HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
1.Pengenalan Rekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam meghasilkan sesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Dalam teorinya, corak ialah suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometrical dan organik. Corak Tradisi mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisional. Contoh yang biasa kita dengan adalah seperti corak bunga buluh,pucuk rebung,bunga kiambang dan sebagainya. Dalam tugasan ini akan cuba dibincangkan satu kajian dan analisa terhadap rekaan dikehendaki
menjalankan kajian analisa terhadap rekaan dan
corak yang terdapat pada objek kain sarung batik. Batik yang sarung yang dipilih kerana ianya
merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di
Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.
1
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
2.Objek Pilihan: Sarung Batik Terap/Blok
Objek Kajian :Batik Sarung Lukis Batik Sarung pada asasnya mempunyai Malaysia cirri-ciri tersendiri seperti Kepala Kain, Kaki Kain, Badan Kain dan Pengapit Kepala Kain. Biasanya Kepala Kain di pakai disebelah belakang atau disisi sipemakai.
Gambarajah. B: Ciri-Ciri Sarung Batik Malaysia
2
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
3. Jenis-Jenis Motif Pada Objek Dalam penghasilan batik, unsur
utama yang menjadi batik itu unik adalah
dengan adanya motif-motif yang dipilih dan disusun dengan kreatif serta diwarmakan dengan sempurna dengan kreatif. Motif-motif yang digunakan biasanya yang berunsur alam semulajadi dan tradisional. Diantara unsur-unsur yang terdapat adalah bermotifkan fauna, flora dan geometri. Motif flora yang
merupakan unsur tumbuhan yang amat digemari dan
digunakan ialah pucuk rebung,bunga mangga, kenangga,cempaka,melur dan sebagainya. Bunga,pucuk,kudup,putik,daun dan ranting digunakan dan diolah serta dipelbagaikan dalam corak yang pelbagai. Motif fauna pula menjurus kepada motif haiwan yang kerap digunakan ialah ayam,itik, serangga dan unggas. Motif ini selalunya diolah dan digabungkan dengan motif flora. Motif geometri selalunya lebih digemari dalam pembikinan batik kerana ianya lebih mudah dan ringkas untuk diolah. Antara motif geometri yang popular ialah segi tiga pucuk rebung,segi empat,garisan lurus, swastika, gandaan huruf “S”, bulatan dan sebagainya. Namun dalam batik sarung yang kita pilih seperti Rajah A diatas, penggunaan motif adalah merangkumi motif flora, fauna dan geometri. Motif flora seperti motif bunga mangga diguna secara dominan pada badan kain yang berlatarkan warna biru yang lebih gelap.Susunannya adalah secara menegak dan agak longgar. Namun gabungan susunan dan kontras warnya menampakkannya agak jelas dan menarik. Motif corak pada kaki kainnya agak mudah dengan adunan garisan dan motif pucuk rebung yang disusun dengan rapi secara menegak.
3
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
Pada kepala kain, corak geometri berbentuk bulatan dan berbintang ditengah bulatan dipilih disempadani dengan garisan motif banji yang disusun berurutan.Diantara garisan banji sisip dengan bentuk-bentuk geometri yang lebih kecil berupa motif fauna yang berbentuk sayap, sawat dan kupu-kupu.
4. Lakaran Motif
Bunga Mangga
4
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
Pucuk Rebung
5
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
Motif Geometri
6
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
Motif Pelbagai Fauna
5. Teknik Penghasilan Batik Terap/Blok
7
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam yang digelar sarang. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.
Gambarajah C: Blok atau Sarang
5.1 Alatan Untuk Membuat Batik Terap/Blok Dalam proses untuk menghasilkan batik terap atau blok, biasanya peralatan asasnya tidak banyak berbeza dengan penghasilan batik tulis atau batik skrin. Peralatan asas yang utama ialah lilin, kain dan pewarna dan yang membeza diantara batik terap atau blok dengan yang lainnya hanyalah teknik penghasilan corak dan motif. Diantara alatan yang digunakan untuk membuat batik terap adalah seperti berikut: i.
Sarang atau blok bunga sebagai acuan yang dibuat sama ada daripada kayu logam atau tembaga yang telah diukir.Blok atau sarang ini dibentuk khas dan dipateri mengikut rekaan corak.
ii.
