Teknologi Maklumat

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teknologi Maklumat as PDF for free.

More details

  • Words: 2,402
  • Pages: 12
Teknologi Maklumat (Information Technology) Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ia merupakan satu tajuk yang sangat luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat menggunakan komputer digital dan perisian komputer untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Komponen Teknologi Maklumat Teknologi Maklumat boleh dipecah kepada komponen atau bahagian untuk memudahkan kajian dalam bidang ini. Komponen tersebut adalah Teknologi, Organisasi dan Pengguna. Ia boleh digambarkan seperti berikut:

Teknologi Teknologi merujuk kepada Perkakasan, Perisian dan Sistem Telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.

Perkakasan komputer seperti unit pemproses pusat (CPU), ingatan (RAM), cakera keras (HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan sebagainya amat penting dalam proses kemasukan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat. Perisian komputer seperti sistem operasi (OS) yang popular termasuk Linux, UNIX, Mac OS dan Windows dan aplikasi produktiviti pejabat seperti OpenOffice atau Microsoft Office serta perisian Internet seperti pelucur web (Mozilla, Netscape Navigator, Safari dan Internet Explorer) memainkan peranan besar dalam teknologi maklumat. Ini kerana ia merupakan perisian yang paling banyak digunakan oleh pengguna komputer setiap hari. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengkelasannya sila rujuk tajuk Perisian. Dari segi komersial dan pembangunan sistem, perisian komputer boleh dibahagian kepada dua iaitu: •



Perisian Bebas / Sumber Terbuka - Secara amnya, boleh didapati secara PERCUMA atau dibeli berserta kod sumber seperti Linux, FreeBSD, dan OpenOffice. Perisian Komersial / Sumber Tertutup - Secara amnya, lesen menggunakan perisian perlu dibeli manakala kod sumber tidak diberikan seperti Microsoft Windows dan Miscrosoft Office. Namun begitu , untuk mengimbang kebangkitan penggunaan perisian sumber terbuka, syarikat Microsoft telah melancarkan kempen yang dipanggil kongsi sumber (share source). Dengan konsep ini, pengguna komersial dan pihak kerajaan boleh 'melihat' kod sumber perisian Miscrosoft. Namun begitu, pengguna tidak dibenarkan untuk mengguna, menyunting atau mengubah kod sumber tersebut. Pengguna juga perlu menandatangani satu perjanjian untuk membolehkan mereka melihat kod sumber tersebut.

Sistem Telekomunikasi merupakan komponen yang amat penting selepas perkakasan dan perisian. Ia merupakan rangkaian dan jambatan yang menyambungkan semua sistem komputer dan sistem telekomunikasi di seluruh dunia seperti Internet, satelit, dan sistem telefon. Ia merupakan kombinasi beberapa teknologi seperti: • • •

Protokol / Senibina Telekomunikasi - TCP/IP, OSI dan SNA, dsb Teknologi Telekomunikasi/ Rangkaian - ATM, X.25, Frame Relay, 3G, SMS, MMS, Bluetooth, dsb Teknologi Media Penghantaran - Wayar tembaga, Gentian Optik, Gelombang Mikro, Radio dan Satelit

Organisasi Merupakan tempat dimana teknologi maklumat digunakan, ia mempengaruhi pengurusan dan pemprosesan maklumat tersebut. Ia mungkin boleh dilihat dari sudut pentadbiran organisasi yang membahagikan organisasi kepada tiga bahagian iaitu peringkat operasi, taktikal dan strategik dimana setiap peringkat memerlukan sistem yang berbeza seperti rajah dibawah.

Pengguna Merupakan pengguna teknologi maklumat yang boleh dipecahkan kepada pengguna yang mengguna dan pengguna yang mentadbir maklumat tersebut. Pengguna teknologi maklumat: Pengguna sistem yang tidak mentadbir sistem tersebut seperti kerani, jururuwang, pengurus, dsb Pentadbir teknologi maklumat: Juruteknik komputer, pengurus teknologi maklumat, juru analisa sistem , pengaturcara program , dsb

