FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI IJAZAH BAHASA INGGERIS (BEN) BKE3013: MEDIA, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT TUGASAN 1
PENSYARAH: PUAN AZIYAH BT ABU BAKAR
DISEDIAKAN OLEH: NOR SHAMIMI BINTI YUSOFF 024505 TARIKH HANTAR: 29 JULAI 2009
1
Pada masa kini terdapat banyak media dan teknologi komunikasi yang digunakan samada di rumah atau di kampus.
Anda diminta untuk menyenaraikan semua media dan
teknologi komunikasi (hadkan kepada peralatan dan perkakasan) yang terdapat di rumah atau di kampus tempat anda belajar. Dari senarai ini, pilih dua media atau teknologi yang paling banyak anda gunakan dan nyatakan perkara-perkara berikut: 1. Kenapa anda banyak menggunakan media dan teknologi komunikasi berkenaan? 2. Untuk tujuan apa anda menggunakannya? 3. Apakah kelebihan dan limitasi media atau teknologi berkenaan?
2
Pengenalan Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis media dan teknologi komunikasi yang telah dicipta untuk kemudahan manusia. Umumnya, ia adalah untuk menjimatkan masa, wang dan tenaga. Terdapat tiga kategori media iaitu media cetak, media elektronik dan multimedia interaktif yang terdiri daripada teknologi lama dan teknologi baru. Teknologi Baru menurut Evernett M.Rogers (1991) ialah teknologi berasaskan elektronik. Manakala menurut Sandman dan rakan-rakan (1976), takrifan media komunikasi sebagai saluran perkataan yang dituturkan, perkataan yang dicetak atau apa-apa sahaja. Mereka juga menyatakan bahawa media sering dirujuk kepada saluran dan sumber dan ada kalanya kepada mesej.
Pada tahun 1990, Inglis berpendapat bahawa media merupakan apa-apa saluran komunikasi yang membawa atau menjadi perantaraan mesej. Berikutan daripada takrifan para pakar bidang terbabit, Musa (2002) pula berpendapat bahawa, media komunikasi itu merupakan alat, bahan dan produk
yang mengandungi mesej, maklumat atau ilmu
pengetahuan yang diterbitkan atau dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan komunikasi.
Saya bersetuju dengan takrifan yang dikeluarkan oleh Musa (2002) berikutan, media merupakan penyampai maklumat kepada penerima. Ia tidak semestinya bahan atau alat yang berteknologi tinggi sahaja seperti komputer. Ia boleh jadi majalah, akhbar, 3
atau barang-barang seperti cawan, pen dan sebagainya yang mengandungi maklumat seperti logo dari organisasi tertentu.
Media dan Teknologi Komunikasi di Rumah dan Kampus Sebagai seorang mahasiswa, saya banyak meluangkan masa di dua tempat iaitu rumah dan kampus, ia sangat bertepatan dengan tajuk yang diberikan. Di rumah, terdapat bahan yang boleh dikategorikan sebagai media dan teknologi. Antaranya adalah, telefon, telefon bimbit, komputer riba, televisyen, internet, radio, akhbar, majalah, potret, kelendar, buku rujukan, printer, surat, diari, buku latihan, dan lain-lain. Manakala untuk kemudahan di kampus, saya banyak menggunakan telefon bimbit, buku rujukan dan latihan, LCD projektor, slid projektor, layar putih, papan putih, komputer riba, radio, mesin faks, kamera litar tertutup, carta organisasi, internet dan sebagainya. Dua Media atau Teknologi yang Banyak Digunakan Telefon bimbit dan televisyen merupakan media yang paling banyak digunakan memandangkan situasi saya yang berulang-alik dari rumah ke kampus. Banyak faktor yang menyumbang kepada penggunaan kedua-dua media tersebut. Sebab-Sebab Banyak Mengguna Media dan Teknologi Komunikasi Berkenaan Zaman yang serba moden ini, menuntut saya sebagai pelajar untuk sentiasa mengikuti arus perubahan. Perubahan di sini bukan bermaksud mengubah sesuatu secara mendadak tanpa faedah. Contohnnya adalah seperti penggunaan telefon bimbit untuk menghubungi rakan sekelas, pensyarah dan sebagainya tanpa perlu menggunakan telefon 4
awam. Manakala televisyen pula, maklumat disampaikan secara pantas dan menarik mengikut peredaran zaman. Bahan-bahan yang disiarkan merupakan keperluan secara langsung dan tidak langsung kepada penonton. Contohnya, iklan wabak penyakit, berita serta drama atau cerita yang memberi pengajaran kepada penonton.
