TEMA HARI GURU NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1991
1992
1993
1994
1995
1996
1997
1998
1999
2000
TAFSIRAN TEMA HARI GURU 1992
"GURU TERAS KEUNGGULAN NEGARA DAN BANGSA." Kita perlu memandang kehadapan untuk kebahagiaan generasi akan datang di negara yang berdaulat. Sebuah negara yang unggul berhasil mengwujudkan satu ketamadunan yang mempunyai masyarakat yang berdisiplin, berhemah tinggi berilmu, beriman serta berakhlak mulia. Untuk mencapai pembentukkan ketamadunan memerlukan kesegaran budaya berfikirkearah mengwujudkan rakyat yang bertanggungjawab serta pengukuhan akidah. Mentradisikan budaya berfikir merupakan anak kunci bagi kemajuan dan keunggulan sesebuah negara. Pendidikan adalah wadah bagi pembentukkan manusia dan ilmu. la seharusnya mendokong hasrat pembangunan insan yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia. llmu bukan sekadar maklumat. Malah prasyarat llmu ialah kebenaran maklumat disampmg membawa makna kepada pemiliknya. Kecemerlangan akademik belum bererti bermakna kecemedangan kehidupan. Semata kecerdasan otak, kemahiran teknologi belum dapat melindungi manusia daripada Sifatsifat kehaiwanan. llmu yang memuncak tanpa iman dan hidayah llahi boleh mendorong manusia menjadi makhluk pin tar tetapi perosak dan berbahaya. lnsan yang berkemahiran dan berakhlak mulia adalah. lhsan yang diharap mampu memanfaatkan ciptaan Allah untuk kepenthgan manusia sejagat. Pada hakikatnya kecemerlangan sahsiah manusia adalah berasaskan kepada kesepaduan ilmu, amal dan iman. Untuk mengwujudkan dan menjamin kesepaduan llmu, amal dan iman maka adalah pedu dia dun secara berterusan satu teras yang kukoh dikalangan manusia. Dalam proses ini para pendidik mempunyai peranan yang utama lagi mulia dalam memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab, serta sikap murni yang diredhai Allah, memberi petunjuk kearah jalan yang benar dan sebagai pemmdahcara proses pembelajaran. Sejauh mana teras ini mampu dikukuh dan disepadukan maka sejauh itulahjuga kesan nya keatas keunggulan negara. TAFSIRAN TEMA HARI GURU 1993
"GURU DEDIKASI NEGARA TERPUJI" Kegemilangan negara bergantung kepada kualiti sumber manusia serta tahap pendidikan sebagai teras kepada pembangunan serta kemajuan negara yang landasannya dimulakan oleh guru-guru. Peranan para guru paling strategik dalam menentukan masa depan negara dan bangsa.
Sebaik manapun sesuatu sistem pendidikan itu dibentuk, ia tidak akan mencapai tujuannya jika guru-guru merupakan agen dan penggerak utama dalam proses pendidikan tidak memiliki sikap dedikasi dan komitmen terhadap profesion perguruan yang merupakan tugas dan sekaligus amanah yang wajib ditunaikan dengan sebaikbaiknya. Perasaan tanggungjawab lahir dari hati yang luhur dan ikhlas semata-mata kerana Allah Subhanahu Wataala kerana dedikasi dan komitmen ada hubungannya dengan iman. Guru-guru jelas memainkan peranan yang besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu, bertakwa dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara bagi membawa negara ini ke hadapan pada tahap pencapaian yang setanding dengan bangsa-bangsa yang maju. Pendidik yang dedikasi bukan sahaja menjalankan tugasnya dengan berkesan malah sentiasa mencari jalan menambah ilmu dan kemahirannya untuk meningkatkan kecekapan dalam pengajaran dan peka terhadap perkembangan profesionnya di samping tidak mengabaikan tugas sosial terhadap masyarakat. Oleh itu, hanya guru-guru dedikasi yang mengambil berat tentang pelajar-pelajarnya dapat memberikan sumbangan menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai negara yang terpuji yang terkenal dengan tradisi intelek, cemerlang dalam bidang sosioekonomi dan budaya serta mempunyai kualiti kehidupan yang tinggi.