Meja pengecap yang dilapik dengan kelopak batang pisang untuk membolehkan
lilin
menyerap 8
pada
permukaan
kain
yang
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
diterap.Kelopak batang pisang yang digunakan adalah daripada jenis pisang
benggala,kelat
air
atau
pisang
rasa.
Selain
kaedah
tradisional,kaedah moden juga digunakan seperti melapik meja dengan span atau fabric seperti guni yang boleh menyerap pewarna. iii.
Kain kapas atau kain yang boleh menyerap pewarna.
iv.
Kuali leper untuk memasak bahan campuran lilin.
v.
Kuali kawah untuk mendidih air bagi proses menanggalkan lilin melalui cara merebus kain.
vi.
Tempat jemuran yang terdedah cahaya matahari.
5.2 Proses Penghasilan Proses menerap batik mempunyai beberapa langkah yang perlu diambil perhatian dan dilakukan dengan penuh hati-hati agar ianya menghasilkan sesuatu hasil seni yang bermutu. Jika tidak, bukan saja hasilnya tidak mencapai tahap bermutu yang diharapkan tetapi akan merugikan. Langkahlangkah dalam proses ini adalah seperti: i.
Membasuh kain untuk menghilangkan kanji.
ii.
Membentangkan pengecap.Pastikan
kain kain
yang
telah
diratakan
dibasuh dan
diatas
meja
ditegangkan
untuk
membolehkan proses penerapan dilakukan dengan kemas dan lancar.
9
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
iii.
Panaskan lilin didalam kuali leper.
iv.
Celup blok atau sarang kedalam lilin dan terapkan lilin keatas permukaan kain. Lakukan dengan kemas.Pastikan blok yang digunakan adalah betul mengikut corak kerana untuk sehelai kain sarung,corak badan kain adalah berbeza dengan kepala kain atau bahagian lain. Untuk menghasilkan sehelai kain sarung,lebih daripada satu blok digunakan.
v.
Celup
kain
kedalam
pewarna
Naphtol.Warna
yang
berbeza
digunakan dimulai dengan warna muda diikuti dengan warna gelap. vi.
Rebus kain dan campurkan serbuk soda (soda ash).
vii.
Basuh dan jemurkan kain.
5.3 Proses-Proses ikut urutan teknik Blok
1.Kain perlu dibasuh untuk buang
2. Membentangkan kain yang telah
kanji
dibasuh diatas meja
10
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
3. Panaskan lilin
4. Celup blok atau sarang kedalam lilin dan terapkan lilin keatas permukaan kain
5. Celup kain kedalam pewarna
6.Rebus kain dan campurkan serbuk
Naphtol
soda (soda ash).
8.Jemur
7. Rendam dan bilas kain
6. Persamaan Motif dengan Kraf Tradisional Lain
11
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
Jika diterliti motif yang digunakan dan terdapat pada objek yang dikaji ia itu sarung batik terap, sesungguhnya persamaan motif
yang digunakan amat
jelas mempunyai kaitan yang ketara dengan kraf tradisional lain di nusantara. Motif pucuk rebung yang bergeometri segi tiga dan digabung dengan motif bunga mangga dan motif-motif lainnya adalah amat popular juga diguna untuk menghias sisi labu sayong, kain songket, wau dan sebagainya. Ini jelas menampakkan suatu pertalian kebudayaan dan gaya hidup setempat disamping mempunyai kaitan yang intim dengan persekitaran dan alam semulajadi.
Gambarajah D : Motif geometri dan flora pada labu sayong Motif pucuk rebung juga terdapat pada kain sonket tenunan dan selalunya digunakan pada kaki kain dan sebagai motif dominan di kapala kain songket. Hanya gaya ianya dipersembahkan menampakkan suatu keunikan yang ketara. Pada kain songket, motif itu di tenun menggunakan benang emas sementara pada batik terap, ianya dicop atau diterap dengan lilin dan disaluti atau direndami dengan pelbagai warna.
12
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
Gambarajah E : Motif geometri dan flora pada corak songket Kraf tradisional tradisional seperti tembikar juga mempunyai kebiasaan mengunakan motif-motif yang berkaitan dengan persekitaran dan alam semulajadi. Ini selalunya terdapat dalam corak estetik yang hendak ditonjolkan pada reka luaran pasu Sarawak dan labu sayung. Motif yang selalu diguna pakai adalah seperti motif bunga mangga, pucuk rebung disamping motif-motif geometri, alam fauna dan flora lainnya. Penggunaan motif-motif tradisional ini pada penghasilan kraf tembikar telah menjadikannya suatu keunikan dan dapat membezakan tembikar Malaysia dengan kraf tembikar luar nusantara.
