MASYARAKAT ISLAM DI NUSANTARA FATIN HAFIZAH BINTI MOHAMMAD SUKRI 900126-14-5752
PENGENALAN • Sebelum kedatangan Islam di Nusantara, masyarakat di sini dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. • Kepercayaan mereka diselaputi oleh unsur-unsur Hindu-Buddha. • Selepas kedatangan agama Islam, masyarakat di sini masih tidak dapat meninggalkan amalan awal mereka. • Walaupun mereka telah menganuti agama Islam, tetapi masih terdapat amalan seharian mereka yang membawa unsur Hindu-Buddha.
MASYARAKAT ISLAM MELAKA • Terdiri daripada penduduk pribumi, Cina, India, Parsi dan sebagainya. • Orang Melayu menjadi teras pembentukan Kerajaan Melaka memainkan peranan penting dalam politik, ekonomi dan sosial. • Sebanyak 84 bahasa dipertuturkan tetapi Bahasa Melayu sahaja menjadi bahasa lingua franca.
*PENGELASAN MASYARAKAT • Akibat kemunculan beberapa institusi pentadbiran dan kebudayaan. • Tujuan: mengawal dan menjaga nilai, norma dan sistem masyarakat yang sedia ada. • Kelas pemerintah: • (1) Raja • - Khalifatullah fi al-ard (Khalifah Allah di dunia), memakai gelaran Sultan atau Yang Dipertuan, Menduduki hierarki pentadbiran yang tertinggi, baginda mempunyai daulat bergantung kepada kekuatan rohaniyah dan jasmaniyah; (2) Pembesar - terdiri daripada bangsawan, bergelar menteri, orang kaya dan Dato'. • Kelas diperintah: Rakyat dan hamba. • Di antara kedua-dua kelas ini ada alim ulama dan saudagar/pedagang.
*Hukuman • Setiap golongn itu adalah berbeza. • Jelas dilihat dalam Hukum Kanun Melaka atau Undang-undang Melaka. • Undang-undang untuk hamba berbeza dengan undangundang untuk golongan merdeka.
*Demografi Penduduk • Raja dan kerabatnya - di atas bukit - kawasan yang strategik dari segi keselamatan dan pertahanan. • Pembesar - lereng bukit mengikut kumpulan. • Rakyat - kaki bukit. • Orang laut - tepi pantai atau
*Sistem Masyarakat • Berasaskan konsep kesedaran kelas - terbentuk undang-undang Temenggung. • Mengikut undang-undang ini, semakin tinggi taraf dan status sosial, semakin luas bidang kuasa dan boleh juga terlepas dari hukuman. • Perbezaan status dapat dilihat pada protokol istana. • Sebagai contoh, dalam istana menjunjung duli, menteri dan pembesar didahulukan, kemudian bentara, sida-sida dan seterusnya. • Penggunaan bahasa seperti beta, santap oleh raja; patik, tuanku oleh pembesar dan rakyat. • Berasaskan sistem ini, wujud lagi konsep daulat dan derhaka. • Konsep daulta (sovereignty) - kuasa halus yang hanya dimiliki oleh raja dan kata-kata raja menjadi undangundang tanpa banyak budi bicara. • Konsep derhaka - sebarang tentangan terhadap raja dianggap derhaka dan akan menerima padah seperti hukuman bunuh. • Kedudukan sosial juga mempengaruhi bentuk hukuman yang diterimanya - semakin tinggi kedudukannya, semakin besar peluangnya terlepas daripada hukuman; semakin rendah kedudukannya, hukumannya lebih berat.
*Adat-istiadat dan Peraturan • Bercanggah dengan ajaran Islam. • Dalam Islam, perbezaan darjat disebabkan oleh ketakwaan dan amal salihnya dan bukannya keturunan. • Walau bagaimanapun, masih terdapat adat yang selaras dengan ajaran Islam. Sebagai contoh, hukuman rejam kerana berzina, potong tangan kerana mencuri. • Adat-istiadat yang berunsur Islam juga dipraktiskan, contohnya menyambut bulan Ramadan, Hari Raya Puasa dan sebagainya.
Masyarakat Islam di Filipina • Masyarakat Islam di Filipina biasanya dikenali sebagai masyarakat Moro. • Kedatangan Islam ke Filipina bermula dari Sulu. • (abad ke-13, Tuan Mashaika dan Tuan Maqbalu; 1380 - Karim al Makhdum; abad ke-15, Raja Baguinda; Kesultanan Sulu didirikan raja pertama: Sayyid Abu Bakar; Apabila Raja Baguinda mangkat, Abu Bakar mengangkat dirinya menjadi Sultan Sulu; dari sini, Islam tersebar ke Maguindanao (Mindanao) pada 1460 M hasil dakwahan Sharif Awliya dan Sharif Maraja. • 1515 M, Sharif Muhammad Kabungsuan (Arab dari Johor) berkahwin dengan Tonina, Puteri Cotabato - bermulanya sejarah kesultanan Islam di Filipina. • Islam tersebar ke Manila - kerajaan Islam Manila ditubuhkan. • Kerajaan ini tidak bertahan lama disebabkan oleh serangan Sepanyol - kerajaan ini runtuh. • Dengan itu, pendudukan Islam di Pulau Luzon tamat. • Kemudian, Sepanyol sampai ke Manila pada 1566 M dan serangan dibuat ke atas Mindanao. • Sejak itu, peperangan sering berlaku antara orang Islam dan Sepanyol.
Masyarakat Islam di Pattani • Islam sampai ke Pattani pada abad ke-10 atau 11 M. • Selapas 300 tahun, barulah golongan bangsawan memeluk Islam. • 1457 M, Raja Pattani memeluk Islam - gelaran Sultan Ismail Syah - sejak itu, agama Islam tersebar luas. • Pattani yang dimaksudkan termasuk Naratiwath, Yala dan sebahagian Songkhla namanya diambil daripada nama Pak Tani. • Masyarkat Islam Pattani bertutur dalam Bahasa Melayu.
Masyarakat Islam di Jawa • Tarikh kedatangan Islam ke Jawa tidak dapat ditentukan. • Pihak sejarahwan Indonesia percaya bahawa Islam datang ke Jawa melalui pedagang-pedagang mereka berasimilasi dengan penduduk tempatan dan mengembangkan agama ini melalui perkahwinan. • Dipercayai juga agama Islam sampai ke Indonesia di bawa oleh Maulana Malik Ibrahim. • Beliau datang ke Jawa pada 1416 M. • Beliau merupakan salah seorang Wali Songo atau Wali Sembilan. • Wali Songo ini mempunyai kebolehan luar biasa dan kesaktian yang tiada tandingan. • Wali Songo ini telah diangkat sebagai ketua dalam segala hal yang berkaitan dengan Islam. • Pada zaman Wali Songo, unsur Islam hanya diserap masuk dalam wayang kulit, gamelan dan sebagainya.