Mc Hari Guru 2017.docx

  • Uploaded by: Sandra Mit
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Mc Hari Guru 2017.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,581
  • Pages: 13
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2017 SK NANGA YONG PERSEDIAAN

PERHATIAN.

MAJLIS

MEMBERI LALUAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU AKAN

MINTA

KERJASAMA

SEMUA

MURID

UNTUK

BERLANGSUNG SEBENTAR LAGI. TERIMA KASIH.

PARA MURID DIINGATKAN UNTUK BERDIRI KETIKA PERARAKAN MASUK GURU-GURU KE DEWAN PERARAKAN MASUK GURU

GURU-

1. ANDY & GARY BERASAL DARI SELATAN NEGERI SARAWAK.. KETUA WARDEN DAN GURU PERPUSTAKAAN.. CIKGU GARY DAN CIKGU ANDY.. 2. HIDAYAH & SANDRA SRIKANDI SK NANGA YONG… GURU ASET DAN GURU PRA SEKOLAH… CIKGU HIDAYAH DAN CIKGU SANDRA… 3. AZHARI & SABQI DARI SEMENANJUNG MALAYSIA…. KETUA PANITIA SAINS DAN KETUA PANITIA BAHASA MELAYU… CIKGU AZHARI DAN CIKGU SABQI 4. INTAN & NABILA GURU SPBT DAN PENOLONG WARDEN BERJAYA… CIKGU INTAN DAN CIKGU NABILA.. 5. SITI AMINAH & LILY KEMAS, AKTIF DAN BERGAYA.. CIKGU SITI AMINAH DAN CIKU LILY…

1

6. HELENA & FRANKY PENOLONG

KANAN

HEM

DAN

PENOLONG

KANAN

KOKURIKULUM… CIKGU HELENA DAN CIKGU FRANKY…. 7. GB & PK1 PENOLONG KANAN 1 DAN GURU BESAR SK NANGA YONG… CIKGU ANTHONY DAN CIKGU DENNIS…. UCAPAN

SELAMAT

PEMBUKA

MALAYSIA.

PAGI,

SALAM

SEJAHTERA

DAN

SALAM

SATU

PENGACARA MAJLIS YANG BERUSAHA CIKGU DENNIS ANAK REBA , GURU BESAR SK NANGA YONG.

YANG DIHORMATI

………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………

YANG DIHORMATI, CIKGU ANTHONY SENAUN PENOLONG KANAN 1.

YANG DIHORMATI, CIKGU HELENA ADIS

2

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

YANG DIHORMATI, CIKGU FRANKY BUNGKONG, PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM. . BARISAN PENDIDIK YANG DISAYANGI. WARGA KERJA SK NANGA YONG EXCO-EXCO PIBG SK NANGA YONG. DAN MURID-MURID YANG DIKASIHI SEKALIAN…

BERSYUKUR KITA KEPADA TUHAN KERANA PADA PAGI YANG MULIA INI KITA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI MERAIKANKAN INSAN YANG AMAT KITA SANJUNGI DAN HARGAI..

UNTUK ITU KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KE MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH SK NANGA YONG 2017… Pergi ke pasar membeli lada, Tidak lupa membeli kuini; GURU PEMBINA NEGARA BANGSA, Itulah tema Sambutan Hari Guru tahun ini. NYANYIAN

LAGU HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,

NEGARAKU

3

SEBAGAI

PEMULA

ACARA,

MARILAH

SAMA-SAMA

KITA

MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU. SIDANG DEWAN DIPERSILAKAN BERDIRI. (RAKAMAN NYANYIAN) MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH. UCAPAN

KHAS

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya

HARI GURU

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah majlis jika suaranya tanpa berbicara.

HADIRIN SEKALIAN MAJLIS DITERUSKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN CIKGU DENNIS ANAK REBA, GURU BESAR SK NANGA YONG BAGI MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN PERAYAAN HARI GURU SK NANGA YONG 2017. DIPERSILAKAN. (UCAPAN) TERBANG

MELAYANG

SI

ANAK

KEDIDI,

TERIMA

KASIH

DIUCAPKAN KEPADA TUAN GURU BESAR ATAS UCAPAN ITU TADI. PERUTUSAN

SIDANG MAJLIS SEKALIAN, AGENDA SETERUSNYA ADALAH

MENTERI

PEMBACAAN PERUTUSAN HARI GURU DARIPADA MENTERI

PENDIDIKAN

PENDIDIKAN MALAYSIA. DENGAN ITU MAJLIS MENJEMPUT

MALAYSIA

CIKGU ANTHONY SENAUN, PENOLONG KANAN 1 UNTUK MEMBACAKAN TEKS PERUTUSAN TERSEBUT. DIPERSILAKAN. (BACAAN TEKS) DEMIKANLAH TADI PERUTUSAN HARI GURU DARIPADA MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA. PASTINYA SEGALA NASIHAT DAN AMANAT AKAN MENJADI INGATAN DAN PEDOMAN UNTUK