TAFSIRAN TEMA HARI GURU 1994 "KETAQWAAN GURU ASAS KESEMPURNAAN PENDIDIKAN" Guru merupakan kumpulan pendidik yang diamanatkan serangkai aktiviti mengajar, mengawas, membimbing, melatih, menilai dan lain-lain. Dengan niat dan hasrat untuk menuju kepada matlamat untuk membina warga muda sehingga menjadi insan dewasa yang mampu memenuhi aspirasi bangsa. Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, matlamat yang mesti dicapai ialah penghasilan insan Melayu Islam Beraja, inilah aspirasi negara yang telah memasyhurkan Melayu Islam Beraja sebagai falsafahnya. Sesuai dengan kedudukannya sebagai komponen teras kepada MIB, Islam menjadi titik awal dan titik akhir. Keunggulan Islam itu terletak di dalam beberapa perkara, satu daripadanya ialah ihsan, iaitu melakukan sesuatu aktiviti dengan penuh kesedaran bahawa Allah ada di hadapannya, sentiasa memerhatikan segala tindak-tanduknya walaupun tidak dapat dilihat dengan mata. Tidak sahaja perbuatan lahiriah, bahkan pemikiran yang masih herada di dalam lipatan hati pun Allah Maha Mengetahui. Kesedaran ihsan inilah yang melahirkan Taqwa, iaitu kesungguhan mentaati suruhan dan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya serta ketakutan pada azab Allah. Dengan itu guru yang bertaqwa pasti bertindak dengan sewajarnya tanpa perlu diawasi atau diselia. Dalam menjalankan tugas menyebarkan ilmu, setentunya dia mempunyai inisiatif dan sentiasa berusaha mencari kebenaran dan mengenal kebatilan lalu menunjukkan kepada anak muridnya mana hak dan mana yang batil. Kesedarannya terhadap perintah, galakan, amaran, dan larangan Allah, akan menjadikan dia seorang yang peka terhadap hasil pergolakan dunia yang begini pesat serta berwaspada
terhadap peresapan anasir-anasir yang tidak dingini di sebalik kemodenan dan kemajuan dunia. Seterusnya dia akan mempunyai peribadi yang seimbang dalam pemikiran dan tindakan. Ketakutannya kepada azab Allah pasti menjadikan mereka bekerja dengan penuh dedikasi dan progresif. Dia tidak sahaja menyebarkan ilmu bahkan menjadi model peribadi yang akan diteladani oleh para pelajar serta orang sekelilingnya, di samping itu kepimpinan mereka kejalan yang diredai tidak perlu dipertikaikan lagi walau dalam lapangan apa sekalipun. Inilah antara ciri guru yang sempurna, yang kita yakin dapat membentuk warga muda kita hingga dewasanya nanti menjadi warganegara yang dicita-citakan. Guru yang sedemikian sifatnya tidak akan terjelma dan kalangan guru yang tidak bertaqwa. Dengan itu jelaslah bahawa ketaqwaan guru asas kesempurnaan pendidikan. Tidak dapat dinafikan hahawa taqwa adalah satu konsep Islam, iaitu sebuah ugama tauhid, yang bertuhankan Allah semata-mata. Namun demikian, amalan bekerja yang berdasarkan sifat taqwa boleh dilakukan oleh sesiapa saja, sifat taqwa yang ada dalam diri guru-guru, akan menjamin mereka itu dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna, kerana keinsafan berasaskan taqwa itu merupakan satu daya penggerak utama kepada kesempurnaan pendidikan.
TAPSIRAN TEMA HARI QURU 1995 "KE ARAH PENGLAHIRAN GURU AHLUT-TAQWA" Ahlut-Taqwa bermaksud orang yang kepercayaan, pemikiran, sikap, pegangan dan tindakannya sentiasa berpandukan perintah dan larangan Allah, dengan iltizam untuk mentaati perintah dan menghindari larangan itu, sekali gus mengikut sunnah rasul-Nya. Orang yang bertaqwa tidak hanya mempunyai kesediaan untuk mempercayai sesuatu yang nyata, yang dapat dikesan oleh panca indera serta dapat dibuktikan secara emfirikal; bahkan ia semestinya mempunyai kesediaan untuk mempercayai kewujudan hal-hal yang tersembunyi, yakni yang ghaib dan tidak dapat dikesan oleh panca indera. Antaranya, yang sama sekali tidak dapat dinafikan ialah kuasa teragung atau maha kuasa, iaitu Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Dengan penjelasan di atas maka Guru Ahlut-Taqwa bermaksud pengamal profesyen keguruan yang mempunyai sekurang-kurangnya empat ciri sahsiah yang utama: 1. Ia mempunyai iltizam atau keazaman yang kental untuk meletakkan Allah di atas segala yang lain. 2. Ia mempunyai kegigihan untuk terus-menerus mempelajari segala perintah dan larangan Allah, serta mencari hikmah dan mengambil iktibar dan apa sahaja peristiwa alamiah, yakni yang berlaku di alammi, dan peristiwa insaniah, yakni yang melibatkan manusia, untuk dijadikan landasan pemikiran dan tindakan dalam kerjayanya. 3. Ia mempunyai kefahaman yang jitu tentang matlamat pendidikan dalam setiap pengajaran dan sentiasa berusaha mencapainya hingga ke tahap maksimum. 4. Dalam melaksanakan tugas untuk mencapai matlamat pendidikan, ia mempunyai kebijaksanaan untuk memilih strategi yang terbaik.
