Kerja Khusus Irfan

  • Uploaded by: irfan haziq
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja Khusus Irfan as PDF for free.

More details

  • Words: 2,082
  • Pages: 20
Pengenalan. Bagi meningkatkan keunikan tarikan terhadap produk dan perkhidmatan pelancongan di Malaysia, Kerajaan terus mempromosi kelebihan tradisional negara iaitu kebudayaan dan warisan semula jadi. Penekanan bagi mempromosi budaya dan warisan sejarah serta ekopelancongan dan agropelancongan telah mempopularkan destinasi seperti Melaka, Pulau Pinang, pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Produk pelancongan lain termasuk membelibelah, liburan, aktiviti sukan serta acara berkaitan perniagaan khususnya segmen persidangan, insentif, konvensyen dan pameran (MICE). Ekopelancongan, Agropelancongan dan Program Inap Desa. Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan terus menggalakkan dan membangunkan ekopelanconganseperti yang digariskan dalam Pelan Ekopelancongan Kebangsaan yang mengenal pasti 48 kawasan utama. Malaysia mendapat faedah dalam penyenaraian Gua Mulu dan Taman Kinabalu dalam Senarai Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) serta kawasan alam semula jadi lain seperti taman marin di Pulau Tioman dan Pulau Redang yang kaya dengan pelbagai sumber semula jadi dipromosi sebagai daya tarikan pelancong. Program Inap Desa telah meningkatkan penyertaan penduduk luar bandar dalam aktiviti berkaitan pelancongan serta memberi peluang kepada isi rumah luar bandar untuk memperoleh pendapatan sampingan. Dalam tempoh Rancangan, sebanyak 463 pengusaha inap desa telah dilatih dan diberikan lesen menjadikan jumlah keseluruhan pengusaha 1,089 orang dari 79 buah kampung. Pelancongan Kebudayaan dan Warisan. Sebilangan projek telah dilaksanakan sebagai usaha untuk memelihara tempat kebudayaan dan warisan serta memenuhi minat khusus pelancong yang akan melawat. Lebih daripada 60 monumen dan 25 tempat bersejarah telah dinaik taraf sebagai tarikan pelancong. Pusat kebudayaan sedia ada dan baru menyediakan saluran untuk mempamerkan seni dan kraf tradisional Malaysia termasuk batik, pua kumbu dan songket. Acara Bertema. Usaha yang lebih giat diambil untuk sebagai mempromosi negara destinasi yang menganjurkan sambutan dan pesta secara berterusan sepanjang tahun. Acara yang dijalankan termasuk Citrawarna, Pesta Makanan dan Buah-buahan, Pesta Air Kebangsaan serta Persembahan Tahunan Fesyen KL yang memperagakan tekstil Malaysia termasuk batik dan songket. Memandangkan membeli-belah merupakan satu produk pelancongan yang menarik dan berpotensi besar, Karnival Jualan Mega dipromosi dengan lebih giat dan dilengkapkan dengan pelbagai acara untuk menarik pelawat antarabangsa dan domestik.

Pelancongan Di Kedah. Sektor pelancongan di negeri ini sejak dua dekad lalu telah menjadi antara penyumbang ekonomi yang utama selain sektor industri dan pertanian Antara tempat-tempat yang diketengahkan adalah Muzium Padi, Memori Tunku Abdul Rahman, Muzium Negeri, Menara Alor Star, Istana Kuning, Rumah Merdeka, Galeri Sultan Abdul Halim, Balai Nobat, Balai Besar, Masjid Zahir, Pekan Rabu, Kota Kuala Kedah, Tempat Kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Muzium Pentadbiran Negeri, Menara Alor Star, Tanjung Chali, Galeri Kebudayaan Negeri, Stadium Darul Aman, Gua Gunung Keriang, Pekan Melayu serta Maktab Mahmud. Kesemua tempat tersebut mempunyai peninggalan sejarah serta warisannya tersendiri yang mampu menarik ribuan pelancong datang ke Kedah. Ini merupakan sau produk pelancongan yang baru. Selain daripada 21 tempat tersebut, Kedah dicankupi dengan alam semulajadi yang menarik dan unik, terdapat juga eko-pelancongan yang menjanjikan kedamaian serta seribu kenangan kepada para pengunjung, seperti Gunung Jerai, Hutan Rekreasi Bukit Hijau, Langkawi, Tasik Pedu, Titi Hayun, Lata Mengkuang dan banyak lagi. Pelancongan bukan sahaja membuatkan sesebuah negeri popular, tetapi, ia juga membuka ruang kepada sektor pelaburan serta membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Tempat-tempat menarik di Kedah.

