Hbae2103 Membuat Rekaan Dan Corak

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hbae2103 Membuat Rekaan Dan Corak as PDF for free.

More details

  • Words: 3,400
  • Pages: 20
HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Kandungan

Muka surat

i.

Biodata

1

ii.

Sekapur Sirih

3

1.

Pengenalan

4

2.

Lakaran Kerangka dan bahagian batik dan songket

5

3.

Kepentingan Rekaan dan Corak Pada Kain Batik dan kain Songket

6

4.

Fungsi dan Kegunaan Kain Batik Dan Kain Songket

7

7

Proses Dan Teknik Penghasilan Batik Tekap

8

5.

Proses Dan Teknik Pembuatan Kain Songket

13

9

Rancangan Mengajar Harian PSV

16

10

Penutup

19

6.

Bibliografi

20

AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925 Semester September 2009

1

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN i.

BIODATA

NAMA

: AMINUDIN BIN MAT LUDIN

NO. MATRIKS

: 690101086925002

NO. KAD PENGENALAN

: 690101086925

ALAMAT

: NO.86, PERSIARAN DELIMA 7, TAMAN DELIMA, 31050 SALAK BHARU, SUNGAI SIPUT (U), PERAK.

ALAMAT EMEL

: [email protected]

NOMBOR TELEFON

: 0135936020

PUSAT PEMBELAJARAN

: INSTITUT PERGURUAN IPOH, PERAK

ii. AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925 Semester September 2009

2

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini. Kesibukan dengan tugas seharian sebagai pendidik tidak menganggu saya bagi menyelesaikan amanah yang diberikan . Inilah satu cabaran yang amat getir dalam melakukan dua kerja dalam satu masa. Namun semangat dan kecekalan telah menghilangkan semuanya itu. Demi menyahut cabaran dan mengimarahkan dunia pendidikan dengan ilmu yang bakal memertabatkan anak didik ,saya menyahut cabaran ini. Sejunjung kasih dan penghormatan kepada Encik MOHD RAZALI BIN JAAFAR, selaku tutor bagi kursus HBAE2103 Corak dan Rekaan. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar serta komen beliau yang bernas lagi jitu tidak mungkin dapat saya melaksanakan satu tugasan yang begitu berat untuk dilakukan. Kata-kata semangat beliau telah membuatkan saya begitu terangsang untuk melakukan yang terbaik daripada yang terbaik. Tidak lupa juga bantuan daripada keluarga dan sahabat yang sentiasa berada di samping untuk membantu saya. Semoga jasa-jasa kalian ini mendapat rahmah dan kurniaan daripada Illahi. Terima kasih untuk semua. Ilmu adalah sesuatu yang bersifat rohani dan mempunyai kekuatan. Aliran kekuatan tersebut bertali arus dan mengalir ke dalam jiwa penerima seterusnya, apabila punca aliran (Guru) memiliki kekuatan ilmu. Inilah yang disebut oleh sesetengah pihak sebagai ‘Guru Mursyid’. Mursyid’..

1.

Pengenalan.

AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925 Semester September 2009

3

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Rekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional mahupun yang moden akan tidak terhasil. Corak dapat didefinisikan sebagai suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak Terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Dengan kata lain corak terancang mempunyai pengulangan motif. Sementara corak tidak terancang pula dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Biasanya corak tidak dirancang ini dihasilkan dengan cara merenjis, meniup, mengayak, mengolek dan sebagainya. Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik. Corak tradisi mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisional. Contoh yang biasa kita dengar adalah seperti corak bunga buluh, pucuk rebung, bunga kiambang dan sebagainya. Dalam

tugasan

kali ini

saya akan cuba menganalisis, mengenalpasti dan

membincangkan rekaan dan corak yang ada pada objek tradisional yang terdapat pada objek kain batik tekap atau blok dan juga kain songket. Kain batik dan songket dipilih kerana ianya merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di negara ini. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik dan menenun kain songket secara tradisional. Pembuatan batik dan penenunan kain songket suatu ketika dahulu hanya dipelopori dan digunakan oleh golongan bangsawan dan istana tetapi sekarang penggunaanya sudah semakin meluas oleh orang kebanyakan dalam majlis formal atau tidak formal.