Sejarah perkembangan komputer

Dari Wikipedia, ensaiklopedia bebas Komputer telah berkembang dari satu peralatan mekanikal berubah kepada menggunakan tiub vakum, kepada litar eletronik dalam tempoh masa yang singkat. Alat kiraan terawal Manusia telah lama menggunakan alat untuk membantu kiraan. Antara contoh terawal ialah dacing, yang membolehkan berat sesuatu benda dibandingkan. Manakala sempoa (abacus) merupakan alat pertama yang digunakan untuk mengira. Kalkulator mekanikal pertama Sejarah Komputer peribadi ialah mikrokomputer yang berharga rendah. Pada asalnya direkabentuk supaya ia hanya boleh diguna oleh seorang pada satu masa, dan juga bersesuaian dengan IBM PC (IBM PC compatible) Nadi utama bagi Mikrokomputer ialah Unit Pemproses Pusat mikropemproses (microprocesor CPU). Mikropemproses yang pertama ialah Intel4004 yang dikeluarkan pada 15 November 1971. Generasi pertama mikrokomputer yang mula dikeluarkan pada tahun 70an. Namun begitu, ia berprestasi lebih rendah, dan kurang upaya berbanding dengan Komputer perniagaan (Business Computer) pada waktu itu. Ianya hanya diguna oleh peminat komputer, atau hanya untuk permainan elektronik. Mikrokomputer menjadi alat perniagaan apabila program spreadsheet VisiCalc dilancarkan untuk mesin Apple II, dan seterusnya untuk IBM PC. Pada sekitar tahun 1980an, harga komputer peribadi yang rendah menjadi sebab utama kepopularannya untuk kegunaan di rumah serta perniagaan. Pada tahun 1982, majalah Times memberikan "Komputer Peribadi" gelaran "Man of the Year". Menjelang tahun 1990an, kuasa prestasi Komputer Peribadi meningkat secara drastik, sehingga ianya hampir menyamai kuasa komputer multi-user (ramai pengguna), seperti Mainframe. Pada hari ini, komputer tahap tinggi (higher-end computer) lebih kerap membezakan dengan komputer peribadi dari segi kestabilan serta kuasa multitasking yang lebih baik, daripada hanya bergantung semata-mata pada kuasa CPU

Perkakasan komputer • •

• • • • • • • •

Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer yang lengkap. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti (device). Istilah perkakasan atau peranti merujuk kepada keseluruhan peralatan fizikal pada sebuah komputer, dan perisian (software) menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja komputer. Kadangkala perbezaan perkakasan (hardware) dengan perisian agak kabur, terutama apabila merujuk kepada firmware. Firmware ialah perisian yang dipasang ke dalam perkakasan (hardware). Komputer Peribadi yang tipikal mengandungi komponen perkakasan seperti berikut: Papan Induk (Motherboard) yang memegang CPU, Memori utama dan komponen lain. Ianya mengandungi slot-slot untuk Kad tambahan Bekalan Kuasa - peti kuasa yang mengandungi transformer, pengawal voltan dan kipas. Pengawal Storan, bagi IDE, SCSI dan storan lain, yang mengawal Cakera keras, Cakera Liut, CD-ROM dan pemacu lain. Pengawal storan boleh didapati pada motherboard, atau kad tambahan. Pengawal Grafik yang mengeluarkan output untuk Monitor Cakera keras, cakera liut dan pemacu lain, untuk simpanan data Pengawal antaramuka (port selari (parallel), bersirin(serial), USB, Firewire) bagi menyambung komputer dengan perkakasa luaran seperti Pencetak atau Pengimbas Senibina komputer Unit Pemproses Pusat - CPU Papan Induk    



Bus PCI Bus ISA USB AGP

Storan o Cakera Padat o Perbezaan disc dengan disk (istilah cakera diguna untuk kedua-dua istilah ini dalam Bahasa Melayu) o DVD o Cakera Liut o Cakera keras o Kad Penebuk



o RAM o Pemacu Pita o Pengawal Disk Array (RAID) Input-Output o Emboss Braille(?)(Braille Embosser) o CD-ROM o Papan Kekunci o Monitor o Terminal Komputer o Tetikus o Pengecaman pertuturan berkomputer (Computer Speech Recognition) o Sintesis pertuturan berkomputer (Computer Speech Synthesis)  Lafal buatan o DVD-ROM o Tablet Digital o Kad Grafik o Kayu ria o Pad ria (Joypad) o Modem o Kad Rangkaian o Pelakar (Plotter) o Pencetak o Refreshable Braille Display o Pengimbas o Kad bunyi o Skrin Sentuh o Bebola jejak - (Trackball) o Webcam o Alat penunjuk

