KERTAS KONSEP KARNIVAL BIJAK PRASEKOLAH KPM TAHUN 2018 PERINGKAT NEGERI PERAK NYANYIAN SOLO 1.0 PENGENALAN Muzik merupakan satu rekreasi atau kesenggangan minda amat sesuai sebagai satu pilihan dalam aktiviti kokurikulum di kelas prasekolah. Muzik dapat membantu murid-murid prasekolah menggerakkan minda untuk mereka berfikir secara lebih aktif ke arah perkembangan kendiri yang lebih positif. Minat dan bakat murid prasekolah dapat dicungkil seawal umur mereka 5 tahun dan 6 tahun serta dapat menerapkan keyakinan diri dalam berhadapan di khalayak ramai.
2.
MATLAMAT 2.1
2.2
3.
Membentuk disiplin murid dalam membuat persembahan dan menikmati muzik ke arah pembentukan insan yang mempunyai emosi yang seimbang, kreatif dan inovatif. Mencungkil dan menampilkan bakat dan minat murid dalam seni nyanyian.
OBJEKTIF Nyanyian adalah salah satu elemen muzik yang tidak dapat dipisahkan dalam pendidikan prasekolah. Nyanyian merupakan satu elemen penting dalam PdP prasekolah bagi menarik minat murid-murid prasekolah mengikuti pembelajaran mereka di dalam kelas. Penyertaan murid-murid prasekolah dalam Nyanyian Solo bertujuan mencapai objektif-objektif berikut: 3.1. Mencungkil potensi murid-murid prasekolah dalam Nyanyian Solo dan seterusnya memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk memperkembangkan potensi tersebut ke peringkat yang lebih tinggi.
1
3.2. Meningkatkan kemahiran mendengar, menghayati dan menghafal lirik lagu atau beraksi secara spontan mengikut lirik lagu dan irama lagu. 3.3. Membolehkan murid meluahkan perasaan melalui nyanyian. 3.4. Meningkatkan keyakinan diri dan mendorong murid meluahkan perasaan. 3.5. Melatih murid tentang kesedaran penggunaan ruang. 3.6. Mencungkil kreativiti murid dan meningkatkan kemahiran lokomotor. 4.
SYARAT PERTANDINGAN: 4.1 Penyertaan 1.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid prasekolah yang berumur lingkungan lima dan enam tahun. 1.2 Bilangan peserta adalah 1 orang (Lelaki/Perempuan). 1.3 Setiap peserta akan mempersembahkan sebuah lagu sahaja. 1.4 Lagu mestilah disampaikan dengan iringan muzik dan CD secara ”minus one”. 1.5 Pakaian peserta mestilah bersesuaian dengan pilihan lagu dan tidak mencolok mata. 1.6 Ketua Hakim akan menentukan sama ada peserta dibenarkan membuat persembahan ulangan jika berlaku kerosakan teknikal pada CD atau pemain CD. 1.7 CD hendaklah diserahkan kepada urusetia semasa pendaftaran dan dilabelkan dengan Nama Sekolah, Nama Peserta dan Tajuk Lagu. 1.8 Setiap peserta TIDAK DIBENARKAN menggunakan khidmat penari atau bantuan prop. 1.9 Setiap peserta akan diiringi oleh seorang guru pengiring. 4.2 Masa 4.2.1 Masa yang diperuntukkan ialah tidak boleh melebihi 5 minit. 4.2.2 Masa hanya akan dikira sebaik sahaja muzik dimainkan. 4.3
Tatacara Persembahan 4.3.1 Murid digalakkan memakai pakaian yang bersesuaian dengan tema lagu yang dipilih. Penggunaan prop TIDAK DIBENARKAN. 4.3.2 Murid juga digalakkan untuk membuat pergerakan sambil menyanyi. 2
5.
Skema Permarkahan Skema pemarkahan adalah seperti berikut : 5.1 5.2 5.3 5.4 5.4 5.5 5.6
5
7.
-
30% 30% 10% 10% 10% 5% 5%
Keputusan Hakim 5.1
6.
Pic(Ketepatan suara) Ton(Mutu Suara) Dinamik(ansur kuat/perlahan) Tempo(Ketepatan mengikut rentak) Attack/Release(mula dan akhir rangkai lagu) Sebutan(suara dan senikata jelas) Ketrampilan(keyakinan, kostum dan penguasaan pentas)
Keputusan hakim adalah muktamad
Peraturan Am 6.1
Pertandingan akan dijalankan dalam satu pusingan (akhir).
6.2
Setiap pasukan dikehendaki menyediakan lagu minus one dalam bentuk CD/USB untuk kegunaan semasa pertandingan dan salinan CD/USB tersebut hendaklah dihantar kepada urusetia berkenaan selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh pertandingan. Salinan lirik perlu diserahkan semasa pendaftran.
6.3
Jika berlaku kerosakan teknik semasa persembahan sedang berjalan maka pasukan itu akan dikehendaki mengambil giliran sekali lagi di akhir pasukan yang mengambil bahagian.
Cadangan Hakim 7.1 7.2 7.3 7.4 7.5 3
100%
8.
Borang Pemarkahan
TARIKH HARI TEMPAT BIL.
: ________________________ : ________________________ : ________________________ PIC (30%)
TON (30%)
DINAMIK (10%)
TEMPO (10%)
ATTACK/ RELEASE
(20%)
SEBUTAN (5%)
KETRAMPILAN (KEYAKINAN/ KOSTUM/ PENGUASAAN PENTAS) (5%)
JUMLAH (100%)
T/TANGAN HAKIM ………………………………..
1
9.
Borang Keputusan
TARIKH
: ________________________
HARI
: ________________________
TEMPAT
: ________________________
BIL
NAMA PESERTA
NAMA SEKOLAH
MARKAH KESELURUHAN
KEDUDUKAN
T/TANGAN KETUA HAKIM ……………………………….. 2
1