2.

Lakaran kerangka dan bahagian-bahagian Kain Batik dan Kain Songket.

AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925 Semester September 2009

4

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Bahagian-bahagian Kain Batik kepala kain

kaki kain

badan kain

Bahagian-bahagian kain songket badan kain

pengapit kepala kain

badan kain

3.

Kepentingan Rekaan dan Corak Pada Kain Batik dan kain Songket

AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925 Semester September 2009

5

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Pada awalnya aktiviti membuat batik dan menenun songket hanya terbatas kegunaan diraja saja dan ianya dihasilkan untuk pakaian raja dan keluarga serta para pembesar mereka. Oleh kerana banyak daripada pembesar tinggal diluar istana, maka kesenian batik dan songket ini dibawa oleh mereka keluar dari istana dan dihasilkan pula ditempat masing-masing. Ini menjadikanya hak rakyat jelata. Apabila batik dan songket telah digunakan secara meluas dikalangan rakyat biasa dan tukang pandai seni yang bilangannya juga semakin ramai maka timbul masalah hak cipta. Kepentingan utama rekaan dan corak kain batik dan songket ialah hak cipta, nilai estetik, nilai komersial dan nilai identiti. Akta Harta Intelek dapat mencegah berlakunya tindakan penciplakan atau plagiat, iaitu suatu tindakan dengan maksud menarik keuntungan dari ciptaan-ciptaan yang merupakan kekayaan intelektual seseorang. Dengan cara ini ianya dapat melindungi harta intelek atau paten sesuatu karya atau barangan seseorang dari diplagiat atau dicetak rompak. Di dalam Deklarasi Universal Hak-Hak Asasi Manusia Perkara 27 ayat 1, menetapkan; “Setiap orang mempunyai hak sebagai pencipta untuk mendapatkan perlindungan

atas

kepentingan-kepentingan moral dan material yang merupakan hasil dari ciptaannya di bidang ilmu pengetahuan sastera dan seni” Sehubungan dengan itu, rekaan dan corak yang asli dan dihasilkan oleh seseorang penggiat seni merupakan sesuatu aset yang harus dilindungi daripada diciplak. Walaupun motifmotif yang dihasilkannya adalah berdasarkan motif dan corak tradisional, namun reka susun dan gabungan warna dan teknik yang digunakan harus boleh membezakannya daripada reka bentuk seni yang dihasilkan terlebih awal serta mempunyai nilai estetik yang tersendiri. Selain daripada itu, rekaan dan corak pada sesuatu karya pada penghasilan batik dan songket juga memainkan peranan sebagai sesuatu nilai estetik yang hidup mengikut aliran zaman. Corak yang sterotaip tanpa pengubahsuaian dan nilai seni yang kreatif mengikut kehendak zaman akan menjadikannya “mati” dan hanya layak untuk menjadi bahan sejarah. Kreativiti penggiat seni yang berterusan mencipta corak dalam rekaan batik dan songket

AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925 Semester September 2009

6

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN mengikut kehendak dan permintaan penggemar batik dan songket akan menjadikan batik dan songket sesuatu yang diminati dan mempunyai nilai komersial yang berterusan. Ini akan memberi nilai tambah kepada penggiat seni batik dan songket tersebut. Nilai komersial yang terdapat pada batik dan songket bergantung kepada rekaan dan corak yang dihasilkan pada permukaan batik dan songket. Nilai komersial inilah yang merancakkan industi pembikinan batik dan penenunan songket di Malaysia. Nilai komersial akan secara tidak langsung membangkitkan suatu pesaingan dikalangan penggiat batik dan songket untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan unik. Sudah pasti rekaan dan corak yang akan dihasilkan menitik berat perancangan yang terliti untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Ini dapat kita lihat dipasaran, setiap bulan akan ada sesuatu corak yang baru diperkenalkan oleh pelbagai pengusaha batik dan songket tempatan. Nilai identiti juga memainkan peranan pada rekaan dan corak batik dan songket. Akhirakhir ini ada pihak tertentu cuba menuntut hak asal pembikinan dua khazanah ini terutamanya daripada negara yang mempunyai rumpun yang sama. Identiti batik Malaysia dengan batikbatik keluaran negara jiran seperti Indonesia, Negeri Thai dan sebagainya mempunyai keunikan rekaan dan corak tersendiri dan perbezaannya juga ketara. Begitu juga dengan keunikan tenunan motif yang tertentu pada kain songket telah memberikan identiti tersendiri umpamanya tenunan songket Terengganu berbaza dari Pahang. Ini secara langsung memberi identiti yang tersendiri kepada batik Malaysia dan kain songket seterusnya membezakannya dengan batik negara lain. Jelaslah di sini, rekaan dan corak pada batik dan songket memainkan peranan penting dalam memberi identiti kepada sesuatu hasilan seni karya tersebut.

AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925 Semester September 2009

7

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

4.

Fungsi dan Kegunaan Kain Batik Dan Kain Songket Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk

membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing. Semasa mantan Perdana Menteri Malaysia ke -5 iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan orang nombor satu dalam Kerajaan Malaysia, kain batik telah diangkat martabatnya. Semua ini adalah hasil usaha isteri beliau iaitu Allahyahhamah Tun Endon. Kain batik menjadi suatu yang cukup popular bukan sahaja menjadi rebutan pakar-pakar fesyen untuk menghasilkan pakaian-pakaian baru berasaskan kain batik, malahan kakitangan awam digalakan mengenakan pakaian batik pada setiap hari Khamis. Industri batik yang sebelum ini malap telah berkembang dan bersinar hingga ke peringkat antarabangsa terutamanya dalam pertunjukan fesyen antarabangsa malahan Malaysia dikenali kerana kain batiknya yang bermutu tinggi. Sementara itu, kain songket juga tidak kurang hebatnya dan merupakan antara perusahaan tradisional yang mempunyai nilai seni yang tinggi. Sejarah Kain Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas atau perak. Ia telah terkenal di Malaysia sejak abad ke 15 yang lampau. Perkataan songket berasal daripada perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit. Industri tenunan songket ini telah berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti di Terengganu dan Kelantan. Bunga atau hiasan di kepala kain di tenun mengikut citarasa penenun. Corak atau ragam hias tersebut dikenali dengan nama-nama seperti tapak manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya. AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925 Semester September 2009

8

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Tenunan songket ini dilakukan sebagai industri kecil, yang mana kemahiran seseorang penenun itu mengambil masa selama enam minggu untuk menghasilkan sehelai kain songket yang panjangnya di antara 20 hingga 40 meter. Sesuatu yang mengkagumkan tentang seseorang penenun mahir ialah, dia tidak melakar corak songket di atas kertas sebelum kerja-kerja menenun dilakukan sebaliknya ia tercetus daripada daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi lagi unik. Kalau dahulu kain songket hanya dipakai dan digunakan oleh golongan bangsawan dan istana kerana kain songket melambangkan status seseorang ketika itu. Tambahan pula harga yang yang agak mahal kerana proses pembikinannya amatlah rumit. Tetapi kini situasi tersebut telah jauh berbeza, kain songket telah digunakan oleh orang kebanyakan terutamanya ketika majlis perkahwinan bagi raja sehari dan di dalam majlis atau sesuatu perayaan. Kain songket telah dijadikan sampin dan menjadi kemestian dipakai bersama baju Melayu terutamanya semasa perayaan hari raya. Kain songket juga telah dipelbagaikan kegunaannya dengan dijadikan pelbagai jenis barang seperti beg tangan, kasut, alas bekas tepak sirih dan sebagainya. Dengan campurtangan kerajaan dalam perusahaan tenunan kain songket dilihat dapat memelihara industri songket ini untuk terus berkembang dan dijadikan sebagai satu warisan dan identiti ketuanan Melayu di Malaysia seperti mana yang diusahakan oleh Kebawah Duli Tuanku Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah yang mewujudkan Galeri Perusahaan Songket bagi memelihara khazanah dan warisan songket ini supaya tidak lekang dek panas dan dan tidak luntur dek hujan. Kesimpulannya, rekaan dan corak di dalam karya seseorang penggiat seni batik dan penenun songket sesungguhnya memberi pengertian yang amat mendalam dan bukan hanya untuk nilai estetik semata-mata. Corak dan rekaan pada sebidang batik dan songket mempunyai hak ciptaan, nilai komersial yang tinggi dan identitinya tersendiri. Bahkan batik menjadi pakaian rasmi bagi pekerja sektor awam pada setiap hari Khamis sementara kain songket pula menjadi pakaian rasmi Raja-Raja Melayu pada majlis-majlis rasmi begitu juga untuk mereka yang menjadi raja sehari.

AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925 Semester September 2009

9

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN 5.

Proses Dan Teknik Penghasilan Batik Tekap

Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam yang digelar sarang. Proses ini dilakukan berulangulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

Gambarajah C: Blok atau Sarang Proses menekap batik mempunyai beberapa langkah yang perlu diambil perhatian dan dilakukan dengan penuh hati-hati agar ianya menghasilkan sesuatu hasil seni yang bermutu. Jika tidak, bukan saja hasilnya tidak mencapai tahap bermutu yang diharapkan tetapi akan merugikan. Langkah-langkah dalam proses ini adalah seperti berikut: i.

Membasuh kain untuk menghilangkan kanji.

ii.

Membentangkan kain yang telah dibasuh diatas meja pengecap.Pastikan kain diratakan dan ditegangkan untuk membolehkan proses penerapan dilakukan dengan kemas dan lancar.

iii. Panaskan lilin didalam kuali leper. iv. Celup blok atau sarang kedalam lilin dan terapkan lilin keatas permukaan kain. Lakukan dengan kemas.Pastikan blok yang digunakan adalah betul mengikut corak kerana untuk sehelai kain sarung,corak badan kain adalah berbeza dengan kepala kain atau bahagian lain. Untuk menghasilkan sehelai kain sarung,lebih daripada satu blok digunakan. v.

Celup kain kedalam pewarna Naphtol.Warna yang berbeza digunakan dimulai dengan warna muda diikuti dengan warna gelap.

vi. Rebus kain dan campurkan serbuk soda (soda ash). vii. Basuh dan jemurkan kain. viii. Rajah 5.1 :Proses-Proses dan teknik penghasilan Kain Batik Tekap /Blok AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925 Semester September 2009

10

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

1.Kain perlu dibasuh untuk buang kanji

2. Membentangkan kain yang telah dibasuh diatas meja

4. Celup blok atau sarang kedalam lilin 3. Panaskan lilin

5. Celup kain kedalam pewarna Naphtol

dan terapkan lilin keatas permukaan kain

6.Rebus kain dan campurkan serbuk soda (soda ash).

AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925 Semester September 2009

11

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

8.Jemur

7. Rendam dan bilas kain

AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925 Semester September 2009

12

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

6.

Proses Dan Teknik Pembuatan Kain Songket Pada asasnya kain songket dihasilkan menerusi proses-proses seperti yang berikut:

. Mewarna Benang Benang untuk tenunan terdiri daripada benang kapas, benang sutera, benang emas, dan benang perak. Benang emas dan benang perak adalah bahan

asli

yang

tidak

perlu

diwarnakan.

Gempalan benang mentah diwarna berulang kali supaya warnanya tidak luntur dan sekata. Benang tersebut dimasukkan kedalam kawah berisi air mendidih. Kemudian benang tersebut dibilas dengan air, lalu dijemur sehingga kering. Menerai Benang Benang diceraikan daripada tungkulan besar dengan menggunakan alat rahat dan guwing. Bahan-bahan dibahagikan ke dalam pelting buluh yang dinamakan benang pakan

Menganing Benang yang telah dileraikan atau dipintal ke pelting disusun di atas anian. Benang ditarik mengikut panjang yang dikehendaki berselang-seli mengikut pacak-pacak dibatang anian

Menggulung Benang yang telah dianian digulung mengikut lebar gigi jentera dan panjang loseng (lebar kain yang dikehendaki pada papan gulung) AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925 Semester September 2009

13

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Menyapuk Benang yang digulung dimasukkan menerusi gigi jentera sebelum dilekatkan kepesak yang terletak di bahagian depan tempat duduk penenun. Proses ini dilakukan dengan menggunakan sejenis alat dipanggil pengait.