Gambarajah F : Motif pucuk rebung dan flora pada pasu Sarawak
13
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
Gambarah G : Motif Corak Flora pada wau Begitu juga dengan kraf tradisional lainnya seperti pada wau, kraf ukiran dan lain-lainnya. Pada wau motif flora dan fauna sering digunakan untuk menambah unsur estetik terutamanya yang terdapat pada wau bulan. Begitu juga dengan kraf ukiran kayu tradisional dimana motif-motif flora dan fauna dijadikan suatu kemestian dalam penghasilan karya asli. Perkaitan kraf tradisional seperti batik dan kraf-kraf tradisional lain tidak dapat tidak mempunyai pengaruh secara semulajadi berdasarkan kebudayaan dan kepercayaan mistik sesuatu tempat. Pengaruh persekitaran,kepercayaan dan punca ilmu dan kemahiran yang disampaikan secara turun-temurun daripada suatu genarasi ke genarasi yang seterusnya juga telah menjadikannya sebati kepada tanggapan estetik penggemar keseniannya lantas diterima sebagai sesuatu yang mesti dan jika diabaikan pula akan menghilangkan identiti sesuatu kraf tradisional yang dihasilkan.
Gambarajah H: Motif Bunga Raya
14
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
7. Kepentingan Rekaan dan Corak Kain Sarung Batik
Awalnya aktiviti membuat batik hanya terbatas kegunaan diraja saja dan ianya dihasilkan untuk pakaian raja dan keluarga serta para pembesar mereka. Oleh kerana banyak daripada pembesar tinggal diluar istana, maka kesenian batik ini dibawa oleh mereka keluar dari istana dan dihasilkan pula ditempat masingmasing. Ini menjadikanya hak rakyat jelata. Apabila batik telah digunakan secara meluas dikalangan rakyat biasa dan tukang pandai seni yang bilangannya juga semakin ramai maka timbul masalah hak cipta. Kepentingan utama rekaan dan corak kain batik sarung ialah hak cipta, nilai estetik, nilai komersial dan nilai identiti. Hukum Hak Kekayaan Intelektual (HKI) mencegah dilakukannya tindakan penciplakan atau plagiat, yaitu suatu tindakan dengan maksud menarik keuntungan dari ciptaan-ciptaan yang
merupakan
kekayaan
intelektual
seseorang. Hukum HKI juga menetapkan kaedah-kaedah hukum yang mengatur
ganti rugi yang harus dipikul oleh orang yang melanggarnya
dengan melakukan penciplakan.4 Berkaitan dengan perlindungan hukum atas hak cipta yang merupakan bagian dari HKI, Ricketson (1991) mengemukakan:5 “…. It has been popular to argue, particularly in continental jurisdiction,that a person has a natural right to the product of his labour and this should be recomized as his property, whether tangible or intangible. With respect to copyright, it has been said that this theory sees the foundation of the right of an author in the very nature of things.” Ricketson (1991)
15
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
Senada dengan yang dikemukakan Ricketson, Deklarasi Universal HakHak Asasi Manusia Perkara 27 ayat 1, menetapkan; “Setiap orang mempunyai hak sebagai pencipta untuk mendapatkan perlindungan
atas kepentingan-kepentingan moral dan material yang
merupakan hasil dari ciptaannya di bidang ilmu pengetahuan sastera dan seni” Sehubungan dengan itu, rekaan dan corak yang asli dan dihasilkan oleh seseorang penggiat seni merupakan sesuatu aset yang harus dilindungi daripada
diciplak.