4

SEMUA. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA CIKGU ANTHONY SENAUN. Jalan beriringan berpegangan tangan Kalau terjatuh sama merasa Guru dan murid mencipta kecemerlangan Sama-sama menabur jasa. PERUTUSAN

SETERUSNYA PULA MAJLIS MENJEMPUT CIKGU HELENA ADIS

KETUA

UNTUK MEMBACAKAN TEKS PERUTUSAN HARI GURU KETUA

PENGARAH

PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA. DIPERSILAKAN.

PENDIDIKAN MALAYSIA

(BACAAN TEKS) DEMIKANLAH TADI TEKS PERUTUSAN HARI GURU DARIPADA KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA CIKGU HELENA ADIS.

UCAPAN

KETUA

Berhenti hujan terbit pelangi

PENGAWAS

Indah dipandang tak mampu didekati Ikhlas ajarannya kami sanjungi Budimu guru di kenang sampai mati

HADIRIN

SEKALIAN,

SETERUSNYA

MAJLIS

MENJEMPUT

PERWAKILAN KETUA PENGAWAS SELAKU KETUA MURID SK NANGA YONG BAGI MEWAKILI PARA MURID, IAITU ADIK AUGUSTINE BIRANG UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN KHAS SEMPENA HARI GURU. DIPERSILAKAN. (UCAPAN) TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ADIK AUGUSTINE BIRANG ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI. Luas sungguh sawah di sana

5

Cantik terlihat diwaktu senja Engkaulah guru insan bijaksana Gigih mendidik berhati waja PERSEMBAHAN

HADIRIN SEKALIAN.

SELAYANG

Dari tebu menjadi gula

PANDANG

Arena persembahan menyusul pula Dari pelajar guru pun ada Ilmu diberi kekal sampai bila-bila Buat bekalan penuh di dada.

BAGI MEMERAHKAN LAGI MAJLIS KITA PADA PAGI INI, KITA MULAKAN DENGAN SATU PERSEMBAHAN DARIPADA MURIDMURID ASRAMA KELING SEBAGAI TATAPAN KHUSUSNYA UNTUK GURU-GURU

YANG

DIRAIKAN

PADA

HARI

INI.

UNTUK

PENGETAHUAN SEMUA, PERSEMBAHAN INI TELAH BERJAYA MERANGKUL

GELARAN

JOHAN

BAGI

PERTANDINGAN

PERSEMBAHAN KREATIF ANTARA ASRAMA SK NANGA YONG. SAMA-SAMALAH KITA SAKSIKAN. (PERSEMBAHAN) UNTUK MAKLUMAN HADIRIN SEKALIAN, PERSEMBAHAN ITU TADI DI BAWAH PIMPINAN TUAN GURU BESAR, CIKGU DENNIS, CIKGU ANTHONY, CIKGU FRANKY, CIKGU NABILA, PUAN JENNIFER DAN EN ANDRISON SELAKU PENGARAH DAN PENERBIT VIDEO. SEKALUNG PENGHARGAAN DIUCAPKAN.

6

PERTANDINGAN

SETERUSNYA,

MENDEKLAMASIK

MENDEKLAMASIKAN SAJAK ANTARA RUMAH SUKAN.

AN SAJAK MURID

KITA

AKAN

MENYAKSIKAN

PERTANDINGAN

DIJEMPUT ADIK JOHNSON DARI RUMAH SUKAN PHOENIX UNTUK MENDEKLAMASIKAN SAJAKNYA YANG BERTAJUK ‘CIKGU’. (SAJAK) DEMIKIAN TADI PERSEMBAHAN DEKLAMASI SAJAK DARIPADA ADIK JOHNSON.

TANPA MEMBUANG MASA LAGI DIJEMPUT PESERTA DARI RUMAH

SUKAN

WEREWOLF

ADIK

ELIN

ACHA

DENGAN

SAJAKNYA BERTAJUK ‘SANG GURU’. DIPERSILAKAN. (SAJAK) TERIMA KASIH KEPADA PENDEKLAMASI SAJAK SEBENTAR TADI.

MAJLIS DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT ADIK JOSHICA DARI RUMAH

SUKAN

DRAGON

DENGAN

SAJAKNYA

‘GURUKU’.

