Membuat Corak Dan Rekaan

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Membuat Corak Dan Rekaan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,544
  • Pages: 11
OUM HBAE 2103 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

PENGENALAN Rekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam meghasilkan sesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Dalam teorinya, corak ialah suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometrical dan organik. Corak Tradisi mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisional. Contoh yang biasa kita dengan adalah seperti corak bunga buluh,pucuk rebung,bunga kiambang dan sebagainya. Menurut Modul OUM HBAE 2103, Membuat Corak dan Rekaan, ada menyatakan bahawa definisi corak ialah susunan motif sama ada secara teratur atau secara bebas. Oleh itu, corak terdiri daripada corak terancang dan corak tidak terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau corak tidak terancang. Enam jenis susunan dalam corak dan rekaan dapat dinyatakan seperti di bawah: 1. Corak ulang sekata 2. Corak berpusat 3. Corak cerminan 4. Corak bertindih 5. Corak selang – seli 6. Corak batu – bata

Contoh corak: 1. Corak susunan ulang sekata

1 AZMAN BIN SALLEH 750312025163

OUM HBAE 2103 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

2. Corak susunan berpusat

2 AZMAN BIN SALLEH 750312025163

OUM HBAE 2103 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

3. Corak susunan cerminan / bertimbal 3 AZMAN BIN SALLEH 750312025163

OUM HBAE 2103 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

4. Corak susunan bertindih 4 AZMAN BIN SALLEH 750312025163

OUM HBAE 2103 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

5. Corak susunan selang seli 5 AZMAN BIN SALLEH 750312025163

OUM HBAE 2103 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

6. Corak susunan batu – bata 6 AZMAN BIN SALLEH 750312025163

OUM HBAE 2103 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

C) 7 AZMAN BIN SALLEH 750312025163

OUM HBAE 2103 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Mempelajari mencorak dan membuat rekaan amat membantu dalam pembelajaran dan perkembangan kanak – kanak terutama dari aspek kepekaan pengamatan, kognitif dan kreativiti. Sekarang mari kita huraikan satu persatu tiga aspek ini. Pertama, kita lihat dari sudut kepekaan pengamatan. Melalui kemahiran membuat corak dan rekaan, kita membantu kanak – kanak meningkatkan pengamatan mereka apabila mereka meneliti corak – corak yang dihasilkan melalui motif – motif yang diminta. Kanak – kanak akan cuba mengkaji dan melihat hubungkait antara motif – motif dan rekaan serta corak yang dibuat. Kepekaan pengamatan mereka dapat dilihat andainya corak tersebut menepati dengan motif yang diminta. Contohnya, jika ditugaskan mereka untuk membuat rekaan dan corak bermotifkan flora, kita dapat melihat bagaimana mereka akan melihat alam semula jadi ini sebagai sebuaha motif dan hasil tersebut adalah berdasarkan kepada pengamatan mereka kepada flora. Contoh yang lain pula ialah apabila sesuatu rekaan dan corak itu bermotifkan hidupan laut, maka, kepekaan kanak – kanak kepada hidupan laut dapat ditonjolkan seperti corak tapak sulaiman yang berbentuk bintang. Bentuk tersebut adalah berdasarkan pengamatan mereka seterusnya dilahirkan kepada corak yang menarik. Dapat dinyatakan disini, melalui pembelajaran mebuat corak dan rekaan amat membantu kanak – kanak meningkatkan daya pengamatan mereka untuk menghasilkan corak yang lebih menarik dan kreatif. Kita tahu, sejak daru dahulu lagi, corak – corak terhasil adalah daripada pengamatan pereka –perekanya. Seni melayu misalnya mengambil corak – corak dari alam flora seperti bunga, pucuk, daun, ranting dan sebagainya. Ini semua adalah berdasarkan pengamatan orang dulu – dulu didalam membuat sesuatu corak dan rekaan. Maka tidak dapat disangkalkan lagi bahawa mempelajari seni corak dan rekaan amat membantu kanak – kanak di dalam meningkatkan kepekaan pengamatan mereka. Brown (1980),OUM HBAE 1103(2006) mendapati bahawa pengalaman kanak – kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam pengamatan dan memperkayakan pengetahuan tentang perbezaan – perbezaan setiap objek atau imej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak – kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis. Keduanya, kita lihat pula dari sudut kognitif. Kognitif merujuk kepada akal fikiran atau kemampuan seseorang itu berfikir dengan menggunakan akal fikiran. Melalui aktiviti mencorak dan membuat rekaan, ia banyak membantu kanak – kanak untuk meningkatkan kognitif mereka. Melalui jenis – jenis susunan corak, ia membantu murid untuk membuat corak yang menarik 8 AZMAN BIN SALLEH 750312025163

