak buat apa pun dalam parti, kena dulukan wang. Kalau tak ada wang tak jalan. Aktiviti-aktiviti yang hendak dijalankan tak akan dilakukan jika tak disertakan wang. Mana perginya nilai pengorbanan dan perjuangan dalam parti kalau asyik-asyik dengan wang. e) Terlalu percaya dengan orang harapan, pemimpin atasan UMNO telah
dijual mentah – mentah kerana mereka tidak mendapat maklumat yang betul masalah yang dihadapi rakyat. Maklumat yang diterima tidak diperiksa sendiri oleh pemimpin atasan parti dan hanya
mempercayai orang perantaraan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Maklumat dan bantuan tidak sampai ketangan rakyat dan selalunya orang perantaraan yang untung.