DEPERSILAKAN. (SAJAK) DEMIKIAN TADI PENDEKLAMASI SAJAK KITA YANG PENUH SEMANGAT ADIK JOSHICA DARI RUMAH SUKAN DRAGON.

7

TANPA BERLENGAH LAGI, DIJEMPUT ADIK AMELIA DARI RUMAH UNICORN

SEBAGAI

MENDEKLAMASIKAN

PESERTA SAJAK

YANG

TERAKHIR

UNTUK

BERJUDUL

‘GURUKU

IDOLAKU’. DIPERSILAKAN. (SAJAK) TERIMA KASIH ADIK AMELIA ATAS DEKLAMASI SAJAK SEBENTAR TADI. BEGITULAH PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK ANTARA RUMAH SUKAN SEMPENA SAMBUTA HARI GURU YANG MULIA INI. PERSEMBAHAN

MAJLIS

MURID TAHUN 6

DARIPADA MURID TAHUN 6 SK NANGA YONG. SAMA-SAMALAH

AKAN

DISERIKAN

LAGI

DENGAN

PERSEMBAHAN

KITA SAKSIKAN. (PERSEMBAHAN) DEMIKIANLAH TADI PERSEMBAHAN NYANYIAN OLEH MURID TAHUN 6 SK NG YONG. PENYAMPAIAN HADIAH

MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN HADIAH

AKTIVITI KEPADA PEMENANG AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIANJURKAN OLEH

HARI GURU

PIHAK SEKOLAH SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU INI. BUAT PENGETAHUAN SEMUA, TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN SEPANJANG MINGGU INI ANTARANYA SUKAN RAKYAT ANTARA RUMAH SUKAN, PERTANDINGAN MEMASAK ANTARA ASRAMA, SUKAN MUHIBBAH ANTARA ASRAMA DAN BANYAK LAGI. DIJEMPUT CIKGU DENNIS ANAK REBA, GURU BESAR SK NANGA YONG DAN DIIRINGI OLEH PK HEM DAN PK KOKURIKULUM UNTUK MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PEMENANG. DIMULAKAN DENGAN PERTANDINGAN ANTARA RUMAH SUKAN: 

TEMPAT KEEMPAT, DIMENANGI OLEH RUMAH DRAGON.



TEMPAT KETIGA, DIMENANGI OLEH RUMAH PHOENIX. 8



NAIB JOHAN DIMENANGI OLEH RUMAH UNICORN.



DAN JOHAN BAGI PERTANDINGAN ANTARA RUMAH SUKAN DIMENANGI OLEH RUMAH WEREWOLF….

TAHNIAH KEPADA RUMAH SUKAN YANG TELAH BERJAYA, BUAT RUMAH SUKAN YANG BELUM BERJAYA JANGAN PUTUS ASA UNTUK MENCUBA LAGI PADA MASA AKAN DATANG.

SETERUSNYA, PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PERTANDINGAN ANTARA ASRAMA SK NANGA YONG: 

TEMPAT KEEMPAT DIMENANGI OLEH ASRAMA LAJA



TEMPAT KETIGA DIMENANGI OLEH ASRAMA LULONG



NAIB JOHAN DIMENANGI OLEH ASRAMA KUMANG.



DAN JOHAN BAGI PERTANDINGAN ANTARA ASRAMA DIMENANGI OLEH ASRAMA KELING….

TAHNIAH JUGA KEPADA ASRAMA YANG TELAH BERJAYA, MANAKALA BUAT ASRAMA YANG BELUM BERJAYA JANGAN PUTUS ASA UNTUK MENCUBA LAGI PADA MASA AKAN DATANG. MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA TUAN GURU BESAR ATAS PENYAMPAIAN HADIAH SEBENTAR TADI.

Anugerah diberi sekadar suka hati Menjadi salah satu acara persembahan Semua guru hebat dihati Sungguh susah membuat pilihan.

9

SETERUSNYA,

DIJEMPUT

………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………… DAN DIIRINGI OLEH TUAN GURU BESAR DAN PENOLONG KANAN 1 UNTUK MENYAMPAIKAN ANUGERAH KECEMERLANGAN STAF SK NANGA YONG. DIMULAKAN DENGAN 

ANUGERAH

CEMERLANG

UNIT

KURIKULUM

YANG

DITERIMA OLEH CIKGU SITI AMINAH BT BAKAR. 

SETERUSNYA, ANUGERAH CEMERLANG UNIT HAL EHWAL MURID YANG DITERIMA OLEH ENCIK ANDRISON ANAK JOHNNY.



PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG UNIT KOKURIKULUM IALAH CIKGU TG INTAN MASTURA BT TG MOHD RAMLI.