Penglahiran guru ahlut-taqwa bermaksud usaha menjadi setiap pengamal profesyen keguruan menghayati sifat-sifat ahlut-taqwa dengan menanamkan dan rnenyuburkan keempat-empat ciri yang dinyatakan di atas tadi. Usaha mi perlu melibatkan banyak pihak. Di satu pihak, wajib ada kumpulan yang sentiasa memperingatkan, menyeru dan meniupkan semangat sehingga para guru dapat memenuhi ciri pertama. Di pihak yang lain wajib ada kumpulan yang membimbing dan menunjukkan kepada para pendidik sehingga mereka dapat memenuhi ciri kedua. Satu pihak lagi, khususnya institusiinstitusi pengajian, wajib mengikhtiarkan supaya ciri ketiga dan keempat di atas tadi dapat ditanam dan disuburkan di dalam din setiap guru, baik yang sedang di dalam latihan mahupun yang sudah terlatih. Pihak kerajaan sudah memberikan pelbagai kemudahan, baik fizikal mahupun personnel dan akan terus berbuat demikian bagi memenuhi keperluan negara Maka pihak guru sendiri wajib bersikap lapang dada dan bersedia untuk meningkatkan kefahaman masing-masing dengan sepenuh keikhlasan, tanpa mengharapkan imbalan keduniaan atau material, lalu menjadikannya pegangan selama mereka bergelar guru. Hanya dengan penglibatan semua pihak serta dengan izin Allah tema Hari Guru tahun ini dapat dijadikan suatu kenyataan, insya-Allah.
TEMA HARI GURU 1996 KE ARAH PEMBENTUKAN AKHLAK MULIA Dalam menghadapi arus kemajuan dan cabaran abad ke-21, keperluan terhadap pembentukan akhlak mulia semakin mendesak memandangkan masalah-masalah sosial timbul selari dengan perkembangan ekonomi dan kepesatan kemajuan dunia. Bermula dari masalah disiplin di peringkat persekolahan seperti ponteng, merokok, penghiduan bahan-bahan inhalan dan penyalahgunaan dadah hinggalah kepada jenayah kolar putih di kalangan golongan yang berpendidikan, seperti skandal pecah amanah, rasuah dan penipuan. Fenomena negatif seumpama ini menjadi suatu kepincangan yang perlu dibendung dari peringkat awal lagi. Dengan demikian, akhlak mulia dalam kehidupan perlu diwujudkan dalam rangka membentuk Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Melayu Islam Beraja yang benar-benar unggul dan maju dalam segenap bidang terutamanya melalui pendidikan dengan mengutamakan kecemerlangan ilmu dan akhlak. Perilaku buruk dan perlakuan jenayah adalah sifat yang lahir dari akhlak tercela. Masalah ini dapat ditangani dengan adanya kesepaduan antara ilmu dan pembentukan akhlak yang mulia dalam diri pelajar-pelajar. Dengan adanya kesepaduan ini maka tujuan hidup akan dapat dicapai dengan sebaik-baiknya, sesuai dengan firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Imran ayat 110 yang berrnaksud: "Kamu adalah umat yang terbaik untuk manusia, menuju kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah". Kegagalan dalarn membentuk masyarakat yang berakhlak mulia samalah seperti mengakibatkan kehancuran pada bumi ini, seperti mana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Rumi ayat 41 yang bermaksud: "Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleb tangan manusia. (Timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak
merosakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)". Dalam hubungan ini, kita seharusnya mengambil iktibar dengan mencontohi asas yang dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ketika mula membina masyarakat Islam selepas peristiwa hijrah, iaitu dengan membentuk Al-Akhlak Al-Karimah atau akhlak yang mulia. Seperti mana yang dijelaskan oleh Baginda: Ertinya: "Sesungguunya Aku diutuskan untuk menyempurnakan Akhlak Yang Mulia". (Riwayat Ahmad dan Al-Hakim). Dan penjelasan Baginda dalam hadis yang lain: Ertinya: "Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada akhlak yang baik". (Riwayat Abu Daud dan Turmuzi). 