Senibina dan Kad tambahan Kebanyakan Komputer Peribadi moden menggunakan senibina perkakasan yang bersesuaian dengan IBM PC (IBM PC Compatible), dan menggunakan pemproses berciri x86 yang dikeluarkan oleh Intel, AMD, atau Cyrix. Keupayaan Komputer Peribadi boleh ditingkatkan lagi dengan penggunaan Kad Tambahan(Expansion kad). Komputer Peribadi moden boleh dikelaskan kepada: • •

Komputer Desktop Komputer Riba (Laptop) atau Notebook



Komputer Bolehpakai (wearable computer)

Komputer Peribadi yang bukan-sesuai IBM (Non IBM compatible) Di sebalik kepopularan Komputer Peribadi, terdapat juga sejumlah Komputer Peribadi yang bukan-bersesuaian dengan IBM, yang masih menjadi tarikan pengguna. Salah satu daripadanya ialah Power Macintosh, yang dikeluarkan oleh Apple Computer. Komputer Peribadi ini mengguna senibina PowerPC, dan ianya digunakan secara meluas dalam bidang senibina grafik, serta multimedia. Di samping itu, berikut adalah senarai Komputer Peribadi yang bukanbersesuaian dengan IBM: • • • • • •

Archimedes RiscPC Stesenkerja NeXT (NeXT workstation) BeBox Sun SparcStation SGI workstation (seperti SGI Indigo, dan SGI Onyx)

Komputer Peribadi, atau lebih dikenali sebagai PC(Personal Computer) biasanya memberi maksud:• • •

Komputer Peribadi yang mula dikeluarkan oleh IBM, secara tidak langsung mencetus penggunaan istilah PC - lihat IBM PC Istilah umum yang digunakan untuk merujuk Mikrokomputer (Microcomputer) yang bersesuaian dengan spesifikasi IBM Istilah umum yang digunakan untuk merujuk mikrokomputer

Generasi Mikrokomputer yang pertama juga dikenali sebagai Komputer Keluarga (Home Komputer).

Mukadimah Seseorang pemilik komputer peribadi perlu mengenali komponenkomponen komputernya yang berlainan. Pengetahuan mengenai nama, bentuk fizik serta fungsi komponen-komponen komputer peribadi akan membantu seseorang apabila dia berhadapan dengan masalah atau ketika menggunakan komputer peribadi yang lain.

Pengetahuan ini juga akan menjadikan seseorang itu lebih yakin apabila menggunakan komputer multimedia apatah lagi sekiranya komputer itu bukanlah yang sering digunakan olehnya sebelum ini. Lebih khas lagi bagi guru-guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu mari kita menyelami pengetahuan mengenai komponen-komponen asas yang terdapat pada sesuatu komputer peribadi. Pada dasarnya, perkataan komputer bermaksud ahli kira (compute). Ahli kira bertugas untuk melakukan pengiraan matematik samada dengan pertolongan alat mekanik atau tidak. Seterusnya hasil kiraan dialih ke mesin. Pada asalnya, tugas "komputer" hanyalah khusus kepada penyelesaian matematik, tapi komputer moden digunakan untuk pelbagai tugas lain yang tidak berkaitan dengan matematik. Definisi Takrifan asal Komputer, seperti yang disebut di atas, hanya merangkumi peralatan khusus yang boleh mengira (compute) satu fungsi atau bilangan fungsi yang terhad. Sekiranya mengambil kira Komputer moden, salah satu ciri-ciri yang membezakannya dengan komputer awal ialah: sekiranya dimasukkan perisian yang sesuai, komputer berkemampuan untuk Meniru (emulate) sebarang alat kira. Namun kemampuan ini juga dibatasi oleh kapasiti (muatan) storan, serta kelajuan proses. Dalam erti kata lain, kemampuan ini boleh diguna sebagai ujian untuk membezakan komputer "serba-guna" dengan komputer awal yang hanya khusus untuk kerja-kerja tertentu. Ciri-ciri "serba-guna" ini boleh disimpulkan sebagai syarat yang mesin tersebut berupaya untuk meniru (emulate) tingkah-laku Mesin Turing umum. Mesin yang memenuhi syarat ini dikatakan Turing-Complete (Lengkap-Turing). Mesin pertama yang lengkap-Turing muncul pada tahun 1940an. Lihat Sejarah perkembangan komputer. Penggunaan Komputer Pada awalnya, komputer digit elektronik, dengan saiz dan kosnya yang besar, hanya digunakan untuk pengiraan saintifik, selalunya untuk tujuan ketenteraan, contohnya ENIAC. Komputer Benam Dalam masa 20 tahun ini, kebanyakan peralatan rumah, seperti Konsol Mainan Video, sehingga telefon mudah-alih, perakam video kaset, PDA, dan banyak lagi; jentera industri, kenderaan, dan alat elektronik lain; kesemuanya mengandungi litar komputer yang Turing-sempurna.