ANUGERAH GURU KELAS TERBAIK PULA DISANDANG OLEH CIKGU NUR HIDAYAH BT MOHD AZAM.



SETERUSNYA, ANUGERAH KESETIAAN AKAN DITERIMA OLEH PN KELINA ANAK PERITA.

SYABAS

DAN

TAHNIAH

DIUCAPKAN

KEPADA

PENERIMA-

PENERIMA ANUGERAH SEBENTAR TADI, DIHARAPKAN AKAN MENERUSKAN PERJUANGAN DALAM MENJULANG KEGEMILANG SK NANGA YONG SEBAGAI INSTITUSI PENDIDIKAN YANG CEMERLANG.

10

MAJLIS

MENGUCAPKAN

RIBUAN

TERIMA

KASIH

KEPADA

………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………… ATAS PENYAMPAIAN HADIAH SEBENTAR TADI. BACAAN

IKRAR SETERUSNYA, MAJLIS MENJEMPUT SEMUA GURU SK NANGA

HARI GURU NYANYIAN

YONG UNTUK NAIK KE ATAS PENTAS UNTUK BACAAN IKRAR LAGU

HARI-HARI GURU PEMOTONGAN KEK HARI GURU.

HARI GURU. BACAAN IKRAR HARI GURU INI AKAN DIKETUAI OLEH TUAN GURU BESAR SK NANGA YONG. (IKRAR) MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN NYANYIAN LAGU-LAGU HARI GURU OLEH GURU-GURU SK NANGA YONG. MARILAH KITA SAMA-SAMA SAKSIKAN. (NYANYIAN) DIHARAP GURU-GURU SK NANGA YONG UNTUK BERADA DI ATAS PENTAS. DIMINTA STAF-STAF SK NANGA YONG JUGA UNTUK SAMA-SAMA MENJAYAKAN ACARA SETERUSNYA. SEKARANG KITA TELAH SAMPAI KE ACARA PEMOTONGAN KEK OLEH TUAN GURU BESAR DAN PEN.-PEN KANAN, MOHON PARA GURU DAN STAF SOKONGAN SK NANGA YONG BERSAMA-SAMA DENGAN TUAN GURU BESAR UNTUK ACARA PEMOTONGAN KEK. (POTONG KEK) MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI PENGHARGAAN KEPADA PARA GURU DI ATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN. PARA GURU DAN STAF SK NANGA YONG DIPERSILAKAN UNTUK MENGAMBIL TEMPAT DUDUK MASING-MASING.

11

LAGU IBU PERTIWIKU

PARA HADIRIN YANG BUDIMAN. KITA SEMAKIN HAMPIR KE PENGHUJUNG MAJLIS, SEBELUM KITA BERSURAI

MARILAH

SAMA-SAMA

KITA

BERDIRI

UNTUK

BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU “IBU PERTIWKU”. (NYANYIAN) TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI. PENUTUP

AKHIR KATA TAMATLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA PAGI INI. SEKALI LAGI SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA WARGA SK NANGA YONG KERANA DAPAT BERSAMA-SAMA DALAM SAMBUTAN HARI GURU BAGI TAHUN INI. sesungguhnya guru insan kedua selepas ibu bapa yang paling berjasa kepada kita dia memberitahu,memahamkan,mendidik dan memimpin kita untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan akhirat. tanpa guru siapalah kita

AYUH BERSAMA KITA UCAPKAN SELAMAT HARI GURU KEPADA GURU-GURU SK NANGA YONG. MAJLIS MENJEMPUT SEMUA GURU, DIF-DIF JEMPUTAN DAN MURID-MURID UNTUK MENIKMATI SEDIKIT JAMUAN ‘MORNING TEA’ SAMBIL MENYAKSIKAN TAYANGAN SELAYANG PANDANG YANG TELAH DISEDIAKAN. SAYA SEBAGAI WAKIL PENGACARA MAJLIS MEMOHON MAAF SEKIRANYA TERKASAR BAHASA TERSILAP KATA SEPANJANG MENGENDALIKAN MAJLIS INI.

12

Terima kasih daun keladi Panjang umur kita sambut lagi Buat guru kami sudahi Selamat hari guru buatmu dikasihi Jasa guru terpahat dihati

SEKIAN. TERIMA KASIH. SELAMAT HARI GURU!

13

Related Documents

Teks Mc Hari Guru
May 2020 20
Mc Hari Guru 2017.docx
November 2019 27
Mc Hari Guru(2).docx
May 2020 17
Hari Guru
May 2020 24
Pengenalan Hari Guru
May 2020 15
Tema Hari Guru
November 2019 30

More Documents from ""