Masyarakat Hari Ini Perlu Mempunyai Kemahiran Literasi Maklumat Untuk Melalui Arus Perubahan Globalisasi Dan Kemajuan Teknologi Maklumat.docx

  • Uploaded by: NORLZA
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Masyarakat Hari Ini Perlu Mempunyai Kemahiran Literasi Maklumat Untuk Melalui Arus Perubahan Globalisasi Dan Kemajuan Teknologi Maklumat.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 383
  • Pages: 2
Masyarakat hari ini perlu mempunyai kemahiran literasi maklumat untuk melalui arus perubahan globalisasi dan kemajuan teknologi maklumat. Program Literasi Maklumat yang terancang mampu menjadi pemangkin kepada perubahan dalam masyarakat bermaklumat pada hari ini. Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta menggunakan maklumat tersebut secara aktif. la juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif. Doyle (1992) mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai satu kebolehan untuk mengekses, menilai dan mengunakan maklumat dari pelbagai sumber. Bahagian Teknologi Pendidikan (2002) pula mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai "keupayaan untuk mengkakses dan menilai maklumat bagi membuat pemilihan dan menyelesaikan permasalahan secara efektif. "

Teknologi maklumat (IT) telah mengubah cara kita bekerja (aspek ekonomi), berkomunikasi (aspek sosial), dan berfikir (aspek psikologi). Walaupun Malaysia masih belum mencapai status masyarakat maklumat, kita sudah merasai bahang dan gelora Zaman Maklumat. Kita tidak dapat menguasai teknologi dengan hanya menekan butang komputer. Kita perlu mempunyai kemahiran mengakses maklumat. Hanya dengan adanya literasi komputer dan literasi maklumat yang tinggi, barulah kita dapat bekerja, dalam persekitaran maya, yang dirangkaikan menjadi pangkalan data sejagat. Literasi maklumat atau celik maklumat adalah kemahiran melakukan perkara-perkara seperti mengenal pasti dan mencari sumber maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai. Selepas itu, kita perlulah menilai kualiti dan menyusun maklumat dengan betul serta dapat menggunakan maklumat itu dengan efektif.

Orang yang berliterasi maklumat merupakan orang yang celik maklumat di mana mereka dapat menguasai semua kemahiran yang diperlukan. Mereka sering dijadikan bahan rujukan oleh semua orang kerana mereka boleh didibaratkan sebagai ”kamus bergerak”. Terdapat 7 ciri – ciri yang dapat dinyatakan. Antaranya ialah mereka mengakses maklumat secara berkesan dan efisien, mereka dapat menilai maklumat secara kritis dan cekap , mereka dapat menggunakan maklumat secara betul dan bersesuaian dengan apa yang dikehendaki, mereka sering berusaha mendapatkan maklumat berhubung pelbagai aspek kehidupan yang berkait rapat dengan mereka, mereka juga menghargai bahan – bahan sastera yang kreatif,

mereka berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan maklumat dan penjanaan ilmu, mengamalkan tingkah laku dan etika yang baik berhubung maklumat dan IT, dan mereka suka mengambil bahagian dalam kumpulan untuk menjadi pencari maklumat yang baik. Selain itu, orang yang berliterasi maklumat mampu untuk bersaing dengan ledakan maklumat pada zaman serba teknologi menuju wawasan 2020 kelak.

Related Documents


More Documents from ""