Komputer yang digunakan di dalam peralatan untuk fungsi tertentu, dikenali sebagai "microcontroller" atau "Komputer benam" (embedded computer). Komputer jenis ini hanya berfungsi untuk memproses maklumat tertentu sahaja. Komputer Peribadi Kebanyakan masyarakat umum lebih mengenali komputer sebagai Komputer Peribadi. Bagaimana Komputer berfungsi Teknologi dalam komputer digital telah melalui perubahan besar sejak komputer yang pertama pada tahun 1940. Namun kebanyakannya masih menggunakan senibina (architecture) von Neumann, yang dicadangkan oleh John von Neumann pada awal 1940-an. Senibina von Neumann menyatakan komputer dibahagi kepada 4 bahagian utama: Unit Aritmetik dan Logik (Arithmetic and Logic Unit ALU), litar pengawal (control circuitry), memori (memory), dan alat input-output (I/O). Kesemua bahagian ini disambung bersama oleh wayar-wayar, yang dikenali sebagai "bas". Memori Di dalam sistem komputer, memori ialah jujukan (sequence) byte yang berangka (numbered bytes) (seperti sel), di mana setiap satunya mengandungi sebutir maklumat. Maklumat tersebut mungkin adalah arahan (instruction) untuk komputer, dan setiap sel menyimpan serpihan data yang diperlukan komputer untuk menjalankan arahan. Secara amnya, memori boleh diguna-semula lebih sejuta kali. Ia lebih berupa pad lakaran, daripada batu tablet yang hanya boleh ditulis sekali. Saiz setiap sel, dan bilangannya, berbeza di antara satu komputer dengan komputer yang lain. Begitu juga dengan teknologi memori tersebut, daripada denyutan elektromekanik, seterusnya tiub raksa, seterusnya kepada susunan matriks magnet kekal, seterusnya kepada transistor, dan seterusnya litar bersepadu ( integrated circuit ) yang mengandungi berjuta kapasitor dalam sebiji cip (chip). Pemprosesan Unit Aritmetik dan Logik (ALU), ialah alat yang melaksanakan operasi asas, seperti operasi aritmetik (tambah, tolak, darab, dan sebagainya),