Pantai Merdeka

Pulau Langkawi

Gunung Jerai

Top Tree Walk Sedim

Menara Alor Setar

Air Terjun Bukit Hijau

Kebudayaan Kedah. Pakaian Tradisional.

Baju Melayu polos berpotongan jaket, bersamping pelikat dan bersongkok. Wanita berbaju Kurung Kedah kain baldu dipadankan kain tenun dan selendang Adat Perkahwinan.

Perkahwinan merupakan satu peristiwa yang penting dalam kehidupan seseorang insan. Sejak zaman dahulu lagi, perkara ini telah diambil berat oleh masyarakat Melayu. Hasilnya kita diwarisi dengan berbagai-bagai peraturan dan adat istiadat yang pelbagai rupa. Peraturan dan adat resam ini pula amat rumit dan memakan belanja. Adat-adat ini termasuklah merisik, meminang, bertunang, akad nikah dan bersanding. Dari segi persediaan pula terdapat adat-adat berkaitan dengan berandam, berasah gigi, berkhatam AlQuran dan berinai. Kemuncak adat resam perkahwinan ini ialah persandingan

Rumah Tradisional Kedah. Di Kedah, rumah-rumah tradisional begitu berkurangan kerana telah banyak dirobohkan dan digantikan dengan rumah-rumah yang moden. Rumah-rumah tradisional lama dihiasi indah dengan ukiran-ukiran. Ini menyebabkan sukar untuk mendapatkan rumah-rumah seperti ini sekarang kerana tiada tukang-tukang yang mahir untuk membina rumah-rumah seperti ini.

Rumah Tradisional Kedah Kuih Dan Minuman Tradisional Kedah. Kuih-muih Melayu mempunyai ciri-ciri tersendiri, begitu pelbagai dari segi rupa, bentuk, rasa, warna dan juga baunya.

Kuih Peneram

Emping

Air Nera Nipah

Alat Muzik Tradisional Kedah

Alat Muzik Nobat

Kumpulan Nobat DiRaja

Negeri Perak. Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan merupakan salah satu daripada negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia).Ia merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia (selepas Pahang).

Tempat-tempat Menarik Di Perak.

Kuala Sepetang Hutan Paya Bakau Matang merupakan eko-sistem hutan paya bakau yang paling besar di Semenanjung Malaysia. Hutan ini meliputi kawasan sepanjang 50 km bahagian pantai barat di utara negeri Perak dan 40 km lagi di sepanjang pinggiran sistem sungaisungai di dalam lima kawasan muara yang terlindung.

Sewaktu musim penghijrahan burung antara bulan Ogos dan April setiap tahun, terdapat lebih dari 200,000 ekor burung dari kira-kira 50 spesis dijangka singgah di sini. Pusat maklumat pelawat yang lengkap disediakan di sini bagi membolehkan pelawat memahami kepentingan memelihara dan menjaga ekosistem hutan paya bakau dan burung-burung yang tinggal atau pun yang singgah di sini menerusi program pembelajaran dan bahan pameran yang disediakan.

Taman Perlindungan Burung Kuala Gula pernah memenangi anugerah 'Tarikan Pelancong Terbaik (Tarikan Semulajadi) sewaktu majlis Anugerah Pelancongan Malaysia - sebuah majlis gemilang yang menyampaikan anugerah-anugerah kepada agensi dan pertubuhan yang menyumbang kepada pembangunan pelancongan di Malaysia. Masa terbaik untuk memerhati burung di sini ialah dari bulan September hingga Mac.

Pulau Pangkor

Pulau Pangkor terletak di negeri Perak , di perairan Selat Melaka . Luasnya cuma 22oo hektar dan penduduknya berjumlah 25ooo orang . Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia . Dari Kuala Lumpur anda boleh memandu melalui lebuhraya PLUS ke Ipoh dan seterusnya ke Lumut. Terdapat perkhidmatan bas ekspres KL-Lumut-KL sepanjang hari. Dari Lumut anda akan menaiki feri ke Jeti Pangkor.

Hutan Simpan Belum

Hutan Simpan Belum yang merupakan sebuah hutan dara yang luas terletak di utara Tasik Temenggor, di bahagian utara Negeri Perak. Kawasan ini merupakan salah satu kawasan hutan simpan terbesar di Semenanjung yang tidak pernah diterokai oleh manusia.

http blogspot.com/2009/06/selangor.html://destinasipelancongandimalaysia.