'Akhlak' berasal dan kata jama' Bahasa Arab 'Akhlaq' dan kata mufradnya ialah 'Khulqu' yang bererti perangai, budi, tabiat dan adab. Akhlak terbahagi kepada dua iaitu Akhlak Yang Mulia atau Akhlak Yang Terpuji (Al-Akhlak Mahmudah) dan Akhlak Yang Buruk atau Akhlak Yang Tercela (Al-Akhlak Mazmumah). Jadi, manusia dengan segala sifat azalinya, yang sering terlupa dan tidak lekang dan dosa, akan memiliki sama ada akhlak mulia atau akhlak tercela. Akhlak yang mulia, mengikut Imam Ghazali ada 4 perkara; iaitu bijaksana, memelihara din dari sesuatu yang tidak baik, keberanian (menundukkan kekuatan hawa nafsu) dan bersifat adil. Jelasnya, ia merangkumi sifat-sifat seperti berbakti pada keluarga dan negara, hidup bermasyarakat dan bersilaturahim, berani mempertahankan maruah agama, sentiasa bersyukur dan berterima kasih, reda dengan kesengsaraan, bercakap benar dan sebagainya. Masyarakat dan bangsa yang memiliki akhlak mulia adalah penggerak ke arah pembinaan tamadun dan kejayaan yang diredai oleh Allah Subhanahu Wataala. Seperti kata pepatah seorang penyair Mesir, Syauqi Bei: "Hanya saja bangsa itu kekal selama berakhlak. Bila akhlaknya telah lenyap, maka lenyap pulalah bangsa itu". Salah satu cara yang terbaik untuk membentuk akhlak mulia ini ialah dengan cara pendidikan "Qudwah Hasanah" atau contoh tauladan yang baik. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan sikap suka membantu serta membimbing dan berperanan sebagai 'role model' kepada pelajar-pelajar. Antara aspek terpenting yang harus diambil perhatian ialah penampilan dan sikap guru itu sendiri terhadap konsep berilmu, beramal dan berakhlak yang sebenar-benarnya. Bagaimanapun, tanggungjawab dalam menjayakan misi "Ke arah Pembentukan Akhlak Mulia" bukanlah terhad kepada para guru sahaja malah melibatkan kerjasama daripada semua pihak terutama para ibu bapa.
TAFSIRAN TEMA HARI GURU KALI KETUJUH 1997 "GURUKU MASA DEPANKU"
Umpama kain putih yang memerlukan pemiharaan untuk menjamin keputihannya, begitulah juga fitrah kanak-kanak perlu dipelihara kemurniannya melalui proses pendidikan yang mantap. Setiap murid mempunyai daya penguasaan dan pembelajaran yang berbeza. Guru haruslah bijak dalam mengambil kira kecerdasan anak-anak didikannya. Seseorang murid yang ditunjuk ajar dengan kaedah yang sesuai dengan kemampuannya akan cerdas belajar sejajar dengan peringkat penguasaannya. Begitulah juga dengan kebijaksanaan menyampaikan isi-isi pengajaran yang menjurus kepada penyuburan nilai-nilai mulia kemanusiaan bagi kepentingan duniawi dan ukhrawi. Untuk ini adalah perlu kaum pendidik sentiasa berusaha meningkatkan kecerdasan mereka seluas-luasnya baik dalam bidang ilmu pengkhususan masingmasing mahupun lain-lain bidang yang berkaitan dengan proses mentarbiah anak-anak didikan. Pendidikan awal akan banyak mempengaruhi masa depan murid. Di peringkat inilah yang paling berkesan untuk membimbing kanak-kanak kerana mereka berada dalam keadaan lembut dan terang hati untuk menerima bimbingan. Sebagai seorang pembimbing seseorang pendidik sayugia berusaha menjadikan dirinya sebagai seorang insan contoh yang berilmu, berhemah tinggi, digalati dan mempunyai integriti kerana tingkah laku dan pembawaannya sentiasa terdedah kepada pengamatan murid-murid yang diajar. Peranan mendidik seharusnya disedari sebagai tanggungjawab bersama. Pendidikan awal bermula di peringkat keluarga, dan selepas waktu persekolahan pelajar-pelajar kembali kepada suasana keluarga. Dan itu adalah mustahak pihak ibu bapa/penjaga khususnya, institusi-institusi sosial, media massa, dan lain-lain agensi secara kumpulan sentiasa peka dengan keperluan menanamkan nilai-nilai pendidikan yang menyumbang kepada kesuburan kelangsungan pendidikan kanak-kanak remaja. Dalam era globalisasi, negara ini turut menerima kesan-kesan kemajuan yang dicapai oleh negara-negara lain. Pengukuhan kemantapan kewibawaan rakyat lebih tercabar disebabkan kesan-kesan negatif yang timbul hasil dan dapatan I kemajuan luaran yang menghakis kemurnian nilai-nilai kemanusiaan yang diredai. Persekitaran yang lebih islamik perlu diwujudkan kerana ianya memberikan pengaruh yang besar kepada kanak-kanak I remaja. Ini perlu untuk menjamin kesinambungan kesejahteraan masa depan kanak-kanak yang dicatat oleh guru-guru mereka.