Walaupun
motif-motif
yang
dihasilkannya
adalah
berdasarkan motif dan corak tradisional, namun reka susun dan gabungan warna dan teknik yang digunakan harus boleh membezakannya daripada reka bentuk seni yang dihasilkan terlebih awal serta mempunyai nilai estetik yang tersendiri. Selain daripada itu, rekaan dan corak pada sesuatu karya pada penghasilan batik sarung juga memain peranan sebagai sesuatu nilai estetik yang hidup mengikut aliran zaman. Corak yang sterotaip tanpa pengubahsuaian dan nilai seni yang kreatif mengikut kehendak zaman akan menjadikannya “mati” dan hanya layak untuk menjadi bahan sejarah. Kreativiti penggiat seni yang berterusan mencipta corak dalam rekaan batik sarung mengikut kehendak dan permintaan penggemar batik akan menjadikan batik sesuatu yang diminati dan mempunyai nilai komersial yang berterusan. Ini akan memberi nilai tambah kepada penggiat seni batik tersebut. Nilai komersial yang terdapat pada batik sarung bergantung kepada rekaan dan corak yang dihasilkan pada permukaan batik sarung. Nilai komersial inilah yang merancakkan industi pembikinan batik di Malaysia. Nilai komersial akan secara tidak langsung membangkitkan suatu pesaingan dikalangan penggiat batik untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan unik. Sudah pasti rekaan dan corak yang akan dihasilkan menitik berat perancangan yang terliti untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Ini dapat kita lihat dipasaran, setiap bulan
16
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
akan ada sesuatu corak yang baru diperkenalkan oleh pelbagai pengusaha batik tempatan Nilai identiti juga memainkan peranan pada rekaan dan corak batik sarung. Akhir-akhir ini ada pihak tertentu cuba menuntut hak asal pembikinan batik terutamanya daripada negara yang mempunyai rumpun yang sama. Identiti batik Malaysia dengan batik-batik keluaran negara jiran seperti Indonesia, Negeri Thai dan sebagainya mempunyai keunikan rekaan dan corak tersendiri dan perbezaannya juga ketara.Ini secara langsung memberi identit yang tersendiri kepada batik Malaysia dan membezakannya dengan batik negara lain.Yang jelas disini, rekaan dan corak pada batik-batik yang dihasilkanlah yang memainkan peranan memberi identiti kepada sesuatu hasilan seni karya tersebut. Kesimpulannya, rekaan dan corak didalam karya seseorang penggiat seni batik sesungguhnya memberi pengertian yang amat mendalam dan bukan hanya untuk nilai estetik semata-mata. Corak dan rekaan pada sebidang batik sarung mempunyai hak ciptaan, nilai komersial dan identitinya tersendiri.
8. Rancangan Pengajaran Pendidikan Seni Visual.
17
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
Kelas: Tahun 5
Masa: 180 minit
Waktu: 3 minggu Objektif Modul: Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada murid-murid secara “hand-on” tentang teknik melukis,mewarna dan proses untuk menghasilkan batik sarung yang kreatif dan menarik. Bidang dan Tajuk: Membuat Rekaan dan Corak (Kegiatan Membuat BatikTekap) Ojektif Pengajaran: 1. Pada akhir sesi pembelajaran, pelajar-pelajar dapat menggabungkan pelbagai alat, bahan dan teknik dalam penghasilan secara kreatif dalam proses menghasilkan batik. 2. Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan mata pelajaran lain dalam usaha mewujudkan idea yang kreatif. 3. Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari Alat Bantu dan Bahan: Gambar Contoh, Kain batik, kain putih kapas, lilin, blok yang telah disediakan terdahulu, lilin, pewarna, alatan kuali, periuk, meja, soda ash dan lain-lain bahan yang diperlukan dari masa kesemasa. Persediaan Guru: Gambar dalam slide (Microsolf Power Point) termasuk gambar batik, proses, contohcontoh teknik , bahan maujud seperti batik sebenar sebagai contoh, pelbagai warna dan lilin.
Kegiatan
Hasil Pembelajaran
Minggu 1( 60 minit )
18
Kemahiran Generik/Nilai
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
Aktiviti 1: Set Induksi (5 min)
1.1 Pelajar membuat
1.1 Kemahiran
1.Dengan mengunakan
catatan
mendengar dan
tayangan slide, guru
mencatat. Naturalisme
terangkan contoh-contoh gambar batik dengan jenisjenis motif seperti flora,fauna dan geometri. Pelajar diarah untuk melakar dan melukis corak dan motif seperti yang ditunjukkan.
1.2. Pelajar melakar corak
1.2. Kemahiran
2. Guru terangkan dengan
dan motif seperti
melukis dan melakar
ringkas tentang tajuk.
diterangkan oleh guru.