Pulau Pinang.

Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka. Negeri ini merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia. Nama pulau ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu). Pulau Pinang adalah negeri kedua terkecil di Malaysia selepas Perlis. Tetapi dari segi bilangan penduduk Pulau Pinang mempunyai penduduk kesembilan terbanyak di Malaysia. Dari segi geografi Pulau Pinang terbahagi kepada dua bahagian iaitu: • •

Pulau Pinang , sebuah pulau dengan keluasan 293 km persegi . Seberang Perai , sejalur tanah seluas 760 km persegi yang bersempadan dengan Kedah di utara dan timur dan Perak di selatan .

Pemandangan Georgetown dengan berlatarbelakangkan pemandangan Seberang Perai.

Tempat-tempat Menarik di Pulau Pinang

Fort Cornwallis

Tokong Ular

Batu Ferringhi

Bangunan Komtar

Kebudayaan Pulau Pinang, yang juga digelarkan sebagai "Mutiara Timur" (Pearl of the Orient), merupakan sebuah syurga bagi pencinta-pencinta makanan yang datang dari seluruh Malaysia dan Singapura untuk menikmati gaya masakan yang istimewa. Makanan Pulau Pinang yang membayangkan pergaulan di antara kaum Cina, Melayu dan India, juga dipengaruhi kuat oleh makanan Thailand. Pulau Pinang adalah termashyur dalam makanan penjaja yang dijual dan dimakan di tepi jalan, terutamanya makanan mi dan makanan laut. Batu Ferringhi, yang terletaknya di pantai utara Pulau Pinang, mempunyai banyak hotel yang moden dan merupakan pantai peranginan yang amat popular. Ramai pelancong juga melawati Georgetown, sebuah bandar yang bersejarah dan yang mengandungi rumah-rumah pelbagai kaum, termasuk orang Cina Selat, Melayu dan India, yang dibina pada abad kesembilan belas. Bangunan-bangunan kolonial British boleh juga didapati diantara kuil-kuil Cina dan India, dan masjid orang Melayu Islam. Kuil Kek Lok Si di Air Itam, Rumah Besar Cheong Fatt Tze di bandar, dan Kuil Ular di Bayan Lepas merupakan destinasi pelancong yang masyhur. Salah satu daripada mercu tanda yang utama ialah bangunan KOMTAR, bangunan yang tertinggi di Pulau Pinang.

Makanan Istimewa Pulau Pinang

Nasi Ayam

Kueh Tew Udang

Ais Kacang

Jeruk Pulau Pinang

Kesenian Pulau Pinang

Boria

Tarian

Tarian Naga

Tarian India

Negeri Melaka Negeri Melaka (Tulisan Jawi: ‫ ;ملك‬juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah) adalah sebuah negeri yang terletak di barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan (lihat peta): • • •

Negeri Sembilan di utara; Johor di tenggara; dan Selat Melaka di barat.

Kedudukan Melaka dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut: • • •

Keluasan: keempat terkecil di Malaysia (tangga ke-11), serta di Semenanjung Malaysia (tangga ke-9) Penduduk: kedua terkecil di Malaysia (tangga ke-13), serta di Semenanjung (tangga ke13) Kepadatan penduduk: ke-4 terpadat di Malaysia serta di Semenanjung.

Ibu negerinya Bandaraya Melaka. Walaupun merupakan negeri pertama mengasaskan Kesultanan Melayu, Melaka kini tidak mempunyai seorang Sultan, sebaliknya negeri ini diketuai oleh seorang Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri. Sektor pelancongan dan pembuatan adalah sektor utama dalam menjana ekonomi negeri. Melaka telah mengamalkan slogan "Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia". Melaka kaya dengan tempat-tempat yang menarik dan bersejarah. Melaka juga terkenal untuk makanan, terutamanya gaya masakan Baba dan Nyonya yang terdirinya daripada gaya masakan Cina dan Melayu. Kebanyakan hidangannya adalah pedas dan berempah.

