Agama Islam Adalah Agama Yang Diwahyukan Oleh Tuhan.docx

  • Uploaded by: NORLZA
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Agama Islam Adalah Agama Yang Diwahyukan Oleh Tuhan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 300
  • Pages: 1
Agama islam adalah agama yang diwahyukan oleh Tuhan (Allah) kepada Nabi Adam a.s sehingga

Nabi Muhammad SAW. Perkataan Islam berasal daripada bahasa Arab iaitu “salam” yang bererti ‘manusia menyerahkan diri kepada Tuhan, maka mereka akan dibalas dengan keamanan dan kesejahteraan. Dengan itu, orang islam mengucapkan Assalamualaikum yang bererti sejahtera ke atas kamu (peace be upon you),apabila bertemu sesama mereka. Oleh kerana Islam menjadi anutan majoriti penduduk di Malaysia, nilai yang ditonjolkan tentulah dikaitkan dengan pegangan agamanya. Bagi penganut agama Islam, nilai yang mereka pegang berpandukan kepada ajaran dan panduan yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran dan Sunnah Rasul SAW. Agama Islam melarang penghinaan terhadap agama lain tanpa mengira sebarang pendekatan termasuklah secara lisan ataupun tindakan. Islam menentang kekerasan dan tindakan-tindakan keganasan. Sebaliknya, islam menganjurkan persaudaraan dan hubungan mesra bukan sahaja di kalangan penganut Islam, bahkan juga di kalangan bukan Islam.(Al-Quran: Surah Al-Hujurat: 49:13)Dalam konteks amalan hidup pula, Islam menganjurkan nilai-nilai murni seoerti keselamatan(safety), keadilan sosial(social justice),keamanan(peace),keserdehanaan(moderation),permuafakatan(cooperation)dan berserah kepada Tuhan(submission to God) sebagai satu cara hidup(ad-din). Kehidupan Nabi Muhammad SAW selalu dijadikan contoh moral, dibukukan dalam bentuk cerita untuk diajar kepada anak-anak umat Islam sejak kecil lagi.

Setiap agama utama di dunia memiliki wakil yang kukuh di Malaysia, penyokong utama setiap agama memberikan gambaran yang besar terhadap cirri-ciri setiap populasi yang pelbagai etnik. Kepelbagaian agama di Malaysia adalah pantulan terus daripada kepelbagaian bangsa yang tinggal di sini. Sungguhpun Islam adalah agama rasmi Malaysia, kebebasan agama lain adalah terjamin. Hampir semua kaum Melayu beragama Islam. Kaum Cina menerima agama ciptaan seperti Taoism (kepercayaan akan pengajaran Lao-Tze), Buddha dan pemujaan nenek moyang mereka, sungguhpun ada juga yang beragama Kristian. Walaupun agama Kristian tidak memberi impak yang besar kepada Semenanjung Malaysia, kesannya adalah lebih besar ke atas Malaysia timur, di mana kaum asli memeluk agama Kristian walaupun yang lain masih mengikuti kepercayaan tradisi mereka.

Related Documents


More Documents from "MOCH FATKOER ROHMAN"