Mengagihkan batik sebenar kepada pelajar untuk dikaji dan diamati oleh pelajar. Aktiviti 2: (15 min)
2.1 Menceritakan kepada
2.1 Kemahiran verbal
1.Perbincangan berkenaan
rakan serta berkongsi
linguistic interpersonal
pengalaman sedia ada murid
pengalaman tentang jenis-
dan intrapersonal
tentang jenis-jenis batik yang
jenis batik seperti batik
pernah mereka tengok.
lepas,batik basahan dll.
2. mengenalpasti jenis-jenis
2.2 Menyenaraikan jenis
2.2.Kecerdasan visual
motif pada corak batik.
dan Logik Matematik.
1.1 Mencatat, menyenarai,
1.1.Kemahiran
motif yang diketahui dan menkategorikan mengikut kumpulan
Aktiviti 3 (40 min)
19
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
1 Guru menerangkan teknik-
mengklasifikasi . motif
mendengar dan
teknik penghasilan batik.
berdasarkan objek alam
mencatat. Naturalisme
Berpandukan gambar dan
dan berdasarkan corak dan
tayangan slide pelajar diarah
rekaan.
untuk mengenalpasti dan mencatat teknik-teknik yang diterangkan. 2.2. Melakar motif dan
2.2.Kecerdasan visual
2 Guru menerang/tunjuk cara
corak batik mengikut
dan Logik Matematik
tugasan yang akan dilakukan
kategori/kumpulan seperti
dan Kontruktivisme.
oleh pelajar mengikut (3
yang diagihkan oleh guru
Mencungkil potensi
kump) kumpulan. Kumpulan
penggunakan pensel serta
kecerdasan pelajar
membuat kajian dan lakaran
mengaplikasikan teknik
melalui
motif berdasarkan otif flora,
lukisan.
penerokaan,penemuan
fauna dan geometri.
dan penciptaan
Minggu 2 ( 60 minit ) Aktiviti 1:Set Induksi(20 min) 1 Berbincang hasil kerja
1.1 Apresiasi seni tentang
1.1 Menerapkan nilai
pelajar miggu lepas- motif dan
hasil kerja rakan-rakan
mencintai alam sekitar.
corak. Kumpulan akan
serta membuat penyataan
dan menyatakan
mempersembahkannya untuk
perasaan tentang hasil
perasaan diri terhadap
dikongsikan bersama. Guru
kerja dengan rakan secara
kegiatan yang
buat komen jika perlu.
kreatif.
dijalankan.
.
2 Guru terang dan tunjuk
1.2.1 Meningkatkan
1.2.1 Psikomotor
pelbagai teknik batik seperti
kemahiran dan
Interpersonal
batik tulis, lukis skrin, terap
pengetahuan tentang
KBKK:
20
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
atau blok dan bahan yang
proses membuat blok dan
Imaginasi
digunakan untuk membuat
kemahiran mencatat.
Dan Kreativiti
Guru tunjuk contoh membuat
2.1 Mengaplikasi asas seni
2.1 Psikomotor
blok menggunakan ubi
reka dalam penghasilan
Kecerdasan Visual
kentang dan papan/kayu
blok.
blok. Aktiviti 2: (5 min)
lembut. Aktiviti 3: (5 min) Pelajar di agihkan kepada 3
3.1 Menghasilkan kraf
3.1.Logik matematik
kumpulan dan setiap
tradisional mengukir
Kecerdasan Visual
kumpulan akan memilih 2
menggunakan
– Ruang.
motif mudah untuk dilukis
ubi kentang/papan lembut
Interpersonal
diatas kentang/papan kayu
dengan mengikut proses
Interapersonal
lembut dan kemudiaan di ukir
sebenar menyediakan blok.
menggunakan pisau pengukir yang telah disediakan oleh guru. Aktiviti 4: (30 min)
4.1 Menguasai beberapa
4.1 Psikomotor
Dalam kumpulan, pelajar
kemahiran,
Kecerdasan Visual
membuat aktiviti membuat
kawalan,tatacara dan
- ruang serta peka
corak diatas media pilihan
disiplin kerja dalam
dengan persekitaran
dengan diawasi oleh guru
menghasilkan corak
kerja berkumpulan.
demi keselamatan pelajar.
dan rekaan.