Rumah baba-nyonya di Melaka. (Gambar oleh: Andrew Lih) Sehingga hari kini, kebanyak adat-adat kuno yang berasal daripada pendudukan Portugis masih diamalkan, termasuknya "Intrudu" (sejenis perayaan air yang menandakan permulaan musim Lent, iaith musim puasa bagi orang Katolik), "branyu" (sejenis tarian tradisional) dan "santa cruz" (sejenis perayaan jalan tahunan) Selain daripada pelancongan, Melaka juga menjadi pusat pengeluaran barangan tempatan daripada makanan dan barangan konsumer kepada barangan komponen-komponen senjata dan automotif berteknologi tinggi, elektronik serta komponen-komponen komputer. Terdapatnya sekurang-kurang 23 kawasan perindustrian yang merangkumi lebih kurang 500 kilang Amerika Syarikat, Jerman, Jepun, Taiwan dan Singapura. Perkhidmatan perubatan swasta di Melaka semakin dicari oleh pesakit-pesakit sejauh Indonesia dan Singapura. Hospital Straits, Hospital Putra (dulu dikenali sabagai Hospital Southern), Hospital Melaka dan Pusat Perubatan Pakar Pantai merupakan pusat perubatan swasta yang amat popular. Mereka menyediakan perkhidmatan perubatan yang setaraf dengan kebanyakan negara maju yang lain. Kerajaan Negeri Melaka ialah pemegang saham utama Hospital Putra. Tempat-tempat menarik di Melaka.

Makanan Istimewa

Negeri Sembilan

Negeri Sembilan Darul Khusus adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan(lihat peta): • • • • •

Selangor di utara; Pahang di timur; Johor di tenggara; Melaka di selatan; dan Selat Melaka di barat.

Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal Minangkabau, Sumatera yang telah tiba sejak abad ke-14. Kedudukan Negeri Sembilan dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut: • • •

Keluasan: kelima terkecil di Malaysia (tangga ke-10), serta di Semenanjung (tangga ke-8) Penduduk: ketiga terkecil (tangga ke-12) di Malaysia, serta di Semenanjung (tangga ke10) Kepadatan penduduk: ke-8 terbesar di Malaysia, serta di Semenanjung.

Ibu negerinya Seremban. Bandar Di-Raja ialah Seri Menanti di dalam daerah Kuala Pilah. Bandar-bandar lain yang utama ialah Port Dickson dan Nilai. Tempat-tempat menarik

Makanan Tradisi

Negeri Kelantan

Kelantan Darulnaim (Jawi: ‫كلنتن دار النعيم‬, Loghat Kelantan: Klatè) atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 14 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Thailand (lihat peta). Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.

Budaya Kelantan merupakan negeri yang berjiran dengan wilayah-wilayah selatan Thailand yang dikenali dahulu sebagai Negeri Patani Darul Salam. Dari segi sejarahnya, Kelantan mempunyai hubungan sejarah yang sangat akrab dengan Kesultanan Melayu Patani yang didokongi oleh Kesultanan Melayu Islam. Di mana Kesultanan Melayu Kelantan mempunyai pertalian darah dengan Kesultanan Melayu Patani dan juga Kesultanan Melayu Negeri Champa. Setelah Kesultanan Melayu Patani dikhianati oleh Siam dan British maka ia telah demonisasi oleh Thailand. Negeri Patani telah dipecahkan kepada wilayah-wilayah kecil yang terdiri dari Yala(Jala), Narathiwat(Menara), Patani dan Songkla(Senggora). Di bawah perjanjian British-siam pada tahun 1948 demografi pemerintahan selatan Siam telah dipisahkan. Kelantan di bawah Malaysia manakala negeri-negeri Patani di bawah Thailand.

Oleh yang demikian Kelantan mempunyai budaya yang unik yang sangat berkait rapat dengan budaya Negeri Patani. Asimilasi antara budaya Melayu, Siam dan Islam menghasilkan permainan rakyat seperti Dikir Barat, Main Puteri, Mak Yong dan seumpamanya. Mak Yong dipengaruhi oleh budaya Siam (Thailand), sementara Dikir Barat pula mempunyai unsur-unsur Islam. Main Puteri pula dikatakan diresapi oleh budaya Hindu. Kelantan juga kaya dengan makanan tradisional dan berlainan dengan makanan Melayu di negeri lain. Di antara makanan tradisional Kelantan yang berkhasiat dikenali sebagai budu. Makanan Tradisi Kelantan

Permainan Tradisional

Related Documents


More Documents from "Mohamad Noor Abuhassan"

Kerja Khusus Irfan
June 2020 10
Anyaman
June 2020 14
June 2020 8
Rph Kt
April 2020 8