Selain itu, masa yang semakin padat memerlukan saya untuk menjimatkan waktu yang ada tanpa perlu bergegas ke sana ke mari untuk membuat panggilan. Apabila bergerak dari sesuatu tempat ke tempat yang lain juga kadangkala telefon biasa tidak dapat memenuhi kehendak pada masa tersebut.
Rekabentuk serta teknologi terkini juga merupakan sebab utama saya memiliki televisyen dan telefon bimbit. Ini berikutan kesedaran tentang fungsi yang terdapat pada media tersebut yang memberi banyak input dan output kepada saya.
Tujuan Menggunakan Media Terdapat pelbagai tujuan yang menyokong kepada penggunaan kedua-dua media terbabit. Berikut merupakan tujuan yang dirasakan bersesuaian untuk dipaparkan dalam kerja kursus ini. a) Apabila menyentuh tentang penggunaan televisyen, maklumat yang
disampaikan merupakan antara input penting kepada pelajar seperti saya. 5
Setiap maklumat yang disampaikan seperti berita, dokumentari dan pelbagai slot yang dikategorikan ilmiah mampu mengasah minda ke arah penguasaan ilmu pengetahuan. b) Selain dari bahan ilmiah, media juga menyumbang ke arah penyebaran
budaya atau gaya masa kini. Melalui media, saya dapat melihat dengan lebih jelas, dekat dan cepat bagaimana pihak tertentu mempengaruhi penonton melalui pemaparan sesuatu slot seperti iklan KFC, Coca-Cola, Pepsi dan sebagainya. c) Telefon bimbit digunakan oleh saya untuk berhubung dengan seseorang
dengan lebih cepat. Penggunaannya yang mudah dan ringkas membantu perjalanan sesuatu kerja dengan lebih lancar. d) Faktor seterusnya adalah hiburan, ini kerana sebagai seorang pelajar. Saya
tidak seharusnya membebani diri dengan tugasan atau kerja sepanjang masa. Hiburan bukan bertujuan untuk menghanyutkan diri dalam perkara yang tidak berfaedah, tetapi bertujuan merehatkan minda seketika.
Kelebihan Menggunakan Media
6
Setiap sesuatu benda yang dicipta mempunyai kelebihan dan fungsinya tersendiri. Dalam bahagian ini, saya telah senaraikan kelebihan media yang kebanyakannya saya gunakan seharian iaitu televisyen dan telefon bimbit: a. Agen penyebar maklumat -
Telefon bimbit bukan sahaja alat untuk berkomunikasi malah ia juga mempunyai fungsi untuk mengakses internet.
Pelbagai maklumat
yang boleh dicapai melalui laman sesawang yang disediakan di dalam internet.
Bukan sahaja internet, kecanggihan telefon bimbit yang
berfungsi sebagai televisyen juga banyak terdapat di pasaran. Tetapi, saya sangat jarang menggunakannya kerana kos yang membebankan. b. Teman -
Terdapat juga pemainan muzik, video, serta mainan, pada telefon bimbit saya.
Setelah dibebani dengan pelbagai tugas dan
tanggungjawab, kemudahan tersebut boleh dijadikan sebagai bahan untuk melepaskan atau mengurangkan tekanan. Bukan itu saja, media tersebut boleh dijadikan teman untuk melayan emosi saya. c. Agen penyebar sosiolisasi -
Rancangan atau slot yang disediakan berunsurkan gaya masa kini ataupun budaya yang menjadi ikutan ramai.
