Teks Mc Hari Guru

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teks Mc Hari Guru as PDF for free.

More details

  • Words: 576
  • Pages: 3
Petang yang indah penuh ceria Hari yang berbahagia penuh bermakna Bersama kita di majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Skau Keramat Bagi sesi petang. BismilLahir Rahmanir Rahim Assalamu `Alaikum W.B.T. Yang Berusaha Pn Noriah bt Razak, Guru Besar SK AU Keramat Yang Dihormati ,En. Rosman B Md Daim, Guru Penyelia Petang SK AU Keramat Seterusnya Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian. Bersyukur kita pada petang yang indah penuh ceria dihari yang berbahagia penuh bermakna ini dapat kita bersama di majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Skau Keramat bagi sesi petang Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ust Razif bin ___________ Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ust Razif atas bacaan doa itu tadi. Jasamu dikenang Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang

Kepimpinanmu gemilang Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan pengorbanan yang dilakukan oleh paga guru skau keramat dalam dunia pendidikan. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Bagi meneruskan majlis, sekarang dipersilakan ___________________________ untuk membacakan perutusan daripada _________________________ sempana hari guru pada tahun ini . Seterusnya dijemput _________________ untuk membacakan perutusan daripada ___________________________. Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Pn Noriah Razak Untuk itu di persilakan Pn Guru Besar naik ke pentas untuk memberi sedikit ucapan. Terima kasih diucapkan kepada Pn Noriah atas ucapan itu tadi. Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan kepada yang En Rosman Md Daim untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada En Rosman Md Daim atas ucapan itu tadi. Sudah teradat pahlawan negeri Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat Bagi menunjukkan semangat dan kesungguhan para guru diminta semua guru naik ke pentas untuk menyanyikan lagu Hari Guru. Begitu bersemangat guru-guru kita menyanyikan lagu itu tadi Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan daripada ………………………………………….. Itulah sebentar ____________________________yang telah menampilkan sebuah pesembahan yang cukup istimewa.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenangkenangan buat insan yang bergelar guru. Untuk itu dipersilakan semua guru menerima cenderamata sempana hari guru daripada para pengawas. Seterusnya majlis mempersilakan Murid-murid untuk menyampaikan hadiah dan cederamata jika ada kepada guru-guru mereka Kita akan mulakan dengan kelas. Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Terima kasih kepada semua yang menyampai cenderamata sebentar tadi. Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi tuan jadi kenangan Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini. Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Related Documents

Teks Mc Hari Guru
May 2020 20
Mc Hari Guru 2017.docx
November 2019 27
Mc Hari Guru(2).docx
May 2020 17
Hari Guru
May 2020 24
Teks Mc Merdeka.docx
December 2019 32