Minggu 3( 60 minit ) Aktiviti 1:Set Induksi (5 min) Guru menerangkan dengan berpandukan tayangan slide
1.1 Meningkatkan
1.1 Psikomotor
kemahiran,kefahaman dan
Interpersonal dan
21
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
proses menghasilkan batik
pengetahuan tentang
Tekap atau batik blok. Pelajar
proses penghasilan batik
digalakkan untuk bertanya.
dan kemahiran menyoal
linguistik.
dan mencatat. Aktiviti 2: (5 min) Guru menunjukkan alatan
2.1 Memahami konsep
yang disediakan untuk proses
menghasilkan batik tekap
menghasilkan batik tekap
dan perkaitannya dengan
seperti, kain putih, lilin, meja,
resis dan meningkatkan
kuali leper, periuk, dapur dan
kemahiran mengolah
sebagainya termasuk blok
warna.
2.1 Interpersonal Intrapersonal Naturalis
ukiran yang pelajar buat sebelumnya. Aktiviti 3: (3 min) Bahagikan pelajar kepada
3.1 Melatih diri untuk
3.1 Psikomotor,
kumpulan kecil dan arahkan
bekerjadengan lebih tekun,
Verbal linguistik dan
mereka mengambil peralatan
teratur dan cermat.
membuat ramalan.
yang telah disediakan untuk proses menghasilkan batik tekap. Lantikan seorang ketua untuk setiap kumpulan.
Aktiviti 4: (40 min) Berdasarkan aliran proses yang telah diterangkan oleh guru sebelumnya, pelajar diarah untuk melakukan
4.1 Menghasilkan motif dan corak dan pada rekaan secara “hand –on” dan menguasai beberapa kemahiran, kawalan, 22
4.1 Psikomotor, Konstruktivisme KBKK
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
aktiviti penghasilan batik
tatacara dan disiplin kerja
Mencetus idea untuk
tekap. Guru mengawasi
dalam menghasilkan batik
menghasilkan karya.
sambil mambantu pelajar
tekap/blok.
sekiranya perlu.
Penutup: ( 7 min) Mengarah pelajar
Menghargai nilai seni
Apresiasi seni dan
membersihkan meja dan
dalam melalui proses
menghargai nilai-nilai
kelas sekiranya tugasan telah
penghasilan disamping
kerjasama bekerja
disiapkan. Perbincangan
menambah pengalaman
dalam kumpulan.
berkenaan hasil dan masalah-
baru.
masalah yang dihadapi dalam proses penghasilan batik blok/tekap. Memberi galakkan kepada pelajar berkenaan hasil yang telah disiapkan. (jika siap)
9. Penutup Rekaan dan corak memenuhi
sesungguh suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat
keperluan
domain
kognitif,psikomotor
23
dan
efektif.
Dalam
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
penghasilan batik blok atau tekap, rekaan corak terancang dan tidak terancang menghasilkan kesan tampak yang berbeza dan menarik. Walaubagaimana pun,kemahiran,
kesedaran
dan
pengetahuan
amat
diperlukan
untuk
menghasilkan sesuatu yang kreatif dan menarik kerana ianya melibatkan proses latihan berfikir yang berhubungan dengan asas rekaan dan prinsip rekaan. Untuk menjadi seseorang individu yang mahir, latihan berterusan adalah amat diperlu untuk menguasai kemahiran.Kemahiran yang tinggi akan menjadi seseorang itu kreatif dalam menghasilkan sesuatu karya seni.
Rujukan Allison Brian (1995) The Art in Multicultural Society, VA U.S.A., Heta Kauppinen. Bates J (2000) Becoming An Art Teacher, USA., Wadsworth
24
HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
Betti C & Sale T (1997) Drawing A Contemporary Approach, USA., Harcourt Brace College Pub Chapman Laura H (1978) Approach to Art in Education. New York, U.S.A., Harcourt Brace Jonanovich. Kementerian Pendidikan Malaysia (1998) Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual, KBSR.KL.,DBP. Kementerian Pendidikan Malaysia (1985) Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Visual, KBSR.KL., DBP. Kintner,Earl W. dan Jack Lahr. 1983. An Intellectual Property Law Primer. New York: Clark Boardman Munandar, Prof. Dr. S. C. Utami, (1989) Kreativitas Sepanjang Masa, Jakarta., Pustaka Sinar Harapan Open University Malaysia, (2006) HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual, UNITEM Sdn.Bhd. Open University Malaysia, (2007) HBAE3503 Perkembangan Seni dan KanakKanak, UNITEM Sdn.Bhd. Open University Malaysia, (2007) HBEF1403 Seni dan Dalam Pendidikan, UNITEM Sdn.Bhd.
25