Pendedahan tentang
masyarakat luar semakin mudah didedahkan dan boleh dijadikan teladan kepada saya. 7
d. Siaran Langsung -
Dapat mengikuti siaran secara langsung dari rumah, kampus atau mana-mana saja tanpa perlu ke tempat acara tersebut.
e. Pengetahuan Am -
Rancangan
berbentuk
ilmiah
seperti
dokumentari,
rancangan
pendidikan khas dari kementerian pendidikan dan animasi yang berunsur pendidikan juga banyak disiarkan. Ini perubahan yang bagus kerana sewaktu saya sekolah rendah sahaja terdapat banyak slot ilmiah, selepas itu sangat sedikit.
Sekarang apabila saya bergelar
mahasiswa, barulah slot ilmiah diterbitkan kembali.
Limitasi Media Sesuatu media atau teknologi yang dicipta pasti mempunyai had atau tahapnya. Sudah menjadi lumrah kehidupan, perkakasan yang dicipta pasti akan rosak dan ketinggalan zaman.
Berikut merupakan limitasi televisyen dan telefon bimbit
berdasarkan dari pemerhatian dan juga pengalaman yang telah saya alami.
Alatan seperti televisyen, dan telefon bimbit, ia memerlukan tenaga elektrik untuk menghidupkannya. Tanpa bekalan elektrik, televisyen tidak dapat dipasang. Manakala telefon bimbit tidak dapat dicas bateri dan ia tidak dapat digunakan. 8
Penyalahgunaan televisyen seperti terlampau lama menontonnya atau terlalu dekat jarak menonton akan memudaratkan kesihatan terutamanya kepada mata. Begitu juga dengan penggunaan telefon bimbit, kekerapan menggunakannya turut menjejaskan penyakit seperti penyakit barah kesan dari gelombang yang terhasil. Pembaziran dari segi menambah kredit untuk menggunakan telefon bimbit.
Rancangan televisyen dikuasai oleh pihak penyiaran yang mementingkan keuntungan dari sudut ekonomi tanpa mementingkan kesan kepada masyarakat. Musa (2002), menyatakan bahawa, media dapat mempercepatkan process kedewasaan kanakkanak. Pada fahaman saya, dasar globalisasi yang terlalu luas telah menyebabkan kanakkanak didedahkan dengan pelbagai unsur yang tidak sihat seperti rancangan televisyen yang ganas dan melampau.
Antara contohnya adalah, rancangan gusti, dan juga
rancangan berunsurkan khayalan seorang hero.
Ia turut berlaku pada diri saya
terutamanya sewaktu zaman kanak-kanak yang suka mengikut aksi seperti gusti dan sebagainya.
Budaya
yang
dipaparkan
oleh
stesen
televisyen
di
Malaysia
tidak
menggambarkan cara hidup, adat serta tatasusila masyarakat majmuk Malaysia. Pengaruhnya terhadap budaya kuning semakin banyak menular di setiap stesen televisyen, tidak kiralah swasta ataupun kerajaaan. Contohnya, 8TV yang memaparkan 9
sebuah rancangan yang bertajuk “GHOST”. Bagi saya, ia sebuah drama yang sangat menarik, malangnya kurang diterapkan unsur budaya sebenar masyarakat di Malaysia.
Kelemahan media adalah kepantasan penciptaan perkakasan terbaru. Ia dapat dilihat dengan munculnya telefon bimbit yang berteknologi tinggi. Begitu juga dengan televisyen. Ia menyebabkan saya sentiasa merancang untuk mendapatkan model terkini. Persaingan antara syarikat yang mengeluarkan produk tersebut boleh bertukar kepada negatif terutama kepada saya kerana pengaruh syarikat-syarikat terbabit akan memberi kesan dalam sikap yang bersifat kebendaan atau materialistik.
RUJUKAN Rogers, M. E. (1991). Teknologi Komunikasi Media Baru Dalam Masyarakat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Inglis, F. (1990). Media Theory:An Introduction. Cambridge, MA: Basil Blackwell. Sandman, P.M., D.M Rubin, & D. B Sachman,. (1976). Media: An Introductry Analysis of American Mass Communication 2nd ed. Englewood Cliff, NJ:Prentice-Hall. 10
Musa Abu Hassan. (2002). Peranan & Penggunaan ICT di Kalangan Masyarakat. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Musa Abu Hassan. (2008). Memanfaatkan Teknologi Maklumat & Komunikasi ICT untuk semua. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
11