Menggarat Proses ini dilakukan dengan gerakan loseng turun naik. Caranya dimulakan dengan menggerakkan loseng silih berganti apabila jijak karat diteka

Menyongket Kerja-kerja menyongket dilakukan dengan menyusun lidi atau bilah-bilah nibung melalui celah-celah benang loseng

Menekat Proses menekat ini dilakukan dalam dua cara iaitu takat lima atau tekat tiga. Setelah songket-songket diikat dan lidi-lidi dikeluarkan daripada celah-celah benang. Motif dibuat dengan menggunakan benang emas yang diisi kedalam Cuban. Proses pelancaran Cuban dikenalsebagai menyulam atau menekat benang emas

AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925 Semester September 2009

14

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Menenun Tenunan dilakukan dengan menggunakan alat yang dipanggil kek atau 'kei' dalam dialek Kelantan. Kek terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kaki kek, badan kek dan kepala kek yang saling berkaitan antara satu sama lain. Proses menenun ialah melancarkan benang corak ke atas benag loseng. Dalam proses ini, penenun mestilah menumpukan perhatian terhadap ragamhias yang bakal ditenun pada kain.

Contoh kain songket yang telah siap ditenun. Kelihatan sungguh cantik dan unik.

AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925 Semester September 2009

15

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

7.

Rancangan Mengajar Harian PSV

Tarikh Tahap Tahun Masa Bidang Tajuk

: 3/11/2009 : Tahap Dua : 5 Bestari : 9.45-10.45 ( 1 jam) : Membuat Rekaan Corak : Batik dan Songket

Ojektif Pengajaran: Pada akhir sesi pembelajaran pelajar dapat 1. Menyatakan 3 perbezaan dan 3 persamaan kain batik dan songket. 2. Menerangkan 3 perbezaan dan 3 persamaan penggunaan dan fungsi kain batik dan songket. 3. Mencatatkan 3 perbezaan dan persamaan proses pembuatan batik dan songket. 4. Melakarkan 3 persamaan dan perbezaan motif dan corak kain batik dan kain songket. Alat Bantu dan Bahan: Gambar Contoh, Kain batik, kain songket, lilin, blok yang telah disediakan terdahulu, lilin, pewarna, alatan kuali, periuk, meja, soda ash dan lain-lain bahan yang diperlukan dari masa kesemasa. Persediaan Guru: Gambar dalam slide (Microsolf Power Point) termasuk gambar batik dan kain songket, proses, contoh-contoh teknik , bahan maujud seperti batik sebenar sebagai contoh, pelbagai warna dan lilin.

AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925 Semester September 2009

16

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Kegiatan Langkah 1:

Hasil Pembelajaran 1.1 Pelajar membuat catatan

Set Induksi (7 minit)

Kemahiran Generik/Nilai 1.1 Kemahiran mendengar dan mencatat.

1.Dengan mengunakan

1.2 Naturalisme

tayangan slid, guru terangkan contoh-contoh gambar batik dan songket dengan jenisjenis motif seperti flora,fauna dan geometri. Pelajar diarah untuk melakar dan melukis

1.2. Pelajar melakar corak dan 1.2. Kemahiran melukis dan

corak dan motif seperti yang

motif seperti diterangkan oleh

ditunjukkan.

guru.

melakar

2. Guru terangkan dengan ringkas tentang tajuk. Mengagihkan batik dan songket sebenar kepada pelajar untuk dikaji dan diamati oleh pelajar.

Langkah 2: (20 min)

2.1 Menerangkan penggunaan

2.1 Kemahiran verbal

1.Perbincangan berkenaan

dan fungsi batik dan songket.

linguistik interpersonal dan

pengalaman sedia ada murid

2.2 Murid membuat catatan

intrapersonal

tentang jenis-jenis batik dan

2.3 Menerangkan proses

2.2 Kemahiran mendengar

songket yang pernah mereka

pembuatan kedua kain

dan menganalisis

lihat.

tersebut.