HURAIAN TEMA HARI GURU 1998 MENDIDIK DENGAN IRINGAN DOA
Mendidik bermaksud menjaga, memelihara, melatih dan mengajar. Orang yang diamanahkan untuk tujuan tersebut di inStituSi-institusi pendidikan formal adalah guru-guru
atau pendidik. Peranan pendidik ialah member atau menyampaikan ilmu; membentuk peribadi dan akhlak; menjadi contoh dan teladan; mengawas: melatih; menilai dan memperbaiki pelajar. Tugas menyampaikan ilmu ba9i para pendidik merupakan tugas dan tanggun9jawab yaflg san9at besar kerana menunaikan amanah Allah seperti maksud hadis ~asulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
'Setiap oran9 dan kamu ada tan99£In9an di bawahnya, dan se flap yan9 ada tan99un9an bePtan99un9jawab terhadap oran~ di bawahnya". Guru sebaga pendidik adalah 'role model' terbaik dalam pembentukan mutu insan mengikut calak 8runei yang berlandaskan falsafah negara Melayu Islam Beraja. 3usteru, sebagai cermin dan pembangun masyarakat, setiap individu guru sewajarnya meningkatkan kecekapan din dengan sahsiah yang terpuji di samping memiliki kesepaduan ilmu dunia dan akhirat. mi adalah kerana semua gerak geri, tutur kata dan tingkah laku guru akan sentiasa menjadi ikutan para pelajar khasnya dan masyarakat sekeliling amnya. bi samping membimbing para pelajar ke arah kecemerlangan akademik dan kehidupan akhirat, guru juga adalah tunjang pembina insan yang berakhlak mulia, mencinta ilmu, prihatin, berdaya saing, bertanggungjawab,
berbudaya, berugama, beriman dan bertakwa sepanjang hayat. Walau apapun bentuk usaha yang dilakukan yang menentukan kejayaan itu sebenarnya adalah Allah 5ubhanahu Wataala. balam hubungan in peranan doa adalah sangat besar. boa adalah ibadah dan merupakan senjata orang mukmin. boa guru untuk pelajar-pelajor adalah sangat utama dalam usaha pembinaan inson. Pendidikan merupakan medan jihad dalam pembentukan manusia. ~erdoo kepada Allah hendaklah dengan sepenuh hat seperti maksud hadis:
"B~ia kamu mohon sesuatu kepada Allah Subhanahu ~ataa/a, maka mohon/ah den9an penuh keyakrnan bahawa doamu akan terkabul Allah tidak akan rflen9abu/kan doa oran~ yan9 ha tin ya /a/ai dan /en~ah". Terdopat bonyak kelebihan doa dan menurut ~asululloh 5allallahu Alaihi Wasallam:"Tidak ada yang' /ebih utarna (mu/ia) di sisi Allah daripada doa". "Sesiapa tidak (pernah) berdoa kepada Allah maka Allah murka kepadanya".
"Sesung'g'uhnya Allah Alaha Pema/u dan ~aha Muran kati. Allah ma/u bila ada hamba-Nya yang' menadahkan tang'an (memohon kepada-Nya) Ia/u dibiarkan koson9 dan kecewa". Apabilo segala usoha yang menggunakon pelbago pendekatan pengojaran yang bersesualan telah dilakukan, maka guru-guru sewajornya bertawakal dan berdoa kepada Allah Subhanohu Wotoalo supaya pendidikan yang diberikan itu mendapat keberkatan don keredaanNya.