OUM HBAE 2103 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

berdasarkan susunan terancang, tersusun dan mengikut luahan ekspresi mereka. Pemikiran mereka dapat dikritiskan melalui hasilan serta pengamatan mereka di dalam melaksanakan aktiviti mencorak dan membuat rekaan. Apabila mereka menjalankan aktiviti tersebut, kanak – kanak akana membuat penerokaan serta mengkaji motif – motif yang ingin digunakan, setrusnya mereka akan mencari satu bahagian yang sesuai untuk dijadikan corak dan seterusnya membuat lakaran yang sesuai. Melalui pemikiran pula mereka membuat keputusan yang tepat untuk memilih dan seterusnya mebuat sesuatu rekaan. Ini amat membantu mengembangkan kognitif mereka serta mencetus idea –idea baru mereka. Ianya selaras dengan Teori Kognitif Jean Piaget. Menurut Modul OUM HBEF 2103 Psikologi Pendidikan, Pieget ada menyatakan, kanak – kanak aktif membentiuk kefahaman terhadap persekitaran melalui empat tahap perkembangan kognitif. Dua proses penting di dalam membina kefahaman tentang dunia persekitaran ini ialah organisasi dan adaptasi. Contohnya, kebolehan kanak – kanak memisahkan antara idea yang utama dengan idea yang kurang penting dan kebolehan mereka untuk membandingkan satu idea dengan idea yang lain. Apabila kanak – kanak mendapat maklumat baru, terjadi ketidakseimbangan di dalam pemikirannya, maka untuk mendapat semula keseimbangan, kanak – kanak perlu membuat organisasi atau adaptasi pada skemata. Maka, melalui pemikiran dan penerokaan serta aktiviti membuat corak dan rekaan dapat membantu meningkatkan lagi daya pemikiran kognitif kanak – kanak terutama di dalam merekacipta serta menghasilkan sesuatu ciptaan yang asli dan hebat. Selain itu ia juga membantu kemahiran berfikir kanak – kanak samada berfikir secara kreatif mahupun kritis. Ketiganya, mencorak dan membuat rekaan juga dapat membantu pembelajaran dan perkembangan kanak- kanak. Frank Cizek di dalam Modul OUM HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual, ada menytakan bahawa kanak – kanak perlu dibebaskan dari kongkongan peraturan lukisan orang dewasa supaya tidak hilang kreativiti dan sifat keperibadian diri. Cizek mencadangkan agar kreativti kanak – kanak seharusnya dibiarkan mengembang mengikut kemahuan mereka sendiri. Apabila kanak – kanak menggunakan imaginasi dan ekspresi diri, maka wujudlah suasana gembira dan suka riang. Kenyataan ini juga telah membawa ke perkembangan cabang terapeutik seni iaitu cabang kraf untuk kanak – kanak bermasalah dan seni menyokong pembelajaran mereka. Dengan kebebasan yang diberikan, mencorak mampu meningkatkan imaginasi dan kreativiti kanak – kanak. Corak – corak yang baru dihasilkan perlu diberi pujian serta kritikan 9 AZMAN BIN SALLEH 750312025163

OUM HBAE 2103 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

seni yang membina agar mereka berasa dihargai dan hasil mereka diberi perhatian. Selain itu, melalui corak tidak terancang, kita dapat melihat kanak – kanak bebas mengahsilkan corak tersendiri seperti corak batik yang mana meeka dapat bermain dengan warna secara bebas. Ini bertepatan dengan teori Cizek yang mana kanak – kanak dapat mengembangkan kreativiti merka jika mereka diberi kebebasan melaksanakan hasilan mereka. Kesimpulannya, aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak – kanak. Fungsi Pendidikan Seni adalah untuk memimpin kanak – kanak ke arah suatu fahaman tentang seni sebagai cara penusunan pengalaman. Pendidikan adalah satu proses untuk mengembangkan kecerdasan manusia. Sekolah seharusnya memberi kanak – kanak kebebasan untuk perkembangan fizikal, emosi dan intelektual melalui seni. Melalui aktiviti mencorak dan rekaan, guru memberi peluang kepada pelajar untuk membina corak mereka serta mencipta rekaan mereka sendiri berdasarkan pengamatan, pemikiran serta kreativiti mereka sendiri. Inilah peluang bagi mereka untuk memperlihatkan kemapuan dan kebolehan mereka serta meluahkan ekspresi diri mereka melalui corak dan rekaan mereka. Guru seharusnya memainkan peranan penting menghargaai dan memberi dorongan kepada pelajarnya selaras dengan memberi ilmu serta dapat meningkatkan perkembangan mental dan fizikal mereka.

RUMUSAN Dapat saya rumuskan di sini secara keseluruhan tugasan kali ini amat mencabar. Namun berkat tunjuk ajar tutor serta bantuan rakan – rakan, dapat juga saya siapkan. Tugasan seni kali ini memerlukan saya mencipta corak terancang dan corak tidak terancang. Sesungguhnya, melalui tugasan kali ini juga telah membantu saya menyelami dan menikmati suatau pengalaman yang baru iaitu membuat pualaman. Sebelum ini tidak pernah terfikir untuk saya melakukan aktiviti ini namun tugasan kali ini telah membawa saya ke dalam dunia pualam yang penuh dengan warna warni. Terus terang saya katakan di sini bahawa aktiviti seperti ini amat menyeronokkan. Alangkah bagus jika kita dapat sentiasa lakukan dan terapkan aktiviti seperti begini di sekolah. 10 AZMAN BIN SALLEH 750312025163

OUM HBAE 2103 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Melalui tugasan kali ini juga membuka mata saya tentang aktiviti membuat corak yang mana ianya terdapat disekeliling kita tanpa kita sedari. Corak – corak yang tersendiri serta mempunyai motif – motifnya memberitahu kepada kita luahan perekanya. Selain itu, kemahiran mereka cipta juga dapat diterapkan di dalam aktiviti rekaan dan melaluinya saya mampu mencorak dan mereka cipta rekaan saya sendiri. Akhir kata, walaupun tugasan kali ini amat mencabar, namun berkat kegigihan dan bantuan tutor, dapatlah juga saya laksanakan. Bak kata pepatah, ‘Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’.

BIBLIOGRAFI Open University Malaysia (2006) HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual. Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan. Open University Malaysia (2007) HBAE1403 Menggambar. Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan. Open University Malaysia (2007) HBAE 2103 Membuat Corak dan Rekaan, Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan. Open University Malaysia (2009) HBEF 2103 Psikologi Pendidikan. Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan. Teeart (2009), Corak Terancang, (atas talian), http://www.images.teearts.multiply.com (08.03.2009).

11 AZMAN BIN SALLEH 750312025163

Related Documents