operasi logik (AND, OR, NOT) dan membandingkan operasi. Unit ini melakukan tugas sebenar dalam komputer. Unit pengawal (Control Unit), menyelia slot-slot yang menyimpan arahan (instruction) terkini, seterusnya memberitahu ALU tentang operasi yang perlu dilakukan serta menerima maklumat yang perlu (daripada memori) untuk melaksanakan operasi tersebut. Kemudiannya ia menghantar kembali hasil operasi ke kedudukan memori yang sesuai. Setelah itu, Unit Pengawal akan beralih kepada arahan yang seterusnya. Input-Output Unit Input-output membenarkan komputer menerima maklumat daripada dunia luar, dan menghantar keputusan maklumat kembali ke dunia luar. Terdapat pelbagai bentuk alat I/O, daripada Papan kekunci, skrin, Cakera liut, kepada alat yang luar biasa, seperti Webcam. Kesemua alat (peranti) input mengkod (encode) maklumat kepada data supaya boleh diproses oleh sistem komputer digital. Alat (peranti) output pula menyahkod (decode) data komputer kepada maklumat yang boleh difahami oleh pengguna komputer. Arahan (Instruction) Arahan komputer bukanlah arahan berbunga seperti bahasa manusia. Komputer hanya mempunyai arahan-arahan mudah yang terhad. Arahan biasa yang disokong oleh kebanyakan komputer adalah seperti: Salin kandungan sel 123, dan letak salinan ke sel 456; tambahkan kandungan sel 666 ke sel 042, dan letak hasil tambahan ke sel 013; sekiranya sel 999 adalah 0, arahan seterusnya ialah pada sel 345. Arahan-arahan tersebut diwakili sebagai angka (numbers). Contohnya, Kod untuk "Salin" mungkin adalah 001. Set Arahan yang disokong oleh komputer dipanggil Bahasa Mesin. Secara praktiknya, arahan untuk komputer biasanya tidak ditulis dalam bentuk Bahasa Mesin, tapi dalam bentuk Bahasa Pengaturcaraan Tahap Tinggi (High Level Programming Language). Bahasa pengaturcaraan kemudiaanya dialihbahasa kepada Bahasa Mesin dengan menggunakan Program Komputer khas (seperti Pengkompil - compiler, atau Interpreter). Sesetengah bahasa pengaturcaraan adalah dalam bentuk yang hampir dengan Bahasa Mesin, contohnya Bahasa Penghimpun (assembler) (juga dikenali sebagai Bahasa Tahap Rendah - Low level language); Manakala sesetengah bahasa mengguna prinsip yang jauh berbeza dengan operasi mesin, contohnya Prolog.

Senibina (Architecture) Komputer moden meletak ALU (Unit Aritmetik dan Logik) dan Unit Pengawal di dalam satu litar bersepadu yang dikenali sebagai Unit Pemproses Pusat (Central Processing Unit - CPU). Kebiasaanya, memori komputer akan diletak pada beberapa litar bersepadu kecil berhampiran dengan CPU. Alat-alat yang lain dalam komputer adalah bekalan kuasa dan alat input-output. Fungsi sebuah komputer secara prinsipnya agak jelas. Komputer menyambut arahan dan data daripada memori. Arahan kemudiannya dilaksanakan, hasilnya disimpan, dan seterusnya menyambut arahan yang berikutnya pula. Prosedur ini diulang sehingga komputer itu ditutup. Program Program Komputer ialah satu senarai arahan yang besar untuk dilaksana oleh komputer. Kebanyakan Program Komputer mempunyai berjuta arahan, dan kebanyakan daripada arahan-arahan tersebut dilaksanakan berulang-kali. Sebuah Kompuer peribadi yang moden berupaya melaksanakan lebih kurang 2-3 Billion arahan per saat. Pada masa sekarang, kebanyakan komputer berupaya melaksanakan lebih dari satu program pada satu masa. Keupayaan ini dinamakan multitugas (multitasking). Walaupun secara kasarnya, seolah-olah komputer melakukan dua kerja sekaligus, sebenarnya CPU melaksanakan arahan daripada satu program dahulu, kemudian beralih ke program yang satu lagi pada jangka masa sejenak. Jangka masa sejenak ini dipanggil Hirisan Masa (Time Slice). Sistem Pengoperasian ialah program yang mengawal perkongsian masa ini. Contoh sistem pengoperasian yang membenarkan multitasking ialah Windows dan Unix. Sistem Pengoperasian Sistem Pengoperasian ialah sistem yang menentukan program apa yang perlu dilaksanakan, dan sumber apa (memori atau I/O) yang perlu digunakan. Sistem Pengoperasian (OS) membekalkan perkhidmatan (service) kepada program lain, contohnya kod (driver) yang membenarkan Ahli Program menulis program untuk mesin tanpa perlu mengetahui lebih terperinci tentang alat elektronik pada sistem komputer.

Related Documents

Teknologi Maklumat
May 2020 27
Teknologi Maklumat
May 2020 15
Teknologi Maklumat
May 2020 16
Teknologi Maklumat
April 2020 19
Teknologi Maklumat
May 2020 14
Teknologi Maklumat
May 2020 13