TAFSIRAN TEMA HARI GURU TAHUN 1999 "GURU CEMERLANG NEGARA GEMILANG"
Kegemilangan negara bukan hanya disukat don neraca ekonomi seperti per kapita penduduknya atau Pengeluaran Negara Kasar, (GNP) yang tinggi, akan
tetapi ciri-ciri yang lebih menonjol dan 'significant' perlu juga diambil kira. bi antara ciri-ciri negara gemilang ialah ianya mempunyai tamadun dan kebudayaon yang tinggi; ekonomi yang stabil; kemakmuran yang berkat; pusat ilmu yang cemerlang; rakyat yang berdisipi in, berilmu, bersatu padu dan tahan menghadapi cabaran; negaro yang oman sejahtera serta sentiasa membuat kebajikan dengan petunjuk Allah. Untuk mencapa kegemilangan sesebuah negara memerlukan kepada kesungguhan dan ketekunan yang tinggi. Sebuah negara tidak akan dapat mencapai kegemilangan tanpa rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tinggi bagi memangkin dan menggerakmajukannya. 5ejarah telah membuktikan bahawa kegemilangan sesebuah negara bergantung kepada kecemerlangan rakyatnya. ~agi mewujudkan kegemilangan tersebut, orang yang paling berperanan besar untuk mendidik rakyat menjadi cemerlang ialah guru. Seorang guru akan dapat membentuk peribadi insan yang sempurna sekiranya dia mengambil contoh tauladan dan metode dan cara penyampaian ilmu oleh Rasul"llah Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Penyampaian ilmu pengetahuan melalui hikmat kebijaksanaan dan contoh tauladan melalui keperibadian telah menjadikan Nabi
5allallahu 'Alaihi Wasallam sebagai seorang Rasul, pemimpin negara, ketua keluarga dan guru yang cemerlang dalam kehidupan. Oleh sebab itu, baginda telah dapat mewujudkan suasana yang stabil dan kukuh bukan sahaja dalam rumahtangga bahkan juga agama dan negara. Rahsia kecemerlangan tersebut banyak dipancarkan melalui kewibawaan peribodi dan akhlak baginda dalam segenap lapangan. Walaupun bukan mudah untuk mencapa kegemilangan kerana perjuangan baginda penuh dengan rintangan, tapi akhirnya baginda telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa baginda mampu memimpin umat Islam, yang kesannya tidak akan hilang hingga akhir zaman. Untuk menjadi guru yang cemerlang seseorang itu hendaklah berilmu tinggi, sentiasa mencari jalan menambah ilmu dan kemahirannya untuk meningkatkan kecekapan dalam pengajarannya. Ciri-ciri kecemerlangan itu juga menuntut seseorang itu peka akan kemajuan sains, teknologi dan perkembangan dalam bidang pengkhususannya supaya dapat dimanfaatkannya dalam proses pengajarannya. Walau bagaimanapun kecemerlangan bukan hanya disukat dan segi keilmuan dan kemahiran seseorang tetapi meliputi aspek-aspek keperibadian yang mulia dan suci di sisi Allah Subhanahu Watoala seperti berakhlak
mulia, jujur, ikhlas, amanah, bertimbang rosa dan dedikasi dalam perkhidmatannya kepada bangsa dan negara. balam pada itu sumbangan para pendidik yang terdahulu adalah 0505 yang penting dalam pencapaian kecemerlangan negara masa kini dan masa hadapan. 5emangat perjuangan dan pengorbanan mereka barang setentunya menjadi sumber inspirasi yang berterusan kepada para pendidik menuju ke arah kecemerlangan. Antara lain ganjaran yang diperolehi oleh seorang guru ialah sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, bermaksud "5esiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu, maka ia mendapat pahala orang yang mengamalkan ilmu tersebut, pahalanya tidak kurang sedikitpun dan pahala orang tersebut." boom hadis yang lain riwoyat al-Imam at-Tirmizi, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya Allah dan seluruh malaikat-Nya serta penghuni langit dan bumi, sehingga semut yang ada di dalam liangnya dan ikan yu, semuanya memohon kerahmatan ke atas orang yang mengojarkan kebaikan kepada