2. Mengenalpasti jenis-jenis

2.4 Menyenaraikan jenis

2.3.Kecerdasan visual dan

motif yang diketahui dan

motif pada corak batik dan

Logik Matematik

mengkategorikan mengikut

songket

persamaan dan perbezaan Laangkah 3 (26 minit)

1.1 Mencatat, menyenarai,

AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925 Semester September 2009

1.1.Kemahiran mendengar 17

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN mengklasifikasi . motif

dan mencatat.

1 Guru menerangkan teknik-

berdasarkan objek alam dan

1.2 Naturalisme

teknik penghasilan batik dan

berdasarkan corak dan rekaan.

songket. Berpandukan gambar dan tayangan slide pelajar diarah untuk mengenalpasti dan mencatat teknik-teknik yang diterangkan.

2.2. Melakar persamaan dan

2.2.Kecerdasan visual dan

2 Guru menerang/tunjuk cara

perbezaan motif dan corak

Logik Matematik dan

tugasan yang akan dilakukan

batik dan songket mengikut

Kontruktivisme. Mencungkil

oleh pelajar mengikut (3

kategori/kumpulan seperti

potensi kecerdasan pelajar

kump) kumpulan. Kumpulan

yang diagihkan oleh guru

melalui penerokaan,penemuan

membuat kajian dan lakaran

penggunakan pensel serta

dan penciptaan

motif berdasarkan motif flora,

mengaplikasikan teknik

fauna dan geometri

lukisan.

Penutup: ( 7 minit)

Menghargai nilai seni dalam

Apresiasi seni dan

Mengarah pelajar

melalui proses penghasilan

menghargai nilai-nilai

membersihkan meja dan kelas

disamping menambah

kerjasama bekerja dalam

sekiranya tugasan telah

pengalaman baru.

kumpulan

disiapkan. Perbincangan berkenaan hasil dan masalahmasalah yang dihadapi dalam proses penghasilan batik blok/tekap dan songket. Memberi galakkan kepada pelajar berkenaan hasil yang telah disiapkan. (jika siap)

8.

Penutup

AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925 Semester September 2009

18

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Rekaan dan corak sesungguh suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat memenuhi keperluan domain kognitif,psikomotor dan efektif. Dalam penghasilan batik blok atau tekap, rekaan corak terancang dan tidak terancang menghasilkan kesan tampak yang berbeza dan menarik. Walaubagaimana pun,kemahiran, kesedaran dan pengetahuan amat diperlukan untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif dan menarik kerana ianya melibatkan proses latihan berfikir yang berhubungan dengan asas rekaan dan prinsip rekaan. Untuk menjadi seseorang individu yang mahir, latihan berterusan adalah amat diperlukan untuk menguasai kemahiran. Kemahiran yang tinggi akan menjadi seseorang itu kreatif dalam menghasilkan sesuatu karya seni disamping mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan dapat menilai serta menghayati sesuatu karya seni dengan lebih mendalam. Sesuatu karya seni itu hanya dapat dinilai dan dihayati oleh yang yang memang berjiwa seni kerana seni itu indah dan Allah s.w.t sukakan keindahan.

9. Bibliografi AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925 Semester September 2009

19

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Bok Kai Wa, Ibrahim Syed. (1998). Pendidikan Seni STPM. Kuala Lumpur : Eastview Publications Sdn. Bhd. Hassan M. Ghazali. (1993), Dimensi Pendidikan Seni KBSM Tingkatan 4&5, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia (1998) Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual, KBSR.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia (1985) Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Visual, KBSR.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Kintner,Earl W. dan Jack Lahr. 1983. An Intellectual Property Law Primer. New York: Clark Boardman Leela R (1995), Memperkenalkan Kraf Tradisional, Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Motif-motif Batik (1991), Kuala Lumpur : Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Infokraf Malaysia. Munandar, Prof. Dr. S. C. Utami, (1989) Kreativitas Sepanjang Masa, Jakarta., Pustaka Sinar Harapan Open University Malaysia, (2006) HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual, UNITEM Sdn.Bhd.

AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925 Semester